GMGM3033 PA Jan 2022

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023

GMGM 3033

KEMAHIRAN PERUNDINGAN TAWAR MENAWAR

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN, KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN & PENGAJIAN ANTARABANGSA


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
No. Maklumat Kursus
1. Nama Kursus : KEMAHIRAN PERUNDINGAN TAWAR MENAWAR
2. Kod Kursus : GMGM 3033
3. Nama Staf Akademik (UUM) : DR RAHIDA ANI MOHD ISMAIL (PENYELARAS KURSUS)
EMEL : rahida.aini@uum.edu.my
TELEFON : 017 470 8150
No. BILIK : Pusat Pengajian Kerajaan UUM COLGIS
Alamat:
Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti
Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah.
4. Rasional penawaran kursus ini dalam program: Kursus ini merupakan kursus pilihan atau pelengkap
kepada program BPM.
5. Semester/TahunDitawarkan : Semester Januari Sesi 2022/2023

6. Nilai Kredit : 3
7. Prasyarat: TIADA
8. Objektif :
Pelajar diharap dapat
1. mengetahui konsep, prinsip, dan perkembangan perundingan dan tawar menawar.
2. Memahami kepentingan taktik dan teknik perundingan yang menghasilkan pulangan
keuntungan kepada organisasi
3. menganalisis secara analisis, analitikal dan rasional serta konseptual berhubung fungsi,
tanggungjawab, cara dan keperluan untuk menjadi pegawai perunding yang berkaliber
9. Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat
1. menghuraikan konsep-konsep penting konsep tawar menawar (C2, P2, A2)
2. menjelaskan bagaimana taktik dan teknik perundingan dapat menghasilkan pulangan
keuntungan kepada organisasi (C2, P1, A3).
3. menerangkan fungsi dan kuasa tanggungjawab sebagai Pegawai Perunding (A3,P1,C4)
4. menerangkan tentang ciri-ciri untuk menjadi pegawai perunding yang berkaliber (C2, P1, A3).
5. merumus secara kritikal, analitikal dan rasional serta konseptual berhubung perundingan
tawar menawar dalam sektor awam dan swasta. (C4, A3, P4)
10. Kemahiran yang dapat dipindahkan:
Kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran berkomunikasi dan menerusi pembentangan, kemahiran
menganalisis isu semasa melalui tugasan kumpulan.
11. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran: Student-centered learning (module)
12. Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang konsep dan teori berkenaan
perundingan tawar-menawar, bagaimana keupayaan dan kemahiran pakar runding dalam proses
tawar menawar dapat memberi impak kepada keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu
seterusnya membawa kepada keuntungan dan perjanjian bersama. Kursus ini memperkenalkan
konsep perundingan, strategi tawar menawar dan taktik-taktik perundingan yang bakal
menyediakan pelajar untuk menjadi perunding yang berwibawa. Antara topik-topik perbincangan
yang lain melibatkan penggunaan informasi dalam perundingan, pembuatan keputusan kos faedah
perundingan, dan gaya perundingan global.
13. Mod Penyampaian
Syarahan, perbincangan dan online

14. Jenis dan Metod Pentafsiran (Maklumat tugasan- huraian lanjut dalam Lampiran)
1. Kerja Kursus - 60%

2
NO SENARAI TUGASAN PERATUSAN TARIKH PENYERAHAN
1 Kerjakursus
I. Kuiz (online)-bab 1,2,3, & 4 20% Pertemuan ketiga
II. Tugasan kumpulan 30% Pertemuan keempat
III. Pembentangan 10% Pertemuan Keempat
(Akan dimaklumkan kemudian)

2 Peperiksaan Akhir (Bab 5, 6,7,8,9 & 10) 40% Tarikh Peperiksaan Akhir akan
dimaklumkan Kemudian
15. Kandungan kursus dan SLT mengikut topik

Rujukan Utama:

Modul GMGM 3033 Kemahiran Perundingan Tawar Menawar

Rujukan lain:

Abdul Aziz Yusuf. (2000). Pengurus dan gelagat organisasi di abad 21. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Baber, W.W., & Fletcher-Chen, Chavi C-Y (2020). Practical business negotiation. U.K: Routhledge.
Nierenberg, G.I. & Calero, H.H. (2011). New Art of Negotiating : How to close any deal. New York:
Square One Publishers.
Mulholland, Joan. (1991). The Language of Negotiation: A handbook of practical strategies for
improving Communication. London: Routledge.

