Academia.eduAcademia.edu

Membaca Menyemai Perpaduan

2022

Perpustakaan diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang ingin membaca. Kita sering lupa bahawa perpustakaan adalah sebuah tempat yang boleh menyemai perpaduan masyarakat berbilang kaum. Perpustakaan diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira kaum, umur serta jantina. Ini sudah jelas menunjukkan perpustakaan secara tidak langsung menyokong konsep perpaduan dari dahulu lagi. Selain daripada memupuk budaya membaca, perpustakaan juga mempunyai pelbagai fungsi yang dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Berhadapan dengan cabaran getir masa kini, peranan perpustakaan dilihat semakin signifikan dalam menyokong konsep perpaduan yang dibawa oleh kerajaan. Aspek perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum adalah satu perkara yang amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Tanpa perpaduan yang kukuh, perbalahan, permusuhan dan berpuak-puak akan wujud menyebabkan ketidak seimbangan sosial yang parah dalam masyarakat majmuk.

1 Membaca Menyemai Perpaduan Adam Zulkarnain Saleng adamzulkarnain.saleng@gmail.com Ima Eryanty Abdul Manaf imaeryanty@gmail.com Jasreena Jamil jasreenajamil@gmail.com Peranan Perpustakaan di Malaysia dalam Menyemai Perpaduan Perpustakaan diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang ingin membaca. Kita sering lupa bahawa perpustakaan adalah sebuah tempat yang boleh menyemai perpaduan masyarakat berbilang kaum. Perpustakaan diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira kaum, umur serta jantina. Ini sudah jelas menunjukkan perpustakaan secara tidak langsung menyokong konsep perpaduan dari dahulu lagi. Selain daripada memupuk budaya membaca, perpustakaan juga mempunyai pelbagai fungsi yang dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Berhadapan dengan cabaran getir masa kini, peranan perpustakaan dilihat semakin signifikan dalam menyokong konsep perpaduan yang dibawa oleh kerajaan. Aspek perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum adalah satu perkara yang amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Tanpa perpaduan yang kukuh, perbalahan, permusuhan dan berpuakpuak akan wujud menyebabkan ketidak seimbangan sosial yang parah dalam masyarakat majmuk. Realitinya, masyarakat di Malaysia kini memerlukan kepada model acuan dan konsep kesederhanaan yang seimbang dan bersepadu. Ini kerana penerapan secara tidak seimbang dengan penekanan secara berlebihan kepada aspek kesangsian sesama sendiri, tidak dapat menjamin kewujudan perpaduan dalam masyarakat. Atas asbab inilah kerajaan telah melancarkan Dasar Perpaduan Negara pada tahun 2021 yang bersifat inklusif, jelas dan kohesif demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya. Tiga (3) objektif utama Dasar Perpaduan Negara ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab; serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Dasar ini perlu sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutama ejen penggerak perpaduan membabitkan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan termasuk perpustakaan. Sedar atau tidak perpustakaan merupakan sebuah institusi yang dekat di hati rakyat bagi menyampaikan mesej perpaduan. Kewujudan perpustakaan yang banyak dipelbagai tempat sama ada di agensi kerajaan, swasta, awam, pendidikan, bandar dan desa sudah cukup untuk Membaca Menyemai Perpaduan. 31.12.2022 2 perpustakaan mampu menyemai perpaduan yang kukuh. Bagaimana perpustakaan dapat menyemai perpaduan? Adakah dengan membaca dapat memupuk perpaduan? Ada banyak perkara yang dilaksanakan oleh perpustakaan sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut data statistik yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2021, sebanyak 2,588 buah perpustakaan di Malaysia yang dikenal pasti dan menyumbang kepada perkembangan perpustakaan di Malaysia. Peranan perpustakaan dilihat mampu meletakkan sesebuah masyarakat itu kepada satu tahap peradaban yang tinggi. Cabaran Perpustakaan dalam Menyemai Perpaduan Agar sukar untuk difahami bagaimana perpustakaan dapat menyemai perpaduan. Namun, realitinya perpustakaan mampu memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk. Jika sekolah dapat mengajar anak kecil untuk bertoleransi bermula dari umur lima (5) tahun, perpustakaan juga dapat membentuk keperibadian kanak-kanak dengan menyediakan bahan bacaan untuk dibaca. Perpustakaan mempunyai banyak bahan bacaan mengenai perpaduan dan melalui pembacaan bahan ini, semangat kebersatuan dapat disemaikan di dalam jiwa para pembaca. Perpustakaan juga perlu mewujudkan sudut/koleksi khas mengenai perpaduan. Medium ini dapat dijadikan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan kepentingan perpaduan kepada masyarakat. Pemilihan bahan bacaan yang berkonsepkan kenegaraan, patriotik, semangat nasional dan kemasyarakatan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar sentiasa bersatu pada tanpa mengira keturunan untuk membina negara Malaysia yang aman. Selain itu, hal ini juga akan dapat membantu penulis tempatan memperbanyakkan penerbitan buku berkaitan perpaduan kerana perpustakaan menyokong penerbitan buku-buku ini. Dalam menyemai semangat perpaduan di kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi, lawatan ke perpustakaan oleh kanak-kanak juga merupakan satu langkah proaktif yang boleh diambil oleh sekolah-sekolah. Membaca, menimba ilmu serta belajar sesuatu tentang bersatu padu seawall usia muda memudahkan minda mereka dibentuk dan diterapkan dengan konsep berkenaan walau apa jua aktiviti yang mereka lakukan. Sesi lawatan tersebut boleh diselang-selikan dengan aktiviti yang bermesej perpaduan dan kebersatuan bagi membolehkan fikiran kanak-kanak tersebut menerima mesej berkenaan dengan positif. Aktiviti Perpustakaan dalam Menyemai Perpaduan Selain itu, perpustakaan juga adalah tempat untuk pendidikan sepanjang hayat. Perpustakaan banyak menyediakan kursus/bengkel/seminar yang berkonsepkan perpaduan untuk menyokong pendidikan sepanjang hayat masyarakat. Kursus/bengkel/seminar yang dianjurkan perlu disertai oleh pelbagai kaum, agama, status sosial, pendidikan dan pekerjaan agar dapat membangunkan sifat kekitaan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Sepanjang tahun banyak Program Galakan Membaca dilaksanakan untuk semua peringkat tidak mengira kaum. Antara program/aktiviti yang dilaksanakan oleh perpustakaan adalah seperti berikut: Membaca Menyemai Perpaduan. 31.12.2022 3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) Jom baca 10 minit Quran Hour Bicara buku kegemaran Pengkisahan sejarah Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Pesta buku Pidato, deklamasi sajak dan puisi Pertandingan bercerita Kuiz/uji /ekplorasi minda InfoHunt Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi yang berucap dalam Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 Minit di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyatakan bahawa program sebegini mampu untuk menyokong perpaduan negara kerana disertai oleh pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira kaum. (Unit Komunikasi Awam Sarawak, 21 April 2022). Selain itu, program berkonsepkan bual bicara dan forum juga dilaksanakan oleh perpustakaan bagi mengumpulkan masyarakat berbilang kaum sekali gus menyemarakkan konsep kebersatuan dan kekitaan. Program sebegini bukan sahaja dapat mempromosi dan memperkenalkan perpustakaan di mata masyarakat, malahan dapat memperkasakan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui sesi pertukaran idea dan sebagainya. Inisiatif melaksanakan program/aktiviti sebegini dapat menyemai semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia di samping memupuk perpaduan dalam kalangan peserta. Peserta bebas berkongsi idea dan garapan fikiran mereka dan terbuka menerima pandangan daripada peserta. Penyatuan masyarakat melalui aktiviti pembacaan