Karangan Terbaik
Karangan Terbaik
Karangan Terbaik
.
Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin
menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam
masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih
baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil
tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan
awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh apabila
menggunakan pengangkutan awam.
Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering
menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi
apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai
sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah
kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang menggunakan bas awam
untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di atas jalan raya pastinya
berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa
individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran
Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa
untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat
tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni.
Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan
kenderaan.
Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat
untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak
dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka
pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan.
Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali
gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup dengan sihat dan
sejahtera.
Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu
menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan
negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal ini
membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan dan prasarana untuk
kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam ini perlu
digalakkan demi memastikan kelangsungan penggunaanya dalam masyarakat.
Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam
kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja
merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan
matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara
ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah
disiplin dalam kalangan remaja.
Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak
mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik
anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul?
Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam
mencorak keperibadian remaja.
Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca
daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai.
Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk
membesarkan anak-anak. Namun demikian, sering kali anak-anak yang masih mentah
ini mengambil peluang yang ada untuk berseronok dengan rakan-rakan sehinggakan
timbul masalah yang lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu bijak dalam membahagikan masa
dengan anak-anak.
Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam meruncingkan
lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di kaca-kaca
televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial. Contoh yang
paling ketara seperti filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster yang memaparkan
tema keganasan yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Sedikit sebanyak
remaja yang menebal sikap ingin tahunya itu pasti akan mengikut aksi yang terpapar
dalam filem yang berkenaan.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan
masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini boleh diatasi jika
semua pihak memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai
aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal terlaksana.
Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik
dalam kalangan Masyarakat
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus
sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu
bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak
ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga
boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan
sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran
tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.
Jelaskan.
Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang
wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara
untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap
produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar.
Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?
Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara
menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus
hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi
buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.
Analisis soalan:
Isu - Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan - menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit
berjangkit
Format - ceramah
Karangan contoh:-
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa Puan Hjh Rohana bt Esmail,
Yang dihormati barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian.
Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan
dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi
menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk
Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam
dagingdan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia
khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Antara penyakit berbahaya
yang pernah melanda negara kita dan negara-negara luar ialah wabak selsema burung
dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk SARS). Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit
terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit
masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh
masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai
contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang
masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit.
Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik.
Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang
teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit, bak k menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis
penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang
bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian
penjagaan kesihatata peribahasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Hadirin sekalian,
Analisis soalan:
Karangan Contoh:
Mutakhir ini, antara isu yang hangat dibincangkan di kedai kopi sehingga
sidang di Dewan Parlimen ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah.
Walaupun keputusan yang telah diambil adalah tidak meruntuhkan bangunan-
bangunan warisan tersebut, namun, terdapat juga negara-negara yang telah
merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah
ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara kita.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun
pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga
menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain
menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak
perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya,
bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis
dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di
beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda.
Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England
telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah
mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari
seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu,
pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-
monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam
semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis.
Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu
industri pelancongan negara.
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan
penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji
bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya
bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek
di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat
mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British
tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada
ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina
bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah
yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya
dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan
Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai
memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper.
Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah
dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban
tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara
kerana acap kali melanda negara.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .
Analisis soalan:
Tema/Isu : Masalah jerebu
Tugasan : bincangkan punca-punca berlakunya jerebu dan kesan-kesannya
Format : tiada (perbincangan)
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama
terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh
menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan
penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi
lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak
yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat
jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko
kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan
raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat
kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan
kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.
Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-
kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan
pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini
menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di
negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa
dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia
yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain
untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada
berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti
negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.
Karangan Contoh 17 - Langkah-langkah Mengatasi Jerebu
LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU
Oleh: Tan Hui Lian
Analisis soalan:
Tema : semangat kejiranan semakin luntur
Tugasan/arahan : mengulas peranan ibu bapa dalam memupuk
semangat kejiranan dalam diri golongan remaja.
Format : tiada
Karangan Contoh:
Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan
atau role-model kepada anak-anak . Oleh itu, tindak tanduk dan
sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan dicontohi oleh
anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh dan mendidik anak-anak
dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama
sehelai kain putih, anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-
nilai agama malah nilai-nilai sosial yang murni. Justeru dalam usaha
memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri
perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik sesama
jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa
mesra dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua
muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu menerangkan tentang
peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak sejak kecil supaya
mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada kehidupan
mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya,usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran
sejak kecil lagi akan kekal dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka
meningkat remaja.
Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam
perkara-perkara yang berkaitan hubungan dengan jiran supaya anak-
anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan tersebut. Tak
kenal maka tak cinta, justeru, amalan kunjung-mengunjung mesti
diamalkan supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya
kemesraan dapat diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita
terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari
internet sehingga tidak endah dengan suasana di sekeliling. Contohnya, ibu
bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga ketika
sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Apa yang sering
berlaku setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli
keluarga termasuk ibu bapa leka menonton televisyen kerana banyak
program menarik disiarkan. Mereka lebih rela memerap di rumah untuk
menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-mengunjung
semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini ,
lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita
jatuh sakit atau mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-
anak untuk turut sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk
dalam kalangan remaja.
Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam mendidik pelajar menjadi
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai pelajar, jelaskan
cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.
Analisis soalan
Tema : jasa dan pengorbanan Guru
Arahan : menjelaskan cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru
Format : tiada (Huraian)
Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan
kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan
kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka
kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka.
Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan
daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka
akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan
sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah
mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di
alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan
terus dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita
berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru
yang telah banyak berjasa kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu
seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi kejayaan
seseorang anak didikmu'.
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
Dasawarsa, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna
tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap
masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup
mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar
berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan
membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini
memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan
sehari-harian kita.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang
mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal
dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi
makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang
menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara
manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah
diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa
bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”,
kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam
kita.
Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa
tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi
penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat
mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya
mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam
perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita
sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang
berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan
masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara
teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang
• Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap
umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat
dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak
kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu,
pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua
setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita
dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat
menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang
yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika
berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”
Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan
oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan
kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni,
sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam
hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah
Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala
Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia
baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu
belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada
peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif
dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika
bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet
kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun
pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk
meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia,
kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja
persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia
(PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih
secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk
mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda
peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh
mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan
yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan
hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan
sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang
mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan
negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas
baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran
negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program
pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti
kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini,
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan
para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain
bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan
menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus
merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai
Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk
sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam
arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong,
namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu
menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi
noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak,
pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat
sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan
antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha
memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang
sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang
mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap
pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza.
Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk
persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan.
Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada
kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang
tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa
kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti
melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak
sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan
tanah air.
Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan
kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa.
Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun,
seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada
salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia
2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat
semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan
akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh
sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk
merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan
kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,
ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan
kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak
tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini
mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan
semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama
lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan
subur berdasarkan majlis sebegini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah
memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat
kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat
strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling
berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik
tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan
dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan
isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja.
Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam
bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel
yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera
dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi
satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri
pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah
pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.
Malah, aktiviti membaca novel membolehkan
seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel
memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang.
Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel
itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa
melibatkan kegiatan yang tidak baik.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas
sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan
melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu.
Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh
yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama
ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.
Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang
remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia
mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok
remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.
Contoh Karangan : Isu Sosial
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.
Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan ini
jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka.
Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini
dalam masyarakat kita.
Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering
menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan
perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa untuk
memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa sering
menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja.
Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja
melarikan diri.
Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya.
Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja
meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum
cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran
ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa
remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.
Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media
massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang
mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu
membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa
menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.
Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak
mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda
diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa
sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini
turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.
Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi
masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak
terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini.
Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan
remaja dalam hal ini.
Ibu bapa yang telah lanjut usia lebih baik tinggal di rumah orang-orang tua. Berikan pendapat
anda tentang hal tersebut.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Meletakkan ibu bapa yang telah lanjut usia di rumah orang-orang tua sudah menjadi
kebiasaan terutama masyarakat Cina.
Isi 1
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di rumah orang-orang tua.
Huraian:
- kemudahan yang disediakan lebih baik daripada kemudahan di rumah sendiri.
- ada pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kehidupan.
- diberi perhatian oleh pihak sukarelawan dan badan bukan kerajaan terutama pada hari-hari
perayaan.
Isi 2
Mendapat rawatan kesihatan secara percuma.
Huraian:
- orang-orang tua merupakan warga emas yang sentiasa diberi perhatian
- ada program rawatan kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan
- jururawat dan doktor berkunjung ke situ secara bergilir-gilir
Isi 3
Aktiviti sihat untuk memenuhi masa lapang.
Huraian:
- aktiviti bercucuk tanam digalakkan kepada penghuni yang masih sihat dan bertenaga
- aktiviti ynag dilakukan merupakan riadah ringan untuk menggerakkan anggota badan
- hasil tanaman digunakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengah hari.
Isi 4
Rakan sebaya yang menghiburkan.
Huraian:
- banyak kawan untuk berbual dan dapat bertukar-tukar fikiran
- menghilangkan rasa murung kerana tidak dihiraukan oleh ahli keluarga
- dapat menghilangkan kesunyian dengan gelak ketawa kawan-kawan.
Penutup
Meletakkan ibu bapa yang sudah tua di rumah orang-orang tua suatu langkah yang baik –
dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada rompakan dan pembunuhan.
Latihan Karangan 3
Soalan 3
Pelbagai program dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu sukan
negara. Antaranya memanggil jurulatih dari luar negara untuk melatih ahli sukan kita.
Bersetujukah anda dengan langkah tersebut?
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Pengenalan
Pencapaian ahli sukan negara di peringkat antarabangsa amat menyedihkan – pihak
pengurusan dan pentadbiran atlet negara dikatakan lemah – terlalu memberi layanan
istimewa kepada ahli sukan.
Isi 1
Jurulatih luar terdedah dengan corak pertandingan di peringkat antarabangsa.
Huraian:
- jurulatih yang dipilih merupakan jurulatih yang handal dan berkaliber di negara masing-
masing
- mereka bijak mengatur strategi permainan dalam pertandingan
- mereka dapat bertindak dalam apa-apa keadaan – contoh jurulatih badminton dari
Indonesia, iaitu Rexy Minarki.
Isi 2
Mempunyai kemahiran latihan yang tinggi.
Huraian:
- menerima latihan yang mantap sebelum menjadi jurulatih
- pernah menjuarai sesuatu bidang sukan di peringkat antarabangsa
- melatih berdasarkan pengalaman yang dilalui
Isi 3
Bersikap lebih tegas dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Huraian:
- mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan tugas yang berat
- mereka bertindak tegas dalam latihan terhadap atlet
- latar belakang yang berbeza menyebabkan jurulatih luar lebih ditakuti dan dihormati
Isi 4
Mempunyai pengalaman dan idea yang banyak.
Huraian:
- terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sesuatu bidang
- kemajuan sukan di negara masing-masing diaplikasikan kepada ahli sukan di Malaysia
- mereka berasal dari negara yang telah maju dalam bidang sukan – contohnya Jerman,
China, dan Korea
Penutup
Peranan jurulatih luar dalam meningkatkan mutu sukan negara memang tidak dinafikan –
peranan mereka amat
Besar
Soalan 4
Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat
daerah. Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Format
Ucapan
Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk
berucap.
Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran
Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri
Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan
Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan
Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.
Latihan Karangan 5
Soalan 5
Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna.
Tajuk syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Format
Syarahan
Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru,
dan rakan-rakan.
Isi 1
Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
Huraian:
- berhati-hati ketika berbelanja
- membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan
- membeli barang yang perlu sahaja
Isi 2
Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna
Huraian:
- untuk mengetahui kualiti barang
- untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang
- mendapatkan harga yang berpatutan
Isi 3
Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
Huraian:
- membaca label di luar bungkusan
- memilih barang yang baru
- menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan
Isi 4
Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa
Huraian:
- kandungan bahan yang tidak bermutu
- harga yang tidak berpatutan
- barangan sudah luput tarikh
Penutup
Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima
kasih.
