Kisah kami sekeluarga bercuti di London
29 Julai 2015
Kemas barang2 dan final check luggage. Readykan passport dan tiket. Semua online ticket dan hotel booking dh print sesiap.Makanan Brahim dan megi dh siap pack. Bawa satu steamer kecik untuk masak nasi dan lauk. Ubat-ubatan tidak dilupa in case sakit perut dan sakit kaki. Final: satu luggage 24 kilo bersaiz 28, dan satu beg hiking. Beg hiking ni isi pampers, susu serbuk anak, selimut, sock dan baju sejuk. Stroller untuk si kecik xbawak.
30 Julai 2015
Flight MAS dari KL - Heathrow Airport (London) dijadualkan jam 9.50 pagi pada 30 July 2015. Awal-awal pagi lepas subuh adik iols tolong hantar ke Putrajaya Sentral. then kitorg naik ERL ke KLIA. Alhamdulillah. Pagi tu smooth je perjalanan weols ke KLIA. Flight pon xdelay. Kitorg lepak2 kejap kat cafe sebelum berlepas. Sufiah excited!!
Airbus 380 membawa weols ke London. Besar. 2 tingkat tapi xramai orang naik mase tu. So Flight Attendance bg chance kitorg tukar2 tempat duduk bagai. Bayangkan xde orang smpai 3 kerusi tu sorg penumpang je conquer untuk tido.. Tempat kitorg kat tepi cabin sediakan makanan, so agak distracted tapi senang la nk mintak air untuk buat susu sufiah bagai. Meal in flight bg aku ok la.. Honestly child meal lagi sedap dari makanan dewasa. hahaha.. mungkin selera tekak orang mengandung. 14 jam dalam tu rase lama giler. 2-3 movie gak habis. tido lagi.. tapi xsmpai2. kulit dan bibir pon dh kering giler. 4 jam sebelum sampai en.TAU dah menunjukkan tanda2 xsihat. Bersin dan perot dia xsedap. mungkin kembong. Steward suh jalan2 nk suh kuarkan angin.. Bertabahlah sebelum landing.. Yang klakonye sufiah bleh plak terkencing atas kerusi... Terpaksalah iols lap dan jadikan shawl sebagai skirt instant. kikikiki..
Smpai kat Heathrow Airport jam 4 petang. Xdela strict sgt seperti yang digembar gemburkan. Tapi mmg efficient. Kitorg kuar imigresen, beg dah sedia menanti. Pantas drg buat kerja. Memula xtau nk pergi mana. Pengembaraan pun bermula. Kitorg main kuar je pintu tunggu bas nk ke Ibis Heathrow. Sekali bukan. Kitorg kena kuar dari teminal 4 ke terminal 2 + 3, dan amik bas dari situ untuk free bus ke Hotel sekitar airport. Nombor bus xingt. Nnti korg tanye la information counter.
Pemandu bas baik hati bgtau suh turun kat tempat kitorg kena turun. Mmg berbudi bahasa org London ni. Turun bas, kena jalan sikit untuk ke Ibis Heathrow. Alhamdulillah. Smpai jugak kitorg kat hotel. Selesai urusan check in, kitorg naik bilik. Rehat2 kejap, kitorg amik keputusan gi bli makanan seperti buah dan susu. Tanye direction from receptionist hotel. Dia cakap 10 minit je utk ke Tesco Express. Kitorg pon jalan la amik angin. Jumpe ladang gandum. Mmg weather kat London best. Sejuk walaupun summer. Tapi dah lebih 10 minit jalan, xsmpai2. kitorg pon was-was awat xsampai2.. oh myyyyyyy.. 10 minit bagi drg mungkin sama ngan setengah jam bg kita. Drg jalan laju dan langkah besar. Akhirnya sampai jugak dan aku rase jauh gilerrrrrr kot. Buah dan susu mmg murah. Kitorg tapau gak roti dan chips untuk makan pagi. then balik.. super jauh berjalan. then rest smpai pagi. Nasebla kitorg tempah hotel dekat je. So dapatla rehat awal.
