Pesawat pejuang ialah pesawat tentera yang direka untuk bertempur dengan kapal terbang lain. Ia berlainan dengan pesawat pengebom yang direka bagi menyerang sasaran darat, terutamanya untuk menggugurkan bom. Pesawat pejuang secara umumnya adalah lebih kecil (jika dibandingkan dengan pesawat pengebom), lebih laju, mempunyai ketangkasan yang tinggi dan dilengkapi dengan sistem deria dan senjata yang semakin canggih untuk memintas dan bertempur dengan kapal terbang musuh. Mercu tanda pesawat pejuang ialah kelajuan tinggi, mudah dikendalikan, dan saiz yang kecil berbanding dengan pesawat tempur lain.

Sebuah A-10 Thunderbolt II, F-86 Sabre, P-38 Lightning dan P-51 Mustang dalam formasi semasa pertunjukan udara di Pengkalan Udara Tentera Udara Langley, Virginia. Formasi ini mempamerkan empat generasi pesawat Tentera Udara – 3 daripadanya ialah pejuang

Banyak pejuang mempunyai keupayaan menyerang sasaran darat kedua, dan ada yang direka sebagai pejuang pengebom dua kegunaan. Seringkali pesawat yang tidak memenuhi takrifan piwaian dipanggil pejuang. Panggilan ini mungkin atas sebab-sebab politik atau keselamatan negara, untuk tujuan pengiklanan, atau sebab-sebab lain.[1]

Matlamat utama sesuatu pesawat pejuang adalah untuk menguasai keunggulan udara pada medan perang. Sejak Perang Dunia Pertama, mencapai dan mengekalkan keunggulan udara telah dianggap penting untuk kemenangan dalam peperangan konvensional.[2] Kejayaan atau kegagalan usaha berperang untuk mendapatkan keunggulan udara bergantung kepada beberapa faktor termasuk kemahiran juruterbang itu, kekukuhan taktik doktrin untuk menggerakkan pejuangnya, dan bilangan dan prestasi pejuang mereka. Kerana pentingnya penguasaan udara, sejak awal pertempuran udara angkatan tentera telah sentiasa bersaing untuk membangunkan teknologi pejuang unggul dan untuk menggunakan pejuang ini dalam jumlah yang lebih besar, dan meletakkan armada pejuang yang berdaya maju yang menelan sebahagian besar daripada belanjawan pertahanan bersenjata moden.[3] Indonesia melancarkan projek pesawat pejuang siluman buatan tempatan yang pertama, iaitu I-22 Sikatan.


Pendahuluan

sunting

Pada suatu masa sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, terdapat dua jenis pesawat pejuang. Pesawat kecil satu enjin yang digunakan sebagai pesawat pemintas dan pesawat pejuang siang, kadang-kala dirujuk sebagai pengejar (pursuit), sementara reka bentuk enjin berkembar digunakan sebagai pesawat pejuang berat.

Peranan yang terakhir ternyata tidak dapat dilaksanakan, atau tidak cukup usaha diberikan untuk menjadikan ia kekal berguna. Kemudian ia disenaraikan kepada peranan kedua yang sentiasa bertambah, termasuk pejuang penyerang, pemusnah pengebom dan pejuang malam, yang mana enjin berkembar memberikannya keupayaan tambahan yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini.

Ketika prestasi enjin pesawat semakin meningkat, terutamanya dengan enjin jet pada 1960-an, keperluan bagi reka bentuk berlainan perlahan-lahan lenyap. Mula-mula reka bentuk pesawat pemintas, pemusnah pengebom dan pejuang malam digabung ke dalam kelas pesawat tunggal. Kemajuan berikutnya dalam sistem pensasar dan peningkatan keupayaan bebanan bererti pejuang moden mampu membawa beban seberat pengebom Perang Dunia II, menyingkirkan kebanyakan peranan pengebom dan pesawat penyerang darat. Kini biasanya hanya terdapat dua reka bentuk pejuang umum, pesawat kecil yang merupakan asas tunjang kebanyakan tentera udara, dan reka bentuk yang lebih besar untuk beroperasi pada jarak lebih jauh, kadangkala dikenali sebagai pesawat pemintas.

Pesawat pejuang dimajukan semasa Perang Dunia I, dan digunakan bagi menjatuhkan pesawat peninjau musuh dan belon. Kuasa enjin amat terhad sehinggakan ia hampir tidak mampu terbang, tetapi pada akhir peperangan ia menjadi reka bentuk utama dalam simpanan.

Pada Perang Dunia II, pesawat pejuang amat penting. Penguasaan udara telah menjadi bahagian penting dalam doktrin ketenteraan, terutamanya dalam kes blitzkrieg. Ketidakupayaan Luftwaffe untuk memusnahkan skuadron pejuang British semasa Pertempuran Britain menjadikan penjajahan Britain melalui laut tidak dapat dilaksanakan. Apabila kuasa enjin meningkat, reka bentuk sedia ada seringkali digunakan bagi peranan lain, dengan pesawat seperti Republic P-47 dan Hawker Typhoon menjadi masyhur sebagai pesawat penyerang.

Messerschmitt memajukan pejuang jet beroperasi yang pertama, Me 262, terbukti lebih pantas berbanding pesawat berkipas biasa. Umumnya, jet adalah kebal selagi juruterbangnya menggunakan kelebihan kepantasannya. Me 262 mampu terbang jauh daripada pejuang yang bertahan, atau, di tangan juruterbang terlatih, ia mampu mengejar pejuang lawan begitu pantas sehinggakan lawan tidak mampu lari daripada meriamnya. Me 262 kurang digunakan, sebahagiannya akibat kekurangan bahan api Jerman. Tambahan lagi, kelebihan kelajuannya dibataskan dengan banyak oleh desakan Adolf Hitler agar ia digunakan terutamanya sebagai pejuang pengebom. Bagaimanapun, pesawat itu jelas menunjukkan pengakhiran tempoh pejuang berenjin berkipas. Gloster Meteor Britain, yang dibangunkan semenjak akhir 1930-an, dihasilkan tidak lama kemudian, dirangsang oleh laporan mengenai jet Jerman, dan pada akhir perang kesemua reka bentuk pejuang berenjin kipas terhenti.

Pada 1950-an, pesawat berenjin jet yang mampu mencapai penerbangan supersonik dibangunkan. Kuasa enjin yang dihasilkan masih rendah, dan reka bentuk dikhususkan bagi peranan tertentu. Sebanarang[Penjelasan diperlukan] tentera udara mungkin mempunyai tiga atau empat reka bentuk, pejuang siang, pejuang malam, pesawat penyerang dll.

Perbezaan ini berterusan berkurangan semasa 1960-an, tidak semestinya dangan hasil yang baik. McDonnell F-4 Phantom II direka sepenuhnya sebagai pesawat pemintas bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, tetapi berjaya dalam peranan pesawat pelbagai peranan bagi Tentera Udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat termasuk juga kebanyakan negara lain. Bagaimanapu, hanya beberapa tahun kemudian General Dynamics F-111, bertujuan berperanan sebagai pejuang pelbagai peranan, pelbagai khidmat, terbukti sangat teruk, tidak berguna sebagai pesawat pejuang sehinggakan versi tentera laut dibatalkan, dan jenis tersebut berakhir sebagai pesawat pengebom. Belanjawan dan realiti politik semakin memaksa pembangunan pelbagai peranan berbanding pesawat khusus, tetapi selain pengecualian tertentu (seperti F/A-18 Hornet), permintaan bagi pesawat penyerang yang baik dan pejuang tempur udara yang baik kekal sukar dicapai.

Pembangunan terkini termasuk penonjolan radar bagi pesawat – teknik yang dikenali sebagai halimunan – termasuk juga peningkatan jarak pada kelajuan supersonik (superkrus) dan pergerakan yang lebih baik. Akhirnya, kebanyakan pihak percaya bahawa tidak terdapat masa depan bagi pesawat pejuang berpemandu kerana mereka akhirnya akan digantikan oleh Unmanned Combat Air Vehicle (UCAV). Bagaimanapun, pasukan udara utama dunia sekarang dalam proses menggantikan pesawat mereka dengan pesawat generasi baru, dengan itu perubahan ini kemungkinannya memakan masa yang lebih lama.

Sejarah

sunting

Pesawat pejuang berenjin piston

sunting

1914-1918

sunting
 
Replika kapal terbang Fokker Dr.I di ILA 2006, pesawat 3 satah "Red Baron"

Pertempuran udara mula-mula timbul semasa Perang Dunia I ketika mana seorang juruterbang dari Perancis Roland Garros diberi pingat kerana ciptaannya meletakkan mesingan pada kapal terbangnya yang menembak peluru melalui kipas. Walaupun reka bentuk tersebut jatuh ke tangan Jerman, Garros telah menggunakannya untuk menjatuhkan tiga pesawat musuh.

Kapal terbang terkenal (dengan tahun diperkenalkan) :

1919-1938

sunting

Semasa tempoh antara perang reka bentuk pejuang berubah daripada kapal terbang dua sayap yang diperbuat daripada kayu dan kain semasa Perang Dunia I, menjadi kapal terbang satu dan dua sayap yang diperbuat daripada logam.

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum Perang Dunia II, pejuang yang menjadi terkemuka semasa Pertempuran Britain dimajukan - Supermarine Spitfire, Hawker Hurricane dan Messerschmitt Bf 109. Yang terakhir diuji dalam Perang Saudara Sepanyol.

Kapalterbang dua sayap

Kapalterbang sayap tunggal

1939-1945

sunting

Kebanyakan pesawat ini mampu melebihi 400 bth (600 km/h) dalam penerbangan mendatar, dan cukup pantas ketika menjunam sehinggakan ia mula berhadapan dengan gelora transonik yang dialami hampir pada Mach 1, kadang-kala berkecai dalam penerbangan akibat beban berat pada kapal terbang semasa hampir mencapai "kelajuan bunyi". Brek junaman dimajukan pada akhir Perang Dunia II bagi menimima masalah ini dengan itu mengembalikan kawalan pada juruterbang.


 
Supermarine Spitfire
 
Focke-Wulf Fw 190
 
Yakovlev Yak-9
 
Model awal P-51A Mustang

Kapalterbang ternama

  Australia

  Perancis

  Finland

  Itali

  Jepun

  Nazi Jerman

  Poland

  Romania

  Sweden

  Kesatuan Soviet

  United Kingdom

  Amerika Syarikat

  Yugoslavia

Pesawat pejuang berkuasa jet

sunting

Generasi Pertama (1944-1953)

sunting

Jet pejuang generasi pertama menghadapi masalah pada kelajuan bunyi (menyerupai dengan pejuang berenjin omboh/piston) sehinggalah jurutera penerbangan Richard Whitcomb menemui "aturan luas permukaan Whitcomb" pada 1952. Rekaan berikut menonjolkan fiuslaj "berbentuk botol" yang meningkatkan prestasi. Ini merupakan perbezaan penting antara jet pejuang awal (F-86, dan lain-lain) dengan yang berikutnya seperti F-5.

 
Pesawat MiG-15 dengan lambang Poland


Pesawat ternama :

  Kanada

  Perancis

  Nazi Jerman

  Republik Rakyat China

  Sweden

  Kesatuan Soviet

  United Kingdom

  Amerika Syarikat

Generasi Kedