Untuk semua accommodation trip di Central Asia kali ini aku telah membuat booking dari Malaysia menggunakan Agoda.com dan Booking.com lebih kurang 2 bulan sebelum kami terbang dan kesemua accommodation adalah "Pay On Arrival" dan tiada satu pun yang boleh kita buat bayaran terlebih dahulu.
Dan reason kenapa aku memilih apartment adalah kerana mempunyai 4 orang anak kecil dan aku memerlukan dapur untuk memasak dan mesin basuh baju. Travel backpack memang tak banyak sangat pakaian yang boleh dibawa.
![]() |
Ni adik lelaki owner Ailin Apartment. Nama apa tak ingat. English? No.!! |
![]() |
Dia tunggu kami sampai dari bus station dan bawa kami naik ke apartment. Berbual dah macam ayam dengan itik. Si kakak dia jer yang fasih english. |
Satu perkara anda perlu tahu tentang Kyrgyzstan adalah harga di sini jauh lebih murah dari Kazakhstan. Dan jika dibandingkan antara Uzbek, Kazakh dan Kyrgyz maka Kyrgyz adalah paling murah. Bagi aku sini adalah syurga makan sebab sedap dan murah. Nak makan kebab atau shawarma berkali-kali pun tak apa. 😅
![]() |
Ini gambar yang diberi owner. Sebab masa tu dia nak tukar apartment kami. |
![]() |
Dan ini gambar yang aku ambil dari handphone sendiri. Lengkap dengan Peti Ais, Wifi, Gas Stove, Meja Makan, Mesin Basuh Baju, Tab Mandi, Water Heater. |
![]() |
Keadaan apartment alhamdulilah cukup bersih. Ada Sofa Bed, Tv, Iron dan Heater. Dan pemandangan ke arah luar jendela ketika musim winter. |
Di Bishkek kami menginap beberapa hari di Ailin Apartment. Alhamdulillah owner adalah seorang wanita muda tempatan yang sangat friendly, suka berbual dan baik serta banyak membantu kami. Owner dan adik beradik beliau menjalankan business homestay di beberapa buah apartment di beberapa lokasi sekitar Bandar Bishkek.
![]() |
Pemandangan di esok pagi. Malam tadi sampai memang nak mandi dan tidur jer |
Pada asalnya kami sepatutnya menginap di sebuah apartment berdekatan dengan Central Mosque sebab masa tu aku nak yang mudah jalan kaki sahaja pergi Solat Raya Aidilftiri. Namun ditukar pada saat akhir ke satu lokasi yang tak jauh dari Osh Bazaar. Dan disebabkan itu juga owner telah memberi diskaun selama kami menginap di apartment beliau.
Untuk unit apartment ini semua peralatan disediakan cukup lengkap. Memang teramat selesa buat kami sekeluarga. Katil queen, satu sofa bed dan extra bantal juga disediakan. Dan dari segi safety di bangunan apartment ini sangatlah tinggi.
![]() |
Terdapat kawasan permainan dan taman di tengah compound banguan apartment ini. |
![]() |
Setiap kali nak keluar atau balik dari jalan-jalan. Mesti the kids minta masa nak bermain. |
![]() |
Bergembiralah wahai anak-anak walau tengah sejuk sangat di pagi hari. |
Dan apabila owner tahu kami travel bersama anak kecil maka beliau juga telah membayarkan perjalanan Yandex kami dari Western Bus Station ke apartment. Apartment di sini lebih besar dan moden dari di Almaty namun aku lebih menyukai apartment di Almaty walau nampak lama tapi lengkap seperti heater di seluruh rumah.
![]() |
Berbanding di sini heater hanya berfungsi di ruangan utama iaitu dari pintu masuk sehingga ke tempat tidur dan tidak di dapur. Namun kami tetap selesa dan bila dah check in lega lah hati ini dek kerana memikirkan the kids yang kepenatan dan keletihan. Dan perkara utama aku buat setelah check in adalah misi membasuh baju.
![]() |
Terdapat kedai senjata tak jauh dari apartment. Teringin nak tengok AK-47 real life hihii. |
![]() |
Terdapat beberapa buah restoran berdekatan termasuk yang high-end seperti ini. |
Selesai mandi kami makan malam dengan apa yang ada. Aku telah prepare Mi Segera, Coffee and Tea 3 in 1, Mushroom soup dicicah dengan roti yang dibeli dari Almaty. Walau malam ni last Taraweh dan esok last berpuasa namun tiada bau rendang, lemang dan ketupat. Dan tiada letupan mercun kedengaran. Suasana malam seperti malam-malam biasa.
Kalau di Malaysia mesti dah announce bila tarikh 1 Syawal dan malam akhir Ramadhan akan dipenuhi dengan suasana meriah. Mungkin sebab ramai yang tidak berpuasa maka sambutan syawal itu hanyalah perkara biasa bagi mereka.
![]() |
Sebuah pasaraya yang terletak tak jauh dari apartment. |
![]() |
Kalau membeli di kedai runcit seperti ini pun harga masih lagi murah. |
Masa ini juga wife aku sibuk baca internet nak confirmkan bahawasa esok last puasa dan bukannya Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal. Nak buka tv pun tiada yang kami faham andai kata mereka ada buat announcement bila jatuhnya hari raya. Dan akhir sekali confirm esok adalah hari last berpuasa.
![]() |
Di kala sedang kesejukan ternampak makcik ni jual jagung rebus panas. |
![]() |
![]() |
Berkenaan apartment ini yang aku suka adalah terdapat banyak pasaraya dan restoran disekeliling banguanan. Terdapat satu farmasi dan beberapa Cafe & Bakery yang berdekatan. Very convenient untuk bersantai-santai. Namun apa yang aku tak suka adalah lokasi apartment ini sangatlah jauh dari beberapa attraction utama di Bandar Bishkek.
Dan yang paling dekat hanyalah Osh Bazaar itu pun terletak kira-kira 1.2km. Dan kesemua destinasi lain kami perlu menggunakan perkhidmatan E-Hailing Yandex Go. Termasuklah nak ke masjid untuk bersolat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Harga asal penginapan adalah RM160.00 per night dan selepas diskaun kami hanya membayar RM125.00 per night sahaja.
Bersambung Kyrgyzstan Part 4 : (Under Construction)