MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.[1] atau MYTV adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan televisyen digital bebas ke udara dan radio digital untuk Malaysia. Syarikat ini adalah usaha sama antara Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia.[2] Perkhidmatan MYTV terdiri daripada digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menjanjikan pelbagai saluran televisyen percuma kepada penonton tanpa perlu membayar yuran bulanan. Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma. Kotak atas set dan dekoder HD akan diberi secara percuma kepada penerima BR1M.

MYTV Broadcasting
Jenis/bentuk sahKerajaan dan swasta
IndustriPenyiaran, penyedia saluran televisyen digital terestrial
Ditubuhkan19 November 2014; 10 tahun yang lalu (2014-11-19) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Ibu pejabatCyberjaya, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh penting
KeluaranPenyiaran televisyen
PemilikAltel Holdings
Tapak webwww.mytvbroadcasting.my
www.mana2.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

سجاره | Sejarah

لاتر بلاکڠ شريکت | Latar Belakang Syarikat

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) adalah pemegang lesen yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan TV Terestrial Digital atau Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia, dalam merealisasikan penghijrahan penyiaran terrestrial analog ke digital ke seluruh negara dengan membina dan mengendalikan sistem myFreeview untuk selama 30 tahun akan datang.[3]

Inisiatif ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah badan yang mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek ini.

Melalui projek DTT ini, infrastruktur dan rangkaian kemudahan yang akan dibangunkan oleh MYTV adalah termasuk hab multimedia digital dan rangkaian pemancar digital TV berkuasa tinggi, sederhana dan rendah yang mampu menampung sehingga 39 definisi standard atau 13 definisi tinggi saluran TV digital di peringkat awal. Pada peringkat akhir migrasi ke digital, dijangkakan 75 peratus liputan untuk antena dalam rumah mudah alih dan 25 peratus antena di atas bumbung akan dicapai di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada proses migrasi DTT ini, sewaktu tempoh siaran serentak (simulcast) mencapai sehingga 98% liputan penduduk, iaitu tempoh di mana kedua-dua analog dan isyarat digital dipancarkan ke kediaman di seluruh Malaysia, MYTV adalah komited untuk menyediakan kapasiti saluran secara percuma kepada penyiar sedia ada dan Pembekal Kandungan, Aplikasi dan Perkhidmatan (CASPs). Dalam membawa DTT ke seluruh negara juga, MYTV akan menggunakan semua spektrum RF yang sedia ada dengan penggunaan 8 MUXs dan juga dengan pelaksanaan strategi “luar ke dalam” atau “outside-in”, di mana penumpuan awal adalah diberikan kepada kawasan luar bandar dalam memancarkan isyarat DTT.

Dalam memastikan bahawa DTT akan mencapai sekurang-kurangnya 98 peratus isi rumah di Malaysia menjelang 2016, MYTV juga komited untuk membekalkan secara percuma sebanyak dua juta Peralatan Premis Pelanggan atau Consumer Premise Equipment (CPE) yang terdiri dari satu dekoder, antena dan alat kawalan jauh kepada penerima yang layak, berdasarkan senarai yang disediakan oleh Kerajaan. Teknologi DVB -T2 Lite juga akan digunakan sepenuhnya oleh MYTV untuk menguasai pasaran pengguna peralatan mudah alih menjelang tahun 2019.

MYTV tidak membangun atau membekalkan kandungan. Sumber pendapatan utama MYTV adalah dari perkhidmatan kapasiti saluran utama dan perkhidmatan yang ditambah baik (enhanced services) untuk CASPs/ASPs melalui perkhidmatan yang berteraskan 5 tunggak atau dikenali sebagai 5-Pillar Services ("5PS"). Perkhidmatan ini telah direka untuk menjana pendapatan bukan sahaja untuk MYTV, tetapi untuk pemilik saluran dan pihak media yang lain untuk mempunyai peluang sumber pendapatan yang baru dan tidak lagi perlu untuk bergantung semata-mata kepada kaedah pengiklanan tradisional.

