Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Program Kerja Sosial
SSW 111: Falsafah, Nilai dan Etika Kerja Sosial
Semester II, Sidang Akademik 2013/2014
TUGASAN INDIVIDU
Tajuk:
KETIDAKADILAN SOSIAL TERHADAP WARGA TUA
Nama: Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari
No. matrik: 122423
No IC :940902-14-6480
Nama Pensyarah:
1
ISI KANDUNGAN
No
Tajuk
Muka surat
1
Pendahuluan
3
2
Faktor-faktor Penderaan Warga Tua
6
3
Isu Permasalahan yang Kerap kali Dihadapi Oleh Warga Tua
10
4
Polisi/ Perundangan/ Akta yang Berkaitan dengan Warga Tua
13
5
Institusi Sosial Sedia Ada Yang Menawarkan Perkhidmatan
Sosial kepada warga tua
Peranan Pekerja Sosial dalam Membantu Isu Mengenai Warga
18
6
21
Tua
7
Corak Intervensi yang Boleh Diberikan Untuk Mengurangkan
23
atau Menyelesaikan Permasalahan Tersebut
8
Rujukan
27
2
PENDAHULUAN
Pada alaf globalisasi dan modenisasi kini, kemelut mengenai penderaan warga tua
semakin meruncing menggusarkan pelbagai pihak terutamanya pihak yang mempunyai
perkaitan dengan mereka seperti doktor, pekerja sosial, sukarelawan dan sebagainya. Sama
ada kita sedar ataupun tidak, pelbagai masalah yang melibatkan warga tua terutamanya
penderaan warga tua merupakan isu yang wajar diberi tumpuan dan ditangani dengan cara
yang efektif. Permasalahan mengenai warga tua semakin hangat dibicarakan kesan daripada
transformasi demografi penduduk yang berlaku dengan pesat disebabkan peningkatan jangka
hayat dan penurunan kadar kelahiran ( Jemain ,2001)
Lebih dahulu, sebelum meneroka lebih jauh, ingin saya mendefinisikan komponen
maksud warga tua. Di Malaysia, warga tua atau sering disebut warga emas umumnya
dikaitkan dengan individu yang berusia 60 tahun dan ke atas tetapi had umur 55 dan 56 tahun
boleh diklasifikasikan sebagai had umur warga tua. Kebanyakan warga tua dilihat akan
mengalami perubahan fizikal seperti rambut beruban, kulit berkedut, jalan membongkok,
kurang daya pendengaran dan penglihatan manakala dari sudut mental pula mengalami
penyakit nyanyuk atau mudah lupa.
Manakala daripada sudut emosi pula, kebanyakan warga tua mudah mengalami
tekanan emosi jika diabaikan oleh orang di sekeliling terutama anak-anak mereka. Hal ini
yang demikian, semakin meningkat usia warga tua ini, mereka memerlukan perhatian dan
kasih sayang yang sewajarnya daripada anak-anak dan orang di sekitar mereka. Warga tua ini
juga dikatakan mempunyai perasaan yang sangat sensitif, sentiasa murung, dan suka
menyendiri.
Warga tua merupakan golongan yang tidak berdaya disebabkan keupayaan mereka
yang semakin merosot. Dalam Firman Allah S.W.T., ayat 54 dalam Surah Al-Rum yang
3
memberi maksud, “ Allah menjadikan kamu dalam keadaan yang lemah, lalu yang lemah itu
dijadikan kuat, seterusnya daripada yang kuat itu kembali kepada keadaan lemah dan tua.
Allah jadikan semua yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha
Berkuasa. Oleh itu, anak-anak perlulah memberi perhatian rapi dalam setiap keadaan apa
sekalipun sebagai menghargai budi dan jasa mereka selama membesarkan anak-anak.
Namun pada hakikat yang sebenarnya, golongan warga tua seperti mereka merupakan
generasi yang telah menjalani pelbagai cabaran dalam hidup. Pengalaman mereka sepanjang
melalui ranjau kehidupan ini banyak memberikan sumbangan terhadap keluarga, masyarakat
dan negara di samping berpotensi untuk kegunaan pembangunan negara sama ada kita sedar
atau pun tidak. Melalui pengalaman dan kemahiran daripada mereka juga golongan muda
pada hari ini dapat bangkit dan maju ke hadapan setelah mempelajari pelbagai ilmu dalam
memajukan diri, masyarakat dan negara bagi mencorakkan kehidupan yang lebih sempurna
untuk generasi-generasi akan datang. Hal ini membuktikan bahawa warga tua juga
merupakan aset penting dalam arus globalisasi dan modenisasi kini baik untuk masyarakat
mahupun negara. Kenyataan ini disokong oleh Sabitha (1996) dalam Selvaratnam et. al
(2010) yang menyatakan bahawa warga tua adalah simbol perpaduan, penasihat serta
penggerak syarikat disebabkan pengalaman, kematangan tindakan dan sikap tidak tergopohgapah yang sememangnya wujud dalam diri mereka. Oleh itu, amat tidak wajar kita
melupakan jasa golongan warga tua tersebut dengan mengabaikan mereka setelah segala jasa
yang telah mereka berikan kepada kita.
National Aging Resource Centre on Elder Abuse(NARCEA) pula telah memberi
definisi dan mengkategorikan penderaan warga tua sebagai:
1. Penderaan fizikal;
2. Penderaan seksual;
4
3.
Penderaan emosi dan psikologi
4. Pengabaian
5. Eksploitasi kewangan dan benda
6. Pengabaian dan penderaan kendiri
7. Selain jenis penderaan di atas (Tatara, 1995 dalam Manaf ,2002)
Lebih membimbangkan , kes pengabaian dan penderaan warga tua di negara ini
semakin meningkat berikutan pertambahan bilangan warga tua yang menurut statistik yang
dikeluarkan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara yang menyatakan
bilangan warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas pada masa ini semakin meningkat di
samping tekanan hidup yang semakin memuncak kini dan nilai murni yang semakin terhakis
ditelan arus pemodenan dan pembangunan. (PBB ; 1991 dalam Ahmad; 2008)
menganggarkan Malaysia akan mempunyai sejumlah 3,216,000 juta penduduk berusia 60
tahun dan lebih atau kira-kira 2,079, 000 juta penduduk berumur 65 tahun dan ke atas pada
tahun 2020 iaitu peratusannya merangkumi 11.3 peratus atau 7.3 peratus.
