Saturday, December 29, 2007
inikah kesudahannya?
inikah pintanya?
inikah doanya?
'bila embun ingin berbicara
hadirlah Embun-embun cinta.'
dapatkan entry terbaru di blog sisipan,
http://www.embunpagibersahaja.blogspot.com/
..entry terbaru ni tidak dapat dimuatkan disini atas sbb2 teknikal.
-akhi-
Wednesday, December 26, 2007
'1 important message received'
Relation
- Anterior:laptop hitam yg sdg 'hidup',5cm above,gambar famili tercinta terlekat didinding.
- Posterior:dinding kosong dipisahkan sejarak beberapa cm dr watak utama.
- Superior:langit batu bata kosong,suci dan bersih.
- Inferior:sepasang kaki ,bersama hamparan karpet merah..
in another 'Relation'..
- Anteriorly:cabaran2 akan dtg yg sedang menunggu.Bahangnya mula terasa.
'Apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan kesyurga tanpa kamu diberi cabaran dan dugaan?....-kalamullah-(Al-Baqarah)
- Posteriorly:bagai ditolak2,kenangan2 lame terus menarik2 si watak untuk kembali sejenak berfikir dan merenung.
'sesungguhnya ia pengajaran bagi mereka2 yg berfikir.....-kalamullah-(Al-Baqarah)
- Superior:beban2 yg tidak pernah dipinta.Satu persatu datang menimpa.Jika bukan kerana redhanya,pasti ada prinsip yang dilanggar ,pasti ada istilah putus asa.
'Allah tidak membebankan seseorang itu tanpa mampu ia memikulnya...kalamullah(Al-Baqarah)
- Inferior:Sepasang kaki terus berjalan dan berjalan,mengelak dan terus mengelak dari duri2 dunia.
-pengorbanan Rasulullah,Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa,Nabi Yunus,dan Nabi2 lain..
-pengorbanan Abu Bkar,Umar,Ali,Uthman,dan para sahabat.
-pengorbanan Imam Hasan Al-Banna,Syed Qutub,Izzudin Al-Qassam,Solah Syahadah,Syamil Basayez,Syeikh Ahmad Yasssin,dan para syuhada' lain..
-dimanakah aku?
'1 message received'..
'need to be stopped by stopper',untuk anda ,anda tahu apekah ia!rite?
Monday, December 24, 2007
datang lagi..

Friday, December 21, 2007
pinggiran maghrib itu..
sebuah kampung kecil,
pinggir maghrib ,apa sahaja yang ada ada dipinggirannya?deru kedengaran kenderaan dipacu pulang ke pangkuan,unta2,kuda dan keldai kembali diikat dan dihambat,anak2 kecil berlari2 menyahut seruan ibunya dan ibu2 di rumah pula mula melabuhkan tirainya bersama labuhnya matahari di pinggiran maghrib itu.
alam juga turut serta,
bulan mula menurut perintahNya bersama matahari yang sudah bersedia,renyai2 hujan tadi juga seakan turut memberi laluan kepada bulan.Bisik bintang pada bulan agar membawanya bersama dimalam itu.Adapun,waktu dipinggiran maghrib juga semakin suntuk..
manusia?
disana ade yang sedang muram.
disana ade yang sedang berduka
disana ade yang sedang tersenyum
disana ade yang sedang gembira.
masing2 mempunyai cara yang tersendiri untuk melayani kehadiran malam..
pinggiran maghrib itu semakin suntuk...
Seorang pemuda.Tidak seperti yang lain.Pinggiran maghrib ini ingin mencari sebuah erti,pinggiran maghrib ini mungkin ada bukti.Erti kasih sayang tuhan pada hambanya dan bukti kasih sayang tuhan pada hambanya.Selangkah demi selangkah,senafas demi senafas..
'tuk2,tuk2..'pintu hatinya diketuk...
'hei pemuda!,siapa kah yang memberikan langkah itu padamu?siapakah yang memberi nafas itu kepadamu?'berapa harganya?..
di endahkanya..terus,matanya merayap disegenap inci langit,luasnya tiada siapa mampu mengukur..
'tuk2,tuk2.pintu hatinya diketuk lagi..'
'hei manusia!,siapakah yang memberimu pinjam mata itu?,berapa harganya?sudah kah kau jelaskan hutang2 mu pada sipemiliknya?berapa pula harganya?'
di endahkanya lagi...
terus hatinya diketuk2 ,di endah dan dibiar,tiadalah mampu..
sehingga ketukan itu..
'hei manusia,siapakah yang akan memberikan cinta pd mu?siapakah yang akan memberikan kasih pada mu?siapakah yang akan memberikan segala2 kebahagian kepadamu?.tuhan tidak sayangkanmu?tidakkah pinggiran maghrib ini mengajarmu ?..tiadakah kasih sayang tuhan pada keindahan langit itu?tiadakah kebahagian tuhan di setiap detik dipinggiran itu.. bahkan,cuma dipinggiran,sedang seharian itu tiadakah langsung kasih sayangnya?
hatinya terus 'diketuk2',
'hei pemuda,engkau lupa kasih sayang nya,kau hanyalah benih kecil yang berenang2 diatas arahanNYA dulu,sehingga kini kau ego ingin berjalan sendiri,kononya diatas kaki sendiri,berdikari..berdikari dan menginkari suruhannya?.Benar kau ingin mencari cintamu sendiri?Pada harta?Pada manusia?Pada dunia?..silakan,tapi jgn kau ingin aku pulang disaat nafas akhirmu, itulah kasih sayang terakhir tuhan untukmu.
'Allahuakbar Allahuakbar'
ketukan itu berhenti,suara kebesaran kedengaran.Dia kembali melangkah ,menyoroti setiap bait2 lafaz mulia itu.Rintik hujan kembali hadir,kini bukan dari awan,tp dari sepasang mata yang inginkan kasih sayang tuhan.Itulah kasih sayang yang diperlukan,buat petunjuk jalan,menuju cubaan dan cabaran didalam mencari sebuah keredhaan...
'lailahaillah...'
tiadalah yang lain melainkan Allah...
hari ini,pinggiran maghrib itu pergi....
--------------------------------------------------------------------------
Allah kan Baik..mengapa perlu mencari yg lain?
moga kita didalam keredhaannya.. berdoalah agar iman tidak jemu mengetuk hati kita.
peliharalah dia..
-Sayyidul Ayyam,Jumaat.
-pinggiran maghrib,dibumi Mansoura.
slm
Wednesday, December 19, 2007
edisi kamu: wan,
Dulu aku ingat lagi,kau dan aku berbaring bersama dibawah meja itu.Walaupun,saat itu biasa sahaja bagi kita berdua,tp kini saat itulah yang telah menyentuh aku .Yang selama ini,tak pernah cuba mengenali harga sebuah kenangan,bahkan tak pernah melihat2 kenangan yang telah kita simpulkan dulu.Ketika itu,kau dan aku seperti adik beradik yang tak mungkin dipisahkan.Andai ada yang cuba mengeruhkan persahabatan kita,pasti menemui jalan buntu.Semua dialog antara kau dan aku sentiasa menjadi mainan dibuah kenanganku wan,kini dan selamanya
Kau tau kan?..aku kan takut hantu.Aku pulak masa tu yakin sangat2 kau sahajalah yang mampu menghilangkan ketakutan aku.Ingat tak masa kita tingkatan satu dulu,berhingus2 lagi,makan pun suap kadang2 masuk hidung..hehe..mcm la kecik sangat kan?.tapi tu la memang kecik sangat pun berbanding kita skrang ni kan?..owh ye,pasal hantu..malam2 aku mesti rase takut ,kau ingat kan?Pastu mula la aku kacau kau..hehe,.Perlahan-lahan aku masuk bilik kau,pastu tido sebelah kau..hehe..macm anak ayam cari mak die pulak..
Kau tau tak?,ada satu masa tu aku tgk ko dah tido nyenyak,tp aku pulak takut sangat malam tu.Aku rasa macam nak kejut kau je.Tapi takpe la,nanti ko tak cukup tido pulak.Lagipun takde ruang kosong pun kat sebelah kau yang boleh aku nak selit,jdnya aku tido kat lantai jer la.Itu pun dah cukup dah,yang penting kau sentiasa ada kat sebelah aku ,aku mesti tak takut!..
Itulah cerita hantu kita..kau ingat tak?..tak ingat ker?..takpelah ..
‘pak bilal ni,aku agak 8 tahun lagi haus telinga die’
Hehe,mentang2 lah setiap kali dia azan die gesek2 telinga die,kita pulak gelakkan die.Kene minta maafkan wan?tul tak?..bile yer?..wan..nanti kita minta maaf sama2 k..
Sebenarnya kau lah orang yang telah membawa aku kesebuah hidup yang baru wan…Aku tak pernah kenal pun ape itu cinta ,aku tak pernah kenal kehadiran tuhan ,aku tak pernah kenal semua2 yang aku dah kenal skrang.
Bak kata kawan2 sekolah dulu..
‘Kalau wan ngn lan bergabung,abislah kita semua’…
hehe,btul ke wan?..memang btul pun..dulu cikgu Rahmat pun ade bagi amaran kat aku..
‘cikgu taknak kamu berkawan dgn wan.phm?..cukuplah korang dua orang dah rosakkan sekolah’
‘tima kasih cikgu’..
Owh baru aku tau…’sbb Tuhan rupenye’..semenjak tu kan wan,aku cari ape maksud yang cube kau sampaikan..akhirnya aku temui,Alhamdulillah..Tuhan izinkan..
Aku rindu la wan…
Wan,kenapa kau diam je ni..tak best laa,mane boleh aku sorang je yang cakap…
Wan..cakap la skit wan…wan..
‘lan,dah lah tu..kita dah lambat dah ni,nak maghrib dah ni,jom ikut mak balik..Bitau wan,esok lan datang lagi ziarah dia,esok lan cakaplah lagi dengan dia..
`Salam wan…salamualaikum ya ahli qubur’
Lokasi=`Tanah Perkuburan islam Kampung Kenangan’
Masa= 7:30ptg.
p/s:tiada kene mengena yang hidup atau telah mati…
Tuesday, December 18, 2007
Edisi aku:untukku..
tibe2 '1 message received'..tp,berbau peribadi yang tak mungkin mudah difahami..=)
hijau atau merah?
green or red?
warna ape anda akan harapankan n berdoa if spontan??..diantara dua warna tu,yg pasti ade yg akan membuka laluan kpd Keredhaan Allah,insya Allah..doa2kan..
..slm..
Edisi spontan: mardhathillah,nak kwn ngn awk leh?

Saturday, December 08, 2007
tangisan seorang lelaki...

Tuhan,aku kehilangan…
Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya.Sungguh!di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia.Tika itu kau membelai2 jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi.Aku merasai kenikmatanya.Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi.Hari2 ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina.Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..tapi,itu dulu..
Ingatkah kau di malam itu?Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan kutatapi wajah bulan.Ku tatapi wajah bintang.
‘hei bulan..tidakkah kau pernah menangis?tidakkah kau pernah bersedih?tidakkah pernah berasa sensara menanggung derita?..
‘hei bintang..kan best kalau aku jadi kau.Tiada duka,tiada sensara ..pasti hidup kau gembira kan?..’
Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini.Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu.Dulu aku bersungguh sungguh ingin mendapatkan mu.Aku tahu sahabat2 ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya.Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerna aku sgt sayangkanmu..