31 Julai 2015
Sepatutnya pagi ni weols sewa kereta pergi melawat stonehenge. Tapi pagi tu En.TAU xlarat. Selsema teruk. Dia claim demam.. Mungkin jetlag. So around 11 baru checkout dan ke Heathrow Terminal 2 + 3 balik untuk naik underground ke London City. Weols beli Oyster Card yang berkonsep touch&go. Tapi kitorg postponed tgk London city sbb mls nk carry luggage n decide pergi letak beg dulu kat Ibis Barking. Dh smpai Barking, lif xboleh guna so kena naik tangga. Bawakla barang2 berat tu naik. Wallaaaaa.. Tambah sakit la En.Tau. Ingatkan dekat je Hotel sekali kena jalan jauh.. fuhhhh... penat keliling tapi xjumpe hotel. Last skali jumpe gak ngan bantuan pakistan muslim kat sana. Check-in kul 2. kitorg smpai awal sejam. So tunggu je la smbil rehat dan tanye receptionist jalan paling cepat gi underground. As usual receptionist tu claim jalan 10 minit je nk ke underground. Tapi kitorg amik masa smpai 20-30 minit berjalan nk ke sana. So kalo drg cakap 10 minit, gandakan lah 2 or 3 kali lagi. HAhahaha.
Barking ni tempat muslim. Mostly makanan kat sini halal. KFC pun halal. Kedai daging mentah pun halal. Kesimpulannya kat sini mmg tempat komuniti Islam. So kitorg xde masalah untuk makan kat sini. Buah pun murah. 1 Pound bleh dapat 1 bakul buah. Murah benor. Makanan pon murah. Nasi + ayam separuh, average dlm 5 pound. Ade je yang harga smpai 8 pound. Ayam grill seekor + nasi + salad + air baru 10 pound. Tapi tempat ni jauh dari London City. Naik underground dari london dalam 45 minutes baru smpai sini.
Kul 4 kitorg kuar gi Oxford Street cari barang and shopping. Dari Victoria Station, kitorg naik bas ke Marble Arch. Sebelum tu tanye kat satu kedai kat situ. DIa cakap jalan 10 minit je untuk smpai Marble Arch. Kitorg xsanggup dah jalan. Mmg tepat keputusan naik bas sbb jauh jugak dari Victoria Station ke MArble Arch. Dari Marble Arch bleh nmpak London Eye. Bus + underground bleh guna Oyster Card. So senang untuk berjalan. Kitorg cari Mothercare untuk shopping barang2 baby, bli barang2 avent yg tgh sale dan bli stroller untuk Sufiah. En.TAU xlarat nk dukung budak 18kg ni. Hahaha. (Please note walaupun iols beli stroller, jangan sangka kat sini senang berjalan kalo bawak stroller. Most underground xde lift or tangga bergerak. Kena angkut pakai tangga). Then pergi pharmacist cari lotion E45 + lip balm. Singgah Clarks untuk beli kasut tapi xberkenan. Org cakap Clarks kat sini cantik dan byk design. Tapi maapla xkena taste iols. Masuk gak kat H&M cari maternity jeans. Tapi xde saiz. Last skali singgah Primark. En.TAU tapau 2 helai jeans untuk dia and ayah dia. Enough shopping, kitorg pon balik. Tapau food untuk dinner then balik hotel.
1 Ogos 2015
Shopping selesai.. berjalan2 plak tgk London City. 1st stop kat London Bridge. Akibat xstudy bebetul, kitorg brenti kat station Monument. So kena jalan jauh untuk ke London Bridge. Sepatutnya kena brenti kat Tower Hill station. Kuar2 je akan nmpak London Bridge. Hehe.. Dh smpai London Bridge kitorg rehat2 jap.. Makan roti dan ambik2 gambo.. Thghari baru gerak plak pergi Big Ben. Sila brenti kat station Westminster. Ramai giler tourist kat big ben. Kitorg jalan2 sekitar kejap then amik keputusan pi London Mosque. Amik underground brenti kat Baker Street. Dari sini kena jalan kaki pi mosque. xtau nak naik bas ape. Dalam google map nmpak dekat je, tapi jauh jugak menapak sebb kitorg guna laluan jauh. Hahaha.. Ikut google map punye pasal. Ade je jalan straight nk pergi mosque. hampes betol kitorg ni. Dh smpai masjid, kitorg brenti lunch n solat dulu. Rehat2 n bg sufiah main. Kat mosque ni ade nasi. sedap. baru 3.90 pound. Murah.. Jalan balik dah cerdik sikit. Hahaha.
2 Ogos 2015
Last day in London. Kitorg decide jalan2 sekitar Barking. Makan2, jalan2 kat market and cari buah. Around 12 checkout dan ke Victoria Station. Kitorg kena caj 8 pound untuk taxi dr Ibis Barking ke underground. Hampeh tol pakcik ni sebb standard 5 pound je. Kitorg mintak kurang dapat la 7 pound.
Bas kitorg ke Brussels kul 9.30 malam. So kitorg menunggu je la kat London Voctoria Coach Station untuk check in. Station bus ni bg iols kecik. Bus plak Free Seat. Lagi canggih Malaysia kalo mcm ni. Seat pun kecik. Bas padat. Ohhh myyyy mmg sakit belakang duduk dalam bas ni. Nasib baik aku naik awal dan cop tempat so dapatla duk dekat kami anak beranak. Bas ni akan brenti kat Dover untuk cop Passport. Then bas akan naik feri selama sejam. Masa bas dalam feri, penumpang kena turun dari bas dan naik atas. Sempat la iols tido dalam feri tu.
p/S: Untuk return Oyster Card, pergi je mana-mana station underground. Kat situ akan ade kaunter or mesin untuk refund balik duit lebihan dan 5 pound yang dibayar masa mula2 beli. Kat Victoria Coach Station xde ye... And kalo bli barang jangan lupa request untuk claim VAT. Drg akan bg satu resit dan form untuk korang isi. Make sure org kedai sign form tu.
Next cerita kat Brussels dan Brugge plak. Bye Bye London. Say hi to Belgium.
gparadis3
Travel to Europe (31 July 2015 - 14 July 2015)
Lama sehh tinggal belog ni. Fuhhhh.. Tiup2 byk habuk.. Ade citer baru br bleh nk menulis kan.. Sebelum ni byk je citer tapi xde masa. Bile travel ke Europe ni byk lak masa utk iols menaip. Blom habes bercuti lagi dh menulis. Tetiba betol. Hahha.. Tapi byk sebb aku rajin bukak blog ni:
1. Sebb iols akan lupa ape yg dh buat kat Europe. Sebelum sebarang paperwork bajet, dan ingatan iols hilang, baik iols menulis disini. (Kalo x,jadi cm percutian Melbourne dulu..Dari xde masa smpai lupa ingatan xshare2 experience kat sana.
2. Sebb nk share pengalaman. Xde la smpai nk share tips sebb iols pon fes time bercuti ke sini. Kikiki. Boleh a bace nk hilangkan bosan n cedok mana2 part.
3. Sebb sekarang tgh ade kat Brugge. Mlm xde tmpat menarik dan semua kedai dh tutup.
OK citer iols nk pi Europe ni happen sebb iols dpt smbung master ke Manchester,UK utk tahun 2014. Thanks kepada gomen kerana sudi bg iols HLP luar negara. Tapi nk dijadikan citer xjadi atas sebb2 yang xdpt di elakkan. En tau ckp xbelajar sana pon xpe, nnti pi la jenjalan.. OK. Dia ckp. Aku xckp. Janji mesti ditunaikan. Hahaha. Setelah satu sem berhempas pulas amik master di universiti local, tibalah saat2 yang ditunggu.. Pi melancong..
Tiket
Tiket iols beli dari website mas pada matta fair bulan Mac 2015. Dh lama dh intai tiket tapi xbeli2 sebb takot clash ngn jadual belajar n mana tau ade rezeki sufiah dpt adik ke. Akhirnye beli jugak sebelum matta fair berakhir. Actually tiket Mas ke europe sentiasa ade sale sejak kes mh370 dan mh17. Antara nak beli ngn idok je.. Kitorag beli tiket ke London Dan balik Dr Paris untuk 2 dewasa Dan seorang kanak2 dengan harga RM 6518. Sgt murah utk 3 orang. Pastu sebb kes mh370 dan mh17 tu,kitorag tambah insurans sesiap. Masa bli tu kos insurans Mhinsure adelah RM440. Harga insurans ni xtetap. Kenkadang aku tgk RM380. Ade naik turun. Xpasti kenapa. So total tiket + insurans adalah: RM 6958.00
Insurans
Citer pasal insurans ni, actually kakitangan kerajaan dpt apply insurans yg kerajaan bayar. Masa iols isi borang, kat situ tulis medical insurans. Actually insurans tu cover sama je cm Mhinsure yg aku bli. So utk travel ke europe ni aku ade 2 insurans. Membazir je bli nyg Mhinsure tu. Hihihi. Xpolah.. Rezeki org insurans.
Route
Ade sebb kenapa iols beli tiket ke london n balik Dr Paris. Of koz SBB nk tour europe. Tapi kitorag x pegi byk Sgt negara sebb bawak kanak2 umur 4 tahun. Kena consider kebajikan beliau. Ahaks. OK route weols ni adelah london-brussels-brugge/bruges-amsterdam-frankfurt-paris. Perlu diingatkan UK adalah sejam awal Dr negara2 lain ( dlm lawatan iols jela iols compare). Nnti korg jgn lupa compare masa ye. Kang xpasal2 kena tinggal ngn public transport.
Transport
Untuk bergerak dari satu negara ke negara lain, kitorang guna bas n train sahaja. No drive, feri, kapal n kapal terbang. Untuk book and compare rates, iols guna goeuro.com. cam megabus yg weols guna Dr London ke Brussels xlisted dlm site tu. So kena pandai2 la compare n pilih the best rates n time. Plis bli train awal uols sebb harga lagi murah. Iols beli lewat, harga mencanak2 naik. Sebelum tu just tulis2 dan simpan. Xbook awal sebb schedule n route xconfirm lagi. Rasekan penangan hebat duit mencurah2 kuar kalo bli lambat. Ditambah pula dengan currency RM yg jatuh merudum. Lazat Sgt time nk bercuti currency lak JD cam tu. Bak Kate seorang menteri yg suka bila currency Malaysia jatuh: pergilah bercuti dalam negara sahaja. Uhukkss. Shadap uuuu!!! Iols dh bli tiket awal, xkan nk korbankan sahaja cita2 murni pi jenjalan tambah pengalaman. Xkan uols je bleh naik jet bagai habiskan duit negara. Ehhhh.
London-brussels: book megabus dengan harga RM316.42 pada waktu malam. Secara xlangsung menjimatkan duit hotel. Tapi tobat dh xnak naik bas duduk smpai 9 jam. Penat weiiii. Nk dijadikan citer masa tu iols dh disahkan preggy 4 bulan. Uhuksss. Mmg sadis Sgt naik bas lelama.utk kisah full bas ni sila baca entry London nnti.
Brussels-brugge
Naik train Dr Brussels Nord ke Brugge. Paling cepat 55 minit je. Harga untuk 2 adults RM118.44 (28.2 euro). kanak2 free ride. Xperlu bli awal sebb harga tiket fixed. Citer lanjut dlm entry brussels-brugge.
Brugge-amsterdam
Esok aku dijadualkan ke Amsterdam menaiki bas eurolines kul 4.25 petang dan dijangka smpai jam 9.25 mlm. Harga RM295.03 (dh convert sesiap). Terpaksa elak dari naik train sebb xde train yg direct. Kena transit. Beg berat dowhhhhhh. Ko mampoo nk hangkat? Dengan bawak budak lagi.. No no no.. Duk dendiam dlm bas.
Amsterdam-frankfurt
Yg ni naik ketapi laju.. Almost 4 jam jugak.. Direct. RM 546.10
Frankfurt-paris
Yg ni pon ketapi laju.. Pon almost 4 jam... Direct. RM 507.40
Hotel booking
Mostly iols guna hotels.com. tapi ade jugak yg guna hotel website tu sendiri. Lagi murah guna hotel website. Kena pandai2 cari and compare. Contohnye dalam hotesl.com harga 400. Korg google hotel tu dan compare dengan rates dlm website hotel plak. Mostly lagi murah. Tapi SBB iols xde masa yg byk, tambahan dengan alahan, bulan ramadhan n exam, maka byk jugak hotel iols book Dr website hotels.com. dh abes exam baru terkedek2 compare bagi mana2 hotel yg blom bli.
Stakat ni tu dulu information pasal Europe tour kitorag. Dh mls nk menaip. Lampu oren ni buat iols sakit mata. Adiós.
Cantiknya.. Subhanallah!!
cantik sungguh pemandangan dari opis
ni. jarang nampak bayang2 istana dalam air. rase cam duk obesi pun ade.. (pic taken 2-3 months b4.. just sharing the beautiful part of malaysia.. maybe no wow factor to some people but this really make my day 😍)
ni. jarang nampak bayang2 istana dalam air. rase cam duk obesi pun ade.. (pic taken 2-3 months b4.. just sharing the beautiful part of malaysia.. maybe no wow factor to some people but this really make my day 😍)

Birthday Party Sufiah
Tarikh: 15.08.2014 (Jumaat)
Tempat: Taska Sufiah
Tujuan: Celebrate Birthday Sufiah
Happy 3rd Birthday Sufiah. Actually Birthday Sufiah pada 23 Julai yang lepas. Disebabkan masa tu Ramadhan Kareem, mmg xcelebrate besday dia. Arini baru celebrate beday dia kat school. Sayang nya mak bapak xdapat pegi sebab dah cuti untuk jaga Sufiah masa demam awal minggu ni n teman dia pegi trip. Bawah ni gambar aunty dia send untuk tatapan kami: 

Lupa nk amik gambar goodies bag untuk bagi kawan2 dia. Hope dia happy harini.. dia mmg suka blow candle. n everytime nampak cake dia akan cakap besday dia. waaa.. kesian sangat anak umi ni xpernah celebrate beday. Tahun lepas pun beday dia jatuh dalam bulan Ramadhan. Dia tgk kawan2 dia je potong cake. Yang lagi sedih arini dia bad mood xnak pergi school. Nanges2 dari rumah. Sampai school pun nanges lagi. Dia xheran pon nampak kek.. Hmm.. Papepun hope she's doing fine today. We love u Sufiah.
Destinasi Terakhir (PART 2)
Oleh kerana kata-kata En. R (Destinasi Terakhir Part 1) sebelum ni membuatkan aku sedih yang amat, aku xdapat simpan dalam hati. Maka, balik rumah terus cerita kat En. TAU.
Semoga amalan-amalan kita xkira la sedekah ke, hadiah ke, ibadat ke... untuk ke destinasi seterusnya diterima Allah. Ameen.
Aku: Abang, tadi ade cakap-cakap dengan En. R...
En. TAU: hurmmm.. (malas amik port)
Aku: Ala.. dengar la.. sedih sangat.. terkesan sangat dalam hati..
En. TAU: Yela.. citer la..
Aku: Tadi En. R ckp pasal destinasi terakhir kita dan amalan sedekah. (pastu cite dengan panjang lebar. Tahan je air mata dari jatuh)
En. TAU: Betolla tu apa dia cakap.. tapi kalo amalan sedekah tu nak lagi cantik, kena niat hadiah. bukan sedekah. sedekah ni mcm leftover kita. Tapi hadiah mmg benda yang kita sayang. Insyaallah dapat lagi banyak pahala.
Aku: Hmm.. (sebab dh pernah dengar dia cakap cmni. cuma mmg xpernah praktikkan.. )
Semoga amalan-amalan kita xkira la sedekah ke, hadiah ke, ibadat ke... untuk ke destinasi seterusnya diterima Allah. Ameen.
Destinasi terakhir (PART 1)
Sekarang mmg tengah kecoh dengan isu-isu kapal terbang terutamanya isu MH370 hilang dan MH17 kena tembak. Suatu hari aku ade borak-borak dengan sorang bos tempat kerja aku ni:
Kalo baca dialog ni mmg akan rase cm ayat biasa je. Tapi xtau la cmmane ayat En. R cakap betol2 menikam kalbu dan meninggalkan kesan dalam hati aku. Allahuakbar.
Aku: En R dah cukup ke kursus untuk tahun ni?
En R: Dah.. saya dah ada 10 hari kursus. Nanti bulan 11 kena kursus lagi..
Aku: aaaa.. ni mesti kursus kat Rome kan?? Kan Kan?
En. R: He He He (sengih xnak confirmkan)
Aku: En. R xtakot ke naik kapal terbang? Kan sekarang byk kes..pesawat jatuh la, ape la.. ngeri la...
En. R: Buat apa saya nak takut? Cuba awak fikir, apa destinasi awak seterusnya? Kembali kepada pencipta kan? Lambat atau cepat saya dah tau suatu hari nanti saya akan kembali kepada Dia. So xperlu takut.
Aku: (terkedu jap.. aku xpernah pk cmni) Oo.. Ermm.. Kena la selalu kita siapkan diri kan..
En R: Aah ler.. Kalo Allah nak panggil bebila masa pon boleh. Xperlu pon sampai naik kapal terbang. Awak kena banyakkan sedekah. Saya sentiasa ajar anak-anak saya buat KPI sedekah. Katakanlah awak buat simpanan, mesti ada target kan. Tahun ni nk simpan 200 sebulan. Tahun depan naik plak 250. Betul x? Sama jugak dengan amalan sedekah. Awak tetapkan target.