Kenyataannya walaupun Malaysia antara negara yang masih berpegang dengan
konsep ketaatan terhadap orang tua manakala anak pula dituntut oleh agama dan adat untuk
menghormati dan menjaga ibu bapa yang telah meningkat usia namun kes pengabaian dan
penderaan terhadap warga tua tetap berlaku malah semakin meningkat. Kes seperti ini sering
berlaku dalam masyarakat kita tetapi kurang dilaporkan berbanding penderaan kanak-kanak
dan ia menjadi punca mengapa kita tidak memperoleh perangkaan sebenar. Ramai dalam
kalangan keluarga yang mengetahui isu ini merahsiakan penganiayaan yang berlaku kerana
mereka merasakan isu keganasan rumah tangga ini satu isu yang mengaibkan terhadap
keluarga sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu penderaan tersebut.
5
Manaf (2002) menyatakan kemungkinan mangsa enggan meminta bantuan daripada
pihak tertentu disebabkan warga tua tersebut bergantung harap terhadap pendera untuk
memenuhi keperluan asas, keinginan untuk hidup secara bebas, malu dan takut diletakkan ke
rumah-rumah penjagaan warga tua. Walaupun begitu, kes penderaan warga tua sewajarnya
perlu dipandang serius supaya masalah tidak menjadi semakin rumit dan kompleks pada
masa-masa akan datang.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN WARGA TUA
Peningkatan jumlah warga tua dalam komuniti menimbulkan masalah tertentu ke atas
warga tua itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam konteks warga tua itu sendiri,
warga tua sering menghadapi pelbagai masalah seperti masalah kewangan, masalah
kesihatan, masalah perumahan dan lain-lain lagi seperti yang dibincangkan dalam isu
permasalahan warga tua sebelum ini.
Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca berlakunya penderaan
warga tua. Faktor yang pertama ialah pendera bersikap ganas terutamanya pendera yang
mengambil dadah dan alkohol. Pada kebiasaannya, pengguna dadah tidak mempunyai
mental yang stabil untuk berfikir secara rasional tentang apa yang dilakukan kesan daripada
bahan kimia yang terdapat dalam dadah tersebut. Kesan terhadap mental ini disebut sebagai
kesan psikologi iaitu pengaruh dadah yang memberi kesan terhadap otak dan minda
seseorang penagih seperti rasa seronok dan khayal (euforia) di mana fikiran mereka seakanakan tidak berpijak di alam nyata di samping menyebabkan mereka hilang kawalan terhadap
diri. Hal inilah yang menyebabkan pendera yang mengambil dadah sanggup membuat apa
sahaja malah sanggup mencederakan dan membunuh ibu bapa (warga tua) untuk
mendapatkan inisiatif bagi mendapatkan bekalan dadah di samping ada yang sanggup
melakukan gangguan seksual atau merogol warga tua yang lemah tidak berdaya itu.
6
Tahap kebergantungan antara warga tua dan pendera juga merupakan faktor yang
dikenal pasti menjadi punca kes penderaan berkenaan. Tahap kebergantungan oleh warga tua
terhadap penjaga merupakan salah satu punca utama penderaan yang paling banyak
dibincangkan dalam karya-karya tertentu. Contohnya, Pillamer dan Wolf (1986) dalam
Manaf (2002) menyatakan bahawa faktor penyumbang kepada berlakunya penderaan dan
pengabaian disebabkan kebergantungan warga tua terhadap penjaga yang meningkat. Tahap
kebergantungan ini dilihat lebih memuncak apabila warga tua itu mengalami masalah mental
atau ketidakupayaan fizikal. Dalam keadaan begitu, penjaga mudah untuk mengambil
kesempatan untuk mendera warga tua disebabkan warga tua tersebut tidak berupaya untuk
melawan atau membela diri mereka.
Kebergantungan penjaga terhadap warga tua pula terjadi apabila golongan pendera
melahirkan sifat kebergantungan terhadap warga tua untuk mendapatkan sumber kewangan
yang akhirnya mendatangkan konflik penderaan sekiranya warga tua tersebut tidak
menunaikan permintaan penjaga tersebut. Hal ini sering terjadi terhadap pendera yang
mengambil dadah di mana pendera tersebut melakukan paksaan atau kecederaan terhadap
warga tua untuk mendapatkan sumber bagi membolehkan pendera tersebut mendapatkan
bekalan dadah.
Faktor yang seterusnya ialah didikan warga tua terhadap anak (penjaga) semasa
zaman kanak-kanak. Anak-anak belajar berkelakuan ganas dalam keluarga apabila ibu atau
bapa menunjukkan serta mempamerkan tindakan ganas tersebut bak kata orang-orang tua,
anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa lah yang mencorakkannya .Berkemungkinan juga
semasa pendera berada dalam alam kanak-kanak, pendera mendapat layanan buruk sehingga
melahirkan perasaan dendam untuk membalas semula apabila mereka dewasa kelak.
Kegagalan ibu bapa membentuk hubungan rapo antara anak ketika awal kehidupan juga
merupakan salah satu faktor wujudnya jurang antara anak dengan ibu bapa iaitu pendera
7
dengan warga tua tersebut. Perkara ini amat berkait dengan teori pembelajaran sosial yang
telah dikemukakan oleh Albert Bandura pada tahun 1977 di mana teori ini menyatakan
bahawa sesuatu tindakan itu merupakan kesan interaksi ketiga-tiga faktor iaitu manusia,
persekitaran dan perlakuan manusia di samping menekankan tentang peranan persekitaran
dalam pembentukan peribadi seseorang insan.
Di samping itu, pendera kebanyakannya mengalami tekanan hidup dengan pelbagai
masalah yang dihadapi seperti masalah tekanan jiwa, keretakan rumah tangga, tidak ada
pekerjaan tetap, tekanan di tempat kerja, menganggur, muflis dan sebagainya. Kesemua
masalah ini memungkinkan penjaga atau pendera ini hilang kesabaran terhadap anggota
keluarga sehingga membawa kepada penderaan terhadap warga tua lebih-lebih lagi terhadap
warga tua yang mempunyai masalah mental dan ketidakupayaan fizikal . Hal ini
kebiasaannya juga disebabkan penjaga yang tidak dapat mengawal emosi yang bercelaru.
