K1-Nota Kuliah OSHA
K1-Nota Kuliah OSHA
K1-Nota Kuliah OSHA
NO KOD
MUKA : 01 DARIPADA 08
NO KOD JPK
PENGENALAN
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi
kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek
1
penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di
bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang
kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber
Manusia
JENIS-JENIS AKTA
Undang-undang Buruh Yang Berkaitan Dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia.
Akta Pekerjaan 1955
Akta ini menerangkan standard minimum perkara-perkara dan syarat-syarat pekerjaan untuk
pekerja sektor swasta dan sektor awam. Ia melindungi bekerja dalam perkara-perkara seperti
pembayaran upah, jumlah jam bekerja, cuti sakit, cuti tahunan dan lain-lain. Semua majikan perlu
mematuhi peraturan-peraturan yang telah dinyatakan.
Akta Kilang dan Jentera 1967
Akta ini adalah untuk melindungi pekerja daripada bahaya dalam kerja-kerja industri. Ini
termasuklah penyakit pekerja dan meletakkan piawai minimum persekitaran kerja yang diperlukan
untuk keselamatan dan kesihatan.
Akta Pampasan Pekerja 1952
Akta ini adalah untuk memastikan majikan menyediakan ganti rugi terhadap pekerja yang
tercedera di tempat kerja atau semasa melaksanakan tugas. Ia digunakan kepada;
1. Semua pekerja tetap tanpa mengira pendapatan dan sesiapa sahaja yang tidak dilindungi oleh
pertubuhan keselamatan social [PERKESO].
2. Pekerja di sebarang syarikat yang mnggajikan kurang daripada lima orang pekerja.
3. Pekerja bukan tetap di sektor swasta yang memperoleh gaji kurang dari RM900 Sebulan.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514) OSHA 1994
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi
keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan
memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di
Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap
dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang
keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di
kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari
Kementerian Sumber Manusia.
FALSAFAH DAN PRINSIP AKTA
“Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja dengan
melihat siapa yang mencipta risiko dan siapa yang bekerja denganrisiko”
a. peraturan kendiri (self-regulation)
b. perundingan (consultation)
c. kerjasama dan penglibatan pekerja
2
PRINSIP
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan 6 prinsip iaitu:
1.Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran
yang baik
2.Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas
daripada sebarang kemalangan
3.Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di
tempat kerja
4.Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua
pekerja di tempat kerja
5.Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah
kesihatan dan keselamatan pekerjaan
6.Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan
dan Keselamatan Pekerjaan 1994
Maka inilah diperbuat undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
Seksyen 1.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri
yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai bagi pekerjaan atas kapal yang dikuasai oleh
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/52], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah
[Sabah Ord. 11/60] atau Sarawak [Sarawak Ord. 2/60] atau angkatan tentera.
Seksyen 3. Tafsiran.
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
"bahan" ertinya apa-apa bahan semula jadi atau buatan, sama ada dalam bentuk pepejal atau
cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya ; "bahan bagi kegunaan semasa
bekerja" ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada
secara ekslusif atau tidak, oleh orang-orang semasa bekerja ;
3
(a) teruknya bahaya atau risiko yang terlibat ;
(b) keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk
menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu ;
(c) ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan atau risiko itu
;
(d) kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu ;
"orang yang bekerja sendiri" ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau
ganjaran selain daripada di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil
kerja orang lain ;
4
"pembekalan", berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui
penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewa-beli, sama ada sebagai prinsipal atau
ejen bagi yang lain ;
"penghuni" berhubungan dengan tempat kerja, ertinya seseorang yang menguruskan atau
mengawal tempat kerja ;
"premis" termasuklah;
(a) mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan ;
(b) mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara ;
(c) apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama
ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air ;
(d) mana-mana khemah atau struktur boleh alih ;
(2) Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja
hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan
dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis
yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.
Seksyen 15.
Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada pekerja mereka.
(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk
memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua
pekerjanya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), perkara yang diliputi oleh kewajipan itu
termasuklah terutamanya;
5
(a) pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat
dan tanpa risiko kepada kesihatan ;
(b) pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan,
penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan ;
(c) pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk
memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang
bekerja ;
(d) setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan
majikan atau orang yang bekerja sendiri, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat
dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke
dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian ;
(e) pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang,
setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan
dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja
(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
POLISI
Polisi merupakan satu plan tindakan yang dilakukan atau perlu diikuti oleh pengguna. Tujuan polisi
dibuat adalah bagi mewujudkan satu undang-undang bagi mencapai satu arah atau tujuan
sesebuah organisasi / jabatan.
POLISI KESELAMATAN
Polisi keselamatan dibangunkan bagi memberi garis panduan dan prosedur sistem kerja yang
selamat bagi setiap petugas supaya dapat melaksanakan tugas harian dengan selesa, sihat dan
selamat. Tujuan polisi keselamatan adalah menggambarkan penekanan serta komitmen syarikat
bagi menjamin keselamatan petugas-petugas semasa bekerja. Ia adalah asas bagi membangunkan
serta melaksanakan program keselamatan ditempat kerja.Ia juga harus membabitkan kesemua
aktiviti pekerjaan dan proses membuat keputusan di dalam sebuah organisasi.
Antara tujuan lain polisi keselamatan diwujudkan ialah :
⦁ Mengelakkan perkara-perkara buruk dari berlaku.
⦁ Untuk mendisiplinkan masyarakat di dalam sesebuah organisasi / jabatan.
⦁ Membimbing / memandu masyarakat sesebuah organisasi / jabatan mengikut peraturan yang
6
telah ditetapkan untuk menjayakan matlamat organisasi / jabatan.
Di dalam bidang perniagaan, polisi keselamatan melindungi kepentingan harta benda syarikat
dan juga sumber maklumat syarikat.
Kewajipan menyediakan polisi ini dinyatakan dengan jelas di bawah Sesyen 16, AKKP 1994.
Majikan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM 50 Ribu @ dipenjara tidak melebihi 2 tahun
atau kedua-duanya sekiranya melanggar seksyen tersebut.
Pasti semua majikan terfikir bagaimana untuk menyediakan polisi / dasar KKP....apakah yang
sepatutnya ditulis?? Pada sesi kali ini, saya akan memberi penerangan bagaimana dan apakah
yang sepatutnya dinyatakan di dalam sesuatu polisi KKP.
Di antara maklumat yang perlu ada pada sesuatu polisi KKP adalah :-
1. Logo syarikat dan nama syarikat;
2. Wawasan & matlamat syarikat terhadap KKP;
3. Objektif & sasaran yang ingin dicapai berkaitan dgn KKP;
4. Strategi dan langkah-langkah (perkiraan) yang akan diambil untuk mencapai objektif & sasaran ;
5. Memantau & menyemak dasar / polisi dari masa ke semasa (jika perlu);
6. Nama & tandatangan pihak majikan atau orang tertinggi dalam syarikat;
7. Tarikh polisi dikeluarkan.
Polisi KKP yang telah siap hendaklah dipamerkan di tempat kerja dan memastikan semua pekerja
mengetahui dan memahami polisi KKP yang telah disediakan. Perkara yang paling penting sekali,
majikan hendaklah memastikan semua perkiraan yang telah dirancang dapat dilaksanakan.
7
Contoh polisi KKP
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta/563-02-akta-keselamatan-dan-kesihatan-
pekerjaan-1994-akta-514/file,9/8/2017,12.22PM
http://www.teoeducation.com/teophotos/albums/userpics/akta%20keselamatan%20dan
%20kesihatan%20perkerjaan%201994.pdf,9/8/2017,4.05pm
http://notakuini.blogspot.my/2011/10/jabatan-keselamatan-dan-kesihatan.html,9/8/2017,4.255pm