Aku juga teringat akan peristiwa2 kita dahulu..
Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman2mu..Aku bertanyakan pada sahabat2ku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu.Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku.Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan.Perlu diselam ,perlu tenggelam.Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu.Aku ingin menjadi salah seorang darinya.
Meminang
Setelah itu,Aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku.Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu.Aku mulai merasai kebahagiannya.Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku.Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu.
Tapi bila berlalunya waktu,dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu,tidak lagi membelaimu,tidak lagi bertanyakan khabarmu..bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku.Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja.Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan.Malah,Hinanya diri ini,aku tidak mendengar setiap teguranmu,bahkan kadang2 aku memarahi dirimu yang suci itu.Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku.Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya.Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tp bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku .Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek2 oleh kelakuan sang binatang sepertiku.Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini.Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi..
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’
p/s:bukan NURUL IMAN ye!.. =)
Monday, December 03, 2007
lukisan Alam.
'hidup tidak selalunya indah ,
langit tak selalu cerah ,
sulam malam tak berbintang,
itulah lukisan alam,
begitu aturan tuhan..'
-hijjaz
salam suam2 sejuk semua sahabat2..
moga sentiasa dibawah lembayung rahmat dan inayahNya..
moga sentiasanya kita dikekalkan dalam iman ,islam dan ukhuwah..
[diari Akhi],4dec,6;30pg
--------
'subuh ini lain dari yang lain..namun tidak selain jiwa hari ni dan semalam dan kehidupan hari ini juga semalam.Hari ini boleh jadi lebih baik dari semalam dan semalam mungkin lebih baik dari hari yang bakal ditempuh ini.Jika semalam melodi ku tentang 'Semalam'
'semalam,
ku meniti jalanan suram,
hampirku lemas dan tenggelam,
oh semalam ,
telah pergi....'
-mirwana(Yesterday)
hari ini ,subuh ini iramanya berbeza dari generasi yang berbeza..'Lukisan alam' menjadi melodi setelah sebelumnya anak tekak ini dibasahi Al-mathurat dan Al-quran yg cukup menenangkan.Seperti biasa ,dengan dunia teknologi yang berkembang maju,aku akan menghabiskan masa pagi ku dgn 'berziarah ' melayari alam maya yang penuh dengan warna warni ini.Dari satu destinasi ke satu destinasi,dari satu hati ke satu hati,masing2 punyai alasan dan cara tersendiri untuk terus berdiri dimuka bumi ini.Jika semalam ziarah ku seakan suram disana,dan hari ini ianya kelihatan lebih ceria dan bahagia disini.
mungkin ada benarnya 'Lukisan Alam' alunan Munif Ahmad.Teringat aku kali pertama aku diberikan peluang untuk membuat persembahan dulu.Ketika itu aku masih lagi setahun jagung di dalam dunia seni.Dengan beberapa kelengkapan yang tidak mencukupi dan pengalaman yang cetek,kami mempertaruhkan lagu Lukisan Alam ini dan sebuah lagu Asmaullah.Saat itu,aku tidak punya alasan langsung untuk menghayati lagu ini,kerana lukisan hidupku masih belum kelihatan.
Namun kini,setelah 6 tahun ia berlalu,serangkap lagu itu memberikan kesan yang mendalam setiap kali ia bermain di kotak suaraku.Bahkan sebaris juga amat bererti untukku..
'Aku amat merasai kehadiranMU ya ALLAH,'lukis'lah hidupku yaAllah,jgn biarkan ianya di'lukis' olehku walaupun dalam kadar sekelip mata'
'hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah.'
Cuma ,bagiku ziarahku subuh ini memberikan senyuman untukku.Dalam langitku tidak secerah langitmu di waktu ini, aku gembira dapat menumpang sedikit dilangitmu walau ia tidak pernah tercipta untukku.Sahabat,teruslah tersenyum.Mengertilah bahawa ada insan lain yang memerlukan sedikit cebisan senyumanmu itu untuk terus bertahan.
-----------------------
'ya Rahman ,jika peningku ini bukannya kerana memikirkan nasib ummatku ..
maka Kau sembuhkan lah ia,
'ya Rahim,jika peningku ini bukanya kerana memikirkan dosa yang menggunung tinggi,
maka Kau sembuhkan lah ia..
p/s:still looking for any antidote..(headache's attack )..
tq..slm..
Sunday, November 25, 2007
..::..find out ur melody here.::..
..berehat sebentar dr berkarya..
--------------------------------------i'm lost..till one night,sy terjumpa didalam list lagu sy yg selame ni sudah terpendam,dek kesibukan meneruskan sisa2 dlm dis life..Tashiru,then dnload all lagu yg dis sifoo produce..hayatilah!
- artis: Tashiru
- nationality: Indonesia
- genre: pop nasyid
- rating: respect same lu bangat yaa!..
- hit song: maaf tuk berpisah,kembali dan sendiri.
testimonial from author: mm..suara toksah pertikai,indonesian singers give n have a high quality in their product,sure suare diorang memang power!..:)..and almost the important is the message from all of their greatful songs,even not in nasyid's genre..jauh lagi nak dibandingkan dgn artis2 dimesia(selame berkecimpung dlm seni2 ni..kecil2 jer..) ..
p/s:kepingin bangat ketemu kamu ya tashiru!(ntah2 singgah blog sy kot,hope so..)..Allah menghantar lagumu seakan untukku ya!...mungkin untuk teman2ku sekali..moga Dia 'menghantarnya' lg..cumanye,haritu sy buat show(Tautan Mahabbah) pakai lagu kamu yaa..saya gabung lagu maafkan dgn kembali..time kasih yaa!pnjm lagunya sebentar..
spe ade rekod show hari tu di dewan banat?..send to me..tq..
.slm.slmt mendengar..
