Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari
TUGASAN 2 (15%)
KAMPUS LESTARI
Kelestarian kampus merupakan salah satu usaha yang amat murni dalam usaha ingin
mencapai sebuah kampus yang bukan sahaja hebat dari segi hasil penyelidikan dan
graduan yang berkualiti tinggi namun turut menawarkan sebuah ekosistem pusat
pengajian tinggi yang menekankan amalan kelestarian dalam pelbagai aspek. Usaha
murni ini haruslah disokong oleh para mahasiswa, tenaga pengajar, penyelidik malah
semua warga kampus..
Kesedaran mengenai kepentingan kelestarian sesebuah ekosistem mula difahami dan
diambil perhatian oleh semua golongan masyarakat. Bermula dari kerajaan sehinggalah
pelajar sekolah, semuanya membicarakan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar
dan salah satu kaedah adalah mengamalkan aktiviti kelestarian di sekitar kawasan kita.
Pelbagai program dan promosi perlu dirancang bagi membantu menjayakan agenda
kelestarian ini. Justeru, anda dikehendaki menyediakan sebuah Garis Panduan Kampus
Lestari berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan hijau dan Garis Panduan Landskap
Negara. Tujuan untuk menyediakan garis panduan adalah sebagai panduan untuk
membuat keputusan dalam merancang projek-projek pembangunan masa hadapan yang
boleh di aplikasi di UPSI.
Aspek-aspek kawalan utama yang diberi penekanan di dalam garis panduan ini adalah:
i. Reka bentuk dan ketinggian bangunan.
ii. Anjakan bangunan.
iii. Kawasan hijau.
iv. Kawalan kepadatan bangunan.
v. Sistem lalulintas dan tempat letak kereta.
vi. Kemudahan infrastruktur dan utiliti.
vii. Kemudahan awam.
viii. Kawalan alam sekitar.
Format penulisan: