TIPS PENGURUSAN KEWANGAN ANAK MUDA
Tips pengurusan kewangan anak muda modal kecil sebagai panduan mengurus kewangan
peribadi, tips pelaburan, cara menjana pendapatan sampingan dan panduan berniaga untuk
mendapat pendapatan pasif sepanjang hayat.
Usia muda adalah masa terbaik memulakan sesuatu pelaburan atau perniagaan kerana mempunyai masa
yang lebih panjang dan peluang yang lebih cerah untuk berjaya. Yang penting sekali adalah disiplin, usaha
berterusan dan pengurusan kewangan yang bijak. Orang muda adalah mereka yang berusia muda, masih
atau baru habis belajar, baru mula bekerja dan baru memulakan kehidupan sendiri.
Orang muda punya banyak tenaga, masa dan peluang untuk menjana pendapatan tambahan
di zaman kini yang boleh dilakukan secara offline atau online. Zaman sekarang amat mudah,
banyak peluang perniagaan dan info berkaitan bisnes tersedia yang boleh diceburi untuk jana pendapatan
sampingan. Waktu usia muda adalah waktu terbaik membina tapak bagi menjana pendapatan
semaksimumnya dengan mengurus pendapatan atau duit gaji dengan baik dan seterusnya memperolehi
pendapatan sampingan pasif seumur hidup.
Saya juga mula melabur pada usia muda, iaitu apabila mula bekerja saya membuat pinjaman ASN, melabur
dana amanah Public Mutual hingga menjadi agen Public Mutual dan berniaga. Walaupun banyak skim
pelaburan haram atau skim cepat kaya pada masa itu, namun kita boleh mengelak skim pelaburan tipu
dengan menjauhi perasaan tamak dan mengenali skim pelaburan tipu. Klik CARA MENGENALI SKIM
PELABURAN TIPU untuk anak muda mengenali dan mengelak dari terjerat dalam skim pelaburan tipu
yang boleh menyebabkan kerugian wang dan nama tercemar. Saya sedikit terlewat mengenali dan
menceburi pelaburan emas Public Gold pada tahun 2010 iaitu di usia 40 tahun. Jika saya menceburi
perniaagaan emas Public Gold di usia muda, rasanya lebih cepat menjana pendapatan lumayan dan
pendapatan pasif.
Pendapatan yang diperolehi anak muda hendaklah diuruskan dengan baik agar pendapatan itu akan
semakin banyak dan berkembang selamanya. Ibaratnya, wang RM1000 digunakan untuk membeli seekor
lembu betina dan lembu ini akan melahirkan anak setiap masa dan dapat menjana pendapatan selamanya.
Orang tua zaman dahulu menjana pendapatan sampingan dengan memelihara lembu, bertani dan
sebagainya. Di zaman mencabar ini anak muda juga perlu bekerja membina sumber pendapatan yang
kedua dari sekarang. Iaitu sumber pendapatan yang bersifat pasif di mana duit yang bekerja untuk kita.
Perkara ini sebenarnya sudah dibuat oleh moyang, datuk dan nenek kita dahulu dimana wang tunai di
tukarkan kepada :
- Binatang ternakan
- Tanah supaya dapat bercucuk tanam.
- Emas
Walaupun orang tua kelihatan susah pada zahirnya tetapi jika anak mereka dapat menyambung pelajaran
ke universiti mereka sudah pun mempunyai harta untuk menampung kos pembelajaran anak-anak. Tetapi
zaman sekarang memang mustahil untuk kita membela binatang ternakan atau membeli tanah kerana kita
berada si taman perumahan dan perlukan modal besar untuk membeli tanah di usia muda. Hanya emas
yang boleh di beli sebagai harta kerana perlukan modal yang rendah.
TIPS MENGURUS KEWANGAN BAGI ANAK MUDA
Panduan dan tips mengurus kewangan dan pendapatan bagi anak muda untuk menjana pendapatan
seumur hidup. 5 langkah mengurus kewangan bagi anak muda :
1. Disiplin Menabung Setiap Bulan.
Anak muda yang punya nafsu yang tinggi mestilah berdisiplin untuk mengawal perbelanjaan
dengan cara paksaan menyimpan dari permulaan gaji. Apabila dapat gaji, terus di simpan wang
paling minima 20% hingga 50% dari gaji terlebih dahulu sebelum di belanjakan. Wang tunai sememangnya
susah di simpan kerana sudah menjadi lumrah manusia, wang untuk di belanjakan. Orang muda masih tak
banyak komitmen, maka simpanan harus diutamakan.
2. Buka akaun Tabung Haji.
Perkara utama yang perlu disegerakan bagi umat islam adalah membuka akaun Tabung Haji
dan cukupkan duit minimum untuk daftar giliran haji terlebih dahulu. Ini adalah kerana giliran
mengerjakan haji bergantung kepada masa daftar haji, jika lambat daftar haji, maka lambatlah untuk dapat
menunaikan haji.