Saturday, November 24, 2007
aku benci..
dulu mase kecik2 ,
aku malas semayang,ayah rotan aku
aku nangis,
tp kate kawan2 'ayah syg aku',
ala,aku tau ayah senanye bkn syg aku pun,
bisnes dia jatuh,die lepaskan geram kat aku..
sejak tu,aku benci ayah!
tak cukup ngn ayah,
mak pun pernah rotan aku,
kate mak,aku ni asyik main game jer,
pastu aku ckp kat mak,
'mcm la mak tak pernah nampak langsung aku study,mak buta ke?'
'ahh.benci tul la mak ni!'
abg long pun same jugak,
kadang2 kalau aku buat tak btol skit jer,
diorang pun pukul aku,
mcm la die tu btul sngt..
aku nak pukul die tak boleh pulak kalau die buat salah,
bengang tul la ngn abg long ni!
aku benci abg long!
abg ngah?,
ala,die ni tak boleh nampak aku wat salah sikit,
aku hisap rokok pun die nak tegur,
'rilek ar bg ngah ,adek kan mude lagi'..
semenjak tu,aku tertekan sbb abg ngah selalu marah2 aku,
die saje nak wat aku sakit hati,
aku benci abg ngah!..
bile aku besar skit
kakak pulak,
naik bosan aku dgr ceramah die,
nak kuar dating dgr Maria pun tak tenteram,
biarlah aku nak dating ke nak ape,diri aku,aku punye pasal la..
sbb tu,setiap kali jumpe kakak ,aku buat dunno jer..
aku benci kakak!
dah lah..aku tau semua org tak suke aku..
diorang semua dengki kat aku,
family kwn2 aku semua tak pun mcm ni,
kawn aku tak pernah kene marah,
tak pernah kene rotan,
tak pernah kene tegur,
hidup diorang gembira je,takde yg nak sibuk2..
mase tu ,aku tau..
semua orang taknak tgk aku senang..
aku benci semua orang!..
berlalunya masa..
akhirnya,aku dah besar!..
aku bebas..takde sape yang boleh halang aku,
aku boleh pegi mane2 dgn aman,
aku boleh keluar ngn sape2 dgn tenteram,
mak,ayah,abg long,abg ngah,kakak..
semua tak boleh lagi nak marah2 aku,
nak tgur2,nak rotan2,atau nak pukul2 aku,
sbb aku dah besar...
akulah yang tentukan hidup aku,
aku takkan benarkan sape2 lagi mengatur hidup aku,
tidak lagi!..selamanye...
----------------------------------------------------
tibe2,aku terasa air mengalir di pipiku
..basah,
alur sungai dipipiku tidak dpt ditahan lagi,
sudah lame air suci ini tidak tertumpah..
---------------------------------------------------------------
bu,aku rindukan suapanmu,
ingatkah bu,aku tergigit jari sucimu ,
namun,kau hanya tersenyum bu..
aku pula seronok tak terhingga menikmati makanan dari suapanmu,
tp kini,tiada lagi bu..
ayah,kini tiada siapa lg yg menyelimutkan aku,
waktu aku kesejukan dilantai keras ini ,
kadang2 kau peluk aku,demi untuk melihat aku nyenyak dimalam itu,
tp kini..tiada lagi..
bg long,bg ngah dan kak cik..
jika dulu aku tidak melawan bg long dulu,
sekirannya aku mengambil kebaikan darimu bg ngah,
dan andai aku mendengar nasihatmu kak ngah,
pastilah hidupku lebih sempurna kini..
tp,kini tiada lagi~..
------------------
'N0 4321,sel 6,anda diminta bersedia dan melakukan persiapan terakhir.Hukuman anda akan dijalankan pada pukul 6:15pg..'
'time kasih'..
------------
'bu,ayah,bg long,bg ngah,kak cik..
slm keampunan drku...
-
Thursday, November 22, 2007
edisi ana enti : mesej ana untuk enti~
1 message received...
enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..
bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tp ana selalu tersenyum didalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,
bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
di hari2 yang pasti...
bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari2 yg pasti...
bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,
dihari2 yang pasti..
bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,
bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari2 yg pasti...
bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari2 yang pasti..
bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..
...............................
enti yakinlah,
percayalah...
bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
kerana ia bukan hari2 yang pasti...
bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..
kerana ia bukan dihari2 yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..
enti,intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah 'ana dan enti 'lagi...
kerana..
ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,
hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...
-selamat malam enti-
moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..
------------------------------------------------
pasti!..yakinlah..Allah sangt2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 skalian..
Sunday, November 18, 2007
...anatomy = tarbiyyah..
salam alaik kpd semua bloggers sekelian..anda bersedia untuk berimaginasi?..bantulah diri anda sebentar...
3 seconds..

lihat gambar diatas..
jika kita melihat pada gambar ini..jelas menunjukkan ketidakseimbangan dalam structure tubuh badan manusia,hatinya sudah cukup besar..tetapi kepala dan badan tersangat tidak comfortable..maka kelihatan sumbang pada pandangan kita..
di fikiran anda?
ya,pemuda yang selalu mendekatkan diri di masjid2 amat disayangi oleh Ar-rasul dan Allah..itu adalah kasih sayang yg telah dijanjikan..namun seorang rijal bukan sahaja memiliki hati yang bersih,suci dan sentiasa disuluhi iman..
tetapi .. eh2..nanti yer!tgk kat bwh tu..;)
mari kita soroti bersama...
disini ikhwah/akhawat, tiada siapa meminta untuk dilahirkan dgn kepala sahaja yang besar,manakan tidak.. sedangkan pada zahirnya sudah terlalu pelik (umum) jika seseorang itu memiliki kepala yang sangat besar dikala badanya kecil dan tidak sesuai dgn kepalanya..benarkan kata sy..?..itu secara logik dan normalnya..