Faktor lain yang memungkinkan penderaan warga tua ialah penjaga kekurangan ilmu
dan kemahiran dalam penjagaan warga tua. Masyarakat kita lebih terdedah terhadap kelas
penjagaan bayi tetapi kurang diberi pendedahan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
menjaga warga tua terutamanya bagi menguruskan warga tua yang mempunyai masalah
mental atau ketidakupayaan fizikal. Hal ini menimbulkan tekanan terhadap penjaga yang
tidak mempunyai kemahiran asas tersebut. Kebanyakan masyarakat kita juga mempunyai
stereotaip negatif mengenai warga tua bahawa warga tua itu menyulitkan kerana warga tua
memerlukan penjagaan yang rapi di samping memerlukan pengeluaran sumber kewangan
yang banyak terutamanya terhadap warga tua yang mempunyai masalah kesihatan yang
serius. Oleh itu, segelintir penjaga menganggap dengan menghantar ibu bapa (warga tua) ke
rumah penjagaan warga tua, maka masalah menjadi lebih mudah di mana penjaga tersebut
tidak perlu bersusah payah untuk menjaga warga tua tersebut.
8
Faktor yang seterusnya ialah perubahan institusi kekeluargaan. Dewasa ini, apa yang
kita dapat lihat institusi keluarga mula menonjolkan perubahan di mana semakin ramai
wanita yang menjadi ibu tunggal di samping kebanyakan keluarga hari ini lebih gemar
mempunyai bilangan anak yang sedikit berkait rapat dengan kurangnya ahli keluarga yang
dapat menjaga warga tua dalam keluarga tersebut kesan daripada peralihan demografi
penduduk yang berlaku dengan pesat melalui peningkatan jangka hayat dan penurunan kadar
kelahiran penduduk. Sudah menjadi kelaziman sejak dahulu lagi bahawa wanita menjadi
penjaga utama warga tua. Namun, disebabkan kini semakin ramai ibu tunggal yang sudah
tentunya mempunyai pelbagai masalah lain yang tersendiri, adakah mereka mampu menjadi
penjaga kepada warga tua tersebut?
Selain itu, pengasingan sosial juga merupakan salah satu punca berlakunya penderaan
warga tua. Kehidupan budaya masyarakat kini yang hidup bernafsi-nafsi membantutkan
proses interaksi sosial sesama ahli keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang hidup di kawasan
bandar. Kedudukan rumah sanak saudara yang jauh mengehadkan sokongan terhadap sosial
warga tua tersebut. Padahal sokongan sosial begitu penting dalam berperanan sebagai agen
mengurangkan tekanan hidup dan memudahkan proses penyelesaian konflik. Menurut Manaf
(2002), sokongan yang utuh daripada saudara-mara dan orang terdekat boleh mengurangkan
perasaan ‘terbeban’ kepada penjaga warga tua. Pendapat ini disokong oleh Connidis (1994)
dalam Manaf (2002) yang menyatakan kebanyakan warga tua akan mencari adik-beradik
untuk memohon bantuan jika keadaan mendesak. Connidis mendapati individu yang
mempunyai lebih daripada seorang kakak atau abang kebarangkalian mendapat peluang lebih
tinggi untuk menerima bantuan daripada adik beradiknya.
Faktor seterusnya berlaku pengabaian warga tua dalam masyarakat hari ini ialah sikap
materialistik dan individualistik anak-anak yang ghairah mengejar kejayaan duniawi
menyebabkan kebajikan warga tua terabai. Seramai 286 orang daripada lebih 2000 orang
9
warga tua yang tinggal di sembilan buah rumah orang tua di Malaysia masih mempunyai
keluarga dan sanak-saudara terdekat (Hassan 1999 dalam Kasim 2001). Kenyataan ini amat
mendukacitakan kerana pembangunan fizikal negara ini tidak selari dengan kemajuan rohani
masyarakat kita hari ini. Kebanyakan anak-anak yang menghantar warga tua ke rumah
penjagaan warga tua bersikap mementingkan diri dengan mengambil jalan mudah
menyelesaikan masalah penjagaan malah ada segelintir anak yang menghantar ke rumah
penjagaan tersebut terus membiarkan keadaan mereka tanpa mengambil berat sedikit pun
akan warga tua tersebut.
ISU PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH WARGA TUA
Kewujudan bilangan warga tua yang semakin meningkat menimbulkan pelbagai isu
sosial yang seharusnya dipertimbangkan oleh masyarakat dalam konteks kehidupan
masyarakat moden kini seperti gaya hidup warga tua di bandar dan luar bandar, kesan
penuaan dan implikasi ekonomi penuaan serta implikasi ekonomi penuaan terhadap corak
hidup warga tua.
Antara isu permasalahan yang dihadapi oleh warga tua ialah isu kesihatan di mana isu
ini merupakan kemelut utama yang perlu dititikberatkan kerana isu kesihatan ini merupakan
penentu utama kualiti hidup warga tua tersebut. Persoalannya, adakah kemudahan perubatan
dan hospital awam mencukupi atau bersesuaian untuk menangani isu seperti ini? Tambahan
pula, warga tua kebanyakannya tinggal di luar bandar maka tahap kesampaian antara warga
tua dan perubatan moden amat sukar. Hal ini demikian kerana warga tua yang tinggal di
kawasan luar bandar lebih gemar mencari alternatif perubatan tradisional disebabkan
kebanyakan rawatan tradisional jauh lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan moden
yang memerlukan kos perbelanjaan rawatan dan penjagaan yang besar. Penyakit jantung
umpamanya memerlukan kos rawatan yang tinggi sedangkan kemudahan untuk merawat
10
penyakit ini di hospital kerajaan tidak begitu memberangsangkan. Maka ramai warga tua
yang menghidapi penyakit kronik seperti ini terpaksa mendapatkan khidmat perubatan di
hospital swasta atau institut pakar yang sememangnya memakan perbelanjaan yang besar.
Mungkin ia tidak menjadi masalah bagi warga tua yang berasal daripada golongan berada
namun ia pasti menjadi masalah besar terhadap golongan warga tua yang miskin.
Kebarangkalian untuk warga tua ini dibiarkan tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya amat
tinggi.
Isu yang seterusnya dihadapi oleh warga tua ialah isu perumahan atau tempat tinggal.
Ahmad (2008) menyatakan bahawa kebanyakan warga tua tinggal di desa ini mempunyai
rumah yang usang dan tidak mempunyai kemudahan fizikal yang sempurna untuk didiami.