Latihan Karangan 6
Soalan 6
Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
murid. Bincangkan.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Rangka Karangan
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang
seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani
Isi-isi
- menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan
- melatih murid berdisiplin – mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan,
atau kelab
- mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
- mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara
berkumpulan
- menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
- menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian –
mengendalikan persatuan
Penutup
Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.
Latihan Karangan 7
Soalan 7
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada
masyarakat. Bincangkan.
Pendahuluan
Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok – menjual pelbagai
keperluan harian para pengguna
Isi-isi
- menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil – mengalami kerugian akibat persaingan
- para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan
barangan
- pengguna terpaksa berbelanja lebih – barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai
biasa
- menggalakkan para pengguna berbelanja boros – membeli barangan yang tidak penting
kerana ada tawaran murah
- menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah – gejala sosial berleluasa
- sering berlaku kes ragut dan seluk saku – membimbangkan para pengguna kerana kurang
kawalan keselamatan
Penutup
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal
Latihan Karangan 8
Soalan 8
Format
Perbahasan
Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – menyatakan tajuk dan menjelaskan
pendirian.
Isi-isi
- banyak kes pecah rumah dan rompakan dilakukan oleh warga Indonesia
- warga asing tidak menghormati budaya penduduk tempatan dan berkelakuan tidak senonoh
- kes kahwin lari antara gadis tempatan dengan warganegara Indonesia atau Bangladesh –
berlaku perpecahan
keluarga
- kewujudan rumah setinggan atau perkampungan warga asing
- jenayah rogol dan ragut oleh warga asing yang kian meningkat
- masalah penyakit berbahaya seperti batuk kering dan HIV positif
Penutup
Menegaskan tajuk perbahasan sekali lagi – ucapan terima kasih
Latihan Karangan 9
Soalan 9
Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan
Daerah. Anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang ”Otak
yang Cerdas Berpunca daripada Badan yang Sihat”.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.
Format
Ceramah
Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih atas jemputan –
menyatakan tajuk ceramah.
Isi-isi
- mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran
- pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan
- melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan
- melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif
- badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan
Penutup
Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.
Karangan Contoh Terbaik
TAJUK : PUNCA-PUNCA KEHILANGAN NILAI PATRIOTISME DALAM
DIRI ANAK REMAJA HARI INI
Merdekakah kita???
Siti Nur Amirah Rohaizad
Merdekakah kita?
Tatkala, anak bangsa sering alpa?
Merdekakah kita?
Tatkala anak bangsa
Bergelumang dengan najis dadah?
Merdekakah kita?
Jika bakal umarak negara
Beraksi di atas motor kapcai?
Digelar mat rempit?
Berbanggakah kita?
Tatkala anak gadis membuang bayi
yang tidak berdosa?
Ayuh!
Sedarlah duhai remaja
Bangkitlah dari tidur lenamu
Ingatlah,
Hidup ini persis lilin yang dinyala,
Kiamat semakin hampir
Dunia semakin meniti ke akhirnya
Dalam usaha melahirkan dan memupuk nilai patriotisme, penghayatan tentang
erti kemerdekaaan dalam diri seseorang inidividu adalah amat penting. Individu yang
dimaksudkan di sini ialah remaja itu sediri yang menggalas tanggungjawab besar
dalam menyemai semangat kemerdekaan. Penghayatan tentang erti kemerdekaan
boleh dipupuk sejak dari kecil lagi melalui didikan yang sempurna daripada ibu bapa.
Ibu bapa juga penting dalam pembentukan jati diri anak-anak yang merdeka. Dalam
sebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa sebagai ketua keluarga wajar menjadi ‘role
model’ kepada anak-anak dalam menyelami erti kemerdekaan yang telah lama
dikecapi oleh negara kita. Ibu bapa berperanan penting dalam menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri anak-anak khususnya memupuk semangat kemerdekaan melalui
penghayatan tentang tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang sehingga ke titisan
darah yang terakhir dalam perjuangkan nasib bangsa. Bak kata pepatah bapa borek,
anak rintik, bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana gubahan, begitulah
coraknya. Jadi, izharlah di sini bahawa penghayatan kemerdekaan yang diwarisi
dalam sesebuah institusi kekeluargaan bakal menyemarakkan semangat patriotik
dalam diri anak-anak sekali gus menjana modal insan minda kelas pertama.
Selain itu, penerapan erti kemerdekaan dalam diri anak bangsa boleh dipupuk
melalui elemen media massa yang memainkan peranan yang penting. Media massa
juga merupakan elemen yang tepat dalam usaha memupuk erti kerdekaan dalam diri
anak remaja kini. Pelbagai
cerita direncanakan, pelbagai rencana diberitakan, pelbagai berita disampaikan.
Pernyataan ini izhar memaparkan betapa kukuhnya peranan media massa sebagai
platform dalam membolosi gawang minda anak bangsa tentang penghayatan erti
kemerdekaan. Acap kali, kita mendengar di corong-corong radio, di kaca televisyen
dan di dada-dada akhbar terpapar isu yang menjadi topik hangat. Jadi, tidak dapat
dinafikan bahawa peranan media massa amat penting dalam menerapkan nilai-nilai
patriotisme dalam diri anak remaja kini. Media massa tidak seharusnya berpaksikan
hiburan dan keseronokan semata-mata. Sebaliknya pihak media massa sewajarnya
memaparkan drama-drama dan filem-filem seperti Embun, paloh, leftenan Adnan dan
sebagainya haruslah dipelbagaikan cara penyampaiannya agar masyarakat tidak
berasa bosan. Bukan itu sahaja, media cetak juga boleh menghasilkan karya-karya
kemerdekaan yang mampu membakar semangat kemerdekaan dalam diri remaja.
Contohnya, seperti penghasilan novel-novel dan buku-buku yang berteraskan
penghayatan erti kemerdekaan yang mampu menghidupkan jiwa merdeka dalam diri
remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja hari ini amat gemar membaca
novel-novel dan majalah-majalah. Langkah proaktif ini akan bisa menggerakkan jiwa
remaja untuk menyelami erti sebenar kemerdekaan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh
bahawa media massa merupakan antara elemen yang penting. Ingatlah bahawa
Sejarah adalah untuk dihayati, bukannya untuk diulangi.
