Projek Besar Pasukan Kerja
Projek Besar Pasukan Kerja
Projek Besar Pasukan Kerja
JUN 2013
vi
ABSTRACT
Skills in team working are one of the criteria required by employers for graduates to get high
employment. However, the lack skills in team working make them difficult to get jobs. The
weakness graduates of skills in team working make it difficult to get jobs. This study aims to
examine the teamwork in skills can be developed through the Co-curricular Management
subject among students Master of Education in Technical and Vocational UTHM. Through
this study, researcher wants to identify the elements of teamwork in skills that implemented
in co-curricular management subject as well as students' awareness and dominant of these
elements. The research design that the researcher used was a case study involved 26 students
of the Master Students of Education in Technical and Vocational that experience Co-
curricular Management subject in semester 2, 2012/2013 sessions. Researcher used four
different types of instruments. That is documentations, observations, interviews and
questionnaires. Data for questionnaires were analyzed using Statistic Package for Social
Sciences version 17 (SPSS 17). Results from the analysis of the data obtained show that, the
skills of team working are applied, recognized and controlled by the Master Students of
Education Technical and Vocational through Curriculum Management courses. Elements of
teamwork in skills implemented through Co-curricular Management in learning realized by
the students. However, the elements of build good relationship interact and work effectively
along with group members to achieve a common goal less dominated by Master of
Education Technical and Vocational Education. The proposed of researcher is the process of
teaching and learning using the jigsaw to further develop students skills in team working.
v
ABSTRAK
Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu kriteria yang diperlukan oleh
majikan untuk graduan mendapatkan peluang pekerjaan yang tinggi. Walau
bagimanapun, didapati graduan kurang menguasai kemahiran kerja berpasukan
menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu, k ajian ini dijalankan
untuk melihat sejauh mana kemahiran kerja berpasukan dapat dibangunkan menerusi
kursus Pengurusan Kokurikulum dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik
Dan Vokasional UTHM. Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti elemen
kemahiran kerja berpasukan yang diterapkan menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum dan kesedaran serta penguasaan pelajar terhadap elemen tersebut. Reka
bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes yang melibatkan 26 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
yang mengikuti kursus Pengurusan Kokurikulum pada semester 2 sesi 2012/2013.
Penyelidik menggunakan empat jenis instrumen iaitu dokumen, pemerhatian,
temubual dan soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan
perisian Statistic Package for Social Sciences Windows 17 (SPSS 17). Hasil kajian
ini menunjukkan kemahiran kerja berpasukan diterapkan, disedari dan dikuasai oleh
pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum. Walau bagaimanapun, elemen membina hubungan baik, berinteraksi
dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan untuk mencapai objektif yang
sama kurang dikuasai oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional.
Penyelidik mencadangkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
jigsaw bagi membangunkan lagi kemahiran kerja berpasukan pelajar.
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Tujuan kajian 6
1.5 Objektif kajian 6
1.6 Persoalan kajian 7
1.7 Skop kajian 7
1.8 Batasan kajian 8
1.9 Kepentingan kajian 8
1.10 Kerangka konsep kajian 9
1.11 Definisi konsep dan operasi 10
1.11.1 Penerapan 10
1.11.2 Kesedaran 10
1.11.3 Penguasaan 10
1.11.4 Kurikulum 11
1.11.5 Kemahiran insaniah 11
1.11.6 Kemahiran kerja berpasukan 11
1.11.7 Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan 12
Vokasional
1.12 Rumusan 12
BAB 3 METODOLOGI 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka bentuk kajian 32
3.3 Populasi dan sampel kajian 34
3.4 Lokasi kajian 34
3.5 Instrumen kajian 35
3.5.1 Instrumen analisis dokumen
35
36
3.5.2 Instrumen pemerhatian
3.5.3 Instrumen temu bual 37
38
3.5.4 Instrumen soal selidik
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 42
3.6.1 Kesahan 42
3.6.2 Kebolehpercayaan instrumen temu bual 43
3.7 Kerangka operasi kajian 45
3.8 Kaedah analisis data
47
3.8.1 Analisis dokumen 48
3.8.2 Analisis pemerhatian 48
3.8.2 Analisis temu bual 50
3.8.4 Analisis soal selidik 50
3.9 Rumusan 52
53
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Demografi responden 54
4.3 Dapatan kajian 56
4.3.1 Penerapan elemen kemahiran kerja
berpasukan menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum 56
4.3.2 Kesedaran pelajar terhadap penerapan
elemen kemahiran kerja berpasukan menerusi
82
kursus Pengurusan Kokurikulum
4.3.3 Penguasaan pelajar terhadap elemen
kemahiran kerja berpasukan menerusi kursus 88
Pengurusan Kokurikulum
4.4 Rumusan 95
RUJUKAN 111
LAMPIRAN 123
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
HEP - Hal Ehwal Pelajar
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KI - Kemahiran Insaniah
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
RPP - Rancangan Pengajaran Pembelajaran
My3S Soft Skills Scale
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
R - Ragu-ragu
TS - Tidak Setuju
STJ - Sangat Tidak Setuju
FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
SPSS 17 - Statistic Package for Social Sciences Windows 17
SENARAI LAMPIRAN
A Surat kebenaran menjalankan kajian 123
B Senarai dokumen 127
C Senarai semak item pemerhatian 137
D Skrip temu bual 147
E Borang soal selidik 162
F Aktiviti kursus Pengurusan Kokurikulum 187
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada hari ini, universiti bukan hanya menghasilkan sumber manusia yang
berpengetahuan, tetapi perlu juga menghasilkan modal insan yang mempunyai ciri-
ciri insaniah terutamanya kemahiran kerja berpasukan yang diperlukan oleh negara.
