Tuesday, August 16, 2011
Monday, July 04, 2011
Bersih 2.0: Kita tahu jawapannya.
Petikan,
'Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.' -the malaysianinsider.
'Dan org-org yg berjihad mencari keredhaanKu,benar benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah berserta org org yg berbuat baik' -(Al-Ankabut:69)
Tidak mengapa jika rundingan/memorandum tak berjaya,gagal,atau sebaliknya.Kerana itu islam mengajar bhw. Allah melihat/menilai usaha bknnya natijah.
Dan Rasulullah juga meletakkan guide line usaha dgn,
'niat tidak menghalalkan cara','mudharat lebih besar perlu di elakkan dari yg kecil' dan bnyak lagi.
Sy bukan mengeluarkan fatwa.
Sekadar luahan hati yg di sebalik snyuman kerisauan.
Sepatutnya demontrasi ini boleh berjalan dgn aman,tiada bantahan dari mana2 pihak dgn melulu.
Kerana tuntutannya hanya manusia yg tiada akal akan menolaknya,tetapi masih ada yg menentang,ingin menjadikannnya tidak aman dan sehingga ada yang ingin mencetuskan pergaduhan yg akan membawa kpd huru hara dan sebagainya.Kita melihat,seakan-akan ummat ini tidak boleh bersama dalam perkara yang benar benar demi kepentingan Islam.Mengapa?
Kerana,
'Kerja membangunkan sahsiah,keperibadian,dan jati diri umat islam Malaysia masih belum selesai dan bnyk yg tertinggal'.
Orientasi pola pemikiran dan keputusan manusia masih belum disandarkan pada sandaran yg selayaknya.
'Ini adalah kitab yg Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang'- (Ibrahim:1)
Kerana itu seorang dai'e,
Kita tahu jawapannya.
wallahu'alam.