Karangan Penting SPM 2016
Karangan Penting SPM 2016
Karangan Penting SPM 2016
mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan
negara. Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak itu.
Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya
untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta
akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti
terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama
akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai
cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai
peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda
Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke
tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti
perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat
sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu.
Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan
pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas
perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya
apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi
kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya
berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan,
penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap
kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka
bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan
patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme
dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa
membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan
sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta
akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat
nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh
itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta
akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan
semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon
pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara
dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya,
penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak
mereka memiliki rasa cinta akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam
jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum
mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti
pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak
yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara
terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula.
Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan
negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada
pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas
ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk
memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa
masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini
sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar
semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Bahasa asing penting dalam kehidupan zaman
Huraikan kebaikan menguasai bahasa asing ini.
moden
ini
terutama
buat
remaja.
Bahasa asing dikatakan sebagai bahasa yang dipelajari oleh seseorang selain bahasa
ibunda mereka. Contoh bahasa asing yang terkenal di negara ini meliputi bahasa Inggeris,
bahasa Jepun, bahasa Korea, dan bahasa Indonesia. Pihak media massa terutama akhbar
selalu menyiarkan artikel tentang penggunaan bahasa asing yang semakin meningkat dalam
kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya, usaha mempelajari bahasa asing ini membawa banyak
faedah kepada individu, masyarakat dan negara itu.
Kelebihan utama mempelajari bahasa luar ini ialah individu tersebut boleh memperoleh
banyak maklumat tentang sesuatu ilmu tersebut. Banyak buku berkaitan dengan ilmu
pengetahuan tinggi yang ditulis dalam bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris itu. Pelajar
yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi pasti akan mudah untuk memahami sesuatu
ilmu itu apabila memiliki kemahiran dalam bahasa Inggeris yang di anggap sebagai bahasa
ilmu masyarakat dunia. Jelaslah, mereka yang mahir dalam pelbagai bahasa boleh membaca
lebih banyak bahan ilmu lalu memperoleh pengetahuan yang tinggi berbanding golongan
yang tiada kemahiran berbahasa itu.
Selain itu, kemahiran dalam bahasa asing juga boleh memudahkan individu itu
berinteraksi dengan orang luar terutamanya pelancong. Kemampuan untuk berinteraksi
sebegini boleh mengatasi sebarang salah faham yang timbul apabila salah seorang tidak tahu
berbahasa asing itu.Kehidupan golongan yang mahir berbahasa ini juga menjadi lebih menarik
kerana boleh berbual dengan orang dari negara lain tanpa sebarang rasa segan atau rendah
diri itu. Sesungguhnya, kehidupan mereka yang mahir dalam pelbagai bahasa lebih ceria
kerana boleh berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat asing itu.
Bukan sahaja boleh mendapat ilmu dan berinteraksi dengan orang lain tetapi kemahiran
berbahasa ini juga memudahkan seseorang itu memperoleh kerja. Banyak syarikat di negara
ini yang suka mengambil pekerja yang boleh berbahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.
Kita semua harus menerima hakikat bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
utama dunia perniagaan merupakan satu realiti yang tidak boleh diabaikan sahaja. Oleh itu,
kemahiran dalam bahasa asing menjadikan manusia itu mudah untuk memperoleh peluang
kerjaya di mana-mana jua.
Tambahan pula, keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi apabila berupaya
menguasai bahasa asing. Semua pihak mengetahui kemampuan untuk bercakap dalam
bahasa lain memerlukan latihan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.Situasi ini
memberikan individu itu rasa bangga kerana sedar diri mereka telah melakukan sesuatu yang
unik dalam kehidupan harian manusia. Lantaran itu, mereka yang boleh bercakap dalam
bahasa asing akan memiliki rasa yakin yang tinggi berbanding dengan orang biasa itu.
Akhir sekali, golongan yang boleh berbahasa asing ini lebih mudah memahami budaya
orang lain melalui pembacaan dan interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat itu.
Kefahaman tentang budaya orang lain hanya berlaku apabila individu itu berinteraksi dengan
orang daripada kaum yang lain lalu timbul persefahaman tersebut. Lama-kelamaan amalan
berinteraksi secara langsung ini boleh menajamkan pemikiran seseorang tentang kehidupan
yang. dialaminya lalu mengambil tindakan yang betul. Jadi, semakin mahir bahasa seseorang
itu semakin tinggilah peluang untuk dirinya memahami budaya orang lain dengan mudah.
Kesimpulannya, semua manfaat tadi memang akan berlaku apabila bahasa asing
menjadi kemahiran dalam diri seseorang itu. Semua pihak harus melihat bahasa asing sebagai
sesuatu yang baik dan penting dipelajari terutama oleh golongan muda kita. Golongan yang
memahami kepentingan bahasa asing pasti akan bertindak segera kerana mahu merebut
kebaikan yang ditawarkan oleh bahasa tersebut. Slogan bahasa itu melambangkan jiwa
bangsa harus difahami oleh semua lapisan masyarakat di negara ini dengan segera supaya
kita tidak ketinggalan pula.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang
baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan
yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali
menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan
bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada
banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan
yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet
yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu.
Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang
diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi,
diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa
yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang
sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor
itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa
manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara
pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan
seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama
untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang
berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi
atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini
menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat
dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya
hidup yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat
ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga
kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh
sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan
pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang
dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh
badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup
yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak
tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara
itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi
yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi
rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan
moden yang begitu mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh
dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar
kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan
segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh
membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa
pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.
Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu bapa penting dalam
melahirkan anak yang seimbang daripada segi rohaniah dan jasminah.
Bincangkan.
Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapa pun. Kemunculan
anak dalam kehidupan berkeluarga dianggap pemberi penyeri atau sumber inspirasi pula.
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu memberikan perhatian dan penekanan terhadap
usaha mendidik anak juga. Oleh itu, ibu bapa memang berperanan penting dalam mendidik
anak mereka.
Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat
dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak
mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa
untuk memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap anak mereka pula nanti.
Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik itu
penting dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-anak. Setiap
masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan dirujuk kepada ibu bapa untuk
mendapat panduan menyelesaikannya dan kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu bapa
ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah
ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat dan kata perangsang yang
membantu anak mereka untuk mengharungi zaman keremajaan mereka dengan baik. Justeru,
ibu bapa penting kerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika
dibelenggu pelbagai masalah hidup.
Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan kasih sayang
kepada anak mereka terutama ketika anak mereka melakukan kesilapan. Ibu bapa yang bijak
mendidik akan memaafkan kesalahan anak mereka walaupun diri mereka berasa kecewa
kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua. Tindakan memaafkan kesalahan
anak dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan membentuk anak menjadi insan yang
lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih sayang bermula
dalam hidup remaja itu.
Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting dalam kehidupan
remaja. Pihak guru perlulah mendidik generasi muda ini dengan penuh tanggung jawab kerana
masa remaja banyak juga dihabiskan di sekolah. Semua nasihat dan dorongan yang diberikan
oleh pihak guru pasti meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk
peribadi yang mulia pula. Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas mendidik generasi muda ini
bersama-sama ibu bapa.
Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
akhlak anak-anak mereka. Remaja yang berakhlak mulia pasti memiliki rakan yang serupa
juga akhlaknya. Kegagalan memilih rakan yang baik akan menyebabkan seseorang remaja itu
terjebak ke kancah negatif yang lebih buruk pada masa hadapan. Oleh itu, anak juga
hendaklah bijak memilih rakan supaya mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
bermanfaat pula.
Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikan anak kerana
mereka umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk memastikan kehidupan anak berjalan
lancar. Kerjasama anak juga penting supaya semua masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan lebih mudah dan pantas. Anak merupakan satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan
kepada kita semua. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya membuktikan
betapa didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil amat penting lagi bermakna untuk masa
depan mereka kelak.
penting
untuk
memudahkan
Bahasa asing dilihat sebagai bahasa yang tidak digunakan secara meluas atau kerap
oleh seseorang itu. Antara bahasa asing yang terkenal di negara ini meliputi bahasa Inggeris,
bahasa Jepun, bahasa Korea, dan bahasa Arab. Penggunaan bahasa asing terutama bahasa
Inggeris mula mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan pihak media massa turut
mempromosikan penggunaan bahasa ini. Sebenarnya, bahasa asing ada membawa banyak
manfaat kepada seseorang itu.
Sudah pasti kebaikan utama seseorang yang mahir dalam bahasa asing ialah diri
mereka lebih mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut. Banyak bahan kajian terutama
dalam bidang teknologi dan sains yang diterbitkan dalam bahasa asing terutama bahasa
Inggeris dan Jepun serta Jerman. Ilmu yang ada dalam bahan bacaan ini hanya boleh dikutip
oleh pembaca yang mahir dalam bahasa asing tersebut. Jadi, mereka yang menguasai bahasa
luar boleh mempelajari pelbagai bidang ilmu yang amat penting itu.
Selain itu, penguasaan bahasa asing membolehkan manusia untuk berhubung dengan
masyarakat dunia luar pula. Komunikasi yang lancar dan baik boleh dilaksanakan jika keduadua individu yang terlibat dalam perbualan itu memahami satu bahasa terutama bahasa
asing. Maksud dan isi tersirat yang wujud dalam komunikasi itu akan dapat difahami dengan
tepat jika individu terbabit memahami bahasa asing secara mendalam. Jelaslah, penguasaan
bahasa asing memudahkan komunikasi dengan masyarakat luar berlaku dalam suasana yang
baik terutama dalam urusan perniagaan, politik dan sosial pula.
Malah, individu yang sanggup mempelajari bahasa asing akan mendapati diri mereka
lebih senang memperoleh peluang pekerjaan terutama dalam era globalisasi ini. Majikan
zaman ini lebih meminati pekerja yang mampu menguasai lebih banyak bahasa kerana
mereka mudah untuk berurusan dengan pengguna dan boleh dihantar bekerja di mana-mana
cawangan syarikat tersebut di seluruh dunia. Diri seseorang yang menguasai bahasa asing ini
juga boleh memohon pekerjaan di dalam dan di luar negara kerana sedar bahasa bukanlah
penghalang lagi. Sesungguhnya, pekerja yang mahir dalam pelbagai bahasa akan mendapati
diri mereka senang memperoleh kerja.
Malahan, kemahiran dalam bahasa asing telah dilihat sebagai satu tuntutan era
globalisasi ini. Maknanya, mereka yang menguasai bahasa asing itu dilihat sebagai unik,
menarik, dan berkebolehan berbanding dengan individu yang hanya tahu bertutur dalam
bahasa ibunda mereka. Kemahiran sebegini menjadikan diri mereka lebih sesuai untuk
menghadapi pelbagai cabaran yang timbul akibat perubahan dalam pemikiran dan cara
manusia menjalani kehidupan harian mereka itu. Maka, berbahasa asing itu dilihat sebagai
satu keperluan utama dalam menjalani kehidupan zaman moden ini.
Pada masa yang sama, individu yang boleh bertutur dalam bahasa asing akan mudah
menyesuaikan diri mereka dalam sebarang suasana, situasi dan tempat. Mereka tidak akan
berasa janggal apabila berada dalam majlis yang menggunakan bahasa asing tersebut.