sangat signifikan dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Perkhidmatan perpustakaan yang dibuka kepada semua lapisan masyarakat juga dapat membantu dalam menyatupadukan masyarakat. Perkhidmatan yang ditawarkan seperti peminjaman bahan, rujukan bahan (pembacaan) dan penggunaan peralatan seperti komputer menggalakkan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Ini adalah kerana perkhidmatan berkenaan merupakan perkhidmatan bersama yang dikongsi oleh masyarakat. Bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pernah menekankan mengenai pembacaan melalui seruannya supaya menghormati budaya sesuatu kaum sekiranya mahu budaya sendiri dihormati. Budaya sesuatu kaum harus dipelajari dan dikaji untuk kita lebih memahaminya dengan lebih mendalam mengenainya. Salah satu cara untuk menyemarakkan kefahaman dan sekaligus penyatuan dalam jiwa masyarakat adalah melalui pembacaan. (Bernama.com, 23 Julai 2021). Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya membaca diterapkan kerana ia akan menyumbang kepada rasa sayang dan hormat dalam kalangan masyarakat. Membaca Menyemai Perpaduan. 31.12.2022 4 Perpustakaan adalah sebuah tempat di mana masyarakat dapat berkumpul dan melakukan aktiviti yang boleh mendorong kepada kebersatuan dalam kalangan mereka. Oleh sebab itu, perpustakaan seharusnya ditransformasi menjadi rumah kedua masyarakat di mana mereka berasa selesa untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja atau pun mengisi masa lapang tatkala cuti hujung minggu. Semangat membaca yang mendorong kepada perpaduan bukan sahaja harus dipupuk melalui pembacaan bahan fizikal sahaja malahan juga melalui pembacaan secara dalam talian. Goodreads merupakan salah satu laman web sosial yang menyatupadukan individu melalui pembacaan. Pengguna perlu mendaftar profil mereka bagi membolehkan perkongsian ulasan berkenaan bahan bacaan dapat dilaksanakan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman web ini ialah perkhidmatan pangkalan data buku, abstrak, ulasan, pautan untuk pembelian dan juga pinjaman bahan. Selain itu, para pengguna juga dapat berbincang sesama mereka dan memberikan ulasan berkenaan sesuatu bahan bacaan. Laman web ini juga menawarkan pengguna untuk menyertai mana-mana kumpulan pembacaan yang berkaitan dan berinteraksi di dalam kumpulan tersebut. Ini sekaligus membuktikan bahawa pembacaan secara dalam talian juga membantu dalam menyatupadukan masyarakat diseluruh dunia. Elemen perpaduan amat dituntut dalam masyarakat majmuk. Justeru, perpustakaan amat signifikan dalam menyemai perpaduan melalui membaca. Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh perpustakaan dengan jalinan kerjasama dengan agensi lain dapat memberi kesedaran betapa pentingnya perpaduan untuk membina negara yang aman dan stabil. Membaca Menyemai Perpaduan. 31.12.2022 5 Rujukan Jennifah Nordin (23 Julai 2021). Insan Berilmu Pemacu Perpaduan. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1984784 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (2014). Membaca Memupuk Perpaduan. https://www.trglib.gov.my/index.php/2017-04-03-07-30-51/beritaperistiwa/arkib-aktiviti-2014/126-membaca-memupuk-perpaduan. Perpustakaan Negara Malaysia (2022). Ringkasan Perangkaan Perpustakaan di Malaysia 2021. Nordin Ahmad (2012). Peranan Perpustakaan Masjid di Malaysia dalam Pembangunan Ummah. Prosiding Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan. https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789 /4168/1/PPMPK2012_Paper02.pdf. Rafidah Mat Ruzki (15 Februari 2021). 3 Objektif Utama Dasar Perpaduan Negara – PM. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/ 786274/3-objektif-utama-dasar-perpaduan-negara-pm. Unit Komunikasi Awam Sarawak. (21 April 2022). Bentuk Masyarakat Ke Arah Membudayakan Amalan Membaca. https://ukas.sarawak.gov.my/2022/04/21/ bentuk-masyarakat-ke-arah-membudayakan-amalan-membaca/ Membaca Menyemai Perpaduan. 31.12.2022