Dalam usaha memupuk nilai patriotisme dan kemerdekaan dalam diri remaja,
sokongan dalam satu rumpun komuniti adalah amat penting. Hidup dalam satu
rumpun bangsa merdeka, sewajarnya kita harus mempunyai strategi yang mantap
dalam usaha menyemarakkan lagi erti kemerdekaan dalam diri remaja. Remaja yang
unggul lahir daripada keluarga yang bahagia, keluarga bahagia pembina masyarakat
berintegriti, masyarakat berintegriti penjana bangsa merdeka. Jadi, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa masyarakat juga memegang watak penting dalam
menghidupkan erti kemerdekaan daalam diri remaja. Hidup dalam sebuah masyarakat
majmuk, kita sewajarnya saling peka dan salaing bantu-membantu antara satu sama
lain seperti kata pepatah bagai aur dengan tebing. Istilah menjaga tepi kain orang
sewajarnya dipandang positif oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam konteks ini,
kita harus merangka pelbagai alternatif bijak untuk menerapkan nilai patriotisme
dalam diri remaja. Tamsilannya, dalam sebuah masyarakat harmoni, kita boleh dudk
semeja dalam membincangkan persoalan-persoalan yang kian melanda anak muda
zaman ini, khususnya golongan remaja yang semakin ketandusan nilai patriotisme.
Melalui usaha proaktif seperti ini, masyarakat akan menyedari tanggungjawab mereka
dalam membentuk remaja yang berjiwa merdeka. Masyarakat kita seharusnya
menganjurkan kempen-kempen dan ceramah-ceramah untuk menerapkan nilai-nilai
patriotisme yang semakin menghilang dalam diri remaja hari ini. Jadi, jelaslah di sini,
bahawa masyarakat memainkan perana yang bergitu penting. Tuntasnya, masyarakat
yang berjiwa merdeka menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi.
Kemerdekaan tidak dapat dipertahankan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu
pengetahuan, pegangan yang teguh dan jati diri yang kukuh. Dalam hal ini, institusi
pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan modal insan yang
berbekalkan nilai patriotisme yang tinggi serta disaluti dengan semangat kemerdekaan
yang membara. Dalam dunia tanpa sempadan ini, maju mundurnya sesebuah bangsa
dan negara ditentukan oleh insan yang berjiwa merdeka. Jadi, terbuktilah di sini
bahawa institusi pendidikan khususnya di peringkat sekolah sewajarnya menjadi
tunjang utama dalam melahirkan remaja yang cemerlang-gemilang dan terbilang.
Contohnya, pihak sekolah boleh menerapkan nilai patriotisme dan erti kemerdekaan
dalan diri remaja melalui sesi pembelajaran. Antanya ialah, melalui mata pelajaran
Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, KOMSAS dan sebagainya yang mengandungi
sumber inspirasi dalam diri remaja. Remaja merupakan aset negara sewajarnya benar-
benar mendalami erti kemerdekaan yang penuh maknya ini. Justeru, remaja
seharusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha menggapai hasrat murni
negara dalam melahirkan insan yang berakhlak terpuji dan cinta akan negara yang
berdaulat. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa institusi pendidikan khususnya
sekolah adalah amat penting dalam membentuk remaja yang bakal menerajui dan
memartabatkan nama negara di lensa dunia. Senungguhnya, jika guru kencing berdiri,
sudah pasti murid akan kencing berlari. Sama-samalah kita fikirkan.
Intihanya, semua pihak sewajarnya, bersinergi untuk bersatu hati, sebulat
suara dengan semangat satu Malaysia untuk berusaha mengekalkan semangat
patriotisme dalam diri anak remaja kita. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama
dituruni. Sesunguhnya, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Dengan
berbekalkan semangat tokoh kemerdekaan, kita mampu melahirkan umarak bangsa
yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi. Kita sebagai pewaris bangsa perlu
bersama-sama berganding bahu dan melaksanakan tanggungjawab kita demi
menjamin kemerdekaa negara yang kita cintai sampai bila-bila. Kemerdekaan tanah
air haruslah dipertahan ke akhir hayat kita. Berjuanglah hingga ke ttitsan darah yang
terakhir demi keamanan negara. Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila?
Bersamalah kita mengorak langkah sederap agar kemerdekaan negara terus
terpelihara dan terus dinikmati oleh generasi akan datang yang mampu melakukan
anjakan paradigma untuk negara tercinta. Selamat menyambut kemerdekaan ke-53.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.
Karangan Contoh : Usaha Memperkenal dan Mempopular
Budaya Kita
Karangan Lengkap Usaha memperkenalkan dan mempopularkan
seni dan budaya kita
Usaha yang utama dalam hal ini ialah peranan daripada pihak
kerajaan. Pihak kerajaan bolehlah menggalakkan orang ramai untuk
menampalkan iklan-iklan atau poster-poster pada bangunan-bangunan,
bas-bas awam ataupun teksi-teksi untuk mempromosikan seni dan budaya
yang terdapat di negara kita. Dengan cara ini, seni dan budaya kita akan
dikenali oleh pelancong-pelancong yang datang ke negara kita.
Selain itu, pihak sekolah bolehlah memainkan peranan dalam hal
ini. Pihak sekolah boleh mengadakan hari terbuka yang memasukkan
program pertukaran pelajar antara negara. Contohnya, sebilangan pelajar
terpilih dari negara kita akan ke luar negara dan sebilangan pelajar dari
luar negara berkunjung ke negara kita. Jadi jelaslah di sini bahawa
dengan cara ini seni dan budaya negara kita akan dipromosikan.
Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada
diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis
yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan
dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya
digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan
dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan
diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi
kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya.
Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding
kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah
gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit,
mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada
kesengsaraan dan sebagainya.
Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk
memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang
semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk
memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka
perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil
berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja
dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu
menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang
tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke
perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan
agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak
dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan
oleh institusi kekeluargaan.
Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh
memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah.
Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain
program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem
ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih
berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dahad dan
menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi
kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan
lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan
seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera
mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah
kembali.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah.
Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa
membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa
diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja
kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya
menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh
sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan
yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut
hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam
membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.
Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan
keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi
banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa
berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah
ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk
menabung.
Last edited by Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:31 pm; edited 1 time in total
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06
Faedah Membaca
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:30 pm
Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam
sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada
seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu
tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan
seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini
memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era
moden yang penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan
murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli
majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat
mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu
terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu
memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada
pembacanya dengan mudah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini
kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini
akan terus wujud dalam diri seseorang itu.