Pemahaman tentang sesuatu perkara juga akan menjadi lebih mudah kerana mereka boleh
menjelaskan maksud bahasa asing itu ke dalam bahasa ibunda dengan lebih tepat. Lantaran
itu, penguasaan bahasa luar ini menjadikan manusia itu lebih mudah untuk menyesuaikan
dirinya dalam sebarang situasi dan tempat.
Kesimpulannya, semua manfaat yang dihuraikan tadi memang boleh diperoleh apabila
seseorang itu menguasai banyak bahasa asing. Kita harus sedar bahawa sikap mempelajari
bahasa asing ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi satu perkara yang bijak untuk
diamalkan pula. Remaja yang berpandangan jauh akan mula memahirkan diri mereka dalam
beberapa bahasa asing sebelum terlewat. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera yang
menjelaskan bahawa sikap mempelajari bahasa asing ini banyak ditentukan oleh sikap
seseorang itu sendiri.
Penulisan blog sudah menjadi satu gaya hidup masyarakat kita. Kadangkala
penulisan mereka itu menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat pula
terutama apabila bahan penulisan mereka itu berunsur fitnah. Huraikan cadangan
anda untuk menyekat timbulnya masalah sebegini dalam penulisan blog.
Penulis blog dikatakan sebagai individu yang menulis dalam halaman blog yang tersiar
melalui internet. Antara penulisan ini menyentuh aspek hobi, peribadi dan tidak kurang juga
berunsurkan isu semasa yang dihasilkan oleh masyarakat biasa. Akhbar ada membuat
komentar mengenai penulisan blog ini terutama apabila ada penulis blog yang menulis bahan
yang tidak benar. Jadi, pelbagai idea telah diketengahkan untuk mengatasi masalah penulisan
blog yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab ini.
Salah satu langkah awal menangkis masalah penulisan blog ini ialah pihak berkuasa
boleh membuat pendaftaran rasmi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai blog. Pendaftaran
ini melibatkan nama dan alamat sebenar penulis serta maklumat tambahan yang pihak
berkuasa beranggapan penting. Kewujudan informasi penulis blog ini memudahkan pihak
berkuasa untuk memantau setiap bahan penulisan itu lalu mengambil tindakan segera dengan
menahan penulis yang tidak bertanggungjawab. Maka, masalah penulisan blog yang tidak
beretika dapat diatasi jika pihak berkuasa membuat proses pendaftaran penulis dengan
segera.
Selain itu, satu seminar khas mengenai penulisan blog boleh dijalankan oleh pihak
berkuasa terutama di bawah kendalian Kementerian Penerangan. Dalam seminar ini, pihak
berkuasa boleh menerangkan proses perundangan yang meliputi internet dan juga hak
penulisa serta penulisan yang beretika kepada peseta yang menghadirinya. Penyertaan
penulis blog dalam seminar sebegini memberikan mereka maklumat yang tepat mengenai
blog dan impak yang boleh dihasilkan oleh bahan penulisan mereka terhadap kehidupan
masyarakat kita. Sesungguhnya, aktiviti seminar ini mudah tetapi efektif kerana mampu
memberi kesedaran tentang erti penulisan blog yang sebenarnya.
Malah, masalah penulisan blog yang tidak beretika ini juga boleh diatasi melalui
pengenalan akta penulisan blog yang relevan. Maknanya kerajaan mewartakan satu akta yang
khas untuk mengawal penulisan blog yang bertujuan jahat atau tidak berdasarkan bukti yang
sahih. Pengenalan akta sebegini menjadikan penulis-penulis blog lebih berhati-hati dengan
setiap bahan yang hendak mereka tulis untuk bacaan umum itu. Jelaslah, penulis blog akan
lebih berhati-hati apabila mereka menyedari bahawa penulisan mereka boleh dihukum dengan
hukuman yang lebih berat jika mereka tidak berhati-hati.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa hendaklah mengawal kemunculan pusat-pusat
internet yang tumbuh bak cendawan selepas hujan itu. Banyak pusat internet ini telah
digunakan sebagai tempat penulis yang tidak beretika ini untuk menghantar bahan penulisan
mereka itu kerana menyedari mereka boleh membuka pelbagai akaun blog yang sukar untuk
dikesan di pusat ini. Tindakan proaktif kerajaan mengawasi pusat internet akan menjadikan
penulis blog tidak berani lagi untuk menyiarkan bahan mereka menerusi pusat sebegini.
Sesungguhnya, pusat internet yang dipantau dengan rapi akan mengekang sebarang
penyebaran bahan penulisan blog yang tidak bermoral ini.
Kesimpulannya, masalah penulisan blog yang tidak bertanggungjawab ini boleh diatasi
melalui semua langkah yang diutarakan tadi. Semua pihak hendaklah memberikan kerjasama
yang sewajarnya agar blog tidak menjadi bahan untuk menjatuhkan imej orang lain dengan
begitu mudah pula. Kegagalan untuk bekerjasama boleh menyebabkan lebih banyak impak
buruk akibat penulisan blog ini akan memusnahkan komuniti di negara ini yang berbilang
kaum. Bak kata orang tua-tua, "kerana mullet badan binasa" mengingatkan kita bahawa
dalam era moden ini bukan kata-kata sahaja yang harus dijaga tetapi hasil penulisan
seseorang turut memberikan impak yang serupa.
Negara kita mempunyai banyak bangunan bersejarah yang makin pupus dihimpit
arus pembangunan.
Cadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan bangunan tersebut.
