Academia.eduAcademia.edu

Penggal 1 7 5

Idea 10: Insentif kepada rakyat Huraian: • Bimbingan dalam menyediakan dan menguruskan homestay (program inap desa) telah menggalakkan lebih banyak rakyat yang terlibat dalam usaha membantu negara meningkatkan industri pelancongan. • Pemilik homestay yang berjaya juga semakin meningkat sebagai petanda kejayaan usaha ini. • Memperkenalkan tempoh bekerja lima hari dalam seminggu juga telah menjadikan aktiviti pelancongan dalam kalangan rakyat tempatan semakin meningkat. Idea 11: Menambah destinasi penerbangan Huraian: • Menaikkan taraf lapangan terbang sama ada lapangan terbang utama negara atau lapangan terbang negeri akan meningkatkan keupayaan pengendalian kemasukan dan persinggahan kapal terbang yang menjadi laluan utama pelancong ke sesebuah negara. • Dengan menambah destinasi penerbangan oleh syarikat pengangkutan udara negara dan syarikat penerbangan tambang murah, iaitu AirAsia juga telah membantu meningkatkan kemasukan pelancong. Contoh Karangan Lengkap Pelbagai usaha telah dilakukan pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia salah satu destinasi dalam peta pelancongan dunia. Namun, sebalik usaha aktif kerajaan ini, timbul pelbagai cabaran yang memerlukan langkah dan strategi yang berterusan untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke negara ini. Kemunculan pelbagai wabak penyakit seperti H5N1 dan H1N1 telah menjejaskan industri pelancongan negara. Penyakit yang bersifat pandemik ini sangat mudah merebak. Lantaran, risiko jangkitan yang amat tinggi ini menyebabkan banyak negara memberi amaran kepada rakyat mereka agar tidak ke luar negara. Untuk mengelakkan wabak penyakit daripada menular, langkah pencegahan dan pengawalan yang ketat perlu dilaksanakan. Pemeriksaan yang ketat di pintu masuk negara menimbulkan kesulitan dan situasi tidak mesra pelancong. Situasi ini telah menjadi cabaran kepada negara dalam usaha menambah kemasukan pelancong. Keadaan politik di negara jiran turut mencabar usaha kerajaan memajukan bidang ini. Demonstrasi jalanan di Thailand menyebabkan banyak pelancong yang terkandas di lapangan terbang termasuklah pelancong yang hendak berlepas ke Malaysia. Serangan bom ke atas hotel di Indonesia, menyekat kehadiran pelancong secara pakej ke beberapa buah negara berdekatan termasuk ke Malaysia. Keganasan di negara berkenaan menyebabkan banyak negara melarang rakyat masing-masing untuk melancong ke negara berkenaan. Keadaan ini menimbulkan tempias dan cabaran kepada Malaysia. Faktor kemelesetan ekonomi dunia juga memberikan cabaran kepada negara. Kuasa membeli masyarakat di negara yang ditimpa masalah akan menurun. Keadaan ini menuntut mereka untuk berbelanja di dalam negara sahaja. Kemelesetan ekonomi juga membatasi tawaran pakej pelancongan sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Amerika menyebabkan kehadiran pelancong dari negara tersebut merosot. Situasi ini jelas mencabar dan bertentangan dengan usaha kerajaan. Kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan melonggarkan syarat kemasukan pelancong. Contohnya, visa ketibaan yang diberi kepada pelancong dari India telah berjaya menarik lebih banyak pelancong dari negara tersebut. Kaedah ini memudahkan pelancong dari India memasuki Malaysia kerana proses kemasukan dilakukan setelah tiba di negara ini. Kerajaan juga telah memperkenalkan pas lawatan sosial kepada pelancong dari China. Pas ini membenarkan mereka masuk dengan Penggal 1 7 5 PENGGAL Idea 9: Mempelbagaikan konsep pelancongan Huraian: • Pelancongan berasaskan kesihatan/sukan (golf) telah meningkatkan keupayaan negara menawarkan lebih banyak pakej kepada pelancong. • Pelancongan berasaskan alam semula jadi juga telah meningkatkan usaha negara memelihara dan mengekalkan warisan alam. Kelebihan dan tarikan aktiviti pelancongan kepada alam semula jadi telah menjadikan keindahan alam semula jadi Malaysia semakin popular. • Pakej melancong sambil menguruskan perniagaan/bersidang juga telah menempatkan negara sebagai destinasi pelancongan yang istimewa. 