Namun, atas dasar keterpaksaan dalam kemiskinan, golongan seumpama ini terpaksa tinggal
di rumah tersebut. Kita sering melihat kebanyakan warga tua tinggal di rumah yang tidak
berkualiti padahal tempat tinggal adalah penting untuk kesejahteraan mereka. Maka,
rendahnya tahap keselesaan tempat tinggal warga tua boleh mengurangkan tahap
kesejahteraan mereka. Ada juga dalam kalangan warga tua yang tidak mahu tinggal di rumah
anak-anak kerana merasakan hidup mereka menyusahkan anak-anak di samping terasa
terpinggir dan terbiar. Kebiasaan negara-negara maju, warga tua lebih gemar tinggal di rumah
mereka sendiri daripada tinggal bersama anak-anak terutamanya warga tua yang sihat dan
mempunyai sumber kewangan yang mampu menyara diri dan pasangannya (jika masih ada).
Namun, ia tidak berlaku kepada warga tua yang miskin dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Perubahan ketara telah dialami oleh institusi kekeluargaan kini memberikan pelbagai
implikasi tertentu ke atas warga tua. Kesan daripada arus pemodenan dan pembangunan yang
pesat memaksa institusi kekeluargaan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Perubahan ketara yang dapat kita lihat ialah saiz keluarga yang semakin mengecil di samping
pertambahan bilangan ibu tunggal dalam masyarakat hari ini sekali gus memberi kesan
11
terhadap kebajikan warga tua. Seperti yang kita sedia maklum, penjaga utama warga tua ialah
anak-anak mereka terutamanya anak lelaki. Namun, akibat perubahan dan desakan tertentu
menyebabkan tanggungjawab menjaga kebajikan warga tua secara tidak langsung beralih ke
atas bahu anak perempuan. Tambahan pula, generasi muda dewasa ini kebanyakannya tinggal
berjauhan daripada ibu bapa mereka. Kenyataan ini disokong oleh Goode (1988) dalam
Abdullah (2006) yang menyatakan bahawa proses industrialisasi telah menyebabkan individu
meninggalkan keluarga luas dan tinggal dalam keluarga nuklear atau lebih dikenali sebagai
keluarga asas. Transformasi ini memberi isu mendalam terhadap warga tua yang masih tidak
mempunyai kemampuan untuk menguruskan diri sendiri telah terabai.
Kesunyian juga merupakan dilema yang sering dialami oleh warga tua. Isu ini
kebiasaannya kesan daripada sindrom ‘sarang kosong’ atau lebih dikenali sebagai
kekosongan jiwa. Hal ini berlaku apabila anak-anak meninggalkan rumah dan tinggal di
tempat lain sama ada belajar, bekerja mahu pun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Kebanyakan warga tua yang mengalami masalah kesunyian juga tidak mempunyai aktiviti
khusus yang perlu mereka lakukan akibat daripada perubahan peranan tersebut. Bakar et. al.
(2008) menyatakan bahawa masalah kemurungan disebabkan oleh perasaan kesunyian yang
serius dan antara tanda kemurungan ialah individu sering kali berdukacita dan hilang minat
untuk melakukan aktiviti yang diminati. Terdapat kajian menyatakan bahawa 15 peratus
daripada pesakit termasuk warga tua yang menghadapi masalah kemurungan di samping
menghidapi penyakit fizikal telah membunuh diri (Hassan, 2006 dalam Bakar, 2008).
Kenyataan yang dikeluarkan Bakar (2008) merumuskan bahawa isu kesihatan mental dalam
kalangan warga tua semakin meningkat. Menurut Roziah (2002) dalam Bakar(2008)
menyatakan bahawa warga tua wanita lebih cenderung mengalami masalah kesunyian
berbanding warga tua lelaki kerana kebiasaannya warga tua lelaki lebih kerap keluar
12
menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawan di warung kopi atau masjid manakala
segelintir warga tua wanita hanya duduk di rumah sahaja.
Isu kebajikan sosial mengenai pekerjaan dan jaminan kewangan amat berkaitan
dengan warga tua. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan warga tua antara rela dan tak rela
untuk bekerja bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat pada alaf
globalisasi dan modenisasi kini walaupun usia mereka telah lanjut. Kebanyakan warga tua
hanya akan berhenti bekerja jika tulang empat kerat mereka sudah tidak berdaya lagi untuk
melakukan pekerjaan. Peluang pekerjaan yang ada kebanyakannya kurang sesuai dengan
kemampuan mereka sekali gus menyukarkan mereka untuk memperoleh pekerjaan. Malah
ada dalam kalangan majikan yang memberi upah yang rendah terhadap golongan warga tua
walaupun warga tua tersebut telah menyiapkan tugas yang diberi dengan alasan bahawa
warga tua lambat melakukan kerja. Masalah kekurangan pendapatan ini sekali gus membawa
mereka dalam lubuk kemiskinan. Tambahan pula, hanya sebahagian kecil daripada mereka
yang mendapat skim pencen yang sedikit sebanyak mampu membantu mereka untuk
meneruskan kehidupan. Terdapat juga dalam kalangan warga tua yang 100 peratus terpaksa
bergantung harapan terhadap anak-anak dan sumbangan kewangan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Tabung Zakat disebabkan kudrat tidak mampu untuk
menyara kehidupan mereka. Namun, jumlah sumbangan yang agak rendah memaksa mereka
bergantung terhadap anak-anak serta ahli keluarga warga tua yang lain (Ahmad, 2008)
POLISI, PERUNDANGAN ATAU AKTA YANG BERKAITAN DENGAN ISU
PENDERAAN WARGA TUA
DASAR : Dasar Warga Tua Negara (DWTN)
Pembelaan dan perlindungan terhadap warga tua yang didera mula mendapat
perhatian sewajarnya bermula Oktober 1995 apabila Dasar Warga Tua Negara telah
13
dilaksanakan. Kebiasaannya , sesuatu dasar yang diikuti program adalah diwujudkan sebagai
usaha bagi mengekang permasalahan yang muncul(Chambers, 2000 dalam Samah, 2005).