Aku: (lagi terkedu.. sebab aku mmg xpernah ade KPI sedekah. kalo aku rase nk bagi, aku bagi. kalo x, mmg xbagi ler.. dan mmg aku ade target untuk simpanan sahaja. rasa berdosa plak... uhukkk) Er. R, saya terharu sgt.. terima kasih sebab remind saya.. saya xpernah terfikir camni.
Er. R: (Senyum) Ok la.. saya nak balik.. Jumpa lagi
Aku: Ok. Thanks yer.. (hati dah menangis dh masa tu.. betapa aku alpa dengan duniawi.. Allah.. Allah.. ampunkan aku)
Kalo baca dialog ni mmg akan rase cm ayat biasa je. Tapi xtau la cmmane ayat En. R cakap betol2 menikam kalbu dan meninggalkan kesan dalam hati aku. Allahuakbar.
Review SKT aka AZAM 2014
Aku ade banyak azam tahun 2014 tapi xde tertulis kat mana-mana. Oleh yang demikian, aku xpernah keep track azam tahun ni. So rasa nk tulis kat sini.
1. sambung belajar (of koz mase ni berangan gi UK.. now dh tukar local okkk)
2. pregnant anak kedua
3. jahit baju raya
4. beli mesin jahit tepi
5. istiqamah didik anak (termasuk hapal quran kalo bleyy)
6. baiki diri agar menjadi muslimah yang lebih baik
7. masuk kelas cooking
8. masuk klas fotografi
Dalam banyak2 list kat atas, yg aku dh dash kan tu maksudnye dh tercapai. Azam no 4 tu terjadi bila husband hadiahkan sempena birthday dan sempena xjadi pegi uk. hahaha.. xjadi pegi uk pun dapat something (nk amik hati lettewwwww..:P).
Azam No 2 masih inprogress lagi. Actually sebelum ni mmg hold dulu azam ni, maklumla kate nk travel jauh n pi belajor kan.. tapi bila dh cancel ni, mmg rase cepat2 je nk ade anak lagi. huhuhu.. semoga Allah memudahkan segalanya. Rupa-rupanya dalam xsedar, dh setahun aku keguguran.. Semoga ada rezeki yang lebih baik untukku..
Azam 5 & 6 tu kira masih xtercapai la.. berat sebenarnye nk buat tu.. azam saje xkan jadi kalo xde keinginan yang kuat dan mmg kena istiqamah. Setakat ni aku masih mencuba dan aku doakan aku dpt buat benda ni.
Azam 7 & 8 tu aku tunggu masa je. nk tunggu belajar je dulu. Oleh kerana skg masih bekerja, so xde la pk lagi pasal ni. Ada lagi 4 bulan setengah untuk aku laksanakan semua ni.
Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhiratku.
2. pregnant anak kedua
5. istiqamah didik anak (termasuk hapal quran kalo bleyy)
6. baiki diri agar menjadi muslimah yang lebih baik
7. masuk kelas cooking
8. masuk klas fotografi
Dalam banyak2 list kat atas, yg aku dh dash kan tu maksudnye dh tercapai. Azam no 4 tu terjadi bila husband hadiahkan sempena birthday dan sempena xjadi pegi uk. hahaha.. xjadi pegi uk pun dapat something (nk amik hati lettewwwww..:P).
Azam No 2 masih inprogress lagi. Actually sebelum ni mmg hold dulu azam ni, maklumla kate nk travel jauh n pi belajor kan.. tapi bila dh cancel ni, mmg rase cepat2 je nk ade anak lagi. huhuhu.. semoga Allah memudahkan segalanya. Rupa-rupanya dalam xsedar, dh setahun aku keguguran.. Semoga ada rezeki yang lebih baik untukku..
Azam 5 & 6 tu kira masih xtercapai la.. berat sebenarnye nk buat tu.. azam saje xkan jadi kalo xde keinginan yang kuat dan mmg kena istiqamah. Setakat ni aku masih mencuba dan aku doakan aku dpt buat benda ni.
Azam 7 & 8 tu aku tunggu masa je. nk tunggu belajar je dulu. Oleh kerana skg masih bekerja, so xde la pk lagi pasal ni. Ada lagi 4 bulan setengah untuk aku laksanakan semua ni.
Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhiratku.
Subscribe to:
Posts (Atom)