Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran
Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran
Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran
uk
Provided by UTHM Institutional Repository
JAN 2015
vi
ABSTRACT
One thing that should be emphasized in order to produce students with noble
character is the implementation of moral values in teaching and learning process. The
research was conducted to identify the level of moral values applied by the lecturers
in teaching and learning process (T&L). The research was conducted to discover the
effectiveness of applied morale values practiced too bring forth students with noble
chracter and to verify differences in perspectives between lecturers and students. For
the purpose of this research, respondents was selected from Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Sri Gading, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang and Kolej Kemahiran
Tinggi MARA Masjid Tanah as the southern zone representatives. Respondents
selected are 100 lecturers 300 students. Instrument used are questionnaires towards
lecturers and students in term of cooperation, respect and responsibility. This
research was analysed using Statistical Packages For Social Science (SPSS) version
19.0 in order to calculate the mean score, percentages and result of T-test. Results of
the research indicate as overall that the implementation of moral values among tha
lecturers is high, and there is a significant differences between the lecturers and
students perspectives. In conclusion, the implementataion of moral values happen
during the teaching and learning process. This research would hopefully contribute
towards lecturers and students awareness on the significance of the applied moral
values in the teaching and learning process.
v
ABSTRAK
Perkara yang harus ditekankan bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia adalah
dengan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerapan nilai-nilai murni
dikalangan pensyarah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga
dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan amalan nilai-nilai murni yang
diamalkan dalam melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan melihat perbezaan
dari perspektif pengajar dan pelajar dalam penerapan nilai-nilai murni. Bagi tujuan
kajian ini, pensyarah dan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid
Tanah mewakili Institusi Pendidikan MARA zon selatan telah dipilih. Responden
bagi kajian ini adalah terdiri daripada 100 orang pensyarah dan 300 orang pelajar.
Instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik ke atas pensyarah
dan pelajar dari aspek bekerjasama, hormat menghormati dan bertanggungjawab.
Kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS) 19.0 bagi mendapatkan skor min, peratusan dan Ujian-t. Hasil kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhan penerapan nilai-nilai murni di kalangan
pensyarah berada pada tahap tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan dari
perspektif pensyarah dan pelajar dalam penerapan nilai-nilai murni. Secara
kesimpulannya, terdapat penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Kajian ini diharapkan mampu
memberi sumbangan kepada pensyarah dan pelajar tentang kepentingan penerapan
nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI ISTILAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Kerangka Konsep 9
1.9 Definisi Terminologi 10
1.9.1 Nilai-Nilai Murni 10
1.9.2 Pengajaran dan Pembelajaran 11
1.9.3 Pembentukan Sahsiah 11
1.11 Rumusan 12
viii
BAB 3 METODOLOGI 27
3.1 Pendahuluan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Kerangka Operasi 28
3.4 Lokasi Kajian 30
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 31
3.6 Instrumen Kajian 32
3.6.1 Borang Soal Selidik 33
3.7 Kaedah Analisis Data 34
ix
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 79
xiii
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI ISTILAH
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan perlu mengambil peranan yang penting dalam membina nilai-nilai yang
positif kepada masyarakat ke arah menuju sebuah negara yang maju dan moden.
Tanpa penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan yang
seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi huru hara. Sebagai
contoh negara matahari terbit Jepun, yang terkenal dengan kepandaian mencipta
teknologi tinggi, namun kadar kematian akibat dari kes membunuh diri juga
merupakan ancaman terhadap masyarakatnya. Secara global, dianggarkan seramai
2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes
membunuh diri berlaku di Asia. Negara Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom
karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati
kerana pekerjaan setiap tahun ( Kosmo, 30 Disember 2013 ). Akibatnya masyarakat
yang sudah tiada amalan nilai-nilai murni akan menyebabkan kehancuran sistem
kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain dalam
kehidupan seharian mereka.
2
Realiti pada hari ini, cabaran utama yang dihadapi umat Islam ialah
berkenaan dualisme dan sekulerisme dalam proses pendidikan. Ini menyebabkan
ilmu-ilmu yang ada ini telah terpisah diantara ilmu berbentuk ukhrawi dan duniawi.
Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (2010), iaitu
sekularisme merupakan konsep yang memisahkan manusia dengan agama. Oleh
yang demikian, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan manusia yang
dapat meneruskan kehidupan, namun matlamatnya adalah lebih daripada itu, iaitu
dengan melahirkan insan yang seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan inteletual
(JERI). Pendidikan juga perlu menerapkan nilai-nilai positif ke arah pembangunan
insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak. Seterusnya dengan pendidikan
yang menerapkan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini
akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang mulia.
Proses pendidikan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran merupakan
satu proses yang kebiasaanya dilakukan secara formal dan di dalam bilik darjah.
Proses ini juga akan melibatkan dua pihak iaitu pengajar dan pelajar. Menurut
Hashim (2003), pengajaran dan pembelajaran ialah satu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh pengajar dan pelajar. Selain itu, Othman (2010), juga
mengatakan pengajar perlu menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah asas pembangunan kepada
pembentukan nilai pelajar yang bermoral dan beretika. Oleh yang demikian, proses
pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu oleh pengajar secara sistematik dengan
menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang bersesuaian mengikut kepada suasana
dan situasi yang sesuai bagi mencipta proses pembelajaran.
Kurikulum pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menerapkan
konsep kesepaduan dengan menerapkan nilai-nilai murni. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Ibrahim et al (2012), pendidikan dan pengetahuan agama merupakan
medium terpenting dalam membentuk jati diri serta mampu membentuk spiritual
yang murni di kalangan pelajar. Selain itu, kurikulum pendidikan berperanan sebagai
satu mekanisme bagi menanamkan sifat-sifat nilai-nilai murni, akhlak, dan tingkah
laku yang baik. Menurut Omar (2008), pendidikan nilai sangat penting bagi
membanteras gejala dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.
Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai murni ini perlu dipupuk kepada pelajar
sejak dari alam persekolahan lagi.
3
Penerapan nilai-nilai murni perlu disemai bagi meningkatkan akhlak yang mulia
kepada golongan pelajar. Ini kerana, Hamzah (2001), telah menyatakan bahawa
golongan pelajar merupakan tenaga simpanan negara yang bakal menjadi pemimpin
masa hadapan, penyumbang budaya, penggerak kemajuan dan pelopor pembangunan
bagi sesebuah masyarakat. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mustari et al (2004),
dengan masalah keruntuhan akhlak ini sedikit sebanyak merosakkan perkembangan
sahsiah para pelajar. Oleh yang demikian, generasi muda terutamanya para pelajar
perlu memahami tanggungjawab dan tugas yang mereka akan pikul pada masa akan
datang.
Namun demikian, sejak akhir-akhir ini keruntukan akhlak semakin merebak
di kalangan remaja terutamanya dari kalangan pelajar. Masalah ini mungkin berlaku
disebabkan oleh kemasukan budaya luar yang tidak bersesuaian dengan budaya
rakyat Malaysia. Malahan masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar
bandar tetapi gejala ini sudah menular di kawasan luar bandar. Sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Junoh (2011), keruntuhan akhlak remaja Islam di kawasan luar
bandar merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi. Kini masalah keruntuhan
akhlak remaja bukanlah semestinya berlaku di kawasan bandar sahaja. Bahkan turut
menular di kawasan kehidupan luar bandar yang terkenal dengan adab sopan dan
muafakat.
Pelbagai faktor dan punca permasalahan keruntuhan akhlak ini berlaku
malahan kajian-kajian boleh dilakukan bagi mendapatkan signifikan berkenaan
masalah tersebut. Sharif & Roslan (2011), menyatakan bahawa penglibatan remaja
dalam pelbagai masalah sosial berpunca daripada aspek perkembangan personaliti,
kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Selain itu juga
terdapat faktor lain berlakunya masalah keruntuhan akhlak dikalangan pelajar seperti
sikap yang sentiasa melanggar disiplin atau peraturan. Masalah disiplin ini memberi
impak kepada pengajar khususnya bahagian hal ehwal pelajar dan bahagian disiplin
dalam membanteras masalah ini. Menurut Rahim et al (2005), kadar jenayah dan
masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar
sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa tetapi hal ini turut memberi impak
5
terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan
dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda.