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06
Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:33 pm
Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita
untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak
pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Malah mereka amat
menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita.
Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu.
Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari
gantinya semula.
Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat
membalas jasa ibu kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada
kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas
sekalipun.
Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi
di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih
sayang yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa
dan pengorbanan ibu terhadap kita.
Last edited by Ivy99 on Wed Aug 11, 2010 5:43 pm; edited 1 time in total
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06
Faedah Bergoyong-royong
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:34 pm
Hadirin sekalian,
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga
hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa
tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana
berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita
sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu
mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak
bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06
Cara-cara menjaga kesihatan diri
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:36 pm
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling
rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh
sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap
sebarang serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06
Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia.
Bincangkan
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:37 pm
Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat
sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam
kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.
Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan
seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh
bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang
dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan
atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit
sahaja.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan
yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor
penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr.
Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat
bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam
kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan
tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja
dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-
royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu
generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan
yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong
memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian
kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang
pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,
hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan
sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang
berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing
kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling
dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur
dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah
menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita
berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil
menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada
peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan
kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu
memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
Contoh 1.
Marcapada ini, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat berbilang kaum. Persoalannya,
apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka juga merupakan satu langkah yang baik untuk memupuk
semangat kejiranan. Ini kerana, di rumah terbuka kita boleh saling bertegur sapa dan berkenalan
dengan lebih mendalam jiran tetangga kita.
Menziarahi jiran tetangga yang sakit amat digalakkan kerana kita bukan sahaja dapat menzahirkan
simpati tetapi secara tidak langsung dapat mengurangkan perasaan tertekan pesakit. Di samping itu,
kita juga dapat mengenali jiran tetangga dengan lebih dekat.
Contoh 2.
Marcapada ini, semangat kejiranan dalam masyarakat kita semakin luntur. Sehubungan itu,
langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan.
Antara langkah memupuk semangat kejiranan ialah selalu menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Misalnya, ketua kampung boleh mengadakan gotong royong satu kali sebulan dan melibatkan semua
penduduk dalam kegiatan ini. Dengan ini, nilai toleransi dan semangat bekerjasama dapat disemai.
Selain itu, menghadiri rumah terbuka juga boleh memupuk semangat kejiranan. Dengan menghadiri
rumah terbuka, jiran-jiran boleh bergaul dan berbual bersama-sama tanpa mengira kaum supaya
hubungan sesama tetanga lebih mesra.
Menziarahi jiran tetangga yang sakit bukan sahaja memupuk perasaan kasih sayang dan saling
hormat-menghormati. Mereka akan rasa disayangi oleh jiran-jiran kerana ada yang mengambil berat
ketika mereka sakit.
Natijahnya, langkah-langkah ini perlu dilaksanakan demi memupuk semangat kejiranan yang lebih
kental dikalangan masyarakat.
Soalan.
Hampir setiap hari media massa membuat liputan tentang peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Rangka karangan.
Pendahuluan.
Media massa banyak memaparkan berita tentang peningkatan kadar kemalangan jalanraya.
Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat, terutamanya di musim perayaan.
Isi
Peranan pihak polis - Ops Sikap - menjalankan pemeriksaan di jalanraya - musim perayaan.
Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan - lesen memandu
Servis Kenderaan
Sikap pemandu
Keadaan jalanraya
Penutup
Berpadu tenaga - mengurangkan kadar kemalangan jalanraya
Contoh karangan. (Siti Munirah Kamarudin, Tingkatan 3I, SMK Tun Mutahir, 2011)
Media massa sering memaparkan berita mengenai peningkatan kadar kemalangan jalanraya. Isu ini
sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya pada musim perayaan.
Terdapat beberapa langkah yang bole diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun ini. Antara langkah-langkah bagi menangani peningkatan kadar
kemalangan jalanraya ialah peranan pihak polis. Peranan polis amat penting dalam memastikan
peningkatan kadar kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada musim perayaan iaitu dengan
mengadakan Ops Sikap atau sekarang dikenali pula dengan Ops Selamat. Ops Sikap ialah satu operasi
keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan
pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari
Natal dan Tahun Baru Cina.
Selain itu, pihak media massa juga sering mengiklankan di kaca-kaca tv dan radio supaya pemilik
kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan
balik ke kampung. Penyelenggaraan enjin dan tayar amat penting untuk memastikan kenderaan anda
berada pada tahap terbaik agar perjalanan anda menjadi lancar.
Sikap pemandu yang lalai dan terburu-buru seringkali menjadi faktor utama berlakunya kemalangan
jalanraya. Sikap pemandu yang lalai dapat dilihat apabila seorang pemandu bas tertidur kerana letih
mencari nafkah untuk diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal seperti ini, pemandu bas sepatutnya
berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat yang banyak disediakan di sepanjang lebuhraya. Akibat
sikap pemandu tersebut yang lalai dan terburu-buru untuk meneruskan perjalanan boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan hingga menyebabkan kecederaan parah atau kematian. Sehubungan itu,
pemandu-pemandu amat digalakan untuk memastikan diri sentiasa cergas dan tidak mengantuk
semasa memandu. Janganlah diikutkan sangat perasaan bak kata pepatah, 'ikut hati mati, ikut rasa
binasa'.
Seterusnya keadaan jalanraya yang berlubang-lubang dan tidak rata juga sering menyebabkan
berlakunya kemalangan. Dalam hal ini, Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan yang terlibat dalam
penyelenggaraan jalanraya perlulah menjalankan peranan masing-masing dengan membaikpulih
jalanraya yang rosak. Janganlah tunggu sehingga berlaku kemalangan baru hendak dibaikpulih.
Konklusinya, semua pihak harus memerah keringat dalam mencapai matlamat kita yang satu iaitu
mengurangkan kadar kemalangan jalanraya terutamanya di musim perayaan. Oleh itu, kita semua
hendaklah berusaha dan berganding bahu dalam membendung kemalangan jalanraya yang semakin
berleluasa.
Bahagian A - Punca kemerosotan disiplin dalam kalangan
pelajar
Kebelakangan ini, kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin ketara.
Banyak sebab yang punca kepada gejala ini.
Punca utama ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar sekarang lebih
mementingkan keseronokan dan gemar bertindak liar. Hal ini demikain kerana
mereka mudah dipengeruhi oleh rakan sebaya.
Selain itu, remaja yang berbabit dalam salah laku ini lazimnya mempunyai ibu
bapa yang juga bermasalah. Ibu bapa sibuk mencari wang hingga kurang
memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada kalanya mereka bergaduh di
hadapan anak mereka. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan depada si
anak.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak sekolah mengenakan hukuman yang
terlalu keras terhadap pelajar yang bermasalah. Hal yang demikian akan
menyebabkan pelajar bertambah tertekan dan takut untuk ke sekolah. Untuk
mengatasi tekanan, mereka akan ponteng sekolah, merokok, melakukan vandalism
dan pelbagai perbuatan negative yang lain.
Para pelajar baka pemimpin masa depan dan harus dibentuk dengan nilai-nilai
murni dan peribadi yang mulia. Oleh itu, semua pihak perlu bijak memainkan
peranan masing-masing dalam usaha mengatasi kemerosotan disiplin pelajar.
Bahagian A - Hobi yang berfaedah
Hobi ialah kegemaran yang kita lakukan pada waktu lapang.Kita harus memilih hobi yang
berfaedah yang mendatangkan kebaikan kepada kita.
Antara hobi yang berfaedah ialah membaca buku. Dengan membaca buku, kita dapat
memperkaya perbendaharaan kata. Kita juga dapat menambah pengetahuan. Membaca buku cerita
pula dapat memberi kita hiburan dan keseronokan.
Memancing ikan juga hobi yang berfaedah. Kita dapat memupuk kesabaran dalam diri kita
melaui memancing kerana kita perlu menunggu agak lama sebelum pancing kita mengena.
Memancing juga memberi kita peluang untuk menenangkan fikiran.
Selain itu, hobi mengumpulkan barangan antik juga sangat berfaedah. Penggemar hobi ini akan
mendapat kepuasan terrsendiri daripada barangan antik yang dikumpulkan. Dia juga dapat
memperoleh keuntungan jika dia menjual barangan antik tersebut kerana barangan antik itu
biasanya sangat bernilai.
Oleh itu, setiap orang harus mengamalkan hobi. Dengan adanya hobi, kita dapat menghabiskan
masa lapang kita secara berfaedah.
Bahagian A - Manfaat gotong-royong
Gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja bersama-sama. Amalan ini telah
diamalkan oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Banyak manfaat dapat kita peroleh
daripada gotong-royong.
Dengan bergotong-royong, sesuatu kerja itu akan menjadi mudah dan dapat dilakukan
dengan cepat. Sebagai contoh, kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar sesuatu taman
perumahan tidak harus diletakkan pada bahu sesetengah penduduk sahaja. Semua
penduduk taman perumahan wajar bekerjasama untuk melakukan kerja itu, bak kata
pepatah "yang berat sama idpikul, yang ringan sama dijinjing".
Gotong-royong juga dapat menjimatkan perbelanjaan untuk melakukan sesuatu kerja.
Hal ini demikian kerana semua orang menyumbangkan tenaga dan masa mereka untuk
gotong-royong itu. Peralatan dan pengangkutan pula biasanya disediakan oleh pihak
berkuasa tempatan.
Seterusnya, gotong-royong dapat mewujudkan persefahaman dan semangat muhibah
dalam kalangan masyarakat. Gotong-royong biasanya disertai oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum. Oleh itu, mereka dapat saling mengenali dan beramah
mesra.
Tegasnya, gotong-royong memang berfaedah kepada masyarakat. Amalan ini harus
dalam generasi muda.
Bahagian A - Cara untuk mengatasi Vandalisme
Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam seperti telefon awam dan tong
sampah. Gejala itu kerap dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengatasi gejala ini, beberapa
carfa dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Cara yang pertama ialah mengadakan kempen antivandalisme melalui poster dan ceramah.
Selain pihak berkuasa, sekolah juga perlu lebih aktif dalam mengadakan ceramah kesedaran dan
pertandingan yang berkaitan dengan antivandalisme. Ibu bapa pula perlu mendidik anak-anak
supaya menghargai kemudahan awam.
Selain itu, kamera litar tertutup harus dipasang di tempat-tempat yang sering berlakunya
vandalisme. Cara ini akan sedikit banyak dapat menghindari orang yang melakukan vandalisme
daripada berbuat demikian. Jika mereka berbuat demikian, perbuatan mereka akan dirakam dan
mereka dapat dikesan serta dibawa ke muka pengadilan.
Seterusnya, hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang melakukan vandalisme.
Hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Mungkin orang yang didapati bersalah atas vandalisme
boleh dikenakan hukuman penjara. Hukuman ini pasti akan menakutkan orang yang kerap
melakukan vandalisme.
Tegasnya, usaha untuk menangani vandalisme tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak
berkuasa sahaja. Pihak sekolah, ibu bapa, dan orang ramai perlu memainkan perana mereka.
Bahagian A - Cara-cara untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan
Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai car dapat
dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar membaca
contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anaka-anak
yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal
lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh
mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan,
minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca
telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang
digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan
boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk
membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak
memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi
sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini
dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian
mereka.
Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam
kehidupan
Sering kali kita terdengar masalah pengangguran graduan tempat meniti dari mulut ke
mulut masyarakat. Walaupun telah beberapa puluh syarikat didatangi Melayu yang
menghadapi masalah tersebut kerana mereka sering tersisih apabila bersaing dengan
pelajar bukan Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Lebih parah lagi apabila
kawasan tertentu orang Melayu begitu fanatik terhdap agama, sehingga menolak segala
unsur yang berbaur asing. Tegasnya, kepentingan bahasa Inggeris perlu disedari oleh
semua rakyat supaya negara kita tidak ketinggalan dan dipadang enteng oleh kuasa luar.
Dasawarsa ini, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar di dunia. Ekonomi dunia juga
boleh dikatakan telah dikuasai oleh negara tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa
antarabangsa memandangkan negara asal bahasa tersebut mendominasi dunia dari segi
ekonomi dan kemajuan teknologi. Justeru, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa
utama dunia dan menjadi wahana komunikasi antara wakil ataupun pedagang asing
dalam sebarang urusan. Sebab itulah, penguasaan bahsa Inggeris amat penting untuk
kemajuan kendiri dan ekonomi negara.
