Bubble Car Wash Cafe and Lounge - Busine
Bubble Car Wash Cafe and Lounge - Busine
Bubble Car Wash Cafe and Lounge - Busine
32]1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG PENIAGAAN
DZ Legacy Resources adalah sebuah syarikat perkongsian milik penuh bumiputera. DZ Legacy
Resources bercadang untuk membuka sebuah café santai yang dijamin 100% halal. Hasrat pemilik
adalah untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra.
Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan servis makanan dan minuman.
Nama café yang dicadangkan ialah ‘Bubble Car Wash, Lounge and Club House’. Nama ini
dipilih kerana berkonsepkan tempat santai untuk makan, minum dan menonton perlawanan
disamping bersosial bersama – sama rakan sebaya. Selain itu,kami menggunakan nama ini kerana
senang diingati dan mudah difahami kepada semua pengunjung dan mereka sering menggunakan
perkataan yang kami gunakan.
Café ini dijangka memulakan operasi pada 1 June 2016 dan akan dibuka setiap hari, Isnin
hingga Ahad. Waktu operasi pula akan bermula dari jam 11 pagi hingga 2 pagi.
Kami memilih tempat ini kerana tempatnya yang strategik dan dijangkakan akan mendapat
sambutan daripada pelanggan kerana Juru / Bukit Mertajam merupakan salah satu pusat
perindustrian yang mempunyai taburan penduduk yang padat dan juga mempunyai tempat tarikan
seperti Juru Auto City yang hanya terletak 5 minit dari premis.
1|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
Tujuan kami membuka café ini untuk membantu penduduk sekitar Bukit Mertajam, Pulau
Pinang untuk datang . Kami juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada pelajar yang berbakat
serta yang mengganggur yang berada di Malaysia. Selain itu, dengan membuka café ini kami dapat
memajukan diri untuk menghadapi cabaran dan juga memberi kemudahan masa hadapan.
Di samping itu, kami ingin memberi gambaran sama ada projek yang dicadangkan berdaya
maju atau tidak. Sumber utama kami ialah dari sumber yang halal, kebersihan menjadi lambang
dalam peniagaan kami. Menggunakan produk yang berkualiti juga lambang pada café kami supaya
kami memperolehi pelanggan yang ramai serta tidak memudaratkan kesihatan pelanggan yang
berkunjung ke restoren kami.
Seterusnya, tujuan kami membuka café ini kerana untuk menilai potensi cadangan projek
berhubung dengan pemohonan pembiayaan perniagan serta untuk mendapat gambaran yang jelas
idea kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan sama ada akan memberi kemudahan kredit atau
tidak.
2|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
Bubble Car Wash, Lounge and Club House akan membawa konsep ‘sports bar and
lounge’. Akan disediakan juga 5 tapak bersaiz (10 kaki x 15 kaki) yang akan disewakan kepada
vendor untuk bahagian penyediaan makanan. Antara cadangan makanan yang akan dijual ialah
Satay, Burger Grill, Char Koay Teow, Western Cuisine dan Thai Food.
Contoh premis yang dijadikan contoh ialah Rasta TTDI. Bubble Car Wash, Lounge and
Club House menjadikan Rasta sebagai contoh dan akan diaplikasikan di premis kami. Bubble Car
Wash, Lounge and Club House akan mengambil pesanan semua jenis minuman dan makanan
ringan, kecuali untuk makanan berat seperti yang dinyatakan diatas.
Pada ketika ini, premis ini telah beroperasi sebagai Bubble Car Wash, tempat basuhan dan
cucian kereta yang maju di Juru. Purata pelanggan yang membuat basuhan di Bubble Car
dianggarkan sebanyak 25 biji kereta sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat bila café yang
dicadangkan memulakan operasi.
KEKUATAN KELEMAHAN
Mengadakan promosi Baru berkecimpung dalam perniagaan
Hiasan pada hidangan yang dapat menarik Liabiliti adalah tidak terhad
selera pelanggan
Keadaan bandar yang sibuk
Bubble Car Wash, Lounge and Club House merupakan sebuah cafe yang sepenuhnya
diuruskan oleh bumiputera. Status ‘Halal’ tidak akan diragui. Dimiliki sepenuhnya oleh DZ Legacy
Resources, bernombor pendaftaran SSM; PG0389763-T. Bubble Car Wash, Lounge and Club
House ini diterajui oleh pemilik DZ Legacy Resources sebagai Pengurus Besar dan dibantu oleh 4
orang pengurus utama iaitu Pengurus Operasi, Pengurus Pemasaran dan Pengurus
Kewangan. Manakala pekerja kami pula adalah seramai 7 orang yang terdiri daripada satu (1)
orang juruwang, dua (2) orang bahagian bar dan dapur, dua (2) orang pelayan, dan dua (2) orang
tukang cuci.
5|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
6|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
ANJURAN MARA
7|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
PENGURUS BESAR
Menjadi tulang belakang dan nadi pada sesebuah perniagaan.
Menghadapi resiko besar sesebuah perniagaan.
PENGURUS OPERASI
Berbincang dengan chef tentang menu yang sesuai dan yang diperlukan
oleh pelanggan dan mengcukupi pada satu-satu masa
Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian.
Menentukan semua peralatan hidangan makanan sentiasa mencukupi.
PENGURUS PEMASARAN
Mempromosi dan memperkenalkan produk.
Menentukan jualan barangan atau produk yang disusun.
Banyak bertemu dengan pelanggan dan meminta pendapat mereka tentang pencuci
mulut yang dijual di kedai kami.
PENGURUS KEWANGAN
Mengira untung dan rugi perniagaan.
Memberi gambaran mengenai kewangan syarikat.
Membuat unjuran anggaran keuntungan syarikat.
PENGURUS PENTADBIRAN
Menyelia pergerakan pekerja dan staff
Memantau kebajikan pekerja dan staff
Syarikat kami juga menggunakan teknologi terkini iaitu media social yang paling mudah
diakses iaitu laman Facebook. Laman Facebook Bubble Car Wash, Lounge and Club House
rasmi boleh dilayari di pautan https://www.facebook.com/bubblejuru/. Di dalam laman facebook
itu juga, kami telah membuat promosi dengan memaparkan produk-produk yang telah syarikat
kami buat dan menyatakan kelebihan produk yang kami keluarkan.
9|Page
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
Harga bagi satu menu bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan dan merupakan satu strategi
yang baik kerana kami akan menilai serta menbuat perbandingan antara menu-menu yang lain yang telah
dihasilkan bagi melihat kualiti bahan tersebut sama ada berkualiti tinggi, cantik dan menarik.
10 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
11 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
SEHARI
150 GELAS / SEHARI
RM 2.00 / SEGELAS x 150 GELAS
= RM 300.00 SEHARI
SEBULAN
RM 300.00 SEHARI x 30 HARI
= RM 9000.00 SEBULAN
SEHARI
KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS SAMPINGAN
RM 30 + RM 15 + RM 5.00
=RM 50
SEBULAN
RM 50.00 SEHARI x 30 HARI
=RM 1500.00
SEHARI
JUALAN – KOS PENGELUARAN
=RM 300.00 – RM50.00
=RM 250.00
SEBULAN
RM 250.00 x 30
=RM 7500.00
12 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
13 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
Belanja Permulaan
Astro RM 500
Streamyx / UniFi RM 250
Lesen perniagaan RM 1000
Sewa lori RM 250
TOTAL RM 2000.00
Belanja Pentadbiran
Pen & Kertas RM 100
Uniform RM 250
Lain-lain RM 250
TOTAL RM 600
Belanja Pengeluaran
Bahan basah RM 500
Bahan kering RM 500
Lain-lain RM 500
TOTAL RM 1500
Belanja Pemasaran
Banner RM 500
14 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
Flyers RM 300
Streamer RM 300
Facebook ads RM 480
Lain – lain RM 500
TOTAL RM 2080
15 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
RM 2,100 x 18 bulan
= RM37, 800.
Keuntungan 26%
RM 1, 650 x 24 bulan
= RM 39, 600.
Keuntungan 32%
16 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
RM 750 x 18 bulan
= RM 13, 500
Keuntungan 35%
RM 600 x 24 bulan
= RM 14, 400.
Keuntungan 44%
Pembayaran balik pinjaman akan bermula bulan ketiga setelah kontrak ditanda tangani
kedua dua pihak. Cadangan ini diambil setelah mengira segala kos yang akan ditampung syarikat
untuk membayar balik pembiayaan.
Pihak syarikat DZ Legacy Resources berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami kali ini. Kami di pihak DZ Legacy Resources ingin membuat perjanjian dua hala yang baik
antara dua syarikat disamping pihak tuan membantu syarikat bumiputera ini memulakan perniagaan
yang berteraskan ‘halallan-toyyiban’.
7.0 RUMUSAN
17 | P a g e
DZ LEGACY RESOURCES (PG0389763-T) 2016
DZ Legacy Resources berharap agar usaha sama antara dua syarikat ini akan mendatangkan
keuntungan kepada kedua – dua pihak atau syarikat. Disamping pembiayaan ini, DZ Legacy
Resources menawarkan kepada pihak tuan basuhan percuma kepada kereta – kereta dari syarikat
tuan selama tempoh kontrak ini masih berjalan.
DZ Legacy Resources telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi
membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan ‘Bubble Car
Wash, Lounge and Clubhouse’ amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu
berkembang di masa hadapan.
Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan, kerana
melalui cara ini sahaja perniagaan ini dapat dikembangkan.
18 | P a g e