3
JADUAL PERTEMUAN PERUNDINGAN TAWAR MENAWAR PJJ SEM OKTOBER 2021

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PENTAKSIRAN AKHIR

PERTEMUAN MODUL TEMPOH

• Penerangan berkaitan kursus


• Penerangan tentang tugasan 4 jam – Webex
• Kuliah (Bab dalam Modul)
1 Online activities
✓ Bab 1 Asas Perundingan
✓ Bab 2 Perundingan: Kerangka, Strategi dan
Perancangan
• Perbincangan & Latihan

• Kuliah (Bab dalam Modul) & Bahan Bacaan OL 4 jam – Webex


✓ Bab 3 Penetapan dan Penggunaan matlamat
2 Online activities
Perundingan
✓ Bab 4 Informasi Dalam Perundingan
✓ Bab 5 Pembinaan Kredibiliti perbandingan

• Kuliah (Bab dalam Modul) dan Bahan Bacaan OL


✓ Bab 6 Strategi Tawar-Menawar
✓ Bab 7 Taktik-taktik perundingan 4 jam – Webex
3 ✓ Bab 8 Pembangunan Kuasa Atasi
Penentangan Online activities
✓ Kuiz Online 20% (Bab 1-4)

• Kuliah (Bab dalam Modul) dan Bahan Bacaan OL


4 jam – Webex
✓ Bab 9 Pembuatan Keputusan Kos Faedah
✓ Bab 10 Perundingan Global Online activities
4
✓ Bahan bacaan
• Pembentangan Kumpulan (brief in class)
• Rumusan

• Pentaksiran Akhir ( Bab 5-10)


5
• Akan dimaklumkan

4
PANDUAN PENYEDIAAN TUGASAN

NO SENARAI TUGASAN PERATUSAN TARIKH PENYERAHAN


1 I. Kuiz (secara online) 20% Pertemuan ketiga
II. Tugasan kumpulan 30 % Pertemuan Keempat
III. Pembentangan 10% Pertemuan keempat
IV. Peperiksaan Akhir Semester 40% Akan dimaklumkan kemudian

2 Pentaksiran Akhir (Bab 5, 6, 7, 8, 9, & 10) 40%

Keterangan Tugasan:

KUIZ I
1. Open Book Kuiz Bab 1-4. Tempoh masa untuk menjawab Kuiz akan diberikan. Hari dan tempoh masa untuk
menjawab soalan kuiz akan berlangsung secara serentak untuk semua cawangan.
Kuiz
Berdasarkan petikan pelajar dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan tertentu. Mohon pelajar untuk
mempunyai akses kepada UUM OL.

TUGASAN ULASAN KUMPULAN (30 %)

1. Tugasan perlu membentuk kumpulan 3-5 orang. Tugasan adalah berbentuk kajian kes yang berkait dengan rundingan
dua-hala seperti contoh petikan yang dilampirkan.

Contoh Kes
“Kerajaan negeri Sabah memandang serius tindakan keterlaluan China yang disifatkan sebagai ancaman terhadap kerajaan
Malaysia dan negeri Sabah secara menyeluruh. Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata pihaknya menyerahkan perkara itu
kepada kerajaan Pusat untuk segera mengatasi perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Sabah dan bakal
menjejaskan banyak industri seperti ekonomi dan perlancongan negeri itu. Isu ini telah berlarutan sejak sekian lama
sehingga banyak berlakunya pencerobohan di sempadan perairan negara yang melibatkan pulau-pulau kecil di kawasan
berhampiran. Beliau yakin dan percaya kerajaan pusat akan dapat segera menyelesaikan perkara ini kerana tindakan China
ini bakal memberikan implikasi buruk kepada keselamatan dan ekonomi kerajaan negeri serta menimbulkan kebimbangan
rakyat dan pelabur seperti perniagaan laut dalam, perlancongan dan sebagainya. Di masa yang sama beliau berharap agar
pihak keselamatan seperti maritim dan TUDM serta semua yang terlibat untuk bersama-sama mempertingkatkan
keselamatan di perairan dan sempadan negara. Timbalan Panglima Tentera Laut juga telah mengesahkan insiden
pencerobohan perairan negara melibatkan kapal daripada China telah berlaku sejak 2013 sehingga kini. Beberapa portal
pertahanan antarabangsa mendakwa terdapat sejumlah kapal Pengawal Pantai China menceroboh perairan Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) Malaysia. Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata pihaknya berharap agar kerajaan pusat mendesak agar
satu rundingan segera diadakan dengan semua pihak yang terlibat.”
(Dipetik dari https://www.utusanborneo.com.my/2021/10/02/isu-pencerobohan-china-kerajaan-sabah-desak-adakan-
rundingan-antarabangsa)