dan disini pula..lihatlah gambar diatas...tubuh badan ini sudah cukup sempurna(lukis je tak smpurna..hehe)..afwan.:). bagi pandangan manusia...namun,kepala dan hati yang cukup kecil itu mencacatkan kesempurnaan tubuh badan ini..maka ia tetap akan kelihatan tidak sempurna ..
--ok!--continue..
akhirnya apabila kita mengkaji tubuh badan manusia(antomy)..kita akan menyaksikan secara sainsnya Allah menciptakan structure tubuh bdn manusia ini adalah normal secara fizikalnya(sekirannya kita menjaganya dgn baik)..
kepala dan hati kita dijadikan sebesar dan seberat yang mampu ditampung oleh tubuh badan
kita..seraya seluruh organ ini akan berkerjasama untuk memastikan seseorang itu mampu untuk menjalani kehidupan dgn baik..
itu secara fizikalnya...
ikhwah/akhwat,
begitu juga didalam tarbiyyah...rijal adalah seorang yang lahir dari madrasah tarbiyyah..dan kita berkuasa memilih madrasah yang kita mahukan..
adakah kita ingin diri kita lahir dari madrasah yang hanya 'membesarkan kepala' kita sahaja?..atau 'membesarkan hati kita sahaja'?..ataupun 'membesarkan tubuh badan kita sahaja..?
sy pasti jawapanya kita pastilah ketiga2nya skali...kerana itulah asas tarbiyyah!..
1)melahirkan rijal yang 'berkepala besar' ...(a'qlii)
-ilmu pengetahuan yang luas,sensitif terhadap isu semasa/dunia dan muslimin lain,sentiasa haus dgn ilmu fardhu kifayah ..dan tidak meninggalkan ilmu fardhu ain..
-daurah,majlis ilmu,thaqafah,talaqqi.dll
2)melahirkan rijal yang 'berhati besar'..(ruuhi)
-hati yang disuluhi iman,sentiasa inginkan zikir dan alquran,
-qiamullail..dll
3)melahirkan rijal yang 'berbadan besar'..
-sihat tubuh badan,kuat dan cergas serta bersiap sedia menerima arahan..dll
-riadhah,rehlah..dll
inilah 'tabiyyah syumuliah(pendidikan yg sempurna)
wallahualam..
Thursday, November 15, 2007
sibukkah aku?
'hammuka ala qadrima ahammak'..
-salafussoleh-
bismillah ,
my sisters,my brothers,
there is the gud word to remember
when we walk together n meet with the others,
say..Assalamualaikum wbt..
islam yg indah dan tidak perlu diperindahkan ini telah lengkap menyediakan satu ruang hidup yg menjanjikan kebahagian yg berkekalan,malah,dari awal salam ,islam mengajar kita untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagian terhadap sahabat yg lain..
''alaikum' = 'ke atas kamu',..keindahan itu dpt dilihat disini..dalam kite ghairah memohon kesejahteraan untuk sahabat yg lain..Rasulullah pula mengatakan dlm sabdanya dgn mafhum..
'doa untuk muslimin yang lain adalah juga doa untuk dirimu sendiri' ...maka,
'berdoalah kebaikan sahabatmu seperti mane kamu mahu kebaikan untuk dirimu..'..pesan ini untuk sy dan anda semua...
2 seconds....
ok!
pernah anda bertanye pd diri anda?..'sibukkah aku?'..atau anda tidak langsung pernah merasakan hidup anda 'sibuk' ..?.terlalu bnyk mase lapang dlm hidup anda?
'i got time'<--mcm iklan astro tu..
'hammuka ala qadri ma ahammak'
agenda(kesibukkan) kamu adalah terhadap apa yang kamu agendakan(sibukkan dirimu)..
bagi sy,tiada seorang pun didunia ini yang tidak sibuk,hatta,seorang bayi yang baru dilahirkan juga merupakan seseorang yang sibuk,mungkin yg paling sibuk diantara kita semua,mungkin juga seorang datuk yg hanya menghabiskan mase dikedai kopi juga adalah org yg paling sibuk didunia..masakan tidak?..salahkan sy ?..
lihat saja dunia ini,akhirnya,bukan sibuk atau tidak yang menjadi persoalan sbenarnya,tetapi persoalan utama disini ialah ttg ape yg kita sibukkan..
bloggers,
-renunglah seorang abid yg menghabiskan seluruh hidupnya untuk beribadah...
maka ia seorang yang SIBUK beribadah...
-renunglah seorang ilmuan yg mencari ilmu setiap saatnya...
maka ia seorang yg SIBUK mencari ilmu..
-renungkah seorang dAie ,maka dia juga seorang yang sibuk menyampaikan dakwahnya..
dalam itu,
ada juga..
-SIBUK bermain game setiap hari..
-SIBUK bermain bola setiap hari..
-SIBUK sms setiap hari..
-SIBUK makan dan minum setiap hari...
jap2..,tp..
-bukankah seorang yg SIBUK mencuri juga seorang yg sibuk?
-seorang yang SIBUK mengumpat,mengeji..juga seorang yang sibuk?
-seorang yang yang SIBUK berzina juga seorang yg sibuk?
berilah jwpn untk diri anda,anda akan merasakan dimanakah kesibukkan anda berada..begitu juga saya..maka..ingtlah
kita akan sebenarnya sentiasa berperang dgn kesibukan diri kita,yg akan menentukan kesibukkan kita dgn izin ALLAH adalah di tangan kita..semua orang sibuk,namun orang yang paling bijak diantara org yang sibuk ini adalah orang yg pandai mengatur kesibukkannya...dan yang lebih penting dia bijak untuk membezakan keutamaan diantara dua amal atau dua keputusan ,maka jika dia berjaya..bersedialah untuk menggelar diri anda seorang yg bijak..~..
how?...