Tidak kira institusi pengajian tinggi dalam negara atau luar negara, graduan
merupakan aset negara yang utama dan kebolehpasaran mereka dianggap pengukur
usaha sesebuah universiti dalam pembangunan sumber manusia. Dalam konteks ini,
graduan boleh dikatakan sebagai modal insan hasil daripada usaha peningkatan nilai
tenaga manusia oleh universiti tersebut (Kee, Ahmad & Ibrahim, 2011 & Juliawati,
2008). Sementara Badcock, Pattison & Harris (2010) menyatakan bahawa salah satu
sumbangan terbesar oleh pihak universiti ialah menyediakan graduan yang
mempunyai kemahiran insaniah kerana graduan merupakan aset kepada sesebuah
negara.
Berikutan daripada kenyatan itu, Yulpisman (2006) & Mohd Noor (2010)
menjelaskan tentang kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran yang perlu
ada pada setiap graduan untuk membantu mereka bersaing mendapatkan pekerjaan
sama ada dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Md Zain, Suja’, Ahmad
Basri & Basri (2007) pula menyatakan bahawa antara elemen-elemen kemahiran
insaniah yang perlu ada pada graduan ialah kemahiran kerja berpasukan, kemahiran
memimpin, kemahiran berkomunikasi sama ada secara lisan dan penulisan,
kemahiran berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah, berkeyakinan tinggi
2
untuk graduan memasuki dunia perniagaan (Schulz, 2008). Menurut beliau lagi,
graduan pada masa kini kurang memberi perhatian kepada pembangunan modal
insan untuk menempuh alam selepas tamat pengajian. Mereka sering kali
memandang perkara ini dengan remeh kerana menganggap bahawa dengan memiliki
keputusan peperiksaan yang cemerlang, mereka mudah untuk mendapatkan
pekerjaan. Kenyataan itu selari dengan dapatan kajian Ambigapathy, Majid & Abd.
Aziz (2003) yang menjelaskan bahawa siswazah bermasalah dari segi sikap tidak
boleh bekerja dalam pasukan, terlalu memilih kerja, tidak sanggup belajar daripada
pekerja bawahan, terlalu berkira, mementingkan bidang tugas atau spesifikasi kerja
semata-mata, mementingkan status, dan berpandangan sempit.
Sementara itu, DiFonzo (2010) pula mendapati sesebuah organisasi bukan
sahaja mencari pekerja berpengalaman, tetapi mereka juga mencari para pekerja
yang boleh bekerja dengan berkesan dalam pasukan serta memahami bagaimana
proses pengurusan berfungsi. Antara isu terkini (sehingga kertas kerja ini ditulis)
adalah masih terdapat dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang belum menguasai kemahiran kerja berpasukan dengan baik (Idris,
M. S., komunikasi peribadi, November 11, 2012). Dapatan kajian tersebut dikuatkan
lagi dengan dapatan laporan penilaian My3S (Soft Skills Scale) pelajar-pelajar
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (2011) yang mencatatkan kemahiran kerja
berpasukan berada pada tahap rendah iaitu hanya 43.5 peratus pencapaiannya.
Kedua-dua kenyataan tersebut diperkuatkan lagi oleh J. Sam, Mohamad &
Kamarul (2011) & Badarudin et al., (2010) yang merumuskan punca graduan gagal
mendapat pekerjaan hari ini disebabkan kurangnya kemahiran tertentu seperti bekerja
dalam pasukan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara analitikal dan
kemahiran teknikal. Graf (2003) dalam dapatan kajiannya mendapati pihak industri
menyatakan bahawa pihak universiti tidak dapat menyediakan pelajar yang
mempunyai kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan yang tinggi untuk
menempuh alam pekerjaan. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa tahap
akademik pelajar terutama dalam kursus sains dan matematik lebih tinggi daripada
tahap kemahiran kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh mereka.
Tambahan lagi, Bourn (2005) menyatakan kebanyakan pekerjaan-pekerjaan
baru di United Kingdom memerlukan kecekapan bekerja secara pasukan mengatasi
pekerjaan-pekerjaan yang konvensional pada masa lalu. Menurut beliau, bekerja
dalam pasukan boleh meminimumkan kos dan dalam masa yang sama dapat
5
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran kerja berpasukan
dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional menerusi kursus
Pengurusan Kokurikulum di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti
Tun Hussien Onn Malaysia. Melalui kajian ini juga, penyelidik mengenal pasti tahap
penerapan, tahap kesedaran dan seterusnya tahap penguasaan kemahiran kerja
berpasukan yang dimiliki oleh pelajar.
Berdasarkan permasalahan dan tujuan kajian di atas, maka objektif kajian ini adalah
seperti berikut:
iii) Mengenal pasti elemen kemahiran kerja berpasukan yang dikuasai pelajar
Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum.
Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik
Dan Vokasional, UTHM semester 2 (sesi 2012/2013) yang mengikuti kursus
Pengurusan Kokurikulum. Penyelidik menfokuskan kepada lima elemen kemahiran
kerja berpasukan iaitu:
i) Kebolehan membina hubungan yang baik, berinteraksi dan bekerja secara
efektif bersama ahli kumpulan untuk mencapai objektif yang sama.
ii) Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan.
iii) Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan
orang lain.
iv) Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan
hasil usaha kumpulan.
8
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kerangka konsep kajian seperti dalam
Rajah 1.1. Di sini, penyelidik mengenal pasti beberapa aspek yang terkandung dalam
kemahiran kerja berpasukan yang dikaji. Terdapat lima aspek kemahiran kerja
berpasukan yang telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPT, 2006). Antaranya
adalah kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan
mencapai objektif yang sama, kebolehan untuk memahami dan mengambil bahagian
peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan, kebolehan untuk
mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain, kebolehan
untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil
kumpulan, bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan. Dalam kajian ini,
kursus Pengurusan Kokurikulum adalah medium yang digunakan oleh penyelidik
untuk mengkaji pembangunan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan
responden.
OUTPUT
Penguasaan kemahiran kerja
PROSES berpasukan pelajar:
1)Kebolehan untuk membina
INPUT hubungan yang baik, berinteraksi
Kursus dengan mencapai objektif yang
Pengurusan sama.
Pensyarah Kokurikulum 2)Kebolehan untuk memahami dan
mengambil bahagian peranan
Kursus bersilih ganti antara ketua
*Penerapan,
kumpulan dan ahli kumpulan.
Pengurusan kesedaran dan 3)Kebolehan untuk mengenal dan
Kokurikulum penguasaan menghormati sikap, kelakuan dan
kerja kepercayaan orang lain.
4)Kebolehan untuk memberikan
berpasukan. sumbangan kepada perancangan
dan menyelaraskan hasil kumpulan.
5)Bertanggungjawab terhadap
keputusan kumpulan.
Berpandukan Rajah 1.1, lima aspek tersebut dikaji oleh penyelidik sama ada
terkandung dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan atau sebaliknya.
Penyelidik juga menghuraikan dengan lebih lanjut maklumat yang berkaitan dengan
aspek tersebut berpandukan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu.
1.11.1 Pembangunan
1.11.2 Penerapan
Menurut Sawai, Abdullah, Sabarudin & Ismail (2009), penerapan memberi erti nilai-
nilai moral dan budaya yang diterapkan daripada satu genarasi ke generasi yang lain
melalui didikan ibu bapa, orang dewasa atau guru di sekolah. Dalam penyelidikan
yang dijalankan, penerapan membawa maksud perbuatan pensyarah yang berusaha
untuk menerapakan kemahiran kerja berpasukan kepada pelajar menerusi kursus
Pengurusan Kokurikulum. Menerusi kursus tersebut, pensyarah menerapkan
kemahiran kerja berpasukan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran supaya
pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran kerja berpasukan apabila mereka
memasuki alam pekerjaan kelak.