Berdasarkan petikan di atas, kajian kes melibatkan isu pencerobohan China dan cadangan penyelesaian terbaik dalam
menyelesaikan titik perbezaan untuk mencapai hasil kepentingan bersama. Anda perlu menganalisis isu dan seterusnya
membincangkan kes tersebut. Penulisan adalah berbentuk kajian kes melalui data sekunder dan kandungan mengandungi
perkara-perkara berikut.

5
1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang

3.0 Isu (yang menyebabkan pertikaian) dan Pemasalahan (Peranan pihak-pihak terbabit sebagai Perunding)

4.0 Perbincangan (Analisis secara kritis) dan Cadangan Penyelesaian Masalah (resolusi perundingan)

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

Pemilihan tajuk hendaklah disertakan bersama petikan yang dikutip setelah berbincang dengan pensyarah untuk
kumpulan masing-masing. Pelajar perlu memastikan Tugasan yang dihantar melalui proses Turnitin yang tidak melebihi 20
% terlebih dahulu sebelum submit.

Plagiat melebihi 50% ke uUuuuatauKumpulan


• ULASAN TUGASAN

• 10-15 halaman tidak termasuk kulit hadapan dan isi kandungan.
• Tulisan bertaip saiz 12 point font size, 1.5 spacing
• Alignment justify
• Penghantaran menerusi Online Learning (jika berdua wakil yang buat penyerahan melalui Online Learning -
Jangan lupa letakkan NAMA dan NO. Matrik rakan).
• Rujukan sistem APA amat dititiberatkan.
• Plagiat melebihi 50% ke atas 0-10 markah sahaja

PENILAIAN TUGASAN:
NO ASPEK YANG DINILAI MARKAH
RENDAH SEDERHANA TINGGI
1 Pengenalan - memperkenalkan pembaca kepada isu-isu atau
konflik yang dibincangkan dalam perbincangan 0.5 1 1.5

2 i Penerangan latar belakang rundingan dua-hala adalah jelas


dan difahami akan fokus isu-isu atau konflik yang di 0.5 1 1.5
bincangkan.
ii & iii Proses rundingan yang melibatkan peranan pihak-pihak
1 2 3
terbabit sebagai perunding diterangkan dengan baik.
iv Masalah perundingan dijelaskan dengan baik 1-2 3-4 5-6
v Cadangan resolusi perundingan yang disarankan sesuai
dengan masalah yang telah dikenalpasti dalam penelitian 1-2 3-4 5-6
terhadap proses perundingan
3 Kesimpulan - menyimpulkan isi keseluruhan perbincangan 0.5 1 1.5-2
4 Teknikal
i. kekemasan (ejaan/alignment)
0.5 - 1.5 2-3 4-5
ii. rujukan dalam teks & senarai rujukan (APA sistem)
iii. originality (tiada plagiat)
SKOR

NOTA: Adalah perlu diingatkan kepada PENSYARAH & PELAJAR bahawa tugasan ini perlu dimuatnaik melalui platform

Turnitin Tugasan

Platform tersebut membolehkan kesemua tugasan dinilai dari segi Indeks persamaan (similarities
index). Indeks persamaan yang diterima pakai oleh UUM ialah TIDAK MELEBIHI 20%. Tugasan

6
dengan indeks similarity melebihi 20% akan dianggap tugasan plagiat yang mana boleh
menjejaskan permarkahan tugasan.

PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER: TIADA

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER: Bab 5, 6, 7, 8, 9, & 10

Format soalan adalah SOALAN BERBENTUK ESEI. Pelajar perlu menjawab SEMUA soalan.

• Pelajar adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan sebagaimana termaktub dalam akta dan
peraturan peperiksaan UUM
• Pelajar akan diberi masa yang bersesuaian untuk melengkapkan peperiksaan akhir. Tempoh masa yang
diberi mengambil kira tempoh loading soalan, masalah berkaitan dengan internet, akses dan lain-lain.
Untuk itu sebarang alasan yang tidak munasabah TIDAK AKAN DILAYAN.

You might also like