Bangunan bersejarah bolehlah ditakrifkan sebagai bangunan lama yang digunakan
dalam urusan kerajaan atau agensi kerajaan. Banyak bangunan bersejarah ini berfungsi
sebagai bangunan pentadbiran, mahkamah, balai polis dan penjara. Ada bangunan ini yang
berusia ratusan tahun yang pasti ada nilai sejarah terutama buat generasi muda. Lantaran itu,
usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan bangunan sebegini daripada hilang ditelan
zaman.
Kerajaan boleh menjadikan bangunan itu sebagai satu daya tarikan pelancong. Sebagai
contoh bangunan A Famosa, Penjara Pudu dan sebagainya boleh dipelihara untuk menarik
kehadiran pelancong melihatnya. Tindakan ini menjadikan usaha pemuliharaan bangunan itu
berjalan dengan baik kerana bangunan itu akan diselenggarakan atau diubahsuai demi
tatapan pelancong asing. Jelaslah, tindakan menjadikan bangunan itu sebagai tarikan
pelancong akan menjamin kewujudannya.
Selain itu, bangunan bersejarah ini juga boleh diubah menjadi bangunan muzium yang
memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong boleh dipulihara
untuk memaparkan semangat perjuangan polis dan peristiwa tragis yang berlaku di kawasan
itu suatu masa dahulu. Bukan sahaja bangunan lama ini akan terus wujud tetapi masyarakat
muda akan dapat menghargai erti pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis demi
kemerdekaan negara kita.
Malahan, bangunan yang lama ini sesuai juga dijadikan pusat beli-belah atau
perniagaan. Secara am bangunan bersejarah ini masih selamat dan unik untuk digunakan
dalam ekonomi masyarakat kita. Kewujudan bangunan ini memberikan satu kelebihan kepada
peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka dalam suasana yang jauh berbeza lalu
menarik kehadiran pelanggan yang banyak pula. Maka, bangunan lama boleh juga digunakan
untuk menjana ekonomi negara ini.
Tambahan pula, bangunan bersejarah ini boleh ditukar untuk menjadi bangunan
pentabdiran. Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad telah ditukar menjadi bangunan
mahkamah suatu masa dahulu. Penggunaan bangunan lama sebagai pusat pentadbiran bukan
sahaja mengurangkan kos pembinaan bangunan baru tetapi juga boleh menimbulkan rasa
bangga dan patriotisme dalam diri seseorang yang berurusan di pejabat kerajaan itu. Jelaslah,
bangunan bersejarah boleh menjadi bangunan pentadbiran pula jika diuruskan dengan baik.
Malahan, bangunan lama itu juga boleh ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anakanak yatim, orang tua dan sebagainya. Bangunan lama ini biasanya tidak memerlukan kos
penyelenggaraan yang tinggi lalu sesuai untuk badan-badan kebajikan menggunakannya
untuk mengurangkan kos perbelanjaan mereka pula. Pada masa yang sama, nasib golongan
yang kurang bernasib baik ini terus terjaga kerana mampu berteduh di bangunan yang sudah
lama usianya itu. Sesungguhnya, bangunan lama ini sesuai digunakan sebagai bangunan
kebajikan.
Konklusinya, bangunana lama wajar dikekalkan kerana bangunan sebegini masih
mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Kita hanya perlu membuat pengubahsuaian
tertentu bersama-sama penyelenggaraan yang mantap untuk memastikan bangunan itu
selamat digunakan. Amalan memusnahkan bangunan lama harus dikikis kerana sikap ini
seolah-olah memperlekehkan warisan sejarah negara kita yang penuh warna-warni itu.
Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh
anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.
Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk
kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara
meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah,
dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan
konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam
semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk
memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat
bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan
tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan
pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh
membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan
bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut.
Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat
bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada
anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula.
Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya
yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah
diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik
terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah
yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa
anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini
akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam
hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti
menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa
anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat
patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar
membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu
sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah
negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi
sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta
akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak
menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan
harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan
pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu
akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk
turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering
bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang
dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa.
Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan
anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan
sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi
muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada
masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Selain itu, ketiadaan peruntukan perundangan yang menyeluruh turut menjadikan isu ini semakin
meruncing. Masyarakat dengan mudah lagi berani melakukan projek pembangunan sesuka hati kerana
sedar bahawa mereka tidak akan didakwa oleh pihak kerajaan kerana ketiadaan akta yang mampu untuk
digunakan terhadap kesalahan mereka itu. Kelemahan dalam system perundangan inilah yang
menyebabkan masalah ini terus berlaku tanpa ada sebarang perasaan bersalah dalam jiwa masyarakat
kita. Jelaslah, ketiadaan peruntukan perundangan yang holistik dan ketat telah membawa masalah ini
terus menerus berlaku dalam masyarakat kita.
Bukan sahaja ketiadaan keseimbangan pembangunan dan kelemahan dalam sistem perundangan tetapi
kekurangan dalam kemahiran menarah sistem bukit di negara ini turut menjadikan polemik ini semakin
serius. Kita masih menggunakan sistem tarahan kawasan berbukit yang lama kerana kekurangan
kemahiran atau pengalaman dalam kalangan jurutera tempatan di negara ini. Situasi ini menyebabkan
bukit yang digondolkan itu mudah sahaja mengalami kejadian tanah runtuh setiap kali hujan lebat
melanda.
Namun, impak yang timbul daripada kejadian alam ini begitu menakutkan terutama pertambahan dalam
bilangan mangsa korban kejadian ini. Saban tahun ada sahaja nyawa insan yang tidak bersalah akan
hilang bersama-sama runtuhan tanah tersebut walaupun mereka tidak bersalah dalam hal ini. Kehilangan
nyawa ini seolah-olah tidak mendapat perhatian semua pihak sehingga hanya komen-komen biasa
kedengaran setiap kali sesuatu malapetaka melanda negara ini. Justeru, tanah runtuh yang berlaku
telah menyebabkan negara ini kehilangan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa.