Hal ini memberi maksud sesuatu dasar yang digubal ada matlamat khusus dan kelompok
sasaran tertentu. Begitu juga dengan DWTN yang mempunyai matlamat untuk mewujudkan
masyarakat warga tua yang aman sejahtera, bermaruah, bermartabat tinggi dengan cara
menjana potensi diri secara maksimum di samping memberi perlindungan dan penjagaan
terhadap golongan tersebut. Menurut Samah (2005), dasar ini mempunyai tiga elemen yang
tersirat yang bergerak seiring dengan asa pembangunan komuniti iaitu penglibatan warga tua,
warga tua sebagai modal manusia yang berdikari dan bantuan serta sokongan daripada
pelbagai pihak.
Elemen penglibatan adalah elemen penting dalam setiap proses permulaan (Randell,
2004; Chambers, 1995; Bank Dunia, 1994; Rajesh 1989 dalam Samah 2005). Penglibatan
memberi ruang kepada warga tua berdiskusi sesama komuniti dan membuat keputusan
bersama dalam menentukan keperluan masing-masing bagi menguasai tahap kefahaman diri
mereka di samping meningkatkan kesedaran mengenai segenap aspek berkaitan hidup mereka
seperti kedudukan sosial, ekonomi, cabaran dan kesihatan.
AKTA
Dahulu kes pengabaian dan penderaan warga tua dianggap sebagai suatu kes
tersembunyi. Penderaan warga tua juga pada mulanya dikategorikan sebagai masalah sosial
sama seperti penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak (Yusoff,2009). Di beberapa negara
yang mula menganggap masalah ini sebagai suatu masalah yang serius telah mewartakan
penderaan warga tua ini sebagai satu tindakan jenayah di mana aspek penderaan dan
pengabaian warga tua telah dibahagi kepada dua iaitu penderaan domestik dan penderaan
institusi. Penderaan domestik merujuk kepada penderaan yang dilakukan oleh ahli keluarga
14
mangsa seperti anak, menantu atau saudara mara manakala penderaan yang dilakukan oleh
pekerja dalam institusi warga tua itu tinggal pula merujuk kepada penderaan institusi.
Secara universalnya, undang-undang yang digunakan bagi mengendalikan kes
penderaan warga tua adalah sama digunakan dalam kes keganasan rumah tangga yang
melibatkan isteri atau suami iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah tangga 1994
(Akta 521). Dengan wujudnya akta tersebut, secara dasarnya, warga tua di negara ini
sememangnya dilindungi oleh undang-undang daripada didera. Menurut Akta Keganasan
Rumah tangga 1994, ‘orang dewasa tidak berkeupayaan’ sebagai seorang yang pada
keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah atas sebab kehilangan
keupayaan fizikal atau mental atau tidak sihat atau usia tua yang tinggal sebagai anggota
keluarga pesalah. Hal ini bermaksud apabila seorang warga tua tinggal bersama-sama sebagai
anggota dalam keluarga tersebut maka secara tidak langsung beliau diklasifikasikan sebagai
‘orang dewasa yang tidak berkeupayaan’.
Pendera warga tua ini boleh didakwa sekiranya perlakuan yang dilakukan terhadap
warga tua tersebut memenuhi definisi ‘keganasan rumah tangga’ sebagaimana termaktub
dalam Akta 521 dan dalam masa yang sama perbuatan tersebut boleh didakwa di bawah
seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hal ini bermaksud Akta Keganasan Rumah tangga
mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun,
Akta 521 tidak begitu spesifik dan tidak membabitkan penderaan lain yang sering kali
dihadapi oleh warga tua seperti penderaan emosi atau psikologi, eksploitasi dan
pengabaian.(Yusoff,2009)
Sesuatu perbuatan atau kesalahan perlu didefinisikan dengan jelas adalah merupakan
elemen yang sangat penting. Contohnya, sekiranya pendera dituduh di mahkamah atas sebab
melakukan penderaan, maka pendakwa perlu membuktikan tertuduh atau pendera berkenaan
15
jelas melakukan perbuatan tersebut sebagai satu kesalahan. Penyelidik-penyelidik terdahulu
juga telah merumuskan bahawa isu mengenai penderaan warga tua ini merupakan isu yang
sukar untuk didefinisikan secara tepat.( Payne et. al.,2001, Goldon,2001 dalam Yusoff,
2009). Isu mengenai penderaan warga tua sukar dirumuskan sama ada perbuatan itu
disengajakan atau tidak sengaja di samping perbezaan budaya dalam masyarakat yang
mendefinisikan perlakuan tersebut.
Tambahan pula, definisi Akta 521 agak luas pemakaiannya di mana berdasarkan
definisi ‘keganasan rumah tangga’ dalam Akta 521merangkumi penderaan terhadap isteri,
bekas isteri, suami, bekas suami, kanak-kanak, warga tua dan orang dewasa lain yang tinggal
di dalam rumah yang sama. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada laporan debat
parlimen semasa pembentangan Rang Undang-undang Keganasan Rumah tangga jelas
membuktikan Akta 521 adalah akta yang memberi fokus terhadap penderaan wanita. Selain
itu, walaupun Akta Keganasan Rumah tangga ini juga boleh diguna pakai bagi kes penderaan
kanak-kanak namun bagi menangani isu penderaan tersebut juga telah mempunyai akta yang
spesifik iaitu Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) di mana akta ini memperuntukkan
hukuman yang lebih berat terhadap pendera kanak-kanak jika dibandingkan dengan Akta
521.
Selain daripada Akta Keganasan Rumah tangga, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183)
turut memperuntukkan untuk membanteras warga tua yang mengemis di kawasan bandar atau
di sesuatu tempat. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang papa diberi maksud
seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam sehingga menyebabkan atau
mungkin menyebabkan kerisauan atau ketidakselesaan kepada orang-orang yang
kebiasaannya mengunjungi kawasan itu ataupun sehingga melakukan kekacauan dan
mengganggu orang awam atau seseorang yang tiada arah tujuan yang ditemui di kawasan
awam sama ada atau tidak meminta sedekah, tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya
16
atau tiada tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal berkenaan dirinya dengan
memuaskan. Dengan wujudnya akta sebegini, orang papa tersebut akan ditempatkan di
institusi Desa Bina Diri (DBD) di mana golongan ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang
bersesuaian dengan diri mereka seperti menjahit, bertukang, berkebun dan lain-lain lagi
sebagai persediaan untuk menempatkan kembali diri mereka ke dalam keluarga atau
masyarakat di samping mengajar mereka untuk berdikari.
