Croatia
Rencana ini perlu dikemas kini.(Februari 2023) |
Croatia (Croatia: Hrvatska , disebut [xř̩ʋaːtskaː]), secara rasmi dipanggil Republik Croatia (Croatia: Republika Hrvatska , sebutan (bantuan·info)),[e] ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan. Ibu negaranya Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di selatan, serta sempadan laut dengan Itali di barat. Ia adalah calon untuk NATO.
Republik Croatia ريڤوبليك كرواتيا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: "Lijepa naša domovino" ("Tanah Air Kami yang Indah") | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Zagreb[b] 45°48′N 16°0′E / 45.800°N 16.000°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Croatia[c] | ||||
Sistem tulisan | Rumi[d] | ||||
Kumpulan etnik (2021) |
| ||||
Agama (2021) | |||||
Kerajaan | Republik berparlimen unitari | ||||
• Presiden | Zoran Milanović | ||||
Andrej Plenković | |||||
Gordan Jandroković | |||||
Badan perundangan | Sabor | ||||
Sejarah penubuhan | |||||
• Duchy | Abada ke-9 | ||||
• Kerajaan | 925 | ||||
• Kesatuan peribadi dengan Hungary | 1102 | ||||
• Menyertai Habsburg | 1 Januari 1527 | ||||
• Keluar Austria-Hungary | 29 Oktober 1918 | ||||
4 Disember 1918 | |||||
25 Jun 1991[5] | |||||
12 November 1995 | |||||
• Kemasukan ke Kesatuan Eropah | 1 Julai 2013 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 56,594 km2 (21,851 bt2) (ke-124) | ||||
1.09 | |||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk 2021 | 3,871,833[6] (ke-128) | ||||
68.4/km2 (177.2/sq mi) (ke-152) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲$150 billion[7] (ke-83) | ||||
▲$37,549 [7] (ke-51) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲$69.38 billion [7] (ke-83) | ||||
▲$17,318[7] (ke-66) | |||||
Gini (2020) | 28.3[8] rendah | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.858[9] sangat tinggi · ke-40 | ||||
Mata wang | Euro ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Format tarikh | dd. mm. yyyy. (CE) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +385 | ||||
Kod ISO 3166 | HR | ||||
DPT internet |
Perjanjian Dayton atas tajaan Amerika Syarikat telah ditandatangani pada 21 Nov 1995 bagi menyelesaikan masalah negara Yugoslavia yang retak selepas regim Soviet dan Jerman Timur runtuh pada 1989. Sistem komunis / sosialis tidak lagi mendapat tempat di kalangan negara-negara Blok Komunis.
Penamaan
suntingNama setempat negara tersebut Hrvatska (dalam Arebica: حرواتسقا) serta nama Latinnya Croātia terbitan حروات Hrvat serapan akar Slav Barat Laut *Xərwate metatesis kata akar Slav Umum *Xorvat turunan Proto-Slav *Xъrvátъ mungkin ditulis dalam Batu-Batu Bersurat Tanais bertarikh abad ke-3 yang diyunanikan sebagai Χοροάθος (Khoroáthos , juga terumi sebagai Khoróatos dan Khoroúathos ).[11] Asalnya tidak pasti tetapi barangkali kuatnya dari akar Proto-Osetia / Alan *xurvæt- atau *xurvāt- bererti "pelindung".[12] Suatu bentuk lain nama asal ini turut diabadikan dalam serangkap syair cinta ringkas bertajuk خيروات توركيسى Chirvat Türkisi ("Lagu Rakyat Khirwat/Croat") dicatatkan seorang jurubahasa Turki bernama Mehmed di Transilvania pada sekitar 997 Hijrah atau 1588 Masihi yakni semasa zaman pemerintahan Sultan Murad III.[13]
Sejarah
suntingPuak Croatia datang ke provinsi-provinsi empayar Rom di Dalmatia dan Pannonia pada abad ke-7 dan akhirnya diserap ke dalam kaum Illyria-Rom asli yang lebih besar serta puak Slav yang baru tiba. Diperintah oleh berbagai-bagai raja Croatia, duci-duci ini sekali-sekala dikuasai oleh Empayar Byzantium dan Empayar Frank. Akhirnya, Croatia menjadi sebuah kemaharajaan yang merdeka pada tahun 925 Masihi, apabila Raja Tomislav dimahkotai sebagai raja Croatia yang pertama melalui sebuah dekri Paus.