Malah, kemusnahan harta benda turut berlaku yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit setiap
tahun begitu sahaja. Biasanya kerugian ini berlaku akibat kemusnahan harta benda terutama rumah,
bangunan, dan juga kemudahan awam terutama jalan raya. Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan
pula sejumlah wang yang banyak untuk membina semula kemudahan ini atau memberikan bayaran
pampasan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh.
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas dengan teruknya.
Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan amat diperlukan agar tidak
membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama
atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh
kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua, nasi sudah menjadi bubur yang mengingatkan kita bahawa
semua yang berlaku sudah terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya
dengan lebih awal.
Pelajar semua..jika anda berminat, sila hadiri seminar PMR saya ini. Penekanan akan diberikan terhadap
soalan-soalan ramalan yang harus diberikan perhatian oleh pelajar.
ceria
Posted by Noor Azman Mahat at 4:01 PM No comments: Links to this post
Huraikan
isi 3...menyebabkan pelajar mudah melayari halaman sesawang yang tidak baik
isi 4...menyebabkan pelajar terlibat dalam gejala sosial
isi 5...menyebabkan pelajar akan kehabisan wang
telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi
harmoni itu.
Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan
tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan
mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan
memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara
yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan
berteknologi tinggi.
Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara
ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu
memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga
memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk
memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan
keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu
tahap keamanan yang tinggi.
Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini
apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran
pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang
mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan
kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang
diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.
Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula
menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan
sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan
kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini
untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa
masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus
dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.
Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini.
Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa
mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal
jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat
negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis
menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang
sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus
dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin.
Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu
usaha yang gigih daripada semua pihak.
Posted by Noor Azman Mahat at 12:08 PM 2 comments: Links to this post
cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera
kehidupannya.
Dunia mula mengalami kemeletan ekonomi dunia yang ketara. Pelbagai pihak mula
mengadu kehilangan pekerjaan. Kerajaan telah mencadangkan supaya lebih banyak peluang
perniagaan diwujudkan supaya mereka yang kehilangan kerja ini boleh membuatkan
perniagaan
mereka
sendiri
pula.
Jelaskan
kebaikan-kebaikan
bekerja
sendiri.
Kata orang setiap masalah yang berlaku pasti memberikan jalan yang membawa munculnya pelbagai
kebaikan pula. Samalah dengan kemelut masyarakat yang kini banyak dibuang kerja gara-gara dunia
mengalami kemelesetan ekonomi yang ketara itu. Janji kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang
supaya mereka yang menganggur ini bekerja sendiri harus diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat di
negara ini kerana inilah jalan penyelesaian yang baik ketika ini. Jadi, memang ada banyak impak positif
yang
timbul
jika
seseorang
itu
bekerja
sendiri
atau
menjalankan
perniagannya.
Kebaikan ketara yang timbul menerusi amalan bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan ialah cara
bekerja seseorang itu akan berubah menjadi positif. Kenapakah perubahan sikap ini berlaku dengan senang
dan pantas? Mudah sahaja kalau dahulu mereka bekerja dengan orang kini mereka bekerja sendiri lalu
setiap tindakan yang mereka lakukan pasti memberikan impak kepada perniagaan mereka itu.
Sesungguhnya, seseorang yang bekerja sendiri sedar kejayaan perniagaan mereka banyak bergantung
kepada
sikap
mereka
sendiri
kerana
merekalah
pemiliki
perniagaan
tersebut.
Sebab utama seseorang itu suka menyertai perniagaan ialah bidang ini membawa keuntungan berlipat kali
ganda dalam masa yang singkat pula. Semua pihak sedar jumlah wang yang dihasilkan menerusi perniagaan
lebih besar jumlahnya berbanding jika seseorang itu bekerja sendiri kerana keuntungan yang diperoleh
diambil secara terus dan banyak. Faktor memperoleh lebih banyak wang dalam tempoh masa yang lebih
singkat menjadi daya penarik utama seseorang itu menyertai bidang perniagaan itu. Maka, individu yang
memasuki alam perniagaan sedar bahawa diri mereka mampu untuk memperoleh wang yang banyak
dengan
begitu
mudah.
Malah, kerja sendiri juga diminati kerana masa kerja yang tidak tetap sifatnya. Seseorang ahli perniagaan
itu boleh menentukan sendiri masa kerjanya kerana perniagaan itu miliknya berdasarkan kepentingan atau
keutamaan dalam hidupnya. Situasi sebegini sudah pasti begitu menarik terutama buat mereka yang
mempunyai keluarga kerana masa yang lebih berkualiti mampu dihabiskan bersama-sama ahli keluarga
selain menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan sumber pendapatan pula kepada keluarga itu.
Sesungguhnya, bekerja sendiri memberikan peluang kepada seseorang untuk merancang masa kerjanya
dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang sebenarnya kepada semua pihak terutama ahli
keluarganya.
Tambahan pula, bekerja sendiri menjadikan seseorang itu lebih berinformasi tentang sesuatu produk atau
perkhidmatan yang mereka tawarkan. Semua produk atau perkhidmatan yang mereka berikan sudah pasti
akan mereka fahami luar dan dalamnya supaya pelanggan yang ingin membeli berasa yakin akan
kemampuan mereka sebagai ahli perniagaan. Semua maklumat ini diperoleh oleh seseorang itu menerusi
internet, interaksi dengan pelanggan, pembacaannya dan sebagainya yang pada masa yang sama
menjadikan seseorang ahli perniagaan itu lebih tahu akan sesuatu perkara tersebut. Jadi, bekerja sendiri
menjadikan diri seseorang itu lebih berinformasi dan tahu akan produk atau perkhidmatan yang dijualnya.