Selain itu, kewujudan Akta Pusat Jagaan 1993 pula diperuntukkan untuk memberi
perlindungan dan penjagaan kepada warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. Akta ini
digubal untuk membantu warga tua yang berkeliaran di merata tempat (terabai) ditempatkan
di pusat penjagaan warga tua sebagai pelindung dan memastikan kehidupan mereka lebih
baik. Di samping memberikan perlindungan terhadap warga tua yang terbiar, akta ini juga
bertujuan memastikan keselamatan dan kebajikan sosial warga tua terjamin. Melalui pusat
jagaan tersebut, masa lenggang warga tua tersebut juga diisi dengan aktiviti-aktiviti harian
yang sesuai dengan kemampuan fizikal mereka bagi mengurangkan rasa kesunyian dalam diri
mereka. Tindakan ini dianggap sebagai usaha membawa perubahan sosial bagi meningkatkan
kesejahteraan hidup warga tua tersebut.
Namun, ketiadaan akta yang spesifik dan kerangka undang-undang yang terhad bagi
melindungi warga tua daripada didera menyebabkan kes penderaan serta pengabaian warga
tua sukar dikenal pasti. Kebanyakan di negara maju sudah pun mempunyai akta atau undangundang spesifik yang digubal bagi melindungi dan menjaga hak serta kebajikan warga tua.
Misalnya di Amerika Syarikat, Akta Warga Tua Amerika telah lama diluluskan ke dalam
undang-undang iaitu pada tahun 1995 dan dipinda pada tahun 2000. Keadaan yang sama
seperti di negara Jepun di mana padatahun1963 di negara tersebut telah wujud undangundang nasional bagi menjaga kebajikan warga tua. Malah, Singapura yang merupakan
negara jiran kita itu sudah pun menggubal undang-undang khusus untuk warga tua seperti
17
Akta 1996 Penjagaan Terhadap Ibu Bapa. Dengan kewujudan akta-akta yang lebih spesifik
sedikit sebanyak dapat membela nasib warga tua yang didera secara fizikal atau mental
mahupun diabaikan di samping mengekang sikap tidak bertanggungjawab dalam masyarakat
kita hari ini. Oleh itu, undang-undang perlu digubal dengan sewajarnya demi penyertaan
sosial bersama dan bukannya pengecualian warga tua dalam kelompok masyarakat.
INSTITUSI-INSTITUSI SEDIA ADA YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN
SOSIAL KEPADA GOLONGAN WARGA TUA
Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi kini, isu penuaan mungkin belum
berasa terdesak bagi pihak kerajaan untuk bertindak segera memandangkan isu warga tua di
negara ini masih lagi dalam keadaan terkawal. Namun, sejak belakangan ini, proses penuaan
semakin meningkat menuntut pihak-pihak tertentu untuk memainkan peranan aktif dengan
segera melalui sokongan penyediaan rangkaian infrastruktur yang aktif sebelum negara
mencapai status masyarakat tua seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat
penyayang yang dapat mengiring negara mencapai status negara maju menjelang 2020 di
mana apabila masyarakat Malaysia mengalami penuaan.
Sekiranya isu ini dibiarkan berterusan, hal ini bermakna kita memperjudikan nasib
masa depan kita sendiri. Hal ini demikian kerana setiap orang pasti akan melalui zaman
tersebut kecuali mati yang menjadi penghalangnya. Namun, siapakah yang wajar
bertanggungjawab ke atas isu ini? Sudah kita sedia maklum bahawa pihak keluarga adalah
pihak yang paling bertanggungjawab mengenai hal ini namun ia tidak wajar sekali jikalau
masalah ini hanya diletakkan atas bahu setiap institusi kekeluargaan sahaja. Oleh hal yang
demikian, terdapat pelbagai institusi-institusi sosial yang sedia ada menawarkan
perkhidmatan sosial terhadap golongan warga tua ini bagi memastikan kelangsungan
kebajikan mereka sentiasa terpelihara dan terjaga seperti pihak kerajaan, pihak swasta dan
18
badan bukan kerajaan. Penjagaan warga tua seperti perkhidmatan Rumah Orang Tua , Rumah
Orang Tua Tanpa Waris, Nursing Homes, pusat jagaan harian, klinik khas bagi warga tua dan
lain-lain perkhidmatan sosial dan kesihatan telah dilaksanakan melalui perkhidmatan formal
yang disediakan oleh golongan profesional atau agensi kerajaan, swasta dan organisasi
komuniti.
Sejak dahulu lagi, penjagaan warga tua berasaskan institusi (Institutional-based cared
) telah dikelola oleh pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
bertanggungjawab menguruskan rumah-rumah kebajikan warga tua yang banyak memberi
khidmat perlindungan, bimbingan dan kaunseling, rawatan, jagaan dan rekreasi kepada warga
tu. Kebiasaannya warga tua yang tinggal dan mendapat perkhidmatan seperti ini daripada
pihak kerajaan ialah mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal tetapi masih mampu
menjaga diri sendiri serta tidak menghidapi penyakit berjangkit. Pengendalian institusi ini
tertakluk dalam Akta Orang Papa 1977 dan Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah Orang Tua
1983.
Perkhidmatan yang seterusnya ialah perkhidmatan kesihatan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia yang telah memperkenalkan Program Kesihatan Warga Emas pada tahun
1995 hasil resolusi Persidangan Kebangsaan Penjagaan Kesihatan Warga Tua. Objektif
perkhidmatan ini adalah untuk mempertingkat taraf kesihatan warga tua, menggalakkan
warga tua menyertai program promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat
serta pemeriksaan kesihatan yang disediakan mesra umur, berpatutan, adil, mudah didapati,
selari dengan budaya, tidak ada diskriminasi gender dan mempunyai sistem yang
bersinambung serta diberi secara holistik mengikut setiap peringkat. Antara aktiviti yang
dijalankan di klinik perkhidmatan warga tua atau dikenali sebagai Klinik Geriatrik
termasuklah mengadakan promosi dan pendidikan kesihatan, ujian saringan dan penilaian,
pemeriksaan perubatan, kaunseling, rawatan serta rujukan. Namun perkhidmatan formal
19
seperti ini hanya terdapat di hospital besar sahaja (Jemain ,2001). Perkhidmatan ini bukan
sahaja tidak begitu meluas malah penyediaan kemudahan pusat penjagaan dan kesihatan
warga tua kurang memuaskan serta masih dibelenggu kerenah birokrasi.
