Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

EKONOMI MAKRO CATAT PERTUMBUHAN POSITIF, TAPI KUASA BELI HEBAT RAKYAT MALAYSIA TAK BERGUNA KALAU TIDAK ADA BARANG YANG NAK DIBELI!!!


The Star melaporkan, pakar-pakar ekonomi dalam sektor swasta meningkatkan jangkaan mereka tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan kegiatan ekonomi negara yang memberangsangkan yang disokong oleh permintaan luar yang lebih kuat serta pengukuhan permintaan dalam negeri. 

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat 5.6% pada suku pertama tahun, kesan daripada peningkatan permintaan seberang laut bagi komponen-komponen elektronik yang digunakan untuk telefon pintar dan gajet-gajet lain. 

Jangkaan pakar-pakar ekonomi bagi Asia Tenggara ialah, aktiviti ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun ini akan dipacu oleh aktiviti-aktiviti eksport yang akan berterusan didominasi oleh sektor teknologi. 

KDNK domestik tahunan penuh Malaysia bagi tahun 2017 dijangka meningkat kepada 5.3% berbanding KDNK tahun lepas, 4.2% sekaligus lebih tinggi daripada jangkaan konsensus 4.9% ke 5%.

Itu cerita Ekonomi Makro Malaysia. Seterusnya, dalam bahasa yang lebih mudah....

Walaupun secara teorinya, ekonomi makro berkait rapat dengan ekonomi mikro, hakikatnya dalam banyak perkara, makro dan mikro saling bertentangan antara satu sama lain. 

Sebagai contoh, apabila ekonomi makro menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih tinggi kesan daripada aktiviti-aktiviti eksport membabitkan sektor teknologi, industri pengilangan dan pembuatan produk teknologi akan meningkatkan pengeluaran. Modal utama iaitu tanah akan lebih digunakan untuk sektor utama.

Begitu juga dengan industri-industri yang berkait rapat dengan sektor berkenaan. Peningkatan pengeluaran sektor teknologi misalnya, akan menyebabkan sektor pertanian dan makanan akan merosot. Negara terpaksa bergantung kepada import makanan dan produk-produk pertanian sepenuhnya, sekaligus peningkatan harga juga akan terdorong kesan daripada peningkatan permintaan.

Makanan adalah keperluan. Kebanyakan negara-negara yang menghasilkan produk makanan utama dan ruji dunia, turut beralih kepada industri pembuatan dan pengilangan selain perkhidmatan. Tanah yang dahulunya digunakan untuk menghasilkan makanan, kini semakin mengecil keluasannya, sekaligus menyebabkan jumlah pengeluaran turut rendah. Pada ketika inilah, faktor Permintaan-Penawaran akan menyebabkan harga yang ditawarkan untuk pembelian dan harga yang ditawarkan untuk penjualan akan menjadi sangat penting. Secara tidak langsung, mana-mana pengimport yang sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi, akan terjamin bekalannya walaupun jumlahnya mungkin dikurangkan secara drastik. 

Masalah pengeluaran makanan dan komoditi makanan di Malaysia sebenarnya sudah sampai pada peringkat yang amat parah. Selain dipengaruhi oleh isu-isu politik seperti dalam kes NFCorps dan bekalan daging lembu halal, turut terkesan adalah sistem monopoli yang melibatkan gula, tepung, beras dan pembekalan makanan laut yang melibatkan syarikat-syarikat tunggal mahupun persatuan-persatuan yang menawarkan harga berdasarkan konsensus persatuan. Ini kita dapat lihat menerusi pembekalan daging ayam, telur ayam, itik dan makanan laut.

Ironinya di Malaysia, di sebalik permintaan tinggi terhadap industri dan komoditi makanan, pengeluar-pengeluar kecil seperti nelayan, penternak, petani mahupun pesawah terpaksa diberikan bantuan oleh kerajaan. Mereka masih gagal bersaing di pasaran biarpun industri makanan sebenarnya jauh lebih diperlukan berbanding industri pembuatan dan pengilangan. 

Ekonomi mikro tidak berfungsi seperti mana teorinya di Malaysia.

Pertembungan antara laporan ekonomi makro yang menyatakan pertumbuhan besar ekonomi negara berbanding realiti kehidupan rakyat biasa Malaysia itulah yang kerap kali menjadi tajuk-tajuk perbincangan sehingga menimbulkan fitnah dan tohmahan. 

Ekonomi negara dikatakan bagus, tetapi harga barang pengguna semakin meningkat. Bagus apa macam tu?