Kesimpulannya, kerja sendiri atau menjalankan perniagaan membawa banyak kebaikan kepada seseorang
itu terutama ketika kegawatan ekonomi melanda negara ini. Semua pihak terutama pihak bank hendaklah
bersedia menghulurkan pelbagai bentuk pinjaman untuk memudahkan golongan ini menjalankan urusan
perniagaan mereka. Penglibatan lebih banyak individu dalam perniagaan mampu menjadikan pertumbuhan
ekonomi negara ini lebih gah di persada dunia. Mungkin kita semua perlu memikirkan jenis perniagaan
yang sesuai untuk dijalankan mulai saat ini.
Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa remaja kita.
Cuma
amalan
ini
belum
lagi
berakar
umbi
dalam
masyarakat
kita.
Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.
Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat
moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan
seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan
yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada
pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu
budaya
kita
yang
berakar
umbi
dalam
jiwa
masyarakat.
Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran
ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap
keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya
dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang
dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam
naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan
teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka
memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam
pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek
sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa
mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu
mewujudkan
tabiat
suka
menyimpan
dalam
jiwa
remaja
kita
itu.
Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan memberikan
pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu menarik
minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda
kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak
muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian
perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut
mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan
yang
mampu
menarik
minat
masyarakat.
Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab Menabung di
sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk
menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh
dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang
diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan
secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman
kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.
Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka menyimpan dalam
diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa
pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan
sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan
wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang
itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.
Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka
membaca
novel
yang
berunsur
cinta.
Jelaskan
kebaikan-kebaikan
dan
keburukan
membaca
novel.
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel
memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang
mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus
diberi
perhatian.
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel
yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini
memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang
mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh
itu,
semakin
banyak
novel
yang
dibaca
semakin
luaslah
minda
remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih
yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada
pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud
perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca
mempunyai
koleksi
kosa
kata
yang
banyak.
Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih
berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa
yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel
itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan
yang
tidak
baik.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar.
Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk
belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu
membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin
akan
terus
merosot.
Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu
perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas
dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan
memiliki pemikiran yang kritis.
Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik.
Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.
Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
kehidupan
warga
tua
semakin
baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang
semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut
menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka
mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam
isu
ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang
separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan
pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan
potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka,
langkah
ini
mampu
memberi
keselesaan
hidup
kepada
warga
emas
ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina
mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau
dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan
didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik.
Reka
bentuk
rumah
tersebut
haruslah
moden
dan
tidak
nampak
membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang
sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga
emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran
betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu
peluang
mendengar
pengalaman
yang
dialami
oleh
warga
emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan
kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua
aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut
menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk
menggunakan
idea
mereka
ke
arah
sesuatu
yang
lebih
bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas
mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi
nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua
perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita
selama ini.
Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini.
Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang asing ini.
Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini. Ada masyarakat yang
menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harus
dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan oleh media massa yang memang
menangguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah
disebalik
kehadiran
pekerja
luar
negara
ini?
Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan
sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia
mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan
pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu
yang
kritikal
seperti
perladangan
dan
pekerja
asing
datang
memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik.
Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri
mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik,
meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti
mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.
Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa
kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai
sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju
dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai
cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan
negara
kita?
Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini
semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh
tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan
diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya
jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.
Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka.
Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara
efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang
negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat
terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi.
Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara. Mungkin jawapannya
bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor
pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini
akan terus menghantui kita buat sekian lama.
Hutan negara kita semakin pupus lantaran sikap sesetengah masyarakat yang menjalankan
aktiviti pembalakan terutama secara haram. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih
gagal.
Jelaskan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan dalam menangani kemelut ini.
Sememangnya hutan negara sedang mengalami proses kemusnahan yang mahu hebat. Setiap hari akhbar
akan menyiarkan kemusnahan hutan, hidupannya dan impak sampingannya seperti kejadian banjir serta
tanah runtuh. Cuma, masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada berita-berita
yang menyedihkan ini. Kerajaan pula memang mempunyai tanggung jawab besar untuk memastikan hutan
negara terus wujud dalam tempoh 100 tahun akan datang dengan melakukan pelbagai langkah drastik.
Sebenarnya, tindakan yang paling mudah ialah kerajaan mewartakan semua kawasan hutan sebagai Taman
Negara dan Hutan Simpan Kekal. Tindakan secara undang-undang ini memastikan kawasan hutan itu akan
terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya demi mengaut keuntungan jangka pendek.
Peruntukan undang-undang turut memberi satu peringatan yang jelas bahawa kerajaan memang serius
dalam usahanya untuk mengawal kemusnahan hutan yang merupakan khazanah tidak ternilai negara itu.
Tindakan ini dipanjangkan terhadap hukuman kepada pesalah yang memusnahkan hutan negara. Hukuman
yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman penjara dan denda. Pesalah turut
dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk memberi peringatan kepada masyarakat. Sikap
tegas dan telus kerajaan dalam melaksanakan undang-undang memberi impak yang ketara dalam usaha
menangani
kemusnahan
hutan.
Malah, kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti ekonomi seperti
projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat mungkin dalam kuantiti yang
tertentu. Kerajaan boleh mengenakan syarat bahawa setiap pokok yang ditebang harus diganti dengan dua
atau tiga batang pokok. Langkah ini akan menyebabkan semua ahli perniagaan berfikir dua kali sebelum
bersetuju untuk menjalankan sebarang projek atau berhati-hati dalam tindakan mereka menebang pokok
yang
berada
di
dalam
kawasan
projek
mereka.