Di samping itu, sektor swasta yang kalian meluas di negara kita menambahkan
kepentingan bahasa Inggeris. Seperti yang kita maklum, sektor swasta kebanyakannya
dikuasai oleh orang Barat, jadi sudah tentu kemahiran bahasa Inggeris dengan lancar
menjadi kritera utama dalam menggaji pekerja. Senario ini bercanggah dengan polisi
sektor kerajaan yang mementingkan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat dan
berkomunikasi. Jadi, kebanyakan orang Melayu hanya dapat bekerja di sektor kerajaan
berbanding dengan orang bukan Melayu yang dapat memegang jawatan tinggi di sektor
swasta. Fenomena ini bukan soal diskriminas, sebaliknya sebabkan kemampuan orang
bukan Melayu berkomunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa. Sekiranya, fenomena ini
berterusan, sudah tentu negara kita tidak akan berkembang maju dan dipercayai lam-
kelamaan akan ditelan oleh kuasa asing.
Selain itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohammad ingin menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian
menuntut rakyat negara ini gigih berusaha untuk menghala ke arah tersebut. Koridor
raya multimedia (MSC) yang menampilkan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengurusan dan pengendalian maklumat serta pekhidmatan, tidak mengetepikan bahasa
Inggeris. Sudah tentu pelabur asing akan berlumba-lumba datang ke negara kita untuk
membina kilang, industri dan menjadi rakan kongsi. Pada masa itu, bahasa dan negara.
Kepentingan bahasa Inggeris bukan sahaja dirasai oleh masyarakat negara kita yang
sedang pesat membangun, tetapi juga oleh masyarakat Jepun dewasa ini. Walau
bagaimanapun, bahasa antarabangsa ini masih asing bagi negara Jepun berbanding
negara kita. Jadi, kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan secepat mungkin untuk
merancakkan pembangunan negara kita.
Satu lagi fenomena yang ketara ialah semua tokoh politik negara kita mahir berbahasa
Inggeris. Meraka yang menceburi politik dan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris
dengan fasih tidak berpeluang untuk naik ke peringkat menteri kabinet. Sama juga dalam
pemilihan pemimpin negara. Sudah tentu kita tidak mahu seorang pemimpin yang tidak
mampu berbahasa Inggeris memimpin negara kita dan dipandang enteng oleh negara
asing. Tokoh-tokoh negara di petingkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) akan menyuarakan pendapat mereka dalam bahasa Inggeris.
Kalau sudah fasih berbahasa Inggeris, kita tidak memerlukan penterjemeh. Pada masa
itu, nescaya negara kita akan dihormati oleh negara lain.
Kesimpulannya, dunia ini didominasi oleh Bahasa Inggeris. Suka atau tidak. Kita
terpaksa akur dengan senario ini. Kita perlu mengambil tindakn segara untuk meluaskan
penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan orang Melayu supaya tidak
ketinggalan dalam semua aspek. Dalam proses pencapaian Wawasan 2020, kebolehan
penguasaan bahasa dunia juga merupakan satu daripada kriteria. "Melentur buluh
biarlah daripada rebungnya", demi kegemilangan negara dan masa depan generasi
muda, semua pihak perlu berganding bahu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan bahasa Inggeris. "Malaysia Boleh!"
Amalan Gaya Hidup Sihat
Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan
gaya hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman
yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat.
Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan
dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar
dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu,
senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup
yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya
hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan
tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia
memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia
akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada
esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada
kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan
tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki
gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan
zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah
bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang
memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi
yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih
matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu
mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.
Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di
sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk.
Begitu juga, institusi sekolah merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan
semangat patriotisme anak bangsa, di samping berfungsi sebagai tempat pendidikan
akademik dan kemahiran.
Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan
pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah
sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan
satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan
untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul,
memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli
mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan
buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau
berkumpulan.
Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan,
malah ia semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang
mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima
orang pelajar seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru
ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang
melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah melahirkan kebimbangan
dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan suasana
yang tidak aman dan selamat di sekolah.
Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia
memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi
memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan
samseng. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin
membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.
Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar
belakang keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah
serta media massa. Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan
persekitaran serta budaya sekolah amat mempengaruhi perkembangan seseorang individu.
Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada
anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap pemilihan rakan sebaya oleh anak-
anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak mereka terlibat.
Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru
merupakan ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa
kepada pelajar di sekolah, para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-
tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat
pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah identitinya dengan mendiamkan diri
dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda seseorang pelajar itu mungkin
dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan
yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini, ia dapat membanteras
anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini.
Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu,
namun individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan
datang akibat daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan
rasional bahawa penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini bukan sahaja meningkatkan
kadar jenayah di Malaysia tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang
pelajar. Ini secara tidak langsung memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa
buli.
Cara menghargai jasa warga tua
Cara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua.
Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga dan negara. Namun,
banyak jasa mereka telah dilupakan. Terdapat anak-anak yang menghantar
ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.
Sepanjang panjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang
pelancong menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Oleh itu,
langkah-langkah perlu diambil untuk memajukan lagi industri ini.
Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong adalah
dengan mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah.
Penyediaan hotel, chalet, tandas, pengangkutan, bekalan air dan elektrik adalah penting
untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau terlewat
sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan, misalnya untuk ke Taman Negara dan
lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku juga masalah tandas yang terhad dan berbau
busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga
agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini.
Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya
lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong.
Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis
menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan,
menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu
dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
Pendahuluan:
*Penjimatan elektrik - antara langkah untuk memelihara bumi - pelbagai cara penjimatan
elektrik.
Cadangan Isi:
*Memadamkan suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan - menjimatkan elektrik -
memanjangkan jangka hayat peralatan.
*Mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan - contohnya penyaman udara - 20 darjah
celsius kepada 24 darjah celsius - menjimatkan 33 peratus tenaga elektrik.
*Menggantikan model peralatan lama - model yang menjimatkan kuasa elektrik.
