Kertas Kerja pEMULIHAN KHAS 2022

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN

DAUN
JALAN DURIAN DAUN,
75400 MELAKA.

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF PRASARANA &
KECERIAAN
KELAS PEMULIHAN KHAS ORKID

DISEDIAKAN OLEH :
PN. NURUL BAHRAH BINTI ANUAL
GURU PEMULIHAN KHAS
1.0 PENDAHULUAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di
sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Seterusnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 yang
bertujuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan merapatkan jurang
pendidikan, juga memberi penekanan kepada pembasmian masalah 3M.
Sehubungan itu beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-
murid dapat menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Selaras dengan
hasrat itu, KPM juga pada waktu yang sama telah menyuntik semangat baru
kepada Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan
bukan sahaja dari aspek prasarana, juga dari segi kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang
mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM). Dalam usaha
merealisasikan hasrat KPM itu, kemudahan dan infrastruktur haruslah
ditingkatkan dalam memastikan murid-murid dapat suasana pembelajaran
yang kondusif dan lengkap.

2.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN

2.1 Memberikan suasana pembelajaran yang lebih lengkap dan kondusif.

2.2 Kemenjadian murid di mana pembelajaran dan kemahiran mencari


ilmu melalui pelbagai sumber dapat menggalakkan murid
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

2.3 Memberikan kemudahan dan keselesaan sepanjang sesi pengajaran


dan pembelajaran.

3.0 RASIONAL

3.1 Menaiktaraf prasarana dan kemudahan asas dalam bilik Pemulihan


Khas Orkid. SK (P) Durian Daun.

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERALATAN ANGGARAN JUMLAH


BIL YANG KUANTITI HARGA ANGGARAN
DIPERLUKAN (SEUNIT) PERBELANJAAN
1. Layar Projektor (8’) 1 RM 400 RM 400
2. Projector Tripod 1 RM 64 RM 64
3. Tikar Evamatic 1 RM 40 RM 40
4. Cat Minyak 1 RM 25 RM 25
JUMLAH BESAR RM 529

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek ini ialah RM 529.00.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

PENGERUSI PN SUHAILI BT ABD RASAP GURU BESAR


NAIB PENGERUSI PN UMI KALSOM BT BUANG GPK PENTADBIRAN
PN NOR AINI BT HARUN GPK HEM
EN MOHD RAHDI B AHMAD GPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHA PN NURUL BAHIRAH BT ANUAL GURU PEMULIHAN
AJK PN NURHANIAH BT HJ SOOD GURU B & K
PN ANG AN NI KP STEM
PN NORHUDAH BINTI IBRAHIM KP BM
PN HJH HALIMAH BT YUSOF GURU BM 1D
EN MOHD HAIRUL BIN TAHIR GURU BM 2L
PN.RAFIDAH BT HAMZAH GURU MT 2L
PN MIZAN ZALINA BT JAMIAN GURU PRASEKOLAH
6.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya


bersama-sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam memberikan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan tersusun. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi.
Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

............bahirah...............
(NURUL BAHIRAH BINTI ANUAL)
Guru Pemulihan Khas,
SK(P) Durian Daun,
Melaka.

Disahkan oleh,

......................................
(SUHAILI BINTI ABD RASAP)
Guru Besar,
SK(P)Durian Daun,
Melaka.

You might also like