Cantiknya.. Subhanallah!!

cantik sungguh pemandangan dari opis
ni. jarang nampak bayang2 istana dalam air. rase cam duk obesi pun ade.. (pic taken 2-3 months b4.. just sharing the beautiful part of malaysia.. maybe no wow factor to some people but this really make my day 😍)

Birthday Party Sufiah

Tarikh: 15.08.2014 (Jumaat)
Tempat: Taska Sufiah
Tujuan: Celebrate Birthday Sufiah

Happy 3rd Birthday Sufiah. Actually Birthday Sufiah pada 23 Julai yang lepas. Disebabkan masa tu Ramadhan Kareem, mmg xcelebrate besday dia. Arini baru celebrate beday dia kat school. Sayang nya mak bapak xdapat pegi sebab dah cuti untuk jaga Sufiah masa demam awal minggu ni n teman dia pegi trip. Bawah ni gambar aunty dia send untuk tatapan kami:

Lupa nk amik gambar goodies bag untuk bagi kawan2 dia. Hope dia happy harini.. dia mmg suka blow candle. n everytime nampak cake dia akan cakap besday dia. waaa.. kesian sangat anak umi ni xpernah celebrate beday. Tahun lepas pun beday dia jatuh dalam bulan Ramadhan. Dia tgk kawan2 dia je potong cake. Yang lagi sedih arini dia bad mood xnak pergi school. Nanges2 dari rumah. Sampai school pun nanges lagi. Dia xheran pon nampak kek.. Hmm.. Papepun hope she's doing fine today. We love u Sufiah.

Destinasi Terakhir (PART 2)

Oleh kerana kata-kata En. R (Destinasi Terakhir Part 1) sebelum ni membuatkan aku sedih yang amat, aku xdapat simpan dalam hati. Maka, balik rumah terus cerita kat En. TAU.


Aku: Abang, tadi ade cakap-cakap dengan En. R...
En. TAU: hurmmm.. (malas amik port)
Aku: Ala.. dengar la.. sedih sangat.. terkesan sangat dalam hati..
En. TAU: Yela.. citer la..
Aku: Tadi En. R ckp pasal destinasi terakhir kita dan amalan sedekah. (pastu cite dengan panjang lebar. Tahan je air mata dari jatuh)
En. TAU: Betolla tu apa dia cakap.. tapi kalo amalan sedekah tu nak lagi cantik, kena niat hadiah. bukan sedekah. sedekah ni mcm leftover kita. Tapi hadiah mmg benda yang kita sayang. Insyaallah dapat lagi banyak pahala. 
Aku: Hmm..  (sebab dh pernah dengar dia cakap cmni. cuma mmg xpernah praktikkan.. )

Semoga amalan-amalan kita xkira la sedekah ke, hadiah ke, ibadat ke...  untuk ke destinasi seterusnya diterima Allah. Ameen.



Destinasi terakhir (PART 1)

Sekarang mmg tengah kecoh dengan isu-isu kapal terbang terutamanya isu MH370 hilang dan MH17 kena tembak. Suatu hari aku ade borak-borak dengan sorang bos tempat kerja aku ni:


Aku: En R dah cukup ke kursus untuk tahun ni?
En R: Dah.. saya dah ada 10 hari kursus. Nanti bulan 11 kena kursus lagi..
Aku: aaaa.. ni mesti kursus kat Rome kan?? Kan Kan?
En. R: He He He (sengih xnak confirmkan)
Aku: En. R xtakot ke naik kapal terbang? Kan sekarang byk kes..pesawat jatuh la, ape la.. ngeri la...
En. R: Buat apa saya nak takut? Cuba awak fikir, apa destinasi awak seterusnya? Kembali kepada pencipta kan? Lambat atau cepat saya dah tau suatu hari nanti saya akan kembali kepada Dia. So xperlu takut.
Aku: (terkedu jap.. aku xpernah pk cmni) Oo.. Ermm.. Kena la selalu kita siapkan diri kan..
En R: Aah ler.. Kalo Allah nak panggil bebila masa pon boleh. Xperlu pon sampai naik kapal terbang. Awak kena banyakkan sedekah. Saya sentiasa ajar anak-anak saya buat KPI sedekah. Katakanlah awak buat simpanan, mesti ada target kan. Tahun ni nk simpan 200 sebulan. Tahun depan naik plak 250. Betul x? Sama jugak dengan amalan sedekah. Awak tetapkan target.
Aku: (lagi terkedu.. sebab aku mmg xpernah ade KPI sedekah. kalo aku rase nk bagi, aku bagi. kalo x, mmg xbagi ler.. dan mmg aku ade target untuk simpanan sahaja. rasa berdosa plak... uhukkk) Er. R, saya terharu sgt.. terima kasih sebab remind saya.. saya xpernah terfikir camni. 
Er. R: (Senyum) Ok la.. saya nak balik.. Jumpa lagi
Aku: Ok. Thanks yer.. (hati dah menangis dh masa tu.. betapa aku alpa dengan duniawi.. Allah.. Allah.. ampunkan aku)

Kalo baca dialog ni mmg akan rase cm ayat biasa je. Tapi xtau la cmmane ayat En. R cakap betol2 menikam kalbu dan meninggalkan kesan dalam hati aku. Allahuakbar. 

Review SKT aka AZAM 2014

Aku ade banyak azam tahun 2014 tapi xde tertulis kat mana-mana. Oleh yang demikian, aku xpernah keep track azam tahun ni. So rasa nk tulis kat sini.

1. sambung belajar (of koz mase ni berangan gi UK.. now dh tukar local okkk)
2. pregnant anak kedua
3. jahit baju raya
4. beli mesin jahit tepi
5. istiqamah didik anak (termasuk hapal quran kalo bleyy)
6. baiki diri agar menjadi muslimah yang lebih baik
7. masuk kelas cooking
8. masuk klas fotografi

Dalam banyak2 list kat atas, yg aku dh dash kan tu maksudnye dh tercapai. Azam no 4 tu terjadi bila husband hadiahkan sempena birthday dan sempena xjadi pegi uk. hahaha.. xjadi pegi uk pun dapat something (nk amik hati lettewwwww..:P).

Azam No 2 masih inprogress lagi. Actually sebelum ni mmg hold dulu azam ni, maklumla kate nk travel jauh n pi belajor kan.. tapi bila dh cancel ni, mmg rase cepat2 je nk ade anak lagi. huhuhu.. semoga Allah memudahkan segalanya. Rupa-rupanya dalam xsedar, dh setahun aku keguguran.. Semoga ada rezeki yang lebih baik untukku..

Azam 5 & 6 tu kira masih xtercapai la.. berat sebenarnye nk buat tu.. azam saje xkan jadi kalo xde keinginan yang kuat dan mmg kena istiqamah. Setakat ni aku masih mencuba dan aku doakan aku dpt buat benda ni.

Azam 7 & 8 tu aku tunggu masa je. nk tunggu belajar je dulu. Oleh kerana skg masih bekerja, so xde la pk lagi pasal ni. Ada lagi 4 bulan setengah untuk aku laksanakan semua ni. 


Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhiratku.

Field Trip to National Science Center

Tarikh: 14.08.2014 (Rabu)
Tempat: National Science Center
Tujuan: Teman sufiah pergi field trip sekolah

Semalam teman sufiah pergi field trip sekolah. Sufiah excited giler dapat naik bas.. sufiah kate school bus.. padahal bas persiaran. uhukkk... Ummi gelak dalam hati jela.. Ummi sangt ler xsporting sebab xdapat ambil gambar sufiah bebanyak.. Lupa charge bateri henpon. Omaigod!!! Dah ler sufiah baru je kebah demam. Dtg2 sekolah je terus pegi trip. Kalo ade emergensi mmg panik la.. But she was ok during the trip. Siap gelak2 n main dengan kenkawan. Overall, mmg trip ni xseswai untuk bebudak 3 tahun.. mungkin seswai untuk primary school. Bebudak suka main, tapi yg ade kat sini mmg permainan untuk primary. Sufiah balik trip terus tido dalam bas. smpai rumah pun tido lagi.. penat sgt berjalan agaknye...

Thinking of writing something today

Dh lama xmenulis.. sepi.. diam.. banyak perkara yang berlaku, tapi lebih best simpan sendiri kot. hihi.......... so ape nk share today ek.. mungkin lepas ni akan lebih kerap menulis sebab xlama lagi akan sambung master di UITM Shah Alam. Terlalu banyak masa free memungkinkan aku menghidupkan kembali blog ni.. 

Plan asalnya nk buat master kat Manchester UK, tapi hasben plak xnak pergi di saat-saat akhir (ada reason yang xboleh nk tolak). So terpaksa ubah plan minta universiti local... memula rasa cam ralat gak sikit sebab universiti dan biasiswa semua dh settle, tinggal part medical checkup, visa dan sewa rumah je. Tp nak wat cammane.. sudah suratan takdir agaknya.. hehe.. Diringkaskan cerita, Alhamdulillah mase tu ade lagi beberapa uni yg masih bukak application... dan Alhamdulillah dapat jugak uni local akhirnye.. Pening jugak cane nk jawab dengan Universiti Manchester sebab dah accept tawaran. Derang siap offer untuk tangguh pengajian ke tahun hadapan. Ohh tidak.. Apekah keputusan ini betul??? Lagi besar masalah bila nk bgtau sponsorship. Sampai sekarang ni xde dgr khabar berita dari sponsorship. Kebetulan pegawai yang handle naik pangkat. So aku pun vangang juger, buat tak tau je..

Berbalik kepada gelaran student xlama lagi, aku akan register master minggu depan, 23 Ogos. Hopefully aku akan success dan mendapat ilmu yang boleh disumbangkan kepada kerajaan selepas abes master ni. Amin..

Ohhh yerr.. walaupun aku xjadi sambung belajar ke Manchester, adik aku masih ke sana untuk buat degree accounting. Walaupun xdapat pergi belajar together gether, hopefully aku ada masa n dana yang cukup untuk pergi melawat. ahaksss..  Sekarang ni dia sibuk duk buat visa after konvo kolej mara banting. 15hb Sept dia dah start klas. 8hb Sept orientation week. (ececece... tetau je tarikh dia nk belajo kat sana.. padahal sebab dulu aku pun dh hapal tarikh2 keramat tu untuk blaja kat sana). But setakat ni masih belum dapat tarikh untuk fly. Tunggu talk JPA katanya.. Harap2 beliau pun akan berjaya di sana. Adios!!