1.11.3 Kesedaran
11
Kesedaran adalah satu keadaan seseorang mengetahui sesuatu perkara melalui proses
pemikiran serta penaakulan akalnya (Ahmad, 2007). Dalam penyelidikan yang
dijalankan, kesedaran membawa maksud tahap kesedaran pelajar terhadap kemahiran
kerja berpasukan yang yang diterapkan oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kursus Pengurusan Kokurikulum.
1.11.4 Penguasaan
Menurut Kamarudin, Sidek, Abdul Majid, Ibrahim, Mohamad Sharif & Mohamed
(2008), penguasaan didefinisikan sebagai seseorang individu boleh menggunakan
ilmu dan kemahiran yang dipelajarinya dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian
dan juga aktiviti akademik. Penguasaan juga membawa maksud daya atau
kemampuan untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu (Muhammad, Abdullah,
Basiron, Jasmi & Mohd Noor, 2006). Dalam penyelidikan yang dijalankan,
penguasaan membawa maksud kemampuan para pelajar untuk menguasai kemahiran
kerja berpasukan semasa mengikuti kursus Pengurusan Kokurikulum dan berupaya
mengaplikasikannya dalam alam pekerjaan.
1.11.5 Kurikulum
Suatu program pendidikan sama ada di sekolah atau di institusi yang merangkumi
semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Dalam penyelidikan yang dijalankan,
kurikulum merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti atau
program yang diikuti oleh para pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
menerusi kursus Pengurusan Kokurikulum.
Dalam kajian ini, pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional adalah pelajar
yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional secara kerja kursus sepenuh masa. Tempoh pengajian adalah selama satu
tahun setengah atau tiga semester. Program pasca Ijazah dalam bidang Pendidikan
Teknik dan Vokasional ini direka bentuk untuk meningkatkan keterampilan
profesional, khususnya bagi pelajar yang ingin memberi khidmat pada peringkat
yang lebih tinggi dalam kerjaya sebagai pendidik teknik dan vokasional seperti
menjadi pensyarah di institusi pengajian tinggi, pengetua di institusi pendidikan atau
latihan teknik dan vokasional dan pentadbir di jabatan-jabatan pendidikan. Di
samping itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang
kepada perkembangan bidang teknik dan vokasional dengan penjanaan ilmu
pengetahuan baru menerusi penyelidikan.
1.12 Rumusan
modal insan yang berkualiti seterusnya selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai
status negara maju menjelang 2020.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Menurut Megat Zakaria, Aris, Haron & Abd. Hamid (2007), kemahiran insaniah
merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-
kemahiran khusus yang dimiliki. Menurut mereka lagi, kemahiran insaniah
berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan
penuaan. Lekic, Bogetic & Randic (2011) pula menyatakan aktiviti penstrukturan
sesebuah organisasi lebih berkesan jika sumber manusia yang menjalankan
organisasi itu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.
Sanguineitti (2004) menyatakan kemahiran insaniah untuk employability
adalah kemahiran yang menyumbang kepada kepentingan industri dan perniagaan
seperti fleksibiliti, penyesuaian diri dan kemahiran untuk menguruskan nilai mata
wang. Untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah seperti ini,
pihak universiti mestilah memasukkan latihan-latihan yang menggalakkan
perkembangan kemahiran ini dalam diri pelajar. Penilaian dan ganjaran juga perlu
diberikan kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang baik terhadap
kemahiran insaniah ini. Rangga, Ariffian, Abu Zarin & Liew (2011) menyatakan
bahawa persaingan untuk jawatan yang tinggi memerlukan calon yang mempunyai
kemahiran insaniah yang tinggi.
Secara umumya, pembangunan kemahiran insaniah melalui aktiviti formal
pengajaran dan pembelajaran ini dirancang dan dilaksanakan dengan menggunakan
dua model iaitu Model Mata Pelajaran Mandiri (Stand Alone Subject) dan Model
Terapan (Embedded) (Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills), 2006).
Mustafa et al., (2008) pula merumuskan pembangunan insaniah melalui model
15
Teori pembentukan suatu pasukan atau kelompok pertama telah diajukan oleh Bruce
Tackman pada 1965. Teori ini dikenali sebagai salah satu teori pembentukan pasukan
yang terbaik dan menghasilkan banyak idea–idea lain setelah konsep ini dicetuskan.
Teori ini memfokuskan pada cara suatu pasukan menghadapi suatu tugas bermula
dari awal pembentukan pasukan sehingga sesuatu projek atau aktiviti itu selesai.
Selanjutnya, Tuckman menambahkan tahap teori ini kepada lima tahap iaitu
“adjourning” dan “transforming” untuk melengkapi teori ini (Wilson, 2010).