1 TAJUK PENGGAL 6 Kewujudan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hakhak rakyat untuk memastikan kehidupan terus aman. Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, perihalkan pernyataan di atas. 1 Ulasan 1 Soalan ini menguji pengetahuan pelajar tentang kewujudan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan negara yang dapat melindungi hak-hak rakyat. Pembelajaran dalam bahagian A sukatan pelajaran Pengajian Am, amat membantu pelajar dalam menjawab soalan ini. 2 Pelajar perlu memerihalkan lima peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewujudkan hakhak rakyat untuk dilindungi. Idea dan Huraian HAK YANG DILINDUNGI OLEH PERLEMBAGAAN Idea 1: Hak asasi Huraian: • Perlembagaan melindungi hak asasi warganya, iaitu hak untuk terus hidup, bebas daripada ditahan dan dihukum tanpa melalui proses undang-undang. Sekiranya ditahan, masih wujud hak-hak yang perlu dipatuhi oleh pemerintah. • Mana-mana warganegara juga tidak boleh dilayan sebagai orang yang bersalah selagi belum dibuktikan kesalahannya. • Jelaslah bahawa peruntukan ini membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan bebas dan selamat kerana undang-undang akan melindungi warganya daripada pencabulan hak. Idea 2: Hak memiliki harta Huraian: • Perlembagaan juga melindungi warga dan harta yang dimilikinya. • Selain membenarkan pemilikan harta secara sah, sebarang harta yang dimiliki juga tidak boleh dicerobohi dan diambil hak pemilikannya. • Sekiranya keperluan untuk pembangunan, pengambilan harta seperti tanah dan sebagainya perlu diberi pampasan sewajarnya. • Harta adalah sebahagian daripada keperluan kehidupan, kewujudan perlembagaan melindungi keperluan dan hak ini. Idea 3: Kebebasan bersuara dan berpersatuan Huraian: • Pada asasnya setiap warganegara bebas menyuarakan pendapat dan pandangan. Mana-mana pihak tidak boleh menyekat seseorang daripada menikmati hak kebebasan bersuara ini. • Selain bebas bersuara, warganegara juga dilindungi untuk menyuarakan suatu tuntutan dalam bentuk kumpulan atau berpersatuan atau menyertai mana-mana pertubuhan untuk menzahirkan pandangan. • Tanpa Perlembagaan, hak-hak ini mungkin disekat dan diganggu-gugat. Penggal 1 7 19 TAJUK 12 Jenayah ke atas kanak-kanak semakin meningkat. Banyak faktor yang membawa kepada berlakunya jenayah ini. Oleh itu, langkah yang berkesan perlu dilakukan. Bincangkan. Ulasan 1 Banyak jenayah yang berlaku ke atas kanak-kanak dan banyak sebab yang ‘menggerakkan’ perlakuan jenayah ini. 2 Pelajar perlu menjelaskan tiga sebab berkenaan dan mencadangkan dua langkah bagi menangani perlakuan jenayah ini atau sebaliknya. Idea dan Huraian PENGGAL 2 FAKTOR JENAYAH Idea 1: Penyakit jiwa Huraian: • Pedofilia merupakan sejenis penyakit jiwa yang menyebabkan penghidap berkeinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak. Kepuasan melihat penderitaan mangsa. • Konflik jiwa keterlaluan; berasa keadaan diri yang kurang menyenangkan, cenderung bertindak ganas. • Persekitaran kehidupan yang menekan, pengalaman silam, kesunyian, sejarah hitam, dan kecelaruan jiwa sejak kanak-kanak mendorong kepada menghidapi penyakit jiwa begini. Idea 2: Desakan hidup Huraian: • Menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja secara paksa bagi menampung kehidupan harian. • Wujud tekanan sehingga mendera, membiarkan anak-anak diperlakukan oleh suami atau teman lelaki yang menjadi tempat bergantung. • Desakan hidup, membiarkan anak-anak bersendirian atau mengurungnya ketika keluar bekerja. Idea 3: Pengaruh alkohol dan dadah Huraian: • Hilang kawalan semasa jenayah dilakukan kerana pengaruh alkohol atau keinginan melepaskan gian yang tinggi akibat ketagihan dadah. • Menculik kanak-kanak untuk mendapatkan wang tebusan bagi membeli dadah. • Kanak-kanak yang masih kecil menjadi mangsa kerana tidak berupaya melawan. Idea 4: Pengaruh bahan porno Huraian: • Bahan-bahan porno daripada Internet atau VCD mempengaruhi naluri dan nafsu. • Wujud peluang dan hilang pertimbangan apabila melihat kanak-kanak perempuan bersendirian. 