Sebagai contoh masalah keruntuhan akhlak yang melibatkan pelajar seperti
tidak memberi kerjasama, tidak hormat menghormati dan tidak bertanggungjawab
diantara pelajar maka berlakunya kes disiplin seperti buli. Masalah ini semakin
meningkat dari masa ke semasa sehinggakan masalah tersebut menjadi satu
fenomena yang susah untuk dikawal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Yahaya
(2008), masalah buli yang berlaku wujud dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa
mengira jantina. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Ahmad (2005), mendapati
bahawa 22.7 peratus daripada 480 orang pelajar di daerah Batu Pahat pernah dibuli.
Masalah buli ini akan terus kepada perkaitan masalah yang lain seperti ponteng
sekolah dan seterusnya hilang rasa tangungjawab sehingga berlakunya vandalisme
dikalangan pelajar. Justeru itu, masalah buli dikalangan pelajar bukan sahaja berlaku
di kawasan bandar, pinggir bandar malahan ia berlaku di kawasan luar bandar.
Selain itu, pengajar perlu mengambil peranan penting dalam meneruskan
agenda penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar. Ini kerana kebanyakan pelajar
terutamanya pelajar di Institusi Pengajian Tinggi lebih banyak masa bersama
pengajar berbanding keluarga mereka. Menurut Ahmad (2006), selain daripada ibu
bapa, pengajar merupakan orang dewasa yang paling rapat dengan pelajar serta dapat
memberi teguran, pengalaman dan pandangan kepada pelajar. Selain itu juga Suradin
dan Yusoff (2005), mendapati bahawa institusi pendidikan terutamanya pengajar
perlu meningkatkan tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam diri pelajar seterusnya
dapat membentuk disiplin dari sebarang kesalahan.
Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai murni di Institusi Pendidikan
MARA (IPMA) seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) juga tertakhluk
kepada Falsafah Pendidikan MARA (FPM) iaitu satu usaha yang berterusan
berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan
holistik dan seimbang. Holistik di sini bermaksud bersepadu dan menyeluruh
berteraskan kepada nilai dan meliputi aspek kecemerlangan akademik,
kebijaksanaan, fizikal dan iman. Justeru itu, penerapan nilai-nilai murni dikalangan
pengajar amat diperlukan dan sejauhmanakah tahap penerapan itu diamalkan oleh
pelajar KKTM. Oleh itu, penyelidik telah mengenal pasti beberapa amalan nilai-nilai
murni yang wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti
bekerjasama, hormat menghormati dan bertanggungjawab. Maka kajian ini
6
dilaksanakan untuk melihat tahap penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh
pengajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah
pelajar KKTM.
Kekuatan jiwa dan rohani haruslah dapat diseimbangkan dengan ilmu duniawi yang
dimiliki bagi memastikan tidak tersasar dari tujuan sebenar penciptaan manusia
sabagai hamba dalam beribadah kepada Allah s.w.t. Sehubungan itu amalan nilai-
nilai murni menjadi matlamat utama dalam melahirkan manusia yang seimbang
dalam kehidupan. Penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh pengajar sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran kearah pembentukan sahsiah pelajar KKTM
menjadi persoalan yang perlu dirungkaikan. Sehubungan itu, kajian berkaitan
penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh pengajar sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran akan dilaksanakan.
Pendidikan adalah salah satu wasilah kepada pelajar dalam membentuk sahsiah diri.
Secara umumnya pendidikan ini juga adalah satu proses mendidik, mengasuh serta
memperkembangkan daya pemikiran pelajar dari segi akhlak dan akademik. Malahan
unsur nilai-nilai murni perlu diterapkan kepada pelajar sewaktu proses pengajaran
berjalan berlaku. Justeru, adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini akan dapat
8
membantu para pengajar menilai diri mereka sama ada penerapan nilai-nilai murni
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku atau tidak sebagaimana yang
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan MARA (FPM) secara khususnya dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara umum. Perkara ini, perlu disedari oleh para
pengajar kerana dengan penerapan nilai-nilai murni ini akan melahirkan pelajar yang
boleh mengusai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Matlamat yang ingin
dicapai itu diasaskan kepada konsep pendidikan yang mewujudkan pertalian diantara
bidang kognitif, efektif dan psikomotor.
