Gunakan Seterusnya dalam Podcast pada Mac
Seterusnya menunjukkan episod cadangan daripada rancangan yang anda simpan, ikuti atau mainkan baru-baru ini.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Dengar dalam bar sisi.
Dalam bahagian Seterusnya, lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan episod: Klik tajuk episod, kemudian klik butang Main. .
Lihat lebih banyak rancangan: Klik butang Maju atau butang Balik .
Lihat maklumat episod: Klik tajuk episod.
Pergi ke halaman rancangan: Klik jubin rancangan.
Tambah episod ke baris gilir Main Seterusnya: Klik butang Lagi dalam jubin rancangan, kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Simpan episod: Klik butang Lagi dalam jubin rancangan, kemudian pilih Simpan Episod.
Muat turun episod: Klik butang Lagi dalam jubin rancangan, kemudian pilih Muat Turun Episod.
Keluarkan episod: Klik butang Lagi dalam jubin rancangan, kemudian klik “Keluarkan daripada Seterusnya”.