Langkah ini boleh dilanjutkan dengan menjalankan kempen kesedaran terutama dalam kalangan remaja.
Pihak kerajaan seharusnya menjalakan kempen di sekolah-sekolah dengan menerangkan peri pentingnya
hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang mengalami perubahan cuaca global ini. Remaja
yang sudah memahaminya akan lebih bijak bertindak apabila mereka menjadi dewasa atau terlibat dalam
projek pembangunan yang memerlukan satu kawasan hutan dimusnahkan. Lagipun, remajalah yang akan
menjadi
warisan
hutan
negara
kita.
Selain itu, pasukan penguatkuasa terutama renjer hutan harus ditambah jumlahnya. Kawasan hutan yang
terlalu luas agak sukar untuk dipantau oleh kaki tangan yang kecil bilangannya. Penggunaan teknologi
seperti kapal terbang, satelit dan helikopter untuk tujuan pengawasan turut memudahkan kerja kerana
kawasan hutan negara memang luas. Pengawasan yang cekap mampu memastikan kawasan hutan belantara
kita
tidak
dicerobohi
begitu
mudah.
Kesimpulannya, masalah hutan negara memang serius dan semua pihak harus bertanggungjawab. Usah kita
semua menuding jari tanpa mahu menerima atau mengakui kesilapan yang telah berlaku. Semua pihak
harus duduk semeja dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut yang memang sukar diatasi ini. Tanpa
kerjasama semua terutama masyarakat, hutan kita pasti akan lenyap.
Para
remaja
Sebagai
sering
remaja
menghadapi
cadangkan
pelbagai
strategi
masalah
untuk
dalam
menangani
kehidupan
masalah
mereka.
remaja.
Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang mencabar. Kewujudan
cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu
memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan
maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa kemelut yang
melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang
mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan
harian
remaja
itu.
Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu mempunyai matlamat
atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh
dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita.
Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar selain
daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup
mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini.
Maka, remaja harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih
jelas
dan
nyata.
Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan perkhidmatan kaunseling kepada
mana-mana remaja yang bermasalah dengan efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan
dengan sistematik dan diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang
cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru kaunseling bakal menjadi
barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah lalu segera membuat perubahan yang mampu
membawa remaja terbabit ke pangkal jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak
sekolah menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran hidup remaja
kerana
mereka
menghabiskan
masa
yang
lama
di
sekolah.
Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya dengan kembali kepada
ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia ini cuba membawa penganutnya supaya
menggunakan kaedah keagamaan untuk menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain mampu
menyelesaikan masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan rasional. Benteng agama menjadi
kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang bermasalah kerana agama
memberikan seseorang itu satu pegangan atau kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai
kehidupan yang sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja
semakin besarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yang timbul
dalam
hidup
mereka.
Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau membantu remaja yang
sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Kalau kita lihat kini masyarakat tidak lagi mahu
atau berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang
pula terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan setiap ahli masyarakat untuk
menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita telah menyebabkan
banyak remaja tersesat jalan lalu terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat
negara ini juga. Jadi, masyarakat harus disedarkan tentang peranan mereka untuk sama-sama membantu
remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran
kehidupan
yang
melanda
jiwa
muda
mereka
itu.
Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama menangani masalah
kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama
ibu bapa serta guru mampu menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu.
Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam merencanakan kehidupan
remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi
juga praktikal dalam menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih
proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan kehidupan remaja lebih riang
dan
selesa
diharungi
bersama-sama.
Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak
alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam
menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin
masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan
masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam
arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah
hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan?
Kebudayaan dikatakan komponen terpenting dalam diri seseorang itu dan negaranya.
Negara
kita
memiliki
pelbagai
kebudayaan
yang
unik.
Pada pandangan anda, apakah kepentingan kebudayaan dalam kehidupan manusia.
Semua negara mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri dan berasa bangga akan kebudayaan itu.
Begitu juga dengan negara kita yang memiliki pelbagai etnik dan sudah pasti kebudayaan yang berwarnawarni untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Masyarakat luar melihat kebudayaan negara ini begitu
unik kerana tidak banyak negara dunia yang memiliki komposisi kaum yang serupa seperti Malaysia.Oleh
itu,
ada
banyak
kepentingan
kebudayaan
dalam
sesebuah
negara
itu.
Kebudayaan berupaya menjadikan sesebuah masyarakat itu unik kerana setiap masyarakat memiliki amalan
budaya yang tersendiri. Pengekalan sesuatu kebudayaan itu menjadi bukti bahawa masyarakat tersebut
memandang tinggi akan budayanya lalu berusaha mengekalkannya dengan bersungguh-sungguh. Dalam
masa yang sama, pengekalan ini menjadikan masyarakat itu terus unik kerana hanya mereka sahaja yang
masih
mengamalkan
sesuatu
amalan
tersebut.
Pada masa yang sama, kebudayaan memberikan satu perasaan bangga akan kaum sendiri. Sikap bangga ini
mampu memberikan satu semangat kepada sesuatu kaum itu untuk terus mengharungi kehidupan yang
penuh dengan cabaran globalisasi ini. Kehidupan moden yang penuh dengan kekeliruan identiti boleh
menyebabkan mana-mana individu begitu mudah melupakan kebudayaannya. Jadi, kebudayaan boleh
menjadi satu benteng yang menghalang berlakunya proses kehilangan kebudayaan dalam diri seseorang itu.