Selain itu, perlu diketahui bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu
menekankan aspek penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar bagi melahirkan
pelajar yang mempunyai sahsiah yang mulia. Tambahan pula, dapatan ini juga boleh
membantu hal ehwal akademik pelajar di KKTM dalam meneliti kreteria-kreteria
yang perlu dimiliki oleh para pengajar sebelum memulakan kerjaya mereka dalam
bidang pendidikan. Ini penting bagi melahirkan pelajar yang memiliki akademik
yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Kajian ini hanya menumpukan kepada penerapan beberapa nilai murni yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Majid et al (2012),
penerapan nilai murni adalah merupakan satu tumpuan utama dalam proses
pembentukan jati diri seseorang muslim. Tanpa akhlak yang mulia dan nilai-nilai
murni dalam diri, jati diri tidak dapat dibentuk dan dipupuk dengan baik.
Sehubungan itu, kajian penerapan nilai-nilai murni ini hanya tertumpu pada aspek
bekerjasama, hormat menghormati dan bertanggungjawab. Kajian ini memfokuskan
berkenaan tahap penerapan nilai-nilai murni dan melihat samada terdapat perbezaan
di antara pengajar dan pelajar dalam penerapan nilai-nilai murni.
9
Teori yang digunakan oleh penyelidik adalah berkenaan dengan teori tingkah laku
yang berkaitan dengan Teori Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert
Bandura. Menurut Bandura (1973), tingkah laku seseorang individu berdasarkan
kepada pengalaman iaitu dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model
dan mengamalkannya. Selain itu, Zainal (2009), menambah bahawa tingkah laku
manusia boleh dilihat daripada sudut latar belakang yang berbeza kerana mereka
telah melalui pelbagai pengalaman hidup. Sekiranya perkara yang dilihat itu
mempunyai nilai-nilai murni maka perkara tersebut akan menjadi amalan yang baik
kepada seseorang. Malahan seseorang yang mempunyai tingkah laku yang baik maka
ia perlu dipupuk dan disemai untuk terus mengekalkan amalan nilai-nilai yang baik
tersebut.
1. Bekerjasama
2. Hormat menghormati
3. Bertanggungjawab
Proses
Pelajar Pengajaran & Pengajar
Pembelajaran
Oleh yang demikian berdasarkan kepada Rajah 1.1, satu kerangka konsep
telah dibina sebagai gambaran keseluruhan perjalanan kajian dan perkaitan di antara
elemen-elemen yang terlibat. Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik mengambil
tiga elemen nilai-nilai murni yang merangkumi aspek bekerjasama, hormat
menghormati dan bertanggungjawab. Langkah seterusnya bagi melaksanakan nilai-
nilai murni ini ia perlu dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pihak pengajar dan pelajar. Dalam proses ini juga penyelidik ingin
melihat tahap penerapan nilai-nilai murni yang telah dilakukan oleh para pengajar.
Setelah proses ini berlaku akhirnya penyelidik akan menganalisis hasil kajian
mengenai tahap penerapan nilai-nilai murni samada berlaku atau tidak.
Penyelidik telah mengemukakan definisi istilah yang sering digunakan dalam kajian
ini.
Menurut Hussin (1995), nilai adalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan
kebernilaian tentang segala benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku
di dalam alam semesta ini. Seterusnya Majid (2012), menyatakan nilai murni dapat
didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu
manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Selain itu, menurut
Mohammah Jodi et al (2012), nilai sesuatu yang abstrak yang terdapat dalam
sanubari manusia dan menjelma pada sistem sosial. Tambahnya lagi, nilai yang
terdapat pada seseorang terbina melalui faktor dan situasi yang pelbagai di sepanjang
proses kehidupan yang dilalui oleh individu. Secara umumnya, nilai boleh
dibahagikan kepada yang positif seperti perkara baik, yang suci, dan yang benar.