Antara perkhidmatan 5Ps adalah Perkhidmatan TV (Pengiklanan EPG, Saluran TV Percuma, Aplikasi Butang Merah dll), Perkhidmatan Radio, Perkhidmatan Berkaitan Internet (seperti Tayangan Bebas Masa, TV Sesawang, Permintaan Video dll), Pekhidmatan Aplikasi dan Dagang (membeli-belah dari rumah, Khidmat Pesanan dll) dan Perkhidmatan Sampingan seperti antara lainnya Aplikasi e-Pembelajaran, TV Media Sosial, Undian dan Talian Hotline.

MYTV juga adalah ahli kepada National Digital Taskforce (NDTF) dan Broadcasters’ Alliance (BA), yang merupakan kumpulan yang dibentuk oleh penyiar saluran TV percuma di Malaysia bagi tujuan penghijrahan DTT. Di bawah BA, MYTV telah ditugaskan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penghijrahan DTT, termasuklah dalam kerterlibatan pemimpin tempatan dan kerajaan.

ۏيسي ناسيونل اونتوق تيليۏيشين تيريستريال ديݢيتل (دي.تي.تي.) | Visi Nasional Untuk TV Terestrial Digital (DTT)

Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma.

منفعت کڤد نݢارا | Manfaat kepada negara

مرڠسڠ ڤرتومبوهن ايکونومي دون ڤلواڠ ڤکرجاءن | Merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan

Dengan penghijrahan ke platform digital, spektrum yang bernilai adalah dibebaskan yang boleh diagihkan semula untuk perkhidmatan lain seperti jalur lebar mudah alih generasi akan datang dan teknologi tanpa wayar. DTT juga membantu dalam perkembangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menawarkan pelbagai peluang kepada industri kandungan tempatan dan kreatif untuk maju lagi ke hadapan.

منفعت اونتوق ڤڠݢونا | Manfaat untuk pengguna

کواليتي سيارن تي.ۏي. (دان جوݢ راديو) يڠ لبيه باءيق | Kualiti siaran TV (dan juga radio) yang lebih baik

DTT menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik dan gambar yang lebih jelas, terang dan tanpa gambar berbalam, bertindih (“ghosting”) atau gangguan. Tidak seperti satelit, DTT tidak akan terjejas oleh cuaca. Sama ada hujan atau panas, penonton dapat menonton siaran tanpa sebarang gangguan.

لبيه باڽق ڤيليهن | Lebih banyak pilihan

DTT boleh menampung lebih banyak saluran berbanding dengan perkhidmatan analog. Ia juga mampu menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti panduan program elektronik, sarikata pelbagai bahasa serta siaran TV berkualiti definisi tinggi (HDTV). Penonton akan menikmati lebih banyak saluran dan kemudahan tanpa perlu membayar yuran langganan. Selain daripada kos awal bagi mendapatkan dekoder yang juga dikenali sebagai set-top box (STB), pengguna hanya perlu membuat bayaran yang minima atau tiada bayaran langsung untuk menerima DTT.

لبيه کترسامبوڠن | Lebih ketersambungan

DTT menggunakan aerial UHF sedia ada dan tidak memerlukan apa-apa pemasangan kabel atau sebarang piring satelit. Siaran dapat diterima dengan cepat oleh penonton kerana ia disiarkan dari stesen transmisi UHF yang berdekatan melalui sambungan talian telefon yang sedia ada yang membuka laluan untuk interaktiviti. Melalui panduan program elektronik (EPG), DTT menawarkan penonton akses untuk perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli-belah dari rumah (home shopping), e-perbankan, perkhidmatan e-kerajaan dan akses kepada perkhidmatan internet asas.

Dengan merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada teknologi dan mereka yang tiada, DTT akan menghubungkan kawasan luar bandar dan pedalaman dan membantu untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia.

منفعت کڤد ڤڽيار | Manfaat kepada penyiar

لبيه ڤيليهن، لبيه اينتراکتيۏيتي | Lebih pilihan, lebih interaktiviti

Oleh kerana isyarat digital menggunakan spektrum yang sedikit dan adalah lebih efisyen daripada isyarat analog, DTT membolehkan penyiar menawarkan pelbagai saluran baru dan perkhidmatan interaktif. Liputan juga boleh disesuaikan sama ada untuk siaran tempatan, serantau atau nasional tidak seperti satelit di mana adalah sukar untuk menghadkan liputan walaupun dalam negara-negara tertentu.