Croatia mengekalkan kemerdekaannya sehingga tahun 1102 apabila selepas pergelutan dalaman berdekad-dekad, negara itu menyertai penyatuan dinasti dengan Kemaharajaan Hungary di bawah nama "Tanah-tanah Kerajaan Silara St. Stephen". Kenegaraan Croatia dikekalkan melalui sebilangan institusi, khususnya Sabor yang merupakan perhimpunan golongan bangsawan Croatia, dan ban atau wazurai. Tambahan pula, orang-orang bangsawan Croatia mengekalkan tanah-tanah dan gelaran-gelaran mereka.
Menjelang pertengahan dekad 1400-an, kemaharajaan Hungary dilemahkan oleh peluasan Empayar Otoman ketika kebanyakan kawasan gunung-ganang yang kini dikenali sebagai Bosnia dan Herzegovina jatuh kepada tentera Turki. Pada waktu yang sama, hampir kesemua Dalmatia menjadi kepunyaan Venice. Dubrovnik merupakan sebuah negara kota yang pada mulanya dikuasai oleh Empayar Byzantin dan Venice tetapi kemudian, berbeza dengan negara-negara kota Dalmatia yang lain, mencapai kemerdekaan sebagai Republik Ragusa, walaupun ia sering di bawah kedaulatan kuasa-kuasa berjiran.
Perang Mohács pada tahun 1526 menyebabkan Parlimen Croatia memilih keluarga kerabat Habsburg untuk naik takhta Croatia. Pemerintahan Habsburg akhirnya menghalang peluasan Otoman dan menjelang abad ke-18, banyak wilayah Croatia yang dahulu dikuasai oleh Empayar Otoman dipindahkan ke bawah kuasa Austria. Bentuk sabit tanah-tanah Croatia dikekalkan sebagai tanda sempadan untuk kemaraan Otoman ke dalam Eropah. Di selatan, Istria, Dalmatia, dan Dubrovnik dipindahkan kepada Pemerintahan beraja Habsburg antara tahun 1797 dan tahun 1815.
Selepas Perang Dunia I, Croatia menyertai Negara Orang-orang Slovenia, Croatia dan Serbia. Tidak lama kemudian, negara bersama ini bersatu dengan Serbia untuk membentuk Kemaharajaan Serbia, Croatia, dan Slovenia, yang akhirnya menjadi Kemaharajaan Yugoslavia pada tahun 1929. Selepas Jerman dan sekutu-sekutu Paksinya menyerang Yugoslavia pada April 1941, pihak Nazi membenarkan Ustaše, pertubuhan sayap kanan terlampau yang disokong dan dianjur oleh penyokong-penyokong fasisme Itali, untuk mengasaskan "Negara Merdeka Croatia". Rejim baru ini amat bergantung kepada sokongan Jerman untuk kewujudannya. Banyak kem tumpuan telah diasaskan di Croatia antara tahun 1941 dan tahun 1945, apabila banyak orang Serbia, Yahudi, Gipsi, penyokong anti-fasisme Croatia, dan orang-orang lain dibunuh atas alasan-alasan ras, agama, atau politik. Apabila kuasa-kuasa Paksi ditewaskan di Croatia oleh para penyokong anti-fasisme, Majlis Anti-Fasisme Negara untuk Pembebasan Rakyat Croatia (ZAVNOH) mengisytiharkan Republik Rakyat Croatia yang menjadi salah satu daripada enam republik sosialis di dalam persekutuan Yugoslavia.
Bersama-sama dengan Slovenia, Croatia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada 25 Jun 1991 dan dengan itu, mencetuskan Perang Kemerdekaan Croatia. Penduduk-penduduk Serbia yang tinggal di Croatia memberontak dan disokong oleh angkatan-angkatan tentera Yugoslavia dan kumpulan-kumpulan pelampau separa tentera dari Serbia. Bulan-bulan yang menyusul melihat pertempuran antara Tentera Croatia yang baru ditubuhkan dengan angkatan tentera Yugoslavia/Serbia bersama. Selepas peringkat perang ini, kemerdekaan Croatia diakui secara antarabangsa. Semasa perang, penduduk-penduduk Serbia Croatia mengisytiharkan negara sendiri di kawasan-kawasan yang mereka merupakan etnik majoriti, baik secara mutlak atau relatif. Mereka menggelar negara mereka sebagai "Republik Krajina Serbia". Bagaimanapun, negara itu tidak menerima pengakuan antarabangsa dan tidak kekal lama. Perang itu akhir pada tahun 1995, selepas tentera darat Croatia berjaya melancarkan dua operasi ketenteraan yang utama untuk mengambil alih kawasan-kawasan yang diduduki. Perang itu mengakibatkan beratus-ratus ribu pelarian daripada kedua-dua pihak, dan beribu-ribu orang dibunuh, baik dalam perang mahupun oleh penghapusan bangsa.