Tahap pertama disebut sebagai “forming”. Pada tahap ini, sesebuah pasukan
akan dibentuk dan diberikan tugas. Anggota pasukan cenderung untuk bekerja
sendiri dan walaupun memiliki itikad baik namun mereka belum mengenali dan
mempercayai antara satu sama lain. Pada tahap ini, ahli pasukan akan mengambil
masa untuk merencanakan tugasan, mengumpul maklumat dan mendekatkan diri
antara satu sama lain.
Tahap kedua pula disebut sebagai “storming”. Pada tahap ini, ahli pasukan
mula mengembangkan idea-idea berhubungan dengan tugas yang mereka hadapi.
16
Mereka membincangkan idea dan masalah yang harus mereka selesaikan, fungsi
mereka masing-masing dan sifat kepimpinan yang mereka tunjukkan dalam
menjalankan tugas. Anggota pasukan harus sentiasa berfikiran terbuka dan
memberikan pendapat daripada perspektif masing-masing. Tahap “storming” amat
penting untuk perkembangan suatu pasukan. Tahap ini kadang kala mencetuskan
konflik antara ahli pasukan kerana perbezaan pendapat yang diutarakan.
Seterusnya, tahap ketiga iaitu “norming”. Pada tahap ini, terdapat
kesepakatan dan hormat menghormati antara ahli pasukan. Setiap ahli pasukan sudah
jelas peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ahli pasukan mula hormat
menghormati anata satu sama lain dan sentiasa bersepakat terhadap keputusan yang
telah diputuskan. Ahli pasukan juga perlu bertanggungjawab terhadap apa jua akibat
daripada keputusan yang mereka ambil. Pada tahap ini, ahli pasukan mula
mempercayai satu sama lain dengan melihat sumbangan terhadap kerja dalam
pasukan.
Tahap kedua terakhir dikenali sebagai “performing”. Pada tahap ini, pasukan
dapat berfungsi dalam menyelesaikan tugasan dengan lancar dan efektif tanpa ada
konflik yang tidak perlu ada penyeliaan daripada pihak luar. Ahli pasukan saling
bergantung antara satu sama lain dan mereka dapat berkomunikasi dengan baik
antara ahli pasukan.
Tahap yang terakhir disebut sebagai “adjourning” dan “transforming”. Ini
adalah tahap yang terakhir yang menjadikan projek berakhir dan kelompok
membubarkan diri. Akan tetapi, ahli pasukan boleh kembali bekerja sebagai satu
pasukan walaupun pasukan mengalami perubahan (transforming). Sebagai contoh,
jika ada review mengenai goal atau terdapat perubahan pada ahli pasukan
(Raymond, 2006).
Kemahiran kerja berpasukan adalah salah satu daripada tujuh elemen yang
terkandung dalam kemahiran insaniah. Menurut Gallie, Zhou, Felstead & Green
(2012), kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama
dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. Azlan, Raja & Shahrudin
17
antara satu sama lain, berkomunikasi secara terbuka, bertindak secara bekerjasama
dan melakukan bahagian kerja masing-masing.
Partridge (2007) pula menyatakan dengan wujudnya kerja berpasukan,
sesebuah organisasi itu akan mempunyai semangat kekitaan, mempunyai tujuan yang
jelas dan tahu apa yang mereka perlu untuk lakukan, mendapat sokongan daripada
ahli-ahli pasukan yang lain, akan dihormati dan dihargai atas sumbangan mereka,
berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Sebaliknya, Yusof
(2003) merumuskan terdapat lima faktor yang menyebabkan kegagalan kerja
berpasukan antaranya ketidaksediaan ahli untuk bekerjasama antara satu dengan
yang lain, gagal memperoleh sokongan daripada pengurusan atasan, terdapat
pengurus yang tidak bersedia untuk membebaskan kawalan, gagal untuk bekerjasama
dengan pasukan-pasukan kerja yang lain dan ahli tidak yakin dengan hala tuju
pasukan.
Williams (2002) mendapati, wujudnya sesebuah kerja pasukan boleh
mencapai tugas yang mencabar dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
kerja. Menurutnya lagi, pasukan akan lebih cekap dalam penggunaan sumber,
menghasilkan tahap kualiti kerja yang lebih tinggi, ahli pasukan muncul untuk
menjadi lebih bahagia dengan pekerjaan mereka, cenderung untuk menjadi lebih
bersemangat dan lebih produktif, ahli pasukan kurang berkemungkinan untuk
meninggalkan organisasi atau terlambat dan tidak hadir bekerja. Tambahan Bernice
(2007), perlunya seorang fasilitator atau ketua dalam sesebuah kumpulan untuk
membimbing gerak kerja ahli kumpulan.
Menurut Ishak (2003), pengaruh kerja berpasukan terhadap kejayaan
organisasi terbukti melalui kecemerlangan yang dicapai oleh beberapa syarikat
terkemuka dunia yang mempraktikkannya. General Electric’s Plant, North Carolina
berjaya meningkatkan produktiviti sehingga 250%. Syarikat Hotel Ritz-Carlton
(RCHC) berjaya mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dalam organisasi,
manakala Motorola’s Land Mobile Products Sector ILO2 Facility pula meraih
pelbagai anugerah hasil daripada kerja berpasukan. Greatbatch & Lewis (2007) juga
mendapati kebanyakkan syarikat di United Kingdom amat menitik beratkan tentang
kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi dalam pengambilan pekerja.
Oleh yang demikian, usaha untuk menyediakan pelajar supaya bersedia
bekerja dalam pasukan, ahli akademik pada hari ini perlu menggunakan pengalaman
mereka dan mencari cara-cara inovatif untuk menyediakan pelajar mempunyai
19
kemahiran berpasukan walaupun jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas itu sangat
besar yang akan memberikan cabaran kepada pendidik dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dijalankan oleh Dickerson & Green (2002) ke atas 4470 responden yang
dipilih secara rawak di tempat kerja menunjukkan bahawa terdapat sembilan
kemahiran insaniah yang dapat diterapkan di tempat kerja. Antara kemahiran itu
adalah bekerja dalam pasukan, kemahiran membaca dan menulis borang, memo,
surat, dokumen, notis, kemahiran merancang aktiviti perancangan, menyusun masa
dan pemikiran ke hadapan, mendengar dengan teliti, kemahiran menyelesaikan
masalah, mengesan, mendiagnostik dan menganalisis masalah. Abu, Kamsah &
Razally (2008) dalam satu kajian mereka menyimpulkan majoriti pensyarah
universiti hari ini telah menggunakan pendekatan P&P konvensional (projek, kuliah
dan tutorial) untuk menerapkan kemahiran kerja berpasukan dalam P&P yang
mereka kendalikan. Pensyarah juga banyak bergantung kepada kaedah penilaian
konvensional (khususnya pembentangan) untuk menilai penguasaan kemahiran kerja
berpasukan dalam kalangan pelajar.
Selain itu, Shahrom et al., (2007) mendapati pembelajaran berasaskan
masalah (PBL) merupakan satu kaedah pembelajaran aktif yang dapat menghasilkan
dan menyuburkan lagi ciri-ciri kerja berpasukan yang perlu ada dalam diri seseorang
pelajar. Villiers (2010) mempunyai rumusan yang sama iaitu dalam usaha untuk
menyediakan pelajar supaya bersedia bekerja dalam pasukan, ahli akademik perlu
menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menggalakkan pelajar
melontarkan idea semasa perbincangan semasa proses P&P berlangsung.
Manakala Bahrin (2004) yang bersetuju bahawa guru perlu menggunakan
kaedah “task force” apabila tugasan diberikan di dalam kelas untuk memastikan
pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun,
Rubin, Bommer & Baldwin (2002) menyatakan terdapat beberapa aktiviti luar bilik
darjah yang membuang masa pelajar iaitu terdapat aktiviti yang dijalankan tidak
menerapkan kemahiran kerja berpasukan.
Model Terapan yang dibangunkan oleh Kemeterian Pengajian Tinggi adalah
salah satu pendekatan untuk menerapkan KI secara merentas kurikulum pada aktiviti
20
P&P bagi mata pelajaran yang diikuti. Model ini tidak memerlukan pelajar mengikuti
mata pelajaran khusus seperti yang dinyatakan dalam Model Mata Pelajaran Mandiri.
Sebaliknya, pelajar dilatih untuk menguasai KI melalui aktiviti P&P formal yang
dirancang dan dilaksanakan mengikut kaedah tertentu tanpa mengubah atau
mengurangkan kandungan dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai. Hasil
pembelajaran yang berkaitan dengan KI ini disepadukan dan dijadikan sebahagian
daripada hasil pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan. Pada lazimnya, model
terapan diterima guna untuk menerapkan KI yang dikenal pasti dalam kalangan
pelajar semasa mereka mengikuti mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang
pengkhususan masing-masing (Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft
Skills) Untuk IPT, 2006 & Panduan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia, 2007). Barnett & McCormick (2012) bersetuju bahawa
melalui aktiviti kerja berpasukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, pelajar lebih memberikan tumpuan dan bersedia untuk meningkatkan
pembelajaran mereka dan seterusnya bersama-sama dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan.