Penutup:
*Penjimatan elektrik - menjimatkan sumber asli - meringankan bebanan kos hidup - mesra
alam.
Karangan Rangsangan 2
Pendahuluan:
*Merokok - tabiat yang tidak baik - banyak keburukan.
Cadangan isi:
*Membahayakan kesihatan - 4000 jenis bahan kimia - 63 jenis - menyebabkan barah.
*Mencemarkan persekitaran - 10 hingga 15 peratus kesan pencemaran - orang-orang di
sekeliling perokok - menghidu asap rokok - turut menanggung kesan.
*Membazirkan wang - kos membeli rokok - kos rawatan perubatan.
*Mendorong kepada penagihan dadah - penagih dadah bermula dengan merokok.
Penutup:
*Tabiat merokok memudaratkan - wajar dihentikan.
Karangan Rangsangan 3
Pendahuluan:
*Kenaikan harga barang - berlaku di seluruh dunia - kenaikan harga petroleum dan komoditi
utama - pelbagai langkah mengurangkan bebanan kos hidup.
Cadangan isi:
*Membeli barangan secara pukal - mengurangkan kos sampingan.
*Membuat perbandingan harga - lebih nilai bagi wang yang dibelanjakan.
*Mengawal penggunaan kad kredit - punca sikap boros berbelanja.
*Melakukan kerja sampingan - menambahkan pendapatan.
Penutup:
*Pengguna yang bijak - mampu mengurangkan bebanan kos hidup.
Kebaikan Amalan Gotong-Royong
Kebaikan Amalan Gotong-Royong
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-
sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di
bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam
masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam
kehidupan seharian.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.
Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung,
majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam
sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam
kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang
dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya,
gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan
cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah
keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika
sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja
dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat
menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah
bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk
sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat
penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya,
dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan,
perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya,
dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat
dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada
pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang
diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan
semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup
bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.
Kebaikan dan keburukan internet kepada
masyarakat.
Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus
mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang
disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-
sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil
tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil
makanan yang berkualiti sahaja.
Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan
melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan
kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan
membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak
yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan
pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak
kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang
daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak
kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang
stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian
kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah
berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan
jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan
menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat
Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara
dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk
menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.
Langkah-langkah untuk memupuk semangat
perpaduan
Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau
lebih dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan
pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam
konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan
perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan
perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak
langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan
akan bertambah utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan
penting dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun
Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi.
Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-
padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut
bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati
adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi
mengelakkan konflik antara kaum .
Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa
generasi muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di
sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang
diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk
mewujudkan interaksi antara generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan
sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan
mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil
menyelam minum air".
Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa
Malaysia kepada anak-anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu
bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai
hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib
menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai
analoginya , generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk
pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup
dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan
perpaduan dalam tanah air sendiri .
Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan
merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni. Untuk
merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi
perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai
aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar
,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen
masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan .
Langkah mengatasi masalah pencemaran air
sungai .
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah
perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di
sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan
pengurusan penyelenggaraan.
Rumusan.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu
dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan
pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah
mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus
menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.
Punca berlakunya gengsterisme dan langkah-
langkah untuk mengatasinya.
Soalan: Gejala samseng dan gengster di sekolah menengah di seluruh
negara membuktikan bahawa pelajar telah berani mencabar undang-undang
negara dan peraturan sekolah.
Huraikan punca berlakunya gengsterisme dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Jawapan cadangan:
Hakikat bahawa gejala samseng dan gengster di sekolah menengah di seluruh negara
membuktikan pelajar telah berani mencabar undang-undang negara dan peraturan sekolah
memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak.
Pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama berlakunya gengsterisme di sekolah
menengah. Hal ini demikian, kerana kumpulan gengster akan mendorong pelajar lain terlibat
dalam gejala gengster. Malahan, perbuatan samseng dan gengster adalah menjadi syarat
terhadap ahli sesuatu kumpulan. Mereka bukan sahaja mengugut secara berkumpulan, tetapi
juga membuli, bergaduh malah mencederakan pelajar lain di sekolah. Selain itu, mereka turut
melakukan kegiatan gengster demi mempertahankan maruah kumpulan. Mereka sanggup
menyahut cabaran dari kumpulan lain supaya bertapak kukuh dalam sekolah. Jelasnya,
pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya gengsterisme.
Kekurangan pendidikan agama dan moral turut menjadi punca berlakunya gengsterisme.
Pendidikan agama dan moral bukan sahaja dapat membentuk modal insan yang berakhlak
mulia pada masa hadapan tetapi juga dapat menerapkan nilai-nilai murni pada diri seseorang
pelajar. Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan oleh pelajar membolehkan mereka bertindak
berdasarkan amalan yang baik. Malangnya, guru-guru di sekolah kurang memberi pendidikan
agama dan moral kepada pelajar kerana menganggap pendidikan ini kurang penting
berbanding subjek lain.
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah gengsterisme di
sekolah.Pihak sekolah harus melibatkan semua pelajar dalam aktiviti persatuan mahupun
kelab. Kebanyakan pelajar terlibat dalam gejala gengster berpunca daripada masa yang
terluang. Dengan mempelbagaikan aktiviti persatuan di sekolah, hal ini dapat menarik
perhatian dan penyertaan daripada semua pelajar dalam sekolah. Oleh itu, guru penasihat
wajar menambahkan aktiviti yang dapat menarik penyertaan para pelajar untuk mengatasi
gejala gengster di sekolah menengah.
Selain itu, kempen cegah jenayah wajar dilaksanakan. Pihak sekolah boleh menjemput
bekas-bekas penjenayah datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Hal ini merupakan
langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekas penjenayah dapat menyampaikan
pengalaman dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka kepada para pelajar di
sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mendapat kesedaran malah menanam
azam yang tinggi supaya meninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah
jenayah wajar dijalankan untuk membendung masalah gengsterisme.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah gengsterisme di
sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah,
malah kemajuan turut dicapai.
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran
dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya
boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang
mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang
harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri
ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan
mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka
lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak
menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap
mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik.
Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan
menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak
berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang
menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini.
Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan
raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan
terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal
kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang
panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya
dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap
pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita
semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang
masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga.
Pandu cermat jika selamat.