124 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3 TAJUK 30 Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan lagi perpaduan di negara ini, namun kebelakangan ini wujud ancaman terhadap usaha berkenaan. Bincangkan pernyataan tersebut. Ulasan 1 Dua tugasan berkait dengan soalan ini. Tugasan pertama merujuk kepada usaha dan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan. Pelajar diingatkan bukan mencadangkan langkah. 2 Tugasan kedua melibatkan ancaman terhadap kejayaan kerajaan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat selama ini. 3 Pelajar boleh mengemukakan usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan sebagai tiga idea dan dua idea melibatkan ancaman atau sebaliknya. PENGGAL 2 Idea dan Huraian LANGKAH MENINGKATKAN PERPADUAN Idea 1: Sistem pendidikan kebangsaan Huraian: • Mewajibkan pembelajaran bahasa kebangsaan dalam semua sistem persekolahan; penggunaan bahasa yang sama mewujudkan hubungan. • Menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan kaedah penilaian yang sama. • Menggerakkan penubuhan sekolah wawasan. Idea 2: Program khas kerajaan Huraian: • Aktiviti kemasyarakatan/hormati antara satu sama lain. • Pembentukan kumpulan terdiri daripada semua kaum dalam pelaksanaan modul kenegaraan seperti PLKN dan program Rakan Muda. • Sambutan perayaan semua kaum terbesar di Malaysia. • Program RIMUS juga digerakkan untuk meningkatkan kefahaman suatu kaum terhadap kaum lain. Idea 3: Gagasan 1Malaysia Huraian: • Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. • Memastikan semua pihak mendapat pembelaan/peluang yang sama. • Memastikan kesejahteraan hidup dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kaum. 176 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3 TAJUK 13 Masalah jerebu dan kualiti udara yang merentasi sempadan merupakan antara masalah yang dihadapi antara negara berjiran. Negara kita turut menghadapi masalah yang sama. Jelaskan punca masalah ini dan kesannya kepada Malaysia dan negara lain. Ulasan 1 Soalan ini mendukung dua tugasan, iaitu menjelaskan punca masalah jerebu yang melanda negara sebagai tugasan pertama. 2 Tugasan kedua melibatkan penjelasan tentang kesan jerebu dan kualiti udara yang tidak baik ke atas kehidupan di Malaysia dan negara jirannya. 3 Pelajar boleh menjawab dengan kombinasi tiga idea tugasan satu dan dua idea tugasan dua atau sebaliknya. Idea dan Huraian PUNCA Idea 1: Pembakaran terbuka Huraian: • Pembakaran terbuka di ladang-ladang untuk tujuan membersihkan sisa tanaman bagi tanaman semula. Aktiviti sebegini sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi penanaman yang masih rendah. • Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah. Teknologi yang rendah menjadikan kaedah pembakaran merupakan kaedah terpilih. • Asap daripada aktiviti pembakaran ini merentasi sempadan yang tentunya sukar dikawal. Idea 2: Kebakaran hutan Huraian: • Kebakaran hutan juga sering berlaku di negara jiran sehingga berminggu-minggu. • Kebakaran ini berpunca daripada cuaca yang kering yang ada kaitan dengan el Nino. • Kebakaran hutan yang luas telah menyebabkan serakan asap yang meliputi kawasan yang luas termasuk Malaysia. PENGGAL Idea 3: Industri dari negara jiran Huraian: • Peningkatan unsur karbon merentasi sempadan yang berpunca daripada kegiatan industri negara jiran. • Industri pengangkutan yang membebaskan asap, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, serta habuk dan jelaga juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. • Teknologi yang rendah dalam mengawal pelepasan asap kilang dan kelemahan pemantau juga merupakan faktor penyumbang kepada masalah ini. 3 214 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3