Itu adalah kata-kata yang kerap dilemparkan. Rakyat Malaysia secara puratanya berpendapat, ekonomi negara yang mengukuh akan membolehkan mereka menikmati harga barangan pengguna yang lebih rendah dan banyak biarpun pada masa yang sama mereka juga tahu bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara di dalam dunia ini yang sedang menikmati atau memburu pertumbuhan tersebut, sebaliknya negara-negara yang asalnya berlatar belakangkan pertanian, turut sama menceburi bidang pembuatan, pengilangan dan servis, sama seperti Malaysia bahkan menawarkan insentif dan inisiatif yang lebih menarik kepada para pelabur. 

Sekaligus negara-negara berkenaan turut mengehadkan penggunaan tanah untuk pengeluaran makanan. Sama seperti Malaysia.

Masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan, terutama sekali yang berada dan tinggal di kampung-kampung. Mereka mungkin tidak berpersatuan dan sangat bergantung kepada orang tengah mahupun agensi kerajaan yang kurang berfungsi untuk membela mereka seperti FAMA mahupun LKIM kerana kesibukan hendak menjadi orang tengah sama. Mereka mungkin membuat pengeluaran pada skala kecil yang tidak bersifat komersial tetapi lebih kepada sara hidup. 

Namun pada masa yang sama, pelbagai bantuan terutama dalam bentuk kemudahan kewangan sama ada pinjaman, geran mahupun bantuan tunai, telah diberikan oleh pentadbiran negara masa kini sebagai pancing, umpan dan kolam ikan untuk mereka berbanding pentadbiran-pentadbiran lalu. 

Mungkin kerana kesibukan dan teruja untuk mengejar permintaan ke atas sektor pengilangan, pembuatan dan servis yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan bergaji lumayan atau di bawah teduhan tanpa mengeluarkan tenaga dan masa yang banyak seperti pertanian, maka lambakan tenaga kerja mahupun tenaga fikir tidak berlaku dalam sektor pertanian dan pengeluaran makanan. 

Sesuatu yang lebih drastik perlu dilakukan dan diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Tidak guna meuwar-uwarkan tentang kejayaan ekonomi mikro tetapi ada masa yang sama, dari segi mikro, ramai yang keciciran dan terkesan akibat peningkatan harga ketara barang-barang kegunaan harian, terutama sekali makanan!

Sebabnya KUASA BELI YANG KUAT DAN HEBAT, tidak akan berguna kalau tidak ada benda yang boleh dibeli!!!



Wednesday, February 22, 2017

SETELAH SEKIAN LAMA, PEMBOHONGAN MAHATHIR TENTANG MALAYSIA SEBAGAI HARIMAU ASIA, TERDEDAH!!!



Mahathir tidak malu dan meniru sikap Lim Guan Eng yang suka mendabik dada apabila mengakui di bawah pentadbirannya selama 22 tahun, Malaysia telah dikenali sebagai salah sebuah Negara Harimau Asia.

Dek kerana tidak banyak ketelusan, terutama membabitkan maklumat tentang kedudukan ekonomi negara, bahkan perbandingan dengan ekonomi negara-negara jiran juga tidak banyak diketahui pada zaman pentadbiran Mahathir, maka ramailah yang terpedaya dengan pembohongan tersebut.

Ramai juga yang hidup dengan SINDROM KOREA UTARA di bawah pentadbiran Mahathir sehingga percaya Mahathir telah berjaya memakmurkan negara ini - hujah yang masih terpakai oleh pentaksub Mahathir sehingga kini. 

Hakikatnya, Malaysia di bawah Mahathir tidak pernah menjadi salah sebuah daripada Harimau Asia. 

Harimau Asia ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang berkekalan tinggi daripada Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun.

Malaysia bagaimanapun, hanya bergelar sebagai ANAK HARIMAU bersama Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam bukannya Harimau Asia.

Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib dilancarkan, Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi setiap tahun bermula 2011 hingga 2016 berbanding empat negara Harimau Asia ini. Pada 2017, Malaysia diunjurkan akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Kejayaan pertumbuhan ekonomi selama 6 tahun yang mengatasi empat negara Harimau Asia ini tidak pernah dicapai Dr Mahathir biarpun mentadbir negara selama 22 tahun.

Perlu diingat, separuh kedua 2014 dan seterusnya, Malaysia telah berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, gas dan komoditi yang boleh menjejaskan ekonomi negara ini lebih teruk berbanding negara-negara Asia lain (selain Brunei). 

Harga komoditi mulai pulih semenjak suku tahun yang terakhir.

