ABSTRAK Character Archetypes merupakan salah satu teori yang diperkenalkan oleh Carl G Jung untuk... more ABSTRAK Character Archetypes merupakan salah satu teori yang diperkenalkan oleh Carl G Jung untuk mengidentifikasi ciri-ciri karakter dan personaliti terhadap seseorang. Penyelidikan ini mengaplikasikan teori Character Archetypes dalam proses penghasilan reka bentuk karakter. Dalam penyelidikan ini, karakter P Ramlee dijadikan sebagai kajian kes untuk menghasilkan sebuah reka bentuk karakter berdasarkan filem-filem terbaiknya. Selain itu, persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah bagaimana teori Character Archetypes dapat diaplikasikan dalam proses reka bentuk karakter dan bagaimana menghasilkan reka bentuk karakter 3 P Ramlee dimensi berdasarkan hasil dapatan kajian. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji terhadap karakter P Ramlee berdasarkan teori Character Archetypes dalam mengidentifikasikan tentang ciri-ciri karakter dan personaliti melalui filem-filem terbaiknya. Ciri-ciri Archetypes P Ramlee yang diidentifikasi adalah sebagai panduan untuk menghasilkan reka bentuk karakter. Kumpulan fokus, analisis karakter, analisis visual dan analisis reka bentuk karakter merupakan metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ialah kanak-kanak yang berumur lingkungan 7 hingga 11 tahun. Penyelidikan ini mendapati teori Character Archetypes sahaja tidak memadai untuk menghasilkan sebuah reka bentuk karakter. Teori ini harus digabungkan dengan aspek visual untuk menyokong hasil dapatan data dalam menghasilkan reka bentuk karakter. Kata kunci: Character Archetypes, Reka bentuk karakter PENGENALAN Perkembangan industri animasi di Malaysia sedang berkembang dengan pesat. Dengan kemunculan siri animasi seperti Bola Kampung, Upin Ipin dan Boboboi, ia telah memberi dimensi baru pada industri kreatif negara. Kemunculan animasi ini telah membawa satu fenomena yang menjadi kegilaan kepada golongan kanak-kanak untuk setia menonton siri animasi tersebut. Hal ini kerana reka bentuk karakter merupakan salah satu daya tarikan yang menyebabkan golongan kanak-kanak menyukai animasi tersebut. Kemunculan kartunis tanah air iaitu Datuk Mohd. Nor Khalid atau dikenali sebagai Lat telah membawa satu era perkembangan reka bentuk karakter tempatan melalui karya komiknya yang terkenal iaitu The Kampung Boy pada tahun 1979. Beliau telah menghasilkan karakter-karakter yang mencerminkan elemen-elemen masyarakat Malaysia menerusi komiknya. "Komik The Kampung Boy telah diterbitkan di beberapa buah negara dengan mendapat sambutan yang baik. Atas populariti karya tersebut, ia telah diadaptasikan ke dalam bentuk siri animasi dengan hasil kerjasama pihak produksi animasi luar.Siri 1 1 2 2

Uploads
Papers by Vanden Michael