Nilai buruk pula dianggap sebagai nilai negatif seperti menipu, kejam, dan
sebagainya. Dalam kajian ini, nilai-nilai murni adalah merujuk kepada amalan yang
11
Pengajaran dan pembelajaran biasanya proses yang dilakukan secara formal dan di
dalam bilik darjah. Namun di era globalisasi ini pengajaran dan pembelajaran telah
merentasi masa iaitu dengan pembelajaran secara online dan sebagainya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hashim (2003), pengajaran dan pembelajaran
ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pengajar dan
pelajarnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Oleh yang
demikian, pengajaran perlu dirancang oleh pengajar secara sistematik dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang
memungkinkan terjadinya proses belajar. Dalam kajian ini, proses pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus kepada penerapan nilai-nilai murni dan secara khususnya
bertujuan untuk membentuk sahsiah dikalangan pelajar.
1.10 Rumusan
Secara ringkasnya bab ini telah membincangkan secara sepintas lalu mengenai latar
belakang masalah, pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, kepentingan
kajian, skop kajian, kerangka konsep dan definisi terminologi. Pengajar yang
mengajar dari pelbagai mata pelajaran haruslah berperanan memberi kesedaran
tentang nilai kepada pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan
sahaja hanya memahami kurikulum subjek-subjek tertentu malahan melaksanakan
akhlak dan nilai terpuji dalam kehidupan seharian pelajar. Matlamat kajian ini adalah
untuk melihat peranan pengajar dalam menerapkan nilai-nilai murni ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Hasil dari
keprihatinan terhadap penanaman nilai murni akan memberi kesan yang positif di
dalam pembangunan sahsiah pelajar. Seterusnya pada bab dua penyelidik akan
membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan kajian literatur.
13
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
pembentukan tingkah laku adalah dari aspek persekitaran. Zainal (2009), juga
menambah tingkah laku manusia adalah berdasarkan daripada pengalaman seseorang
melihat suasana persekitaran. Sebagai contoh, pelajar yang sentiasa melakukan
kesalahan disiplin seterusnya berlaku keruntuhan akhlak berpunca dari pelbagai
masalah disekelilingnya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sharif dan Roslan
(2011), kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial adalah berpunca dari faktor
dalaman dan luaran antaranya ialah diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan juga persekitaran sekolah. Justeru itu, nilai wujud dari tingkah laku
manusia yang berpunca faktor dalaman dan luaran seseorang.
Teori Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bandura (1973), menyatakan
bahawa tingkah laku seseorang bukan sahaja ditentukan oleh faktor dalaman sahaja
malahan faktor luaran seperti idola juga mempengaruhi tingkah laku. Ini secara jelas
menyatakan bahawa pengalaman dan pemerhatian akan mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Selain itu juga, perkaitan antara teori tersebut dengan tingkah laku nilai-
nilai murni mempunyai hubungkait yang ketara. Sebagai contoh, suasana
persekitaran yang baik akan melahirkan seorang pelajar yang berakhlak mulia seperti
bertanggungjawab, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya. Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Yahaya et al (2011), teori Albert Bandura menerangkan
tentang pengukuhan tingkah laku. Malahan, permasalahan yang paling dominan
seperti masalah disiplin di kalangan pelajar adalah antara permasalahan yang
memerlukan pengukuhan tingkah laku. Oleh yang demikian, memupuk nilai-nilai
murni kepada pelajar perlu bermula dari semua pihak. Justeru itu, pengajar juga
bertanggungjawab untuk menyampaikan nilai-nilai ini kepada pelajar terutamanya
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Kesedaran tentang nilai perlu dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi secara
khususnya bermula zaman prasekolah. Semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru,
pemimpin dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menyemai sifat ini. Nilai yang
baik akan melahirkan sikap dan perangai seseorang individu itu menjadi cemerlang.
Menurut Hussin (1995), sikap dan nilai saling berkait dan melengkapi di antara satu
sama lain tetapi kedua-duanya tidak serupa. Hussin (1995), juga menambah nilai
16
adalah terbitan dan sikap adalah gagasan seperti jika seseorang menyanjung nilai
kemewahan, maka individu berkenaan bersikap positif terhadap produktiviti dan
keuntungan, dan bersikap negatif terhadap kemalasan dan kerugian. Ini bermakna
nilai adalah lebih abstrak daripada sikap. Oleh yang demikian, nilai dan sikap
mendorong dan mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran, tetapi yang menjadi
pengimbangtara ialah nilai bukannya sikap.