Suka atau tidak, tanpa perlu mendabik dada sebaliknya cukup dengan menelusuri fakta serta data yang disediakan oleh Bank Dunia mahupun badan-badan berintegriti lain bertaraf antarabangsa, tidak hairanlah mengapa Mahathir begitu dengki dan berhasad dengan Najib Abdul Razak. Apatah lagi, Najib Abdul Razak sedikit demi sedikit menguis budaya melonggokkan kekayaan negara kepada sekelompok manusia sahaja berbanding Mahathir yang menjadikannya sebagai BUDAYA YANG BERAKAR UMBI dan menjadi barah yang sekarang ini sedang mula dibersihkan.


Monday, September 5, 2016

YANG BANGANG TEGAR SAHAJA AKAN KATA, EKONOMI MALAYSIA BANKRAP SEBAB TU CIMB TUTUP 23 CAWANGANNYA!!!



Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.

Bank of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.

Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.

Sebenarnya ini adalah kesan 'Letusan Digital'. Penutupan bank semata-mata tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.

CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.

Tetapi tidak dinafikan, dalam 'Letusan Digital' banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.

Urusan di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit.

Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai 'brick and mortar' seperti yang kita tahu.

Malah, 'Letusan Digital' bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.

Uber dan Grabcar misalnya adalah 'Letusan Digital' yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.

Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.

Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak-anak, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit mengambil peranan premis-premis perniagaan dan kedai-kedai. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga.

Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar-gambar amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.

Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.

Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus 'Letusan Digital', banyak penerbitan pasti gulung tikar.

Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana 'LETUSAN DIGITAL', tau.

-KAM-


Tuesday, August 11, 2015

KEJATUHAN RINGGIT BERBANDING DOLLAR AMERIKA... BERHENTILAH DARIPADA MEMBERIKAN KENYATAAN LAWAK!!!



Hari ini, Ringgit telah mencecah tahap paling rendah selepas tahun 1997. Walaupun nilai tersebut tidaklah serendah ketika Tun Mahathir menambat Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat pada kadar USD1=RM3.80, namun ia jelas menimbulkan banyak kebimbangan di kalangan rakyat awam terutama sekali yang makan gaji dengan industri melibatkan pelabur-pelabur asing.

Menteri yang paling awal membuat kenyataan berhubung kejatuhan nilai Ringgit adalah Menteri Pelancongan, Nazri Aziz. Menurutnya, kejatuhan Ringgit adalah permulaan yang baik untuk mengamit lebih ramai pelancong ke negara ini.

Masalahnya, matawang-matawang utama dunia lain juga berhadapan dengan kejatuhan berbanding Dollar Amerika. Sekaligus menjadikan kenyataan dan andaian seperti itu tidak lebih daripada sekadar memujuk hati sendiri.

Sekaligus, cerita menyedapkan hati pelancong akan datang beramai-ramai ke Malaysia, bolehlah disimpan dalam fail terlebih dahulu.

Dalam keadaan sekarang di mana maklumat dari seluruh dunia melimpah masuk tanpa dapat ditapis-tapis dan pada bila-bila masa, tidak seperti pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir dan Perdana-Perdana Menteri sebelumnya, kepimpinan negara tidak seharusnya mengeluarkan terlalu banyak kenyataan yang akhirnya memalukan pentadbiran itu sendiri.

Dalam situasi begini, kerajaan hanya perlu menenangkan rakyat Malaysia dengan penjelasan-penjelasan berikut:

(1) Penjelasan di sebalik kejatuhan nilai Ringgit (walaupun ianya membabitkan teknikal).
(2) Berapa lama keadaan ini akan berterusan dan berapa lama pula Ringgit mampu bertahan.
(3) Bagaimana dengan kesan ke atas ekonomi Malaysia pada tahap makro dan mikro untuk jangka pendek dan jangka panjang.
(4) Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan penurunan ini tidak berterusan dan bagaimanakah kerajaan akan mengatasi masalah ini.

Tolonglah jangan wujudkan ruang untuk rakyat mentertawakan pentadbiran negara menerusi kenyataan-kenyataan separuh masak seperti Ringgit jatuh, pelancong ramai datang ke Malaysia. Sebabnya mudah, ekonomi dan pendapatan rakyat negara ini tidak bergantung sepenuhnya kepada pelanconga. Kalau semua pelabur asing yang berada di negara ini menarik keluar pelaburan masing-masing kerana kejatuhan Ringgit dan kos pengeluaran yang lebih tinggi, kedatangan pelancong ke negara ini tidak akan dapat mengimbangi sama sekali jumlah rakyat dan penduduk negara ini yang tidak bekerja!


 
Blogger Templates