Capital is very crucial in the formation and establishment of business activities especially for ... more Capital is very crucial in the formation and establishment of business activities especially for entrepreneurs who newly venture into the business world. Currently, banking and financial institutions play significant roles in fulfilling the need of these entrepreneurs. However, for new entrepreneurs, the failure to meet the requirements needed by financing institution causes their ideas, innovation, creativity and efforts to be undelivered. Therefore, the problem of entrepreneur dependency on banking institutions can be resolved by the establishment of the mosque fund. Through this fund, the process of producing Muslim entrepreneur can be realized and henceforth it will impact positively to the local development in the future.
KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA oleh FADZILA AZNI... more KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA oleh FADZILA AZNI BINTI AHMAD Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah September 2008 ii PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya, tesis ini dapat dihasilkan. Semoga usaha penulisan tesis ini diterima sebagai ibadah untuk memperkayakan ilmu dan mendapatkan keredaan-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan buat Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh selaku penyelia utama dan Prof. Madya Dr. Suhaiza Hanim Mohd. Zailani selaku penyelia bersama kerana tidak pernah jemu membimbing, memberi tunjuk ajar dan mengemukakan cadangan-cadangan yang tidak ternilai di sepanjang proses penghasilan tesis ini. Segala komitmen dan perhatian yang ditunjukkan itu telah memberi dorongan kepada pengkaji untuk terus gigih berusaha menyempurnakan kajian ini.
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang en... more Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Dianggarkan terdapat sekitar 5 000 buah masjid di Malaysia yang didirikan di kawasankawasan banda... more Dianggarkan terdapat sekitar 5 000 buah masjid di Malaysia yang didirikan di kawasankawasan bandar dan luar bandar. Sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, kuasa mentadbir dan mengawalselia masjid adalah terletak di bawah bidangkuasa kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). MAIN akan memantau segala aktiviti-aktiviti masjid termasuklah pelantikan pegawai-pegawai masjid, penyediaan teks khutbah jumaat dan kelas-kelas pengajian yang dijalankan. Pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan masjid pula diurus oleh ahli jawatankuasa masjid di bawah seliaan MAIN. Terdapat dua aspek penting pengurusan ekonomi dan kewangan masjid yang perlu diberi tumpuan utama pihak pengurusan masjid iaitu aspek pendapatan dan perbelanjaan dana masjid. Ianya meliputi kaedahkaedah mendapatkan dana dan juga tatacara penyaluran dana untuk kegunaan masjid seperti membayar bil elektrik dan bayaran saguhati kepada penceramah. Kaedah pengurusan kewangan dan ekonomi yang sistematik akan menjamin setiap hasil kewangan dan barangan yang diperolehi digunakan sebaik-baiknya terutamanya di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada seluruh ahli kariah. Artikel ini akan mencadangkan kerangka pengurusan ekonomi dan kewangan masjid yang memberi fokus kepada kaedah mengurus pendapatan dan perbelanjaan masjid secara efektif. Di samping itu dinukilkan juga fatwa-fatwa shari'ah yang dikeluarkan oleh badan-badan fatwa tempatan dan antarabangsa khususnya yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan ekonomi masjid.
Garis Panduan ini dinamakan sebagai Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau Negeri Selangor yan... more Garis Panduan ini dinamakan sebagai Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau Negeri Selangor yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebagai panduan kepada semua orang Islam dan bukan Islam mengenai fungsi masjid dan surau, peraturan, larangan dan adab-adab memasuki masjid.
