Dah lama tak tengok movie baru hero puuuujaan hatiku Shahrukh Khan kat wayang... Last tengok was 5 years ago iaitu cite Om Shanti Om pada tahun 2007.
Arini berjaya tengok citer terbaru beliau iaitu Jab Tak Hai Jaan.. cite yg digembar gemburkan sebagai filem epik cinta.. yg dihasilkan oleh pengarah yg terkenal dgn filem cintanye iaitu the late Yash Copra.. filem nie jd lebih bermakna sbb ini adalah hasil atau buah tgn terakhir beliau b4 beliau meninggal dunia..
Latar belakang scene intro filem ini sangat cantik.. berlatar belakangkan gunung dan tanah gurun.. kemudian muncul SRK menunggang motor.. diiringi music yg sangat.., tak tau nk describe.. tp lagu tu sgt2 membantu menghayati scene tersebut... music dan lagu dalam filem ni mmg sangat2 membantu penonton tenggelam dalam jalan cerita dan suasana.. cewah..
Secara keseluruhan filem ini kategori ok.. tapi tak dapat nk memberi aku kepuasan seperti masa aku tgk cite OSO dulu.. xtau kt mane yg kurangnye.. mungkin disebabkan isu utama dalam cite nie yg tak logik sama mcm cite veer zara dulu... membuatkan aku tak dapat nk merasai cinta agung yg ingin diketengahkan... lg satu perkara yg sgt aku tak berkenan, terlalu byk scene 18sx antara SRK & Katrina.. rasenye xde pon xpe.. merosakkan kesucian filem tersebut.. huhuhu
SRK seperti biasa mmg pandai berlakon.. tetapi aku rasa kini die dh tak sesuai lg utk memegang watak remaja atau muda mudi yg baru nk bermain cinta.. watak kedua die sbg askar yg matang, tegas.. mmg sesuai.. dgn usia dan mutu lakonan nye..
Katrina pulak, dgn susuk tubuh nye yg tinggi lampai.. dan gaya wanita matang.. nampak biasa shj.. die seolah2 nampak lebih matang dr usia sebenarnye walaupun mmg tak dinafikan die sgt cantik...
Anushka.. she's lovely.. lakonan die sgt bersahaja dan jujur.. die berjaya membawa sesuatu yg baru atau fresh dlm lakonan die.. bg aku, die la tarikan dlm cite nie.. scene yg melibatkan die n SRK adalah yg menarik dlm cite nie.. jujurnya diawal filem (time scene SRK & Katrina), beberapa kali aku menguap.. huhu
wish ada lg gandingan SRK & Anushka.. dgn watak & jln cite yg hampir sama.. =)