جزاكم الله خيراالجزاء
Pelbagai kes-kes yang dialami diviral dibicarakan sejak akhir-akhir ini sungguh meraih pilu.
Sokongan Rakyat Adalah Nyawa Institusi Raja-Raja Melayu.
Institusi Raja-Raja Melayu merupakan tunggak sejarah, warisan, dan jati diri bangsa Melayu. Namun, jangan sesekali kita lupa bahawa kekuatan raja-raja bukanlah semata-mata terletak pada perlembagan atau undang-undang yang tertulis. Undang-undang hanyalah kertas yang kita semua setuju untuk patuhi – ia boleh diubah, dibuang, atau dilenyapkan bila kuasa politik memuncak.
Sejarah dunia membuktikan bahawa banyak sistem beraja tumbang bukan kerana undang-undang, tetapi kerana hilang sokongan rakyat.
Di Malaysia, kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, perlindungan perlembagaan itu bukan jaminan mutlak. Andai sokongan bangsa Melayu sendiri terhadap institusi ini semakin goyah, maka tidak mustahil satu hari nanti akan ada usaha yang sah dari segi politik dan undang-undang untuk membubarkan institusi ini.
Sebab itu, Raja-Raja Melayu tidak boleh terlalu yakin dengan sistem dedia ada. Kepercayaan dan kasih rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam, adalah nyawa sebenar yang menghidupkan takhta.
Jika institusi Raja mahu terus dihormati dan dipertahankan, maka raja-raja perlulah.
Bijak membaca nadi rakyat desa yang setia.
Tegas menegur ketidakadilan walau siapa.
Dekat dengan rakyat susah, bukan hanya elit yang kaya.
Menjadi pembela maruah bangsa dan agama, bukan sekadar simbol semata-mata.
Sokongan 90% orang Melayu dan umat Islam adalah benteng utama institusi Raja. Tanpa sokongan itu, institusi ini boleh roboh walau perlembagaan sekalipun tidak dapat melarangnya. Bila kekuatan politik rakyat melebihi 2/3 atau bahkan 89% sebagaimana sejarah banyak negara, undang-undang bolih diubah dengan suara majoriti.
Ini bukan amaran – ini kenyataan realiti. Raja yang bijak tidak menunggu istana digegar, tetapi turun dari singgahsana dan mendengar denyut nadi rakyat jelata terutama didesa-desa.
Senyuman dilontar penyejuk rasa, namun harta dan bantuanlah yang mengubah nasib rakyat desa.
Kerana dalam hati rakyatlah, takhta raja sebenar berdiri.
Sembah patik hanyalah suara dari kebun, suara rakyat yang tidak pandai menulis akta, tetapi memahami apa itu taat setia.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
