Assalamualaikum w.b.t,
lama rasanya x update blog ni, maaf sangat3x kat mak ngan abah especially, yang menunggu-nunggu anaknya sambung cerita part II jaulah besancon. Arini alang-alang ade mase sikittt sempena cuti men's day kt rusia ni, nak sambung balik cerita separuh jalan last entry.
pemandangan dari atas langit biru dlm pesawat air berlin
.....Sungguh berat rasa di hati kami kerana terpaksa pulang awal sehari sebelum program tamat. Akibat kesilapan melihat tentatif program, kami terlanjur membeli tiket flight sehari awal berbanding orang lain. Namun aku yakin, apa yang telah Allah aturkan untuk kami, itulah yang terbaik.

train yang ingatkan dapat dgn harga murah.. :( *naseb baek xkne halau
Petang itu kami bertolak dari stesen bas Besancon ke station keretapi yang terletak agak jauh dari tempat tinggal kami. Sesampainya kami di station, terlihat kelibat 2 orang ikhwah Volgo yang kebetulan balik sama masa dengan kami.
Tiket keretapi yang dibeli online dengan harga murah berbanding tiket rakan-rakan lain itu tidak disangka menimbulkan beberapa kontroversi. Orang yang memeriksa tiket kami mengatakan bahawa tiket kami tidak sah jual beli dengan harga yang murah sekiranya kami tidak mempunyai kupon diskaun. Kami benar-benar buntu dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kupon diskaun, kerana sewaktu membeli nya di website, tidak dinyatakan tentang kupon tersebut. Ketika kejadian itu berlaku, kami sedang berada di tengah2 perjalanan didalam keretapi yang bergerak. Alhamdulillah mujur konduktor keretapi tersebut tidak menghalau kami, dan kami terpaksa membeli tiket yang baru untuk sampai ke destinasi (paris).
Kami membuat keputusan untuk membeli tiket baru terus dari pakcik konduktor tersebut namun kami tiada cash yang banyak ketika itu. Kami kekurangan sebanyak 50 euro untuk membeli tiket tersebut. Di saat keadaan yang tersepit itu, allah menghantar bantuanNYA melalui ikhwah Volgo yang menaiki keretapi yang sama. Alhamdulillah, salah seorang dari mereka sudi mendahulukan wangnya pada kami, walaupun hakikatnya dia pun sangat membutuhkan wang tersebut kerana itulah satu-satunya wang kertas yang ada didalam dompetnya.
Terharu dengan keikhlasan insan yang sudi menghulurkan bantuan disaat ketika kedua-dua pihak memerlukan wang tersebut.Itsar itu satu teori yang sangat indah diperkatakan namun sukar sekali dipraktikkan. Melebihkan sahabat berbanding diri sendiri, itulah tahap ukhuwah yang tertinggi. Indahnya islam sekiranya umatnya memahami agama dan mengamalkannya
.

blanket yg disediakan dlm train moscow-volgo
Tarbiyyah dari Allah terus menerus menerpa kami. Tidak cukup dengan ketandusan wang tunai didalam poket untuk membayar duit tiket keretapi, kami juga tidak cukup wang untuk membeli tiket metro. Alhamdulillah, lagi sekali Allah memberi pertolonganNYA dengan memberi kami ilham untuk menggunakan debit kad Maybank milikku, dan untuk menjadikan ujian itu signifikan, kebetulan hanya aku sahaja yang mempunyai debit kad tersebut, dan aku dahulukan bayaran tiket sahabat2 yang lain.

tutup jam 11 pm, harap maaf ya! (-.-!)
Sesampainya kami di station metro 11.30 pm, kami perlu menukar keretapi laju yang terus ke lapangan terbang Orly. Hanya dua cara mudah untuk terus ke lapangan terbang iaitu dengan menaiki bas ataupun menaiki keretapi laju tersebut. Kami memilih option ke-2 kerana frekuensi bas yang datang pada lewat malam sangatlah sedikit. Punah harapan kami untuk terus ke lapangan terbang pada malam itu pabila kami dikejutkan dengan signboard yang menyatakan perkhidmatan keretapi laju ke lapangan terbang ditutup pada jam 11 pm.
bersedia untuk merempat di tepi stesen keretapi :p hehe..
Kaget dan terpaku kami disitu membaca signboard tersebut, dan itu membawa makna bahawa tiket yang kami beli di metro hangus begitu sahaja, tidak dapat digunakan. Pada mulanya kami mengambil keputusan untuk bermalam di station tersebut memandangkan perkhidmatan keretapi laju tersebut bermula jam 6 a.m keesokan paginya. Namun, keimanan kami diuji lagi sekali pabila pihak berkuasa di station tersebut menghalau kami dan tidak membenarkan kami bermalam disitu kerana station tersebut akan ditutup jam 1a.m. Beberapa tourist dari Argentina, Afrika dan seorang pelajar Malaysia dari Moscow turut mengalami kejadian tersebut menemani kami.

kosong dan sunyi...
Satu-satunya pilihan yang kami ada sekarang adalah dengan menaiki teksi untuk ke Orly airport. Penantian itu satu penyiksaan, ditambah lagi dengan faktor masa yang sudah sangat lewat, bilangan teksi amat sikit sekali. Hujan sayup-sayup menemani kami di malam yang sejuk itu.
Setelah penat seharian suntuk, akhirnya kami boleh menarik nafas lega di atas kerusi di Orly airport untuk melelapkan mata dan memberikan badan haknya untuk berehat sebelum flight departure 9 a.m keesokan harinya
Tiada kekesalan atau rungutan dari para sahabat dengan apa yang menimpa kami, aku melihat mereka sungguh tenang malah masih boleh tersenyum puas pabila ditimpa ujian dariNYA. Kerana pada saat itu kami merasa manisnya tarbiyyah dariNYA! Sepanjang perjalanan ditemani tarbiyyah dariNYA yang mengajar diri ini menjadi mukmin yang kuat, insyaallah. Sungguh berharga hadiah yang Allah kurniakan pada kami di Bumi France ini.
.