Beard & Schwieger (2009) dalam kajian mereka merumuskan bahawa
kehidupan sosial dalam kalangan pelajar universiti juga boleh meningkatkan
kemahiran kerja berpasukan untuk digunakan dalam projek-projek kumpulan dalam
bidang akademik. Hussain, Mohd Salleh, al-Edrus & Sulaiman (2008) dalam satu
kajian mereka berkenaan peningkatan kemahiran insaniah melalui pembelajaran
berasaskan masalah (PBL) mendapati jumlah kemahiran insaniah yang dapat dibina
adalah tidak kurang daripada tiga belas kemahiran yang dapat diterap melalui subjek
kemanusiaan. Keadaan ini menggambarkan bahawa proses pembelajaran di Pusat
Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, UTHM telah berjaya membina kemahiran
insaniah pelajar melebihi daripada standard minimum yang disyaratkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi.
Satu kajian yang dijalankan oleh Abd. Razzaq, Md. Yunos, Hashim & Sawah
(2010) mendapati kemahiran insaniah terutama kemahiran kerja berpasukan dapat
diterapkan melalui tiga cara iaitu, latihan industri, pembelajaran teori dan
pembelajaran amali. Kajian Rieben, Reopen, Santarelli & Marchioro (2010)
mendapati strategi yang digunakan pensyarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti tugasan dalam kumpulan, pembentangan projek dan
pembelajaran menyelesaikan masalah yang berpusatkan pelajar menyumbang kepada
21
kenaikan peratusan gred pelajar. Ini secara tidak langsung akan menerapkan
kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
Tukiran, Fuad, Mohamad, Isa, Mohd. Muji, Jumaat, Ahmad, Mohamed &
Jalani (2008) menyatakan dengan melakukan penyelarasan ketika menyiapkan
program dan projek, menyediakan minit mesyuarat pelajar untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan, perbincangan dan penilaian oleh rakan dalam kumpulan,
pelajar dapat mempertahankan idea-idea utama dalam sesuatu projek mereka semasa
sesi pembentangan dijalankan. Hamid & Mohamad (2012) & Mustafa, Ibrahim &
Salleh (2008) juga mendapati melalui aktiviti sukan, badan beruniform dan kelab
persatuan, tiga elemen kerja berpasukan amat tinggi diterapkan iaitu kebolehan untuk
berinteraksi sesama ahli kumpulan, kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli
kumpulan untuk mencapai objektif yang sama dan kebolehan menghormati pendapat
ahli-ahli kumpulan.
Ismail (2005) juga menyatakan bahawa melalui pembentangan yang
dilakukan oleh pelajar di dalam kelas dan tugasan yang mana pelajar dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan kecil, didapati pelajar telah dapat berkomunikasi secara
berkesan. Menurut Razak (2008), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu antara satu sama lain dalam
kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Pembahagian pelajar kepada
kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Manakala Shahrom, Fatihah, Noor & Hassan (2007) pula mendapati proses
untuk mendapatkan kemahiran berkomunikasi khususnya secara lisan dalam
kalangan pelajar, pelajar perlu dilatih dan dibimbing secara berterusan melalui
perbincangan dan pembentangan di dalam kelas. Ini boleh memberi ruang kepada
mereka untuk menyampaikan buah fikiran secara lebih yakin dan jelas di hadapan
khalayak ramai. Oakley, Brent, Elhaji & Felder (2004) mendapati pensyarah dan
pengajar membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil untuk membuat tugasan dan
mengadakan perdebatan antara kumpulan di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar
melontarkan idea, membuat bangkangan terhadap hujah yang dilontarkan dan secara
tidak langsung menggalakkan komunikasi antara pelajar.
Smith, Sheppard & Johnson (2005) menyatakan pensyarah di University
Minnesota menggalakkan pelajar untuk membuat perbincangan kumpulan di luar
kelas. Pensyarah juga menggalakkan pelajar untuk bertukar alamat, email, nombor
22
Akindele (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar sedar dengan kerja
secara berpasukan, mereka dapat memperbaiki komunikasi dengan rakan sekelas,
bekomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa, dan dapat mengukuhkan
kepercayaan anatara satu sama lain dalam ahli kumpulan. Luca & Taricon (2002)
merumuskan kebanyakkan pelajar sedar perlunya memberikan komitmen kepada
tugas dalam pasukan, berkongsi idea dan maklumat baru semasa P&P,
bertanggungjawab terhadap pasukan serta menyelesaikan masalah bersama untuk
berjaya dalam pasukan menerusi amalan pembelajaran mereka.