ڤلواڠ يڠ چره اونتوق مڠمبڠکن ڤرنياݢاءن | Peluang yang cerah untuk mengembangkan perniagaan

Melalui perkhidmatan yang lebih baik yang ditawarkan serta ciri-ciri interaktif, DTT menawarkan penyiar pelbagai peluang baru, bidang berpotensi untuk dibangunkan dan sumber pendapatan baru.

ڤڠورڠن کوس اينفراستروکتور | Pengurangan kos infrastruktur

Dengan DTT, kos perbelanjaan kapital dijangka akan dikurangkan kerana tiada keperluan untuk menyediakan kabel gentian sepaksi hibrid (hybrid fibre coaxial cables), menyewa transponder tambahan atau keperluan untuk melancarkan satelit baru. Dengan pengurangan kos infrastruktur, penyiar dapat menumpukan sumber kewangan mereka untuk usaha penerbitan kandungan. Ini juga akan menggalakkan peserta baru untuk menceburi industri penyiaran termasuk pemilik saluran butik yang sedang mencari cara untuk mendekati dan berhubung dengan kumpulan penonton khas sasaran mereka.

Dengan penggunaan DVB - T2 oleh Malaysia, iaitu teknologi digital yang terkini dan paling maju di pasaran, penyiar juga akan dapat bersiaran melalui aset mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aset bergerak seperti skrin televisyen di kereta api, bas dan kereta dalam fasa seterusnya.

سناراي سالورن تيليۏيشين مايتيۏي | Senarai saluran televisyen MYTV

سالورن تيليۏيشين مايتيۏي يڠ ماسيه برسيارن | Saluran televisyen MYTV yang masih bersiaran

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran televisyen terestrial digital dalam HD. Terdapat 15 saluran televisyen digital yang bersiaran secara sah di MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

No. Saluran Nama Saluran Pemilik Huraian Tahun MYTV Mana Mana Platform lain
101HD TV1

تي.ۏي. ساتو

Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan bual bicara 24 jam dalam HD. 2014-kini     RTMKlik
102HD TV2

تي.ۏي. دوا

Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan hiburan sekeluarga 24 jam dalam HD. 2014-kini     RTMKlik
103HD TV3

تي.ۏي. تيݢ

Media Prima Saluran terestrial swasta umum berbahasa Melayu 24 jam dalam HD. 2014-kini     Tonton

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
107 Didik TV KPM@NTV7

ديديق تي.ۏي. کي.ڤي.عيم. @ عين.تي.ۏي. توجوه

Media Prima Saluran terestrial swasta berasaskan pendidikan dan hiburan dengan kerjasama antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi golongan pelajar, warga pendidik, ibubapa dan umum 24 jam. 2014-2020 (NTV7); 2020-kini (Didik TV KPM@NTV7)     Tonton

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
108HD 8TV

ايغ‌ت تي.ۏي.‏

Media Prima Saluran terestrial swasta umum berbahasa Cina 24 jam dalam HD. 2014-kini     Tonton

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
109 TV9

تي.ۏي. سمبيلن

Media Prima Saluran terestrial swasta umum bagi golongan belia 24 jam berbahasa Melayu. 2014-kini     Tonton

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
110HD TV Okey

تي.ۏي. اوکي

Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan gaya hidup 24 jam dalam HD. 2019-kini     RTMKlik

Astro
111HD Sukan RTM

سوکن ار.تي.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan 24 jam dalam HD. 2017-kini     RTMKlik
112HD Awesome TV

اوسم تي.ۏي.‏

Awesome Media Network Sdn Bhd Saluran digital terestrial swasta umum 24 jam dalam HD. 2020-kini     Awesome TV
113HD TV6

تي.ۏي. ونم

Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan filem, siri dan lagu klasik 24 jam dalam HD. 2022-kini     RTMKlik
114HD TV AlHijrah