3. Bina Dana Kecemasan, Umrah Dan Dana Persaraan.
Simpanan atau tabungan setiap bulan adalah bertujuan untuk membina dana kecemasan,
dana harta, tabung kahwin, dana umrah dan dana persaraan. Rancang dana persaraan sejak hari
pertama bekerja, bukan dekat-dekat apabila dah nak bersara. Kalau kerja kerajaan, jangan hanya
bergantung kepada pencen. Kalau kerja swasta, jangan bergantung kepada simpanan KWSP. Walaupun
masih tak ada calon, jangan dilupa untuk bina tabung kahwin. Kos majlis perkahwinan boleh melibatkan
jumlah yang besar. Simpanan terbaik dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit melalui Program GAP
Public Gold untuk membina dana kecemasan, dana harta, tabung kahwin, dana umrah dan dana
persaraan. Tabungan emas adalah simpanan terbaik kerana perlukan modal kecil serendah RM100 atau
beli 1g emas GAP setiap bulan sebagai pelaburan, dana bekalan kecemasan, dana harta, tabung kahwin,
dana umrah dan dana persaraan sambil mengelak kebocoran wang. Kata orang “sikit-sikit, lama-lama jadi
bukit”. Klik KELEBIHAN PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL GAP PUBLIC GOLD untuk
maklumat keistimewaan mengumpul emas fizikal, GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.
4. Berjimat Cermat
Sikap berjimat cermat mestilah di terapkan dalam diri anak muda untuk mengawal
perbelanjaan yang bijak mengikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang ada
barang-barang atau perkara-perkara yang tidak mampu dimiliki sekarang, tetapi dengan penyimpanan
berterusan, barang atau perkara akan di miliki suatu hari. Bina satu impian atau cita-cita untuk mendapat
sesuatu atau barang idaman, kerana dengan bermula impian akan menjadi suatu kenyataan. Impian akan
memberi dorongan dan usaha untuk bekerja dengan lebih gigih.
5. Tambah pendapatan Sampingan
Anak muda mesti menambah pendapatan sampingan seawal usia dan tidak boleh bergantung kepada satu
pendapatan sahaja. Anak muda mesti rebut peluang pendapatan sampingan kedua yang tidak menganggu
kerja seharian atau menghasilkan pendapatan pasif. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperolehi
dari pekerjaan aktif yang dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian. Pendapatan pasif
adalah pendapatan sampingan kedua yang dapat memberi pendapatan tanpa kerja aktif iaitu wang akan
masuk dengan sendiri walau tidak bekerja secara aktif untuk mengekalkan harta kekayaan. Contoh
pendapatan sampingan ialah menjadi pemandu Uber atau Grab. Namun pendapatan pasif terbaik adalah
menjadi dealer atau peniaga emas Public Gold.
Contoh dari pengalaman saya sendiri, saya merupakan seorang guru, pendapatan aktif saya adalah dari gaji
sebagai cikgu. Pendapatan pasif saya adalah dari Pelaburan Emas Public Gold iaitu melabur dan berniaga
emas Public Gold. Jadi, saya mendapat 2 gaji setiap bulan, daripada gaji guru dan dari komisen setiap
bulan hasil melabur dan berniaga emas public Gold. Untuk membina sumber pendapatan pasif iaitu
pendapatan kedua, mesti bekerja keras pada peringkat awal sedikit demi sedikit untuk membina empayer
perniagaan dan membina harta. Saya terlewat sikit iaitu membina perniagaan emas Public Gold pada umur
40 tahun, jadi anak muda yang mula bina perniagaan emas bersama Public Gold lebih awal akan lebih
unrung dan dapat membina pendapatan pasif lebih awal.
Anak muda yang saya sanjungi yang merupakan dealer termuda iaitu Azam Amiri iaitu dealer Public Gold
termuda yang baru berumur 19 tahun, tetapi telah mula membina perniagaan emas bersama Public Gold
yang kini telah memiliki downline melebihi 100 orang mempunyai peluang amat cerah untuk mendapat
pendapatan pasif lumayan lebih awal. Walaupun Azam Amiri merupakan anak muda yang masih belajar,
telah menjadi dealer emas Public Gold aktif kerana perniagaan emas Public Gold amat mudah dilakukan
dan menjamin pendapatan pasif untuk sepanjang hayat. Ikuti dan berkawan melalui facebook AZAM
AMIRI untuk anak muda belajar mengenai pelabuan emas Public Gold.
Pakar kewangan malaysia Tuan Azizi Ali berkata, kalau nak kaya, fokus 70% waktu untuk bina perniagaan
sendiri, lagi 30% sahaja untuk pelaburan. Jangan buang masa menghadap pelaburan sebab untung
daripada perniagaan jauh lebih besar daripada pelaburan.
BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN PASIF ?
Pendapatan pasif untuk seumur hidup bagi anak muda akan dapat diperolehi dengan
berniaga emas iaitu dengan menjadi dealer Public Gold. Daripada simpanan atau tabungan sedikit
demi sedikit di langkah 3 iaitu program kumpul emas GAP modal kecil, anak muda boleh mula menjana
pendapatan pasif dengan menjadi dealer Public Gold. Klik INFO TERKINI PELABURAN EMAS
PUBLIC GOLD untuk maklumat syarat menjadi dealer Public Gold.