Ketika kematian Franjo Tuđman, presiden Croatia moden yang pertama, pada Disember 1999, negara ini berada di dalam keadaan yang sangat teruk. Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) hilang kuasanya selepas pilihan raya presiden dan parlimen pada permulaan tahun 2000 yang membawa ahli-ahli politik era baru yang berjanji untuk membaharui politik dan ekonomi serta mengintegrasikan Croatia ke dalam aliran utama Eropah. Kerajaan campuran tengah-kiri diketuai oleh Parti Demokratik Sosial (SDP) sehingga November 2003, apabila HDZ yang dibaharui membentuk kerajaan minoriti. Presiden Stjepan Mesić yang berasal daripada Parti Rakyat Croatia-Demokrat Liberal (HNS) dua kali dipilih pada tahun 2000 dan 2005. Perlembagaan telah diubah untuk memindahkan kuasa daripada presiden kepada parlimen. Croatia menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia dan membuka ekonominya supaya dapat mengembangkannya sementara mengawal inflasi. Croatia menyertai rancangan Perkongsian untuk Keamanan di bawah NATO dan menjadi calon rasmi untuk keahlian dalam perikatan itu. Menjelang awal tahun 2003, Croatia telah mencapai kemajuan yang mencukupi untuk memohon keahlian Kesatuan Eropah dan menjadi negara calon Kesatuan Eropah yang kedua daripada bekas Yugoslavia (selepas Slovenia yang menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004). Perundingan-perunding penerimaan dibuka pada 3 Oktober 2005, dan negara ini dijangka akan menjadi sebuah negara ahli Kesatuan Eropah pada tahun 2009 atau 2010.
Demografi
suntingCroatia mempunyai penduduk sebanyak 4,493,312 (anggaran Julai 2007) [14]
Kumpulan-Kumpulan Etnik di Croatia
suntingBerikut adalah etnik-etnik di Croatia:-
Etnik | Jumlah Etnik |
---|---|
Albania | 15,000 |
Amerika | 200 |
Austria | 300 |
Bosnia | 21,000 |
British | 900 |
Bulgaria | 300 |
Croat | 4,026,008 |
Czech | 11,000 |
Friulia | 11,000 |
Greek | 500 |
Hungary | 17,000 |
Gipsi Balkan | 4,600 |
Gipsi Sinte | 8,100 |
Gipsi Vlach | 92,000 |
Istro-Romania | 600 |
Itali | 8,800 |
Jerman | 3,000 |
Macedonia | 3,600 |
Montenegro | 5,100 |
Perancis | 80 |
Poland | 600 |
Romania | 500 |
Rusia | 900 |
Ruthenia | 2,400 |
Serb | 265,105 |
Slovak | 5,000 |
Slovenia | 14,000 |
Turki | 300 |
Ukraine | 2,000 |
Yahudi | 500 |
Rujukan
suntingBahasa-Bahasa di Croatia
suntingBerikut adalah bahasa-bahasa yang digunakan di Croatia:-
Bahasa | Jumlah Penutur |
---|---|
Bahasa Albania | 15,000 |
Bahasa Croatia | 4,318,073 |
Bahasa Inggeris | 1,200 |
Bahasa Jerman | 3,300 |
Bahasa Serbia | 212,600 |
Rujukan
suntingAgama-Agama di Croatia
suntingBerikut adalah agama-agama utama di Croatia:-
Agama | Jumlah Penganut |
---|---|
Gereja Roman Katolik | 3,945,128 (2001) [19] |
Gereja Ortodoks Serbia | 197,706 (2001) [20] |
Islam | 58,413 (2001) [21] |
Tiada Agama | 233,652 (2001) [22] |
Nota
sunting- ^ Dalam bahasa minoriti rasmi serta bahasa sampingan utama:
- ^ /ˈzɑːɡrɛb/ ( dengar), ZAG-reb, ZAH-greb, zah-GREB; sebutan Croatia: [zǎːɡreb] ( dengar)
- ^ Selain bahasa Croatia, kaunti mempunyai bahasa serantau rasmi yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan komersial. Di Kaunti Istria, bahasa minoriti ialah berbahasa Itali,[1][2] sementara beberapa kaunti berjirankan Serbia bertutur bahasa Serbia.[3] Bahasa minoriti utama lain— walaupun secara kurang hadir, termasuk: Czech, Hungary dan Slovak.