Dianggarkan terdapat kira-kira 5 000 buah masjid di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak y... more Dianggarkan terdapat kira-kira 5 000 buah masjid di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mengadakan sembahyang Jumaat di dalamnya. Hampir semua di setiap masjid ini mempunyai tabung derma atau menjalankan kutipan derma daripada orang ramai terutamanya semasa sembahyang Jumaat. Selain daripada itu, sebahagian besar masjid juga menerima sumbangan kewangan daripada beberapa pihak tertentu seperti pihak kerajaan, institusi bukan kerajaan dan orang perseorangan. Malah terdapat juga masjid yang menerima sumbangan harta fizikal dalam pelbagai bentuk termasuklah peralatan hinggalah tanah dan bangunan yang diwakafkan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu apabila semua sumbangan dana dan harta yang diwakafkan ini digabungkan, maka sebahagian masjid itu mempunyai dana dan harta yang besar nilainya. Isu permasalahan kajian ini ialah kemungkinan terdapat banyak masjid yang terus menyimpan beku dana dan harta mereka dan tidak menggerakkan dalam aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan pulangan atau hasil yang lebih menguntungkan masjid dan ahli kariah masing-masing. Masjid dikatakan cenderung menyimpan sumbangan dana yang diterimanya ke dalam bank dan institusi-institusi kewangan untuk memperolehi pulangan minimal. Persoalan yang timbul adakah keadaan tersebut memang berlaku secara meluas di masjid-masjid di Malaysia. Sekiranya benar, maka faktor-faktor yang menyebabkannya perlu dikenal pasti. Oleh itu kajian ini akan melihat corak dan keberkesanan pengurusan dana dan harta masjid di Malaysia di samping mengenalpasti beberapa pihak yang boleh membantu pengurusan masjid ke arah yang lebih efektif. Kajian ini akan menggunakan kaedah statistik untuk menguji hipotesis kajian ini. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat menjadikan pengurusan masjid di Malaysia lebih efisyen dan strategik.
Kajian ini berkaitan dengan cadangan kajian Muhammad Syukri (2006) berkenaan cadangan perlaksanaa... more Kajian ini berkaitan dengan cadangan kajian Muhammad Syukri (2006) berkenaan cadangan perlaksanaan kaedah melokalisasikan zakat sebagai satu alternatif penyelesaian kepada permasalahan pengagihan zakat di Malaysia. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa mengagih dan memungut zakat dan dilaksanakan oleh amil dan kakitangan institusi zakat di mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu dilihat kepada aspek peranan institusi masjid sebagai satu institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam setempat. Beberapa pemboleh ubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap institusi masjid terutamanya memartabatkan peranan institusi masjid dalam aspek pengurusan zakat. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara peranan masjid dan cadangan lokalisasi pengagihan zakat dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah amat kuat dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Pengenalan Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Infomation and Communica... more Pengenalan Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Infomation and Communication Technologt ICT begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupakalr alat yang strategik untuk mencapai sesuatu objektif. Ia merupakan automasi untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas. ICT merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan pada masa kini. Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi sesebuah organisasi, malah akan mempenganrhi hdlatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. ,Perkembangan ICT mernbolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internel maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di aktrir abad ke-20 dan di awal abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangotr, pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuatr organisasi turut mengalami perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Instrumen Kajian Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan. Kaedah Penganalisaan Data Kaedah analisis yang di gunakan ialatr kaedah perbandingan dengan senarai semak. Dapatan Kajian Keputusan Analisis Data Peralatan ICT di Masjid Berdasarkan jadual senarai semak di bawah, didapati bahawa penggunaan peralatan ICT dan teknologi dalam pengurusan masjid adalatr berbeza diantara masjid cemerlang dengan masjid kajian. Masjid Cemerlang menggunakan sebanyak 13 jenis peralatan ICT dalam membantu mereka melaksanakan pengurusan. Peralatan ICT yang ada dan digunakan adalah Langganan Akhbar setiap hari, Mikrofon, Speaker, PA Svstem, Kamera Manual, Kamera Digital, Kamera Video, Komputer Peribadi, Printer, Penerbitan Risalah, Televisyen, Radio dan Pemain VCD/DVD. Manakala Laptop, LCD, skrin layar putih, mesin pendua Qthotocopy), Telefon, Internet dan perakam video tidak terdapat di masjid cemerlang. Ini bermakna masjid cemerlang menggunakan lebih daripada separuh peralatan ICT dan teknologi yang disenaraikan dalam senarai semak.

Uploads
Papers by Mohd Shukri