KAEDAH MENJADI DEALER PUBLIC GOLD
3 Kaedah menjadi dealer Public Gold bagi anak muda :
1. Cara Jadi Dealer Tanpa Modal.
Kaedah menjadi dealer tanpa modal ialah dengan membeli emas GAP minima RM100 dan terus jadi ahli
Public Gold. Selepas menjadi ahli, mula promosikan kepada rakan-rakan atau saudara mara untuk
membeli emas melalui nama anda sebagai introducer. Apabila dapat 50 frontline/downline dalam tempoh
2 bulan akan dapat jadi dealer Public Gold tanpa modal.
2. Cara Menjadi dealer modal Kecil.
Beli emas GAP sedikit demi sedikit untuk mengumpul emas, apabila jumlah emas akaun GAP mencapai
minima 100g boleh jualkan dan beli balik emas untuk jadi dealer Public Gold sambil hadiri seminar
percuma di semua cawangan public Gold untuk peluang promosi beli emas jadi dealer modal kecil. Klik
BELAJAR ILMU EMAS MELALUI SEMINAR EMAS PERCUMA untuk daftar belajar ilmu emas di
seminar emas percuma Public Gold di semua 20 cawangan Public Gold.
3. Cara Menjadi Dealer Modal Besar.
Beli emas 200g terus jadi dealer Public Gold, boleh beli emas akaun GAP 200g atau belian biasa gold bar
berjumlah 200g.
KESAN PEMANSUHAN GST KEATAS EMAS
Bermula 1 Jun 2018 kerajaan Malaysia telah menghapuskan cukai GST. Industri Pelaburan
Emas akan lebih rancak dan meriah kerana harga emas lebih murah tanpa cukai GST termasuk barang
kemas. Pemansuhan cukai gst memberi kesan positif kepada industri emas kerana harga emas lebih murah
tanpa cukai gst yang akan menyebabkan permintaan terhadap emas meningkat dan seterusnya
merancakkan lagi perniagaan emas.
Jongkong emas atau gold bar keluaran tempatan Public Gold bukan LBMA paling cantik
yang bercirikan kesenian melayu iaitu gold bar BungaMas dan gold bar bercirikan kesenian
Cina iaitu gold bar Tai Fook boleh dibeli dengan harga murah tanpa cukai gst. Produk emas
pelaburan Public Gold seperti Bungamas dan Tai Fook buatan tempatan, non LBMA sebelum ni dikenakan
cukai GST 6%, tidak lagi dikenakan Cukai GST bermula 1 Jun 2018.
Lebih istimewa jongkong emas Public Gold bukan LBMA seperti BungaMas dan Tai Fook
boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Mula bertindak beli
emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas pelaburan fizikal dan dapat keluarkan pelbagai gold
bar dan emas dinar 999.9 LBMA atau Non LBMA.
Anak muda mesti bertindak segera membeli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul
emas pelaburan fizikal melalui program akaun emas fizikal modal kecil, program GAP pertama
di Malaysia dan Asia untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk menjana harta, bekalan dana
kecemasan dan disiplin elak kebocoran wang dan seterusnya emas yang terkumpul boleh digunakan untuk
menjadi dealer Public Gold untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Klik Whatsapp
0199185593 Mohd zaidi Bin Junus, Founder Master Dealer Public Gold untuk panduan Pelaburan Emas
Fizikal Public Gold atau klik CARA BELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk
mula pelaburan emas modal kecil dengan membeli emas minima RM100 untuk mengumpul jongkong emas
fizikal.
Tips, pengurusan kewangan, anak muda, modal kecil, tips pengurusan kewangan, tips pengurusan
kewangan anak muda, panduan mengurus kewangan peribadi, tips pelaburan, cara menjana pendapatan
sampingan, panduan berniaga, pendapatan pasif, cara mendapat pendapatan pasif, pelaburan, pelaburan
terbaik, pelaburan terbaik anak muda, pelaburan modal kecil, panduan mengurus kewangan, tips, tips
pelaburan, panduan anak muda, tips urus kewangan, cara menjana pendapatan pasif, pendapatan
sampingan, bagaimana menjana pendapatan pasif, tips pengurusan kewangan, kaedah menjadi dealer
Public Gold, pemansuhan gst, cukai gst di mansuhkan, gold bar Bungamas, gold bar Taifook, Public Gold,
emas tanpa cukai gst, kesan pemansuhan gst keatas emas, kaedah menjadi dealer public gold, gold bar
Bungamas, gold bar Taifook, pelaburan emas fizikal, nasihat kewangan, nasihat kewangan anak muda, tips
pengurusan kewangan orang muda
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/info-pelaburan-emas-forum-master-dealer/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/belajar-ilmu-emas-percuma-dapat-emas-free/
http://www.wasap.my/60199185593
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengenali-skim-cepat-kaya/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gramprogram-gap-public-gold/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gramprogram-gap-public-gold/kelebihan-program-gap-public-gold/
https://web.facebook.com/azam.amiri.587