- ^ Sistem tulisan Croatia secara sah dilindungi oleh Parlimen Croatia. Usaha untuk mengiktiraf skrip minoriti berdasarkan undang-undang antarabangsa, di peringkat tempatan, dipengaruhi penentangan nasionalis.
- ^ Transkripsi AFA "Republika Hrvatska": (sebutan Croatia: [ˈrepǔblika ˈxř̩ʋaːtskaː]).
Rujukan
sunting- ^ "Europska povelja o regionalnim ili manjinskim jezicima" (dalam bahasa Croatia). Ministry of Justice and Public Administration (Croatia). 4 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2013. Dicapai pada 1 December 2018.
- ^ "Census of Population, Households and Dwellings 2011". Zagreb: Biro Statistik Croatia. Disember 2012.
- ^ "Is Serbo-Croatian a language?". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 10 April 2017. Dicapai pada 1 December 2018.
- ^ "Share of Croats in Croatia increases as census results published". 22 September 2022.
- ^ "Zakon o blagdanima, spomendanima i neradnim danima u Republici Hrvatskoj" [Law of Holidays, Memorial Days and Non-Working Days in the Republic of Croatia]. Narodne Novine (dalam bahasa Croatia). 15 November 2019. Dicapai pada 31 May 2021.
- ^ "Census of population, households and dwellings in 2021 - Population by towns/municipalities". Croatian Bureau of Statistics. 7 October 2022. Dicapai pada 24 October 2022.
- ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects".
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Dicapai pada 9 August 2021.
- ^ Human Development Report 2021-22: Uncertain Times, Unsettled Lives: Shaping our Future in a Transforming World (PDF). hdr.undp.org. United Nations Development Programme. 8 September 2022. m/s. 272–276. ISBN 978-9-211-26451-7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
- ^ "Hrvatski sabor – Povijest". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2018. Dicapai pada 10 March 2018.
- ^ Gluhak, Alemko (1993). Hrvatski etimološki rječnik [Croatian Etymological Dictionary] (dalam bahasa Croatia). August Cesarec. ISBN 953-162-000-8.
- ^ Matasović, Ranko (2019), "Ime Hrvata" [The Name of Croats], Jezik (Croatian Philological Society) (dalam bahasa Croatia), Zagreb, 66 (3): 81–97
- ^ von Kraelitz, Friedrich (1911). "Ein kroatisches Lied in türkischer Transkription aus dem Ende des XVI. Jahrhunderts". Archiv für slavische Philologie (dalam bahasa Jerman). 32: 613–5.
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ Joshua Project
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ Joshua Project
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
- ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
Bibliografi
sunting- Agičić et al., Povijest i zemljopis Hrvatske, priručnik za hrvatske manjinske škole (Sejarah dan Geografi Croatia, sebuah buku panduan untuk sekolah-sekolah minoriti Croatia), Biblioteka Geographica Croatica, 292 halaman, Zagreb:2000 (ISBN 953-6235-40-4)
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang Croatia di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Laman web rasmi kerajaan Croatia @ vlada.hr Diarkibkan 2007-02-05 di Wayback Machine
- Fakta-fakta asas, laman web Kementerian Luar Negeri Croatia
- Lembaga Pelancongan Negara Croatia @ croatia.hr
- Maklumat am mengenai Croatia @ www.hr
- Croatia - Gambaran keseluruhan Sejarah, Budaya, dan Sains
- WWW-VL: Sejarah: Croatia
- Maklumat mengenai Croatia
- Croatia - risalah-risalah pelancongan rasmi
- Croatia - hab perjalanan dan pelancongan
- Croatia - fotografi seni halus oleh Tomasz Dziubinski