Malahan, kebudayaan yang diamalkan oleh seseorang mampu memberikan pandangan positif masyarakat
luar akan individu tersebut. Pemakaian pakaian tradisional yang semakin dilupakan mampu memberikan
tafsiran positif kepada orang luar apabila melihat seseorang itu masih memakai pakaian tradisinya. Orang
luar melihat betapa kebudayaan negara ini diutamakan oleh ahli masyarakatnya menerusi amalan seharian
yang mengutamakan kebudayaan pula. Jelaslah, kebudayaan mampu memberikan imej positif kepada
masyarakat
daripada
kaca
mata
orang
luar.
Kebudayaan juga boleh menjadi satu alat perpaduan yang mampu merapatkan hubungan antara kaum.
Pengamalan sesuatu amalan budaya itu sudah pasti akan menimbulkan rasa akrab dan kesatuan yang
mendalam dalam setiap jiwa manusia. Makanan tradisi, pakaian tradisi, budaya lama dan perayaan tradisi
semuanya memberikan satu perasaan kekitaan yang mendalam dalam jiwa individu tertentu. Jelaslah,
kebudayaan mampu mengukuhkan semangat perpaduan antara masyarakat terutama dalam negara yang
berbilang
kaum
ini.
Pemilikan kebudayaan yang mendalam turut memberikan impak positif kepada tahap nasionalisme dalam
diri masyarakat. Kebudayaan biasanya dikaitkan dengan perasaan cinta akan negara yang mendalam dan
kebudayaan juga boleh menjadi alat yang mampu memupuk semangat nasionalisme ini. Masyarakat
semakin sanggup mempertahankan negaranya kerana mereka sedar merekalah pelindung kepada
keseinambungan kebudayaan yang sejati. Maka, kebudayaan boleh meningkatkan tahap cinta akan negara
seseorang
itu
dengan
begitu
mudah.
Kesimpulannya, kebudayaan itu merupakan satu komponen penting dalam sesuatu kaum atau masyarakat.
Kegagalan mengangkat martabat kebudayaan ini boleh membawa impak negatif kepada pembangunan
kaum itu secara keseluruhannya. Kebudayaan juga boleh menjadi satu-satunya pengenalan diri yang amat
bermakna buat seseorang itu. Bayangkan diri kita tanpa kebudayaan?
harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak
mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah
pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya
menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus
diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap.
Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual
perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan
yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori
ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat
kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk
menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel.
Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket
sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket
yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit
untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi
dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan
pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua
pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan
bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal
diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah
awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat
dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini.
Posted by Noor Azman Mahat at 2:19 PM No comments: Links to this post
HI PELAJAR SEMUA,
PEPERIKSAAN SPM SEMAKIN HAMPIR DAN SAYA YAKIN SEMUA PASTINYA SEMAKIN GELISAH
DAN MULA MEMBUAT PERSIAPAN AKHIR. JADI, SAYA TELAH MENYEDIAKAN SATU PAKEJ
SOALAN RAMALAN YANG UNIK, EFEKTIF TETAPI MURAH BUAT ANDA SEMUA.
PAKEJ INI AKAN MELIPUTI 4 KALI EMEL ATAU 4 MINGGU BERMULA PADA 28 SEPTEMBER INI.
DALAM PAKEJ INI PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN DENGAN PELBAGAI SOALAN KARANGAN DAN
KOMSAS YANG DIJANGKA ATAU PERLU DIKETAHUI OLEH PELAJAR.
PAKEJ INI HANYA BERNILAI RM20 DAN JIKA PELAJAR BERMINAT SILA EMEL SAYA SEGERA
KERANA BAHANNYA TERHAD. HANTAR EMEL ANDA KEPADA: azmanukm@gmail.com
TERIMA KASIH DAN LAYARI BLOG SAYA UNTUK MAKLUMAT KARANGAN TERBAIK ANDA.
AZMAN
Posted by Noor Azman Mahat at 10:05 PM No comments: Links to this post
kanak-kanak yatim dan orang miskin lalu membawa mereka melihat keadaan keluarga sendiri seperti ayah,
ibu, adik dan diri sendiri yang menimbulkan keinsafan akan tindakan mereka sebelum ini. Sesungguhnya,
remaja yang melibatkan diri dalam amalan murni ini akan memandang ibu dan ayah mereka dengan satu
pandangan yang berbeza kerana mereka sudah sedar sikap hormat amat penting dalam naluri manusia itu.
Impak terakhir yang boleh dilihat dalam diri remaja ialah imej remaja itu sendiri akan berubah. Kalau
sebelum ini remaja kita sering dipandang serong dengan pelbagai tohaman dilemparkan kepada mereka
baik di dalam media massa mahupun jiran tetangga, imej itu sudah berubah sama sekali. Remaja yang
melibatkan diri dalam khidmat masyarakat akan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat kerana remaja
itu sudah membuktikan bahawa diri mereka mampu melakukan sesuatu yang positif untuk memajukan
masyarakat mereka. Jadi, semakin kerap remaja melibatkan diri dalam khidmat masyarakat semakin
tinggilah imej remaja itu pada mata masyarakat dan keluarganya.
Kesimpulannya, semua impak positif yang dinyatakan di atas bakal timbul dalam diri semua remaja yang
berani melibatkan diri mereka dalam aktiviti murni ini. Semakin banyak remaja yang terbabit dalam
program khidmat masyarakat ini semakin baiklah buat negara kerana satu kelompok remaja yang
berwawasan tinggi berupaya dihasilkan pula. Kewujudan remaja sebeginilah yang mampu menjadikan
negara kita berupaya mengahrungi cabaran globalisasi yang semakin sengit itu.