تي.ۏي. الهجره

AlHijrah Media Corporation Saluran terestrial berunsurkan Islam pertama 24 jam dalam berbahasa Melayu dalam HD. 2014-kini     Hijrah Mobile

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
116HD SUKE TV

سوکى تي.ۏي.‏

DNF Group Sdn Bhd Saluran digital terestrial milik DNF Group Sdn Bhd 24 jam dalam HD. 2022-kini    
121HD Bernama TV

برنام تي.ۏي.‏

Bernama Saluran digital terestrial berita 24 jam milik Bernama dalam HD. 2017-kini     BERNAMA

Unifi TV

mobile@unifi

Astro
122HD TVS

تي.ۏي.ايس.

Sarawak Media Group Saluran digital terestrial milik Sarawak Media Group 24 jam dalam HD. 2021-kini    TV Sarawak

Astro
123HD Berita RTM

بريتا ار.تي.عيم.

Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan berasaskan berita 24 jam dalam HD. 2017-kini     RTMKlik

سالورن تيليۏيشين مايتيۏي يڠ برسيارن سچارا دالم تالين | Saluran televisyen MYTV yang bersiaran secara dalam talian

Kini terdapat 10 saluran televisyen digital yang bersiaran secara dalam talian (free online live TV) di aplikasi MYTV Mana-Mana secara percuma. [4]

Nama Saluran Pemilik Huraian Tahun MYTV Mana Mana Platform lain
SEA Today

سي تودي

PT Metra Digital Media Saluran terestrial di negara Indonesia pertama 24 jam. 2024-kini   Tiada maklumat
TVRI World

تي.في.اير.اي. ورلد

Televisi Republik Indonesia Saluran digital terestrial kerajaan Indonesia umum berasaskan bual bicara 24 jam dalam HD. 2023-kini   Tiada maklumat
TV IKIM

تي.ۏي. ايکيم

Institut Kefahaman Islam Malaysia Saluran digital terestrial milik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berunsur Islamik 24 jam dalam HD. 2024-kini    

IKIM

MotorRacing TV

موتور ريسيڠ تي.ۏي.

Saluran perlumbaan motor dan kereta 24 jam dalam HD. 2024-kini   Tiada maklumat
Horizon Sports

هوريزون سڤورت‌س

Saluran sukan dan kesihatan 24 jam dalam HD. 2024-kini   Tiada maklumat
My Cinema Europe

ماي سينيما إيوروڤ

Saluran wayang filem 24 jam dalam HD. 2023-kini   Tiada maklumat
Selangor TV

سلاڠور تي.ۏي.‏

Media Selangor Sdn Bhd Saluran digital terestrial milik Media Selangor Sdn Bhd dalam HD. 2023-kini     Media Selangor
CNA

سي.عين.أي.

Mediacorp Saluran digital terestrial kerajaan Singapura berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. 2024-kini     meWatch

YouTube CNA
DW English

دي.دبليو. بهاس ايڠݢريس

Deutsche Welle Saluran digital terestrial kerajaan Jerman berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. 2024-kini   Tiada maklumat
Taiwan Plus

تايوان ڤلس

Public Television Service Saluran digital terestrial kerajaan Taiwan berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. 2024-kini   Tiada maklumat
British Muslim TV

بريتيِش مسلم تي.ۏي.‏

Saluran terestrial berunsurkan Islam di negara British pertama 24 jam. 2024-kini   Tiada maklumat
AFL TV

أي.ايف.ايل. تي.ۏي.‏

Amateur Football League Saluran khas di Bola Sepak ialah Amateur Football League 24 jam dalam HD. 2023-kini   Tiada maklumat
MYTV

مايتيۏي

MYTV Broadcasting Sdn Bhd Saluran digital terestrial khas berkaitan dengan MYTV 24 jam dalam HD. 2023-kini    

سالورن تيليۏيشين مايتيۏي يڠ ڤرنه برسيارن | Saluran televisyen MYTV yang pernah bersiaran

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran televisyen terestrial digital dalam HD. Terdapat 15 saluran televisyen digital yang pernah bersiaran secara sah di MYTV dan MYTV Mana-mana. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

Tahun No. Saluran Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana Platform lain
2018-2023 104HD Wowshop

واوشوڤ

Media Prima Saluran terestrial swasta berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Melayu dalam HD.    
2020-2021 105 Drama Sangat

دراما ساڠت

Media Prima Saluran terestrial swasta bagi peminat drama yang mengulang siar drama-drama tempatan TV3 dan TV9 24 jam.    