1-nafsu atau iman?...mestilah iman first..
2-keperluan atau kemahuan?..kemahuan tak cukup tanpe keperluan..so?..utamakan keperluan?
3-peribadi atau orang lain?-'sebaik2 kamu adalah mereka yg menyayangi diri sahabatnya sprti dirinya sendiri'..
4-ibu ayah atau kawan2/awek?-'redhallah fi redha walidain'=redha ALLAH adalah pd redha ibu bapa'
5-sedih atau gembira?-'falyadhaku qalilan,walyabku kathiran=kurangkanlah ketawa,dan bnykkahlah bersedih'.(Quran)
6-beramal atau tidak (takut riak)-'tidak beramal kerana takut riak,adalah riak kecil. '..
selebihnye tanyelah hati kite~...
akhir kalam..aturlah kesibukkan kita,moga kita senang dan lapang dihari Abadi kelak..-
-slm ukhuwah-
Monday, November 05, 2007
Allah kan Baik!
Friday, August 31, 2007
-muhamad dan ahmad-
muhamad22.ahmad22..
bukan 2..tapi 22...huhuhh
'ismaka eih?!!!!???
ahmad..
'ismaka eih???>..!
muhammad
aiman..cane kite nak ingat name bebudak nih?..muhammad ngn ahmad je ade..?
tensen gak aku...
'lor,layan jer..'
ccamtulah mesir,tanye jer name sape..ahmad..jlan depn skit..muhammad...memang diorang ni kembar seribu agaknye..cume muke je lelain..
gitulah hari2 awal kami disini berlalu..blur~~..dan cube memahamkan ape yg berlaku...
selidik2 punye slidik..dpt jugak lah jawapannya...tapi..nanti ler..tak larat nak taip skang ni..nak balik tido n makan..nanti akh sambung..insya ALLAH...
cam biase..khatirah untuk anda..
'imarahkan lah masjid,semoga kite dapat mengimarahkan syurga suatu hari nanti..
p/s: para remaja!!..cari novel AYAT2 CINTA.. bace sampai abis...he3..ok..
wallahualam..ALLAH DAN RASUL lebih mengetahui bicara kecil dihati manusie..biarlah ia yang membolak balikkannya berdasarkan usaha dan tawwakal kite..
salam...erk!.salam perantauan..hihih
Saturday, July 28, 2007
.the3minds.


-from ur heart to my heart-
One fine day,bilik tutor 2…9:30pm
‘ya,ustaz..kaifa haluka ..’..aku cube buke bicara..alhamdulillah ust balas dengan senyuman..gelaran ustaz Ozinuka bak hero guru cite Jepun tuh cukup membuatkan aku cube mengenali pemikiranya..
‘quwaiyyis’..ungkapan arab aa’miiah itu masih segar dibibirnya…sambil aku memulakan pertanyaan ttg dirinya..aku cube menyusup ke agenda lebih besar..aku tak pasti adakah beliau bersedia atau aku tidak bersedia..?..he3..
‘ust..ma ra’yuka annis syabab al yaum?..(ustaz bagaimana pandangan ust ttg remaja skrang..?..couple di universiti kite ust?’’’
aku yakin menunggu jawapan dari ust..gemalai helaian rambutnya ala2 ariel peterpan ditiup kipas angin…
‘cukuplah dengan solat akhi…toksah lah kite nak sibuk ‘jgn couple2..jgn itu..jgn ini’…dalam mase same die tak jage solat…ape gune?
aku mule mengangguk..cam same ape aku belajar dulu jer…
ust menyambung..’kite kene yakin solat mampu mencegah kemungkaran..itu kan janji ALLAH…kenapa nak cari formula lain…’
‘btul’..aku mencelah menghangatkan perbualan..jrg ust memperkatakan hal ini..aku cube menunjukkan minat untuk tahu lebih lanjut…
‘ust dulu sekolah agama..hafal jugak alquran..’.ust menyambung ke zaman silamnya…
tapi ust kene buang sek,banyak lelari.,.nakal…hehe’..
saye pun ust..hehe..tapi tadelah kene buang sek..
‘ust memang suke berkawan..semua ust kawan..lelagi bebudak kl..budak2 dasat…yang tak solat..’..
aku pelik..camne nak kawan..?
‘ust tetap jage prinsip ust..diorang akan respect ust..akhirnya sorang datang kat ust..die tak pernah solat dari kecik..die mintak ust ajar die sampai pandai…’
alhamdulillah..sekrang die bersungguh2..la ni ramai lagi senanye..memerlukan sesorang yang fhm islam..untuk mengorbankan kopiah, jubah dan tasbih..untuk bersame2 dgn mereka…
huh!!...korban kopiah?..jubah?..tasbih?..
‘weh !!akhi balik jom..kul 10 dah…’..aduh nasaruddin nih…
‘ok ust..syukran..jumpe lagi…
Sunday, June 24, 2007
Mungkin langitmu lebih biru...
- aduh man,dah besar dah kite man..janggut pun dah ade,ko agak sampai bile agaknya ko jadi member aku?
- hahhaa,soklan ko memang bernas..aku jadi kawan ko sampai ko tanak aku jadi kawan aku..
- mak ai..terharu abis aaa aku dgr sastera gema seindah rupe ko ni.tersedu sedu aku.so, man?..dah besar kan, takkan kite nak gelakkan lagi pak bilal masjid jeram tuh?,muallimah askar?..huhuh..kene minta maaf ni man..
- ala ahi..ko jgn risou..bile kite mati..confirm semua akan maafkan kite..takkan diorang semua zalim sgt..