Crebert, Patrick & Cragnolini (2004) dalam kajiannya mendapati pelajar
faham akan perlunya perkongsian maklumat bersama ahli kumpulan, memberi idea
terhadap kejayaan kumpulan dan bekerja bersama-sama dengan ahli kumpulan.
Asproni (2004) pula menyatakan bahawa pelajar tahu tentang perkara utama untuk
menjayakan aktiviti pasukan ialah hasil kerja sama oleh semua ahli dan interaksi
yang berterusan antara ahli pasukan.
23
RUJUKAN
Abu, B., Johan, O. M., Jaafar, H. & Syed Mansor, S. M. S. (2007). Kepelbagaian
Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Abdul Latif, A. & Aman, S. K. A. (2011). Pelaksanaan Kemahiran Generik Dalam
Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Journal of Educational Management, 2(4), 103 - 118.
Asproni, G. (2004). Motivation, Teamwork, and Agile Development. Giovanni
Asproni. Agile Times, 2(1), 14-2.
Attewell, P. (1990). “What is skill?”, Work and Occupation, 17(3), 423-448.
Guile, D. (2002). “Skill and Work Experience in the European Knowledge
Economy”. Journal of Education and Work, 15(3), 251 - 273.
Azim, S., Gale, A., Wright, T. L., Kirkham, R., Khan, A. & Alam, M. (2010). The
Importance of Soft Skills in Complex Projects. International Journal of
Managing Projects in Business, 3(3), 387 – 401.
Baninajarian, N. & Abdullah, Z. (2009). Group in Context: A Model of Group
Effectivness. European Journal of Social Sciences, 8( 2), 2-4.
Barbara, O., Rebecca, B., Richard, M. F. & Imad, E. (2004). Turning Student Group
into Effective Teams. New Forum Press, 2(1), 9-16.
Barnett, K. & McCormick, J. (2012). Leadership and Team Dynamics in Senior
Executive Leadership Teams. Educational Management Administration &
Leadership, 40(6), 653 – 671.
Badcock, P. B. T., Pattison, E. & Harris, K. L. (2010). Developing Generic Skills
Through University Study: A Study of Arts, Science and Engineering in
Australia. Springer Science + Business Media. Melbourne: Springer. pp. 3 -
16.
Bahrin, Z. (2004). Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Kerja Berpasukan Di
Kalangan Pekerja Bukan Eksekutif Di Lembaga Pelabuhan Rajang Sibu,
Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana.
113
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. (2011). Panduan Penulisan Thesis. Universiti
Tun Hussien Onn Malaysia: Pusat Pengajian Siswazah.
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, (2011). Laporan My3S (Soft Skills Scale).
Batu Pahat: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Veloo, A. & Bin, K. H. (2012). Hubungan Antara Kerja Berpasukan Dengan
Kepuasan Kerja Ketua Panatia Sekolah Menengah, UUM College of
Arts and Sciences. IJMS, 19(1), 175-191.
Villiers, R. D. (2010). The Incorporation of Soft Skills Into Accounting Curricula:
Preparing Accounting Graduates for Their Unpredictable Futures. Meditari
Accountancy Research, 18(2), 1-22.
Verma, K., Gajendra. & Mallick, K. (1999). Researching Education: Perspective
and Techniques. Hong Kong: Gunpowder Square.
Yusoff, M. (2007). Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar:
Kajian Kes Di Salah Sebuah Kolej Kediaman Kediaman Di UTM, Kampus
Skudai, Johor Bahru, Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
Yusof, A. B. (2003). Mengurus Pasukan Kerja Berprestij Tinggi. Selangor: Prentice
Hall.
Zakaria, M. A. Z. M., Aris, B., Harun, J. & Hamid, M. Z. A. (2007). Hubungan
Antara Kemahiran Generik Dengan Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian
Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan. Seminar Penyelidikan
Pendidikan. Batu Lintang: Universiti Teknologi Malaysia. pp. 13-25.
Zain, S. M., Suja’, F., Basri, N. E. A. & Basri, H. (2007). Penilaian Kemahiran
Insaniah Dalam Kursus Sistem Bioreaktor KW4113. Seminar Pendidikan
Kejuruteraan dan Alam Bina. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. pp. 2-
14.
Watson, P. (2007). Innovative Teaching, Teamwork and Generic Skills in The
University Environment. Proc. Of The Third Int. Conference Teamwork
Skills. United States of America: Brigham University. pp. 766-771.
122