Dalam pengertian yang lain menurut Institut Takbir Awam Negara (INTAN)
(1993), menyatakan nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong
seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang
berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian, kebijaksanaan, keadilan
dan kesederhanaan merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat. Selain daripada
itu menurut Ahmad (2004), nilai secara umumnya merangkumi aspek benda, harga,
markah dan keinginan. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar itu mempunyai
matlamat yang tinggi untuk belajar dan berusaha untuk memiliki keinginannya, maka
dengan keinginan tersebut pelajar tadi akan mendapat nilaian kejayaan. Oleh yang
demikian, pendidikan mempunyai peranan yang utama bagi melahirkan individu
yang mempunyai kebijaksanaan seterunya mengamalkan amalan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.
Sahsiah mulia merupakan salah satu perkara yang sangat ditekankan dalam Islam
untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Menurut Yalawae (2007), kehadiran
Rasulullah sebagai utusan Allah s.w.t bertujuan untuk menyempurnakan akhlak dan
sahsiah manusia dari berterusan melakukan kejahilan, seterusnya mengubah dan
memperbetulkan sikap manusia yang suka menindas, tamak haloba, menipu dan
sebagainya. Sebagai contoh, sahsiah yang mulia dikalangan pelajar merangkumi sifat
bekerjasama, bertanggunjawab, rajin, hormat-menghormati dan sebagainya. Peranan
sahsiah juga tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam kehidupan seseorang
kerana ia berfungsi membina sahsiah dan keperibadian seseorang. Akhlak yang
seimbang merangkumi kesepaduan dari aspek fizikal dan spiritual.
17
keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPK akan dapat dicapai jika
pelajar dapat merealisasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Menurut Fadzil dan
Ahmad (2010), dengan mengatakan FPK berupaya memberi peluang kepada pelajar
untuk membina kekuatan jasmani, menguatkan keupayaan mental, membantu dalam
kestabilan emosi dan kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni
berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti. Oleh yang demikian, penerapan
nilai-nilai murni perlu menjadi dasar kepada kurikulum pendidikan kebangsaan agar
kesepaduan dan keseimbangan itu wujud.
ber
rasiona masyar baik
l akat hati
kesyuk berdika
uran ri
keseder hemah
hanaan tinggi
kerajin kasih
an sayang
kejujur keadila
an n
kebersi kebeba
han kebera san
nian
Rajah 2.1 : 16 Nilai-Nilai Murni Yang Diadaptasi Dari FPK (Ahmad, 2004).
19
Falsafah Huraian
Ilmu hasil daripada proses pengajaran, pembelajaran dan pengalaman
Teknologi berasaskan prinsip sains dan matematik
Nilai Keusahawanan meliputi sifat amanah, berpengetahuan, kreatif, inovatif, berdaya saing,
berdaya maju dan berdikari
Holistik bersepadu dan menyeluruh berteraskan kepada nilai dan meliputi aspek
kecemerlangan akademik, kebijaksanaan, fizikal dan iman
Seimbang pembangunan diri dan ummah untuk kebaikan dunia dan akhirat
20
Oleh yang demikian, bagi melahirkan seorang pelajar yang berjaya dari semua aspek
maka pendidikan perlu kearah kesepaduan, keseimbangan dan menyeluruh yang
berteraskan kepada nilai.
Nilai-nilai murni yang akan dilihat di dalam kajian ini antaranya ialah berkenaan
dengan kerjasama di kalangan pelajar. Menurut Mad Shah (2004), kerja
berkumpulan bermaksud setiap ahli menerima arahan daripada ketua untuk
melaksanakan tugasan. Tambahnya lagi kerjasama boleh ditafsirkan sebagai
gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan untuk
menghasilkan pretasi kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan sendirian.