- hampeh ko!
part 2
- ahi,aku rase kan..aku nak kawin kat mesir aaaa..senang skit..dapat kawen ngan orang arab lagi baguss..hehhee
- aku sokong cite2 ko man..tapi ade ke orang arab nak kawin ngan orang cina?..~~~
- siut ko!!ko ingt ko melayu sgt ke?..muhahaha
- ye laa..sekurang2nye aku pasrah...tapi man,aku rase aku kawin kat mesia la man..kenduri aku nanti,aku nak buat kat hira'...
- laaaaaaaaaa...ko tak boring ke 7 tahun dah kat hira' nak buat kat sana lagi..
- ye la..dah banat bertuah tuh kan banat hira' jugek..
..hahaha..btol2...!!..mmg aku setuju..
part3
- akhi..ko pegi lah dulu mesir..aku menyusul kemuadian..aku takleh..aku takleh skrang
- ok man aku tunggu ko kat sane...ko jgn lupe pulak..aku tunggu man!!aku tunggu!!..
Saturday, June 16, 2007
hadiah harijadi terbaik buatmu?~~

shummalhamdulillah..skrang nih dah bergerak ke satu lagi destinasi baru..destinasi yang mane aku perlu mengenal dan mengenali diri aku sekali lagi..destinasi ini juga menunjukkan setakat mane istiqamah amal2 lalu..doa2 lah untuk sahabat2 kite..insya ALLAH..
SO?..seperti topik ,ape hadiah hari jadi terbaik buat seseorang?..maybe kite semua terpikir2 dan tercari cari hadiah hari jadi terbaik buat orang yang kita sayangi atau seseorang yang kite anggap bermakna..
mungkin TEDDY BEAR? -sbb kite mahu die sentiasa tahu kite ade disisinya..dan kite ade bile die teringatkan kite..cume apabila kite menjadi teddy bear..kite hanya mampu memerhati dan terus memerhati..sedangkan kite tak mampu untuk menasihati untuk kebaikanye..
atau REPLIKA LOVE- mungkin kasih sayang yang kite ingin buktikan pada hari jadinye kali ini..agar die tahu kite sangat menyayanginye..mungkinkah?
pastinya kite terbayang untuk MERAKAMKAN GAMBAR BERSAMA -kerana kite mahu satu hari nanti apabila terpakse berpisah,akan ade sesuatu yang akan mengikat dan menjadi bukti persahabatan yang pernah terbina...
serperti dewasa ini..apa yang die suke,itulah yang diberi- Itu mungkin hadiah hari jadi untuk nya,siapa yang tidak gembira mendapat sesuatu yang disukai?...seperti juga die..namun mungkin kah ia akan memberikan kesan kepada kehidupan dan perjalanannya akan datang?...
kite masih buntu..apakah hadiah terbaik buat sahabatku?bermacam macam bermain difikiran namun tak pernah satu keputusan dapat diramalkan..cume khayalan yang terus berkekalan..sehingga akhirnya mase meninggalkan zaman~~..ceWah..
tolongLah AKU rakan2.....berikanlah jawapan..
Friday, April 06, 2007
hira'+khilafah+daulah--->?

- budakkecik:abg akhi,ana nak tanye soklan skit..hira' nih daulah ke abg akhi?hira' nih khilafah ker?bla...bla.....bla...
- aku:hurm...bla bla bla..pang!!..bla bla..camtu lah...
setahun sebelum tuh...
10:45
- pakcik: (sambil membetulkan cermin matenye)..pakcik dah cukup syukur dengan hidup pakcik..walaupun nampak susah..tapi pakcik bahagia..pakcik hidup dalam suasana khilafah..boleh solat subuh jemaah..amar maa'ruf..nahi mungkar..
-hira' sebuah khilafah?...asas sebuah khilafah?.atau khilafah kecil...ape yang dijalankan rasulullah telah di jalankan di hira'?...usrah,katibah,liqa',siasah(kp?badar?psfm?)
-adakah hira' sedang mendokong uslub rasulullah?..wasilah rasulullah..?..adakah hira' masih di anggap tempat menghasilkan produk untuk masyarakat?..adakah hira' releven di labelkan sebagai benteng terakhir ummat islam seperti diakui ustaz2 sebelum?...kemanakah hira' setelah bertahun bertapak di bumi jeram?...
AKU PASTI KAMU TIDAK TAHU JAWAPANNYA..ADAKAH KAMU MASIH SAYANGKAN HIRA'?...MENGAPA KAMU TIDAK PULANG KE PANGKUANNYA..?ADAKAH SETELAH KAMU KELUAR DARI PINTU PAGAR SAMBIL MEMBAWA PULANG SIJIL SPM KEBANGGAAN KAMU,TERPUTUS HUBUNGAN KAMU DGN HIRA'?....atau memang kamu mahu melihat hira' hilang dan lenyap terus dari pandanganmu dan pandanganku..
'ditengah tengah suasana kelam,
disebalik gelapnya malam,
kami BANGKIT membawa sinaran,
untuk generasi mase hadapan..'
Sunday, March 11, 2007
kejaHatan Mustafa Kamal Attartuk bahagian1
kenapa???
Selepas perang dunia yang pertama ,kumpulan yang berhaluan barat bergerak begitu hebat sekali.Kebangkitan berasaskan kebangsaan di dunia islam mencapai kemuncaknya dengan penggulingan sistem khalifah islam Othmaniah OLEH MUSTAFA KAMAL ATTARTUK.PaDA TAHUN 1922,Turki telah hanyut jauh daripada pengertian islam yang sebenar kepada fahaman kebaratan.Ketika itu MustafA Kamal Attartuk ,dibawak kekuasaan imperialisme telah menghapuskan khalifah secara rasmi pada 3 mac 1924 kepada sebuah republik demokratik.Apa yang dilakukan si jahanam ini?
- membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai SKIRT..Ape kes?..ingat sarkas ker?