Dasawarsa ini, Badan Bukan Kerajaan (NGO) begitu berperanan dalam membantu
kerajaan dan masyarakat dari segi penyediaan program dan aktiviti khusus untuk warga tua
seperti Nursing Homes yang kebiasaannya terletak di kawasan bandar-bandar besar tetapi
perkhidmatan ini memerlukan jumlah bayaran mencecah ribuan ringgit sebulan bergantung
pada pakej perkhidmatan yang diperlukan bagi menyediakan khidmat kepada keluarga yang
memerlukan perkhidmatan tersebut. Institusi seperti ini dikawal oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kebersihan, sanitasi, ciri-ciri
keselamatan dan keselesaan memenuhi piawai minimum dalam menyediakan perkhidmatan
tersebut. Jabatan kebajikan Masyarakat pula bertanggungjawab memantau institusi ini dengan
mengadakan pemantauan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan berkala di bawah
peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Selain itu, terdapat juga konsep penjagaan warga tua yang dibiayai dan ditanggung
sendiri (sumber kewangan bukan dari kerajaan) yang di kendali oleh persatuan atau
pertubuhan etnik secara (separa) sukarela. Operasi penjagaan warga tua yang tidak
berorientasi keuntungan ini mendapat tajaan dan dinaungi oleh persatuan atau pertubuhan
berasaskan suku kaum. Walaupun perkhidmatan ini ditubuhkan secara organisasi komuniti,
namun penglibatan ahli dalam memberi penjagaan kepada warga tua agak terhad. Institusi
yang menyediakan penjagaan warga tua ini dikategorikan sebagai residential homes di mana
institusi ini diuruskan oleh staf yang berbayar.
Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan yang berorientasi komuniti di mana
kumpulan atau organisasi sukarela setempat termasuklah pemimpin tempatan melaksanakan
20
program dan aktiviti untuk warga tua seperti bergotong-royong membina Rumah Orang Tua
Islam Tanpa Berwaris yang mendapat penajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Institusi ini ditubuhkan bertujuan
menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi kemudahan warga tua tidak berwaris serta
memberi galakan kepada mereka untuk berhubung dan berinteraksi dengan komuniti
setempat di samping menyarankan warga tua tersebut menjalankan aktiviti pertanian bagi
menjana pendapatan secara sederhana dan menyertai pelbagai kegiatan bersama-sama
komuniti.
PERANAN PEKERJA SOSIAL MENGENAI ISU PENDERAAN WARGA TUA
Pekerja sosial merupakan satu bidang profesion yang membantu individu dan
masyarakat memperbaiki atau mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Pekerja sosial berperanan sebagai pembela dengan menjadi penyokong yang memihak
kepada warga tua dengan bertindak sebagai orang yang menyuarakan hak untuk individu,
kumpulan atau masyarakat dalam kelompok warga tua tersebut. Peranan pembela juga
merupakan skop yang seakan-akan sama dengan bidang profesional di mana pekerja sosial
akan membantu warga tua yang tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak
yang memberikan perkhidmatan penjagaan di mana seorang pekerja sosial mestilah
berkebolehan mendapatkan maklumat, mempersoalkan kesalahan dan menggesa pembetulan
kesilapan segera dilakukan serta mencabar institusi berkenaan untuk membuat keputusan
yang diperlukan oleh warga tua tersebut apabila warga tua tersebut tidak mampu
menyuarakan haknya atau apabila haknya dicabuli oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab. Selain itu, sebagai pembela, pekerja sosial juga berperanan sebagai
penyokong warga tua tersebut bagi menghadapi masalah yang turut melibatkan pelbagai
pihak di samping bertindak dengan mengenal pasti masalah, mengawal, mempraktikkan dan
21
mengamalkan cara yang tidak istiqamah terhadap warga tua yang tinggal di rumah penjagaan
tersebut ataupun membekalkan penjagaan berterusan dan melakukan anjakan ke arah yang
lebih baik. Contohnya apabila terdapat rumah penjagaan yang mengambil pekerja yang tidak
berkelayakan sebagai kakitangan sehingga menyebabkan warga tua tersebut terabai ataupun
disebabkan kakitangan institusi tersebut tidak mencukupi bagi menjaga warga tua tersebut,
jadi pekerja sosial akan bekerjasama dengan pentadbir pusat jagaan berkenaan bagi membela
nasib warga tua tersebut. Konsep pembelaan yang dibawa oleh pekerja sosial membawa
seribu kebaikan kepada masyarakat terutamanya terhadap golongan minoriti yang lemah
seperti warga tua. Hak asasi warga tua juga dapat dibela agar masyarakat faham akan hak
mereka tidak diperlekeh oleh orang yang tidak berperikemanusiaan disebabkan ketiadaan
pembela yang ingin mempertahankan hak mereka. Di sini, pekerja sosial akan melakukan
proses sokongan yang dikenali sebagai kerja kes di mana dalam proses ini akan
menghubungkan warga tua tersebut dengan pekerja sosial dalam menyelesaikan masalah.
Peranan kedua ialah pekerja sosial sebagai broker di mana pekerja sosial
menghubungkan klien yang memerlukan pertolongan terutamanya mereka yang tidak
mempunyai maklumat untuk mendapatkan sumber-sumber dengan menyediakan sumbersumber yang ada di persekitaran mereka. Sebagai broker, pekerja sosial juga mestilah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sumber-sumber komuniti supaya warga tua
tersebut boleh membuat rujukan yang sewajarnya terhadap pekerja sosial tersebut.
Pengetahuan tentang polisi , akta dan dasar berkaitan penderaan warga tua amatlah penting
sebagai langkah persediaan di samping pengetahuan berkaitan dengan sistem sumber dan
hubungan kerja sosial dengan pegawai utama. Pekerja sosial juga bertanggungjawab untuk
membentuk jaringan rujukan yang mudah dan efisien serta teknik pemantauan yang berkesan.
Selain itu, dalam sesebuah sistem makro dan mezzo, konteks ini memerlukan pekerja yang
mahir dalam perkhidmatan komuniti serta memiliki pengetahuan am tentang kelayakan dan
22
sensitif terhadap keperluan warga tua. Contohnya seorang pekerja sosial (broker)
mendapatkan pusat perlindungan atau rumah orang tua bagi warga tua yang tidak mempunyai
tempat tinggal dan berpelesiran di kaki-kaki lima bangunan.