Tonton

2023 105HD Enjoy TV5

اينجوي تي.ۏي. ليم

Tiada maklumat Tiada maklumat   (sebelum 2024) Tiada maklumat
2018-2023 106HD Wowshop

واوشوڤ

Media Prima Saluran terestrial swasta berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Cina HD.    
2019-2021 120HD stro

Go Shop استرو ݢو شوڤ

Astro Saluran TV satelit ASTRO yang bersiaran secara terestrial untuk MYTV; berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Melayu dan Cina dalam HD.    

Astro GO

Njoi Now

Tiada maklumat Tiada maklumat Channel W

سالورن دبليو

Tiada maklumat Tiada maklumat   Tiada maklumat

سناراي سالورن راديو مايتيۏي | Senarai saluran radio MYTV

Senarai saluran radio yang masih bersiaran di MYTV

Terdapat 17 saluran radio yang bersiaran secara sah di MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia)

No. Saluran Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
701 Nasional FM

ناسيونل ايف.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.  
702 TraXX FM

تريک‌س ايف.عيم.

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Inggeris.  
703 Minnal FM

مينل ايف.عيم.

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa India.  
704 Ai FM

اءي ايف.عيم.

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Cina.  
705 Radio Klasik

راديو کلاسيک

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.  
706 Asyik FM

اشيق ايف.عيم.

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Orang Asli).  
707 Sabah FM

سابه ايف.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sabah  
708 Sabah V FM

سابه ۏي ايف.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sabah  
709 Sarawak FM

سراوق ايف.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sarawak  
710 Wai FM

واي ايف.عيم.‏

Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Iban) untuk Sarawak  
711 Bernama Radio

برنام راديو

Bernama Radio separa kerajaan milik Bernama berbahasa Melayu  
712 Hot FM

هوت ايف.عيم.

Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu.  
714 Molek FM

موليق ايف.عيم.‏

Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu untuk Pantai Timur.  
715 Eight FM

ايغ‌ت ايف.عيم.‏

Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Cina.  
716 Kool 101

کول 101

Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu.  
726 Manis FM

مانيس ايف.عيم.‏

Husa Network Sdn Bhd Radio terestrial swasta milik Husa Network Sdn Bhd berbahasa Melayu untuk Pantai Timur  

سالورن راديو مايتيۏي يڠ برسيارن سچارا دالم تالين | Saluran radio MYTV yang bersiaran secara dalam talian

Terdapat 5 saluran radio digital yang bersiaran secara online di aplikasi MYTV Mana-mana secara online

Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
Fly FM

فلاي ايف.عيم.

Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Inggeris.  
Radio IKIM

راديو ايکيم

Institut Kefahaman Islam Malaysia Radio terestrial separa kerajaan berasaskan berunsur Islam berbahasa Melayu.  
988 FM

چيو ڤا ڤا ايف.عيم.‏

Star Media Radio Group Radio terestrial swasta umum berbahasa Cina.  
Suria FM

سوريا ايف.عيم.

Star Media Radio Group Radio terestrial swasta umum berbahasa Melayu.  
Best FM

بيس‌ت ايف.عيم.‏.

Suara Johor Sdn Bhd Radio terestrial swasta milik Suara Johor Sdn Bhd umum berbahasa Melayu.  
Rakita FM

راکيتا ايف.عيم.‏

Radio terestrial swasta umum berbahasa Melayu.  

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Laman utama MYTV". MYTV Broadcasting. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2022. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  2. ^ http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/19/MyTV-inks-RM1bil-accord-with-TM-It-is-to-provide-digital-terrestrial-television-services-in-the-coun/?style=biz
  3. ^ PM launches myFreeview digital broadcast, 4.2m decoders to be given free.
  4. ^ https://www.mana2.my/

Pautan luar