- Menyuruh wanita dan lelaki menari dikhalayak ramai..dia sendiri pernah menari bersama seorang wanita dikhalayak ramai..erm..engkau rupenye yang startkan..
- Menggalakkan meminum arak terbuka.
- Beliau pernah menegaskan bahawa 'tidak akan maju negara jika tidak berpakaian moden'..ala berpakaian moden tuh ..style barat ler...tak tau lagi ker!!bodo2 jer kita skrang nih..ikot jer reti..
- Mengarahkan quran dicetak dalam bahasa Turki bukan bahasa arab
- Menukar azan kedalam bahasa Turki
- Beliau terus terang mengatakan agama perlu dipisahkan dengan urusan harian.
- Agama islam dibuang sebagai agama rasmi.
- Menukar masjid kepada muzium dan gereja..eleh!!masjid kat mesia pun cam muzium jer..mane kite?..subuh?
- Menganggap dirinya tuhan..sehingga ada seorang askar mengaku die tuhan kerana terlalu takut sehingga dia bangga dan senyum...
inilah ape yang antara usaha2 'murni' yang pernah dilakukan oleh kamat attartuk..ape yang kite lihat dan baca ini hanyalah berlaku pada tahun 1924..erm..apakah kite mengharapkan salahuddin al ayubi kedua muncul..atau kita sendiri yang akan menjadi salahuddin al ayubi hatta mungkin umar alkhattab..?renung2kan lah..bertanyalah ,dan bersoal laah...
'mata nasrullah?..ala..inna nasrallahi qarib..'
'dimana pertolongan Allah..sesungguhnya pertolongan ALLAH itu hampir..'
Monday, March 05, 2007
ada cinta yg perlu dicari..
walaupun ditepian korridor,dicelahan tangga,namun disini ada sesuatu cinta yg perlu diluahkan dan disampaikan..cinta plg best !sgt2..:)
thabbit qulubana..YaRabb..
Tuesday, February 27, 2007
-Allahyarhamah Tok tiJah-
al-fatihah ....buat allahyarhamah tok tijah..tok kesayanganku dan juga kepada semua muslimin dan muslimat...
erm..nak buat camne..ALLAH lebih sayangkan tok..walaupun tok selalu kate 'tok dah nak mati,tok dah mati'...tapi adik tetap yakin tok akan terus dapat melihat wajah adik yang selalu inginkan kasih sayang tok..dan adik pastinya akan terus melihat urat urat wajah tok yang menghiasi wajah tok..wajah inilah yang adik kenal dahulu..tangan tok inilah yang telah mandikan adik..tangan tok inilah yang telah menyuapkan adik..tangan tok inilah juga yang mengusap air mata sepi adik bila adik kesedihan..dan tangan tok inilah yang telah menggembirakan adik...
tok..walaupun tunggang langgang rumah tok adik 'kerjakan',mati ayam ternakan tok adik buat sebagai permainan dan layu semua tanaman tok ,tapi tuk tetap bersabar dan tersenyum..mase tu adik tak paham ape ape pun tok..adik lah yang paling kecil sekali dalam keluarga adik..kenakalan along,haikal,abg dan adik tak pernah tok adukan pada ayah dan ibu..apa lagi untuk meminta bayaran yang lebih dari ibu dan ayah..walaupun tiada sebenarnya harga sebenar untuk didikan dan jagaan tok untuk kami..kerana nilaian itu bukanlah pada duit atau harta..nilaian itu ada pada ingatan kami pada tok..dan doa kami untuk tok...
kami tidak pernah menganggap tok sebagai 'orang yang menjaga kami'...kami sudah menganggap tok sebagai nenek kami sendiri..walaupun tiada talian darah diantara tok dan kami...kerana itulah setelah 20tahun..kami masih menyayangi tok dan mengharapkan kasih sayang tok...tok tahu tak tok..tangisan kami pada hari pemergian tok ini tidak cukup untuk membayar jasa jasa tok..hanya ALLAH yang dapat membalas pengorbanan tok...
tok..terima kasih tok..pemergianmu hanyalah sebuah jasad ..tapi ingatanku padamu akan sentiasa tersemat ....
-warkah cucumu-
-dihari pemergian tok tijah 28/02/07
-2.45.ptg
Saturday, February 03, 2007
mane yg utama?
kt situ?tknk kat futsal?suh wan tolong tempahkan
kt16 ker..ak dah ajk membe2 aku,lawn kite'
-inbox,from aiman-
pertandingan futsal esok!!..so ingt kan mlm ni
buat skit latihan laa..tp,mane yg utama?futsal?atau
tido,,atau erm.ngulang?
tp abg akhi bleh dtg waktu training,
latih budak khadra''
-inbox,from aqil a-
bebudak ni ajak dtg skola pulak sukan.
heh,bukan pe..segan.dah tuh suh dtg time training pulak,
ayo.mane boleh,banyk bende nk wat,
tp,,mane yg utama?
'slm,esok ade posmortem kem hari tu
,nak bagi upah kol10 kat umah abg naem,klau ade
perubahan tempat abg bitau kemudian,tq'
-inbox,from abg syahmi-
erm,mane yg utama?
ngan kengkawan jer ni......
ust:erm akhi,esok ade daurah di
sek27,anta boleh hadir tak?..
aku:eh,sok?Allah,ana ada hal
la esok tu ust,minta maaf
ust:eh.takpe2,nanti ust maklumkan
anta tak boleh hadir..
-call,from ustaz sulaiman-
ustaz sulaiman call,katenye ade daurah di sek27
malangnye,aku dah deal ngan rakan2 lain..ade prog skit sok,
so,tak lok gak kalau dah janji batal lak..heh..tp tuh lah..
mane yg utama?
tulah tak boleh tidak kehidupan kite ni,
kite kene buat keputusan jugak!
walaupun payah,keputusan tuh yg akan
tentukan kemane kite tuju. :)..