Peranan pekerja sosial yang ketiga ialah sebagai enabler (pemudah cara) di mana
pekerja sosial akan membantu individu atau kumpulan warga tua untuk menyatakan
keperluan mereka, menjelaskan dan mengenal pasti punca masalah, meneroka pelbagai
strategi penyelesaian masalah, memilih dan mempraktikkan rancangan serta membangunkan
potensi warga tua tersebut secara optimum atau menyeluruh dan menghalang daripada
timbulnya gangguan fungsi dalam sesebuah sistem agar warga tua tersebut berupaya
menyelesaikan masalah dengan lebih efektif. Kebiasaannya, sebagai enabler, pekerja sosial
akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan. Elemen
penting dalam peranan ini ialah menggalakkan warga tua tersebut berubah mengikut
usahanya sendiri.
Peranan pekerja sosial dalam menangani isu penderaan warga tua yang keempat ialah
perancang. Peranan pekerja sosial sebagai perancang kebiasaannya digunakan dalam kerjakerja bersama komuniti. Peranan ini kebanyakannya tertumpu pada membantu komuniti
dalam penyelesaian masalah seperti mengenal pasti keperluan-keperluan yang ingin dicapai
serta membantu mencapai dan membentuk golongan tertentu.
CORAK INTERVENSI YANG BOLEH DIBERIKAN UNTUK MENGURANGKAN
ATAU MENYELESAIKAN MASALAH
Pada era pasca merdeka ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang
mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian,
pembangunan sosial tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma.
Bagi merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, pekerja sosial
23
perlulah merancang usaha-usaha bagi mengenal pasti, merawat dan mencegah penderaan
warga tua daripada isu ini bertambah parah. William J. Siegel berkata, “ Manusia tidak
merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang. Maka, secara tuntasnya, intervensi
pencegahan terhadap warga tua ini amatlah perlu bagi mengekang isu ini daripada bertambah
kritikal.
Langkah intervensi yang pertama yang boleh dilakukan oleh pekerja sosial ialah
menghubungkan warga tua dengan sumber-sumber yang diperlukan. Langkah ini penting
terutamanya kepada warga tua yang tidak mempunyai maklumat yang sewajarnya untuk
mendapatkan sumber-sumber yang disediakan di sekitar mereka. Dengan adanya
pengetahuan yang mendalam dalam diri pekerja sosial mengenai sumber-sumber komuniti
yang membolehkan warga tua tersebut membuat rujukan yang sewajarnya, maka pekerja
sosial boleh dijadikan sebagai jaringan untuk warga tua tersebut mendapatkan sumbersumber yang diperlukan. Contohnya, warga tua yang didapati mengemis di persekitaran
bandar yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mata pencarian, pekerja sosial boleh
mencadangkan warga tua terbabit untuk ditempatkan ke dalam institusi Desa Bina Diri
ataupun rumah penjagaan warga tua yang boleh mengajarkan mereka kemahiran-kemahiran
yang bersesuaian dengan keupayaan fizikal mereka sebagai langkah untuk mendidik mereka
supaya berdikari. Pekerja sosial juga boleh membantu golongan warga tua untuk
mendapatkan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menampung sedikit
sebanyak kos perbelanjaan hidup mereka. Bagi warga tua yang mempunyai masalah
kesihatan, pekerja sosial boleh menyarankan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan klinik
kesihatan warga tua iaitu klinik Geriatrik yang menyediakan pelbagai perkhidmatan
terutamanya kaunseling, pemeriksaan perubatan dan rawatan perkhidmatan fisioterapi,
pemulihan cara kerja dan sebagainya.
24
Langkah intervensi yang kedua ialah pekerja sosial perlu mengadakan programprogram yang dapat melindungi golongan warga tua yang tidak berupaya ini daripada didera
secara fizikal dan mental, diabaikan dan dieksploitasi kewangan dengan sewenangwenangnya. Bagi membela maruah warga tua daripada diperkotak-katikkan, projek-projek
penyelidikan dan bengkel kesedaran berhubung isu penderaan warga tua perlulah dilakukan
secara komprehensif dan berterusan. Keperluan program pencegahan penderaan warga tua
dan aktiviti-aktiviti perlindungan juga perlu diselaraskan bagi mengekang tujuan utama
program daripada terpesong iaitu bertujuan memberi pendidikan kepada orang awam tentang
penderaan dan pencegahannya, menggalakkan masyarakat menyalurkan laporan penderaan
kepada pihak berkuasa, mengadakan program outreach dan seminar-seminar yang berkaitan.
Selain itu, pekerja sosial boleh mempromosikan isu penderaan warga tua ini supaya
masyarakat lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam mendepani isu sebegini. Dalam erti
kata lain, pekerja sosial perlu mendidik orang ramai tentang warga tua dan golongan dewasa
yang tidak berupaya yang menjadi mangsa di samping menyebarkan maklumat dalam
kalangan profesional agar sama-sama membanteras isu ini daripada terus bergelumang dalam
masyarakat kita. Langkah ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada
golongan atasan mahu pun bawahan bahawa isu penderaan warga tua adalah isu yang perlu
diambil serius bukan isu yang remeh.
Langkah intervensi yang ketiga adalah dengan melobi pihak berkuasa mewujudkan
satu undang-undang yang spesifik berkaitan kebajikan dan keselamatan warga tua tersebut.
Jika kita merujuk kepada akta 611 iaitu Akta Kanak-kanak 2001 yang merupakan akta
spesifik yang digubal bagi menangani isu penderaan kanak-kanak seperti tanggungjawab
untuk melaporkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak, wujudnya Majlis Khas yang
berperanan merangka dan menjalankan program perlindungan kanak-kanak, Mahkamah bagi
kanak-kanak dan juga hukuman yang setimpal boleh dijatuhkan ke atas mereka yang mendera
25
atau mengabaikan kanak-kanak wujud walaupun akta 163 iaitu Akta Keganasan Rumah
tangga 1994 boleh diguna pakai bagi membanteras isu penderaan warga tua tersebut. Jika
akta spesifik untuk kanak-kanak wujud, mengapa tidak pada orang tua. Justeru, pekerja sosial
boleh melobi pihak berkuasa untuk mewujudkan undang-undang khusus bagi menangani isu
tersebut.
26