Isu Penyusuan Islam
Isu Penyusuan Islam
Isu Penyusuan Islam
AGAMA)
Seorang wanita mengambil anak angkat dan bercadang menyusukannya agar anak tersebut
menjadi anak susuan. Tujuannya agar wujud hubungan mahram. Masalahnya, anak angkat itu
sudah berusia empat tahun. Bolehkah disusukan agar menjadi anak susuan?
Jawapan
Menjadi pengetahuan umum bahawa syarat penting dalam penyusuan ialah umur kanak-
kanak tidak melebihi dua tahun. Maka dalam kes yang ditanyakan, bermakna tiada harapan
untuk anak angkat itu dijadikan anak susuan.
Bagaimanapun, pertukaran status anak angkat kepada anak susuan atau peningkatan status
anak angkat kepada anak susuan adalah penting. Ini kerana ia melibatkan isu hubungan antara
anak dan keluarga angkat. Apabila anak angkat makin membesar dan baligh, bakal wujud
hubungan tidak patuh kepada hukum syariah.
Contohnya, isu tidak mahram, berdua-duaan dalam rumah, berpegang tangan, isu aurat dan
sebagainya. Dalam contoh isu aurat, keluarga angkat wajib menutup aurat dengan sempurna
di hadapan anak angkat. Ini mungkin menimbulkan kepayahan dalam kehidupan.
Maka dicadangkan agar pendapat ulama yang menaikkan had umur penyusuan melebihi dua
tahun dapat diguna pakai.
Contohnya, anak angkat diambil pelihara ketika berusia empat tahun, lima tahun dan
sebagainya yang disebut sebagai penyusuan dewasa.
Ini berdasarkan riwayat hadis tentang penyusuan dewasa yang berlaku pada zaman Nabi
SAW, Sahlah r.a. mempunyai anak angkat yang makin membesar. Maka Nabi menyuruhnya
menyusukan anak angkat itu walaupun sudah agak besar.
Namun, isu ini perlu kepada kajian dan fatwa. Sewajarnya muzakarah fatwa kebangsaan dan
majlis fatwa negeri membuat kajian dan seterusnya fatwa tentang keharusan penyusuan
dewasa.
SOALAN:
Apakah hukum penyusuan anak angkat oleh gadis?
JAWAPAN:
Setelah kita membincangkan secara terperinci berkaitan faktor-faktor dan kesan-kesan
sampingan daripada gejala ini dan disebabkan fenomena ini bertambah popular mutakhir ini,
kami akan mengemukakan pendapat berkenaan dengan permasalahan ini berdasarkan kepada
nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis serta dalil-dalil yang muktabar disamping
pandangan ulama terhadapnya.
Oleh kerana masalah ini juga berkait rapat denga perubatan moden, justeru merujuk kepada
pakar dalam bidang tersebut amatlah wajar sebelum sesuatu keputusan hukum
dikemukankan. Ini selaras dengan kaedah yang bermaksud: Menghukum atas sesuatu
berdasarkan jelas gambaran masalah tersebut.
Mengikut persidangan Antarabangsa Perubatan islam kali pertama bertempat di Kuwait pada
1401H yang mengesahkan dokumen ini, dikenali sebagai Kod Islam bagi Etika Perubatan
(Islamic Code of Medical Ethica) antara lain menyatakan bahawa doktor mempunyai hak dan
tugas yang perlu diselesaikan dalam merumuskan dan mengeluarkan fatwa (verdict) agama
yang berkesan di atas tindakan yang menyalahi undang-undang atau di atas penghasilan baru
yang ditemui hasil daripada kemajuan sains bio perubatan hari ini untuk masa hadapan.
Fatwa ini hendaklah dicapai dengan kedua-dua golongan yang pakar dalam bidang
keagamaan dan satu lagi golongan yang pakar dalam bidang sains bio perubatan bersatu hati
dalam mengeluarkan fatwa tersebut. Di dalam Islam dinyatakan denga rasminya Apa juga
kebajikan yang ditemui, maka di situ wujudlah peraturan tuhan.
Berdasarkan kepada kaedah di atas, maka permasalahan ini akan dibincangkan daripada dua
sudut yang utama, sudut syariah dan sudut perubatan. Kami akan menjelaskan permasalah ini
dari sudut perubatan dahulu kemudian disusuli dengan perbincangan dari sudut syarak.
Al-Qurtubi berkata: Ini menunjukkan bahawa anak apabila masih menyusu maka ibu berhak
dalam hadhanahnya lebih daripada bapa. Lihat Al-JamiLi Ahkam al-Quran.
Al-Qurtubi berkata: Isteri yang diceraikan, maka bagi anak-anak mereka hendaklah bapa-
bapa memberi upah atas menyusuan mereka. Lihat Al-Jami Li Ahkam al-Quran.
Daripada ayat ini menunjukkan kewajaran ibu untuk menyusukan anaknya, kecuali ulama
khilaf dari segi siapa yang sepatutnya ditaklifkan bapa atau ibu.
Rukun-Rukun Penyusuan
Bagi menyebabkan anak susu dan ibu susu mengambil hukum mahram terdapat tiga rukun:
Penyusu
Anak yang menyusu
Susu
Pendapat Ulama
Bagi penyusu mempunyai beberapa syarat:
Seorang wanita, justeru susu lelaki ia tidak termasuk begitu juga susu haiwan,
contohnya dua kanak-kanak yang diberi susu daripada lembu yang sama tidaklah
dianggap saudara susu kerana kaedah Pengharaman saudara adalah cabang darpada
pengharaman ibu dan tidak tersabit pengharaman ibu dengan penyusuan justeru
persaudaraan lebih aula.
Mazhab Hanafi dan Syafie mensyaratkan perempuan boleh bersalin iaitu sudah akil
baligh, jika kanak-kanak perempuan sudah ada susu is tidak dikira.
Tarjih
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Penutup
Alhamdulillah, setelah berbincang dengan panjang lebar isu ini, maka kami berpendapat
bahawa ia perlu diperhalusi supaya isu susuan dipandang serius oleh semua pihak.
Kami menutup perbincangan ini dengan menukilkan satu pandangan daripada pengarang al-
Fiqh al-Manhaji antara lain menyebut:
Oleh itu, ulama fiqh kebelakangan ini menyatakan bahawa seorang perempuan makruh
menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri tanpa sebarang keperluan yang
mendesak. Begitu juga, makruh bagi seorang lelaki dan perempuan susuan bergaul bebas
sesama mereka. Keadaan ini adalah kerana ia berkemungkinan boleh mendorong seseorang
kepada pelbagai keburukan dan perkara haram akibat lemah pegangan agama dan tidak
wujud rasa kasih sayang secara semula jadi di kalangan keluarga susuan tersebut.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya seterusnya
mengamalkannya dengan sebaik mungkin mengikut neraca syariah. Amiin.
Akhukum fi lLah,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
26 September 2016