Kajian yang dilakukan oleh Adam dan Kassim (2011), mengatakan kerjasama
berkumpulan akan menghasilkan daya kreatif yang lebih berbanding daya kreatif
orang perseorangan. Katanya lagi, kerja berkumpulan akan memberikan kepuasan
kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan sosial, seperti dapat mewujudkan
jaringan hubungan dengan rakan kumpulan. Menurut Katip et al (2005), elemen-
elemen di dalam pembelajaran berkumpulan berupaya menjadikan pelajar lebih
21
Nilai hormat menghormati adalah salah satu elemen penting yang perlu diterapkan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Yalawae (2007), hormat
menghormati merupakan salah satu titik tolak seseorang itu berakhlak mulia. Peng
(2010), juga mengatakan bahawa amalan sifat hormat-menghormati dikalangan
pelajar adalah antara amalan-amalan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan. Selain
itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Hussain (2014), mengatakan kurangnya
kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat menghormati adalah antara faktor
yang menyebabkan mempunyai masalah disiplin. Selain itu jua menurut Fadzil dan
Ahmad (2010), nilai toleransi adalah penting dalam kehidupan bagi menjamin
wujudnya persefahaman, hormat menghormati hak dan kebebasan. Oleh yang
demikian, sikap hormat menghormati perlu menjadi matlamat utama kepada
penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah
mulia.
Penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek
bertanggungjawab perlu ditekankan kepada pelajar terutamanya proses pembelajaran
berasaskan pelajar. Menurut Katip et al (2005), setiap pelajar perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pembahagian tugas dapat
dilakukan secara adil. Manakala Buntat dan Masrom (2003), dalam kajiannya
menyatakan selain pelajar perlu mempunyai sikap tanggungjawab, pengajar juga
perlu mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dalam membimbing pelajar.
Kajian ini diperkuatkan lagi oleh kajian Abas (2007), yang menyatakan pengajar
dipertanggungjawabkan untuk membantu, memupuk dan mengukuhkan sahsiah
22
pelajar. Namun demikian Sigh dan Esa (2008), dalam kajiannya menyatakan bahawa
terdapat dalam kalangan pengajar yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan
penuh dedikasi kerana terlibat dengan kerja sampingan yang lebih menguntungkan.
Justeru itu, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa pensyarah diketiga-
tiga KKTM telah menerapkan sifat bertanggungjawab kepada pelajar serta para
pelajar juga boleh menerima amalan bertanggungjawab sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Dunia pendidikan berhadapan dengan arus kebendaan dan meterialistik yang cukup
kuat di era globalisasi ini. Terdapat banyak pengaruh negatif yang boleh merosakkan
moral dan akhlak. Arus kebendaan ini juga sangat sukar ditangani sekiranya kita
tidak mempunyai persediaan yang secukupnya terutamanya para pelajar. Othman
(2010), berpendapat penerapan nilai murni kepada pelajar di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah asas pembangunan kepada nilai pelajar yang
berdisiplin, bermoral dan beretika. Selain itu, nilai-nilai murni ini dapat dipupuk
secara formal dan tidak formal. Oleh yang demikian, fungsi dan peranan pendidikan
haruslah memenuhi ciri-ciri pendidikan yang bersepadu yang menerapkan nilai-nilai
murni yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek kepada pelajar.
Selain itu menurut Ahmad (2004), program pendidikan pada peringkat
sekolah dan institusi pengajian tinggi mestilah bersifat bersepadu. Konsep bersepadu
ialah penghayatan dan perlaksanaan tuntutan Allah dalam penerapan nilai-nilai murni
dari aspek kehidupan manusia. Ia merangkumi aspek material, moral dan spiritual.
Mereka ini perlu mempunyai kekuatan dalaman iaitu kerohanian, spiritual, dan
akidah yang mantap serta emosi yang stabil dalam menghadapi situasi ini. Selain itu
Arifin dan Dan (2002), telah menyatakan bahawa skop pendidikan sepadu meliputi
kesepaduan dalam matlamat pendidikan, kurikulum, kaedah pengajaran dan
pembelajaran, keterampilan guru serta penerapan nilai murni kepada pelajar.
Matlamat pendidikan sepadu juga adalah untuk melahirkan insan yang cemerlang
dari aspek intelek dan tinggi ketakwaan kepada Allah s.w.t.
23
Menurut Arifin dan Dan (2002), kurikulum dalam sistem pendidikan mampu
menyusun dan membentuk masyarakat madani. Sebagai contoh prinsip berteraskan
keimanan yang manjamin keseimbangan, kebebasan, kestabilan dan kesejahteraan
masyarakat. Seterusnya mendorong perkembangan individu dari aspek pemikiran,
budaya, sosial dan ekonomi. Selain itu Arifin dan Dan (2002), menambah satu
keistimewaan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), ialah kesepaduan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum semua bidang pengajian dan mata pelajaran dari pelbagai peringkat.
yang perlu diterapkan untuk membangunkan tenaga kerja. PTV juga begitu penting
dan berperanan dalam proses pembangunan sesebuah negara.
Selain itu, perlu diketahui pendidikan PTV merupakan salah satu proses
pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan pelbagai kemahiran. Ini
telah dijelaskan oleh Othman (2010), dengan menyatakan matlamat penerapan nilai-
nilai murni melalui pendidikan PTV ialah untuk melahirkan insan yang
berkemahiran serta memiliki akhlak yang mulia. Selain daripada itu, FPK telah
menekankan agar setiap kurikulum PTV yang diajar mampu melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) di samping
mengamalkan pendidikan itu secara berterusan. Ini sejajar dengan matlamat FPK
yang menitik beratkan keseimbangan dalam pendidikan. Proses ini berlangsung
secara berterusan dalam diri manusia sejak kecil hingga ke akhir hayat terutamanya
melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian
proses ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya tenaga pengajar
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Ini tidak terkecuali bagi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) salah
sebuah Intitusi Pendidikan MARA (IPMA) yang juga merupakan salah sebuah
institusi yang berasaskan PTV. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam Falsafah
Pendidikan MARA iaitu untuk melahirkan pelajar yang holistik dari aspek
kesepaduan dan menyeluruh berteraskan kepada nilai dan meliputi aspek
kecemerlangan akademik, kebijaksanaan, fizikal dan iman. Oleh yang demikian,
secara umumnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan MARA
mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek
akademik dan nilai.
Pendidik mempunyai tugas yang sangat besar dalam memberi tunjuk ajar kepada
masyarakat terutamanya pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pembelajaran secara
formal. Menurut Fakhruddin et al (2013), menjelaskan tugas dan tanggungjawab
pendidik adalah satu amanah yang perlu digalas dan memerlukan satu pengorbanan
72
RUJUKAN
Hopkins (2008). Quantitative Research Design. Dicapai pada 24 Disember 2013 dari
http://www.sportsci.org/2008/wghdesign.html
Hamzah, R. Tengku Ibrahim, T. N. Ismail, S. & Ahmad Zuki, R. E. (2012).
Pembangunan Jiwa Pendidik Dalam Kalangan Bakal Pendidik. Jurnal
Teknologi. Penerbit UTM Press.
Ibrahim, F. Sarnon, N. Alavi, K. Mohamad, M. S. Akhir, N. & Nen, S. (2012).
Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah
Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal Of
Social Sciences And Humanities. Volume 7, Number 1, 084-093, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Institut Takbir Awam Negara (INTAN) Malaysia (1993). Nilai Dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam. Halaman 19-20.
Ibrahim, I. (2004). Isu Islam Semasa. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.
Ibrahim, A. (1994). Reformasi Pendidikan. Suntingan Buku: Reformasi Pendidikan
Dalam Menghadapi cabaran 2020. Nurin Enterprise. Halaman 78-79.
Jabatan Agama Islam Selangor (2010). Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing
Pengaruh Dan Kesannya Terhadap Masyarakat Islam. Laporan Dan Kajian
R&D.
Junoh, H. (2001). Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar Di Daerah
Kota Tinggi Johor. Tesis Phd. Universiti Malaya.
Kasran, M. H. (2011). Nilai‐Nilai Sejagat Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa
Malaysia. Prosiding Seminar Majlis Dekan‐Dekan Pendidikan IPTA 2011.
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak.
Khamisan, Z. H. (2008). Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral Dalam
Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti Di Politeknik. Tesis Sarjana. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). (2009). Program Transformasi Ekonomi. Hala
Tuju Untuk Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2013 dari
www.mohe.gov.my. Halaman 517-518.
Kamarudin, S. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan
Kepada Tuhan Melalui PTV. Jurnal of Edupres, volume 1 september 2011,
Halaman 249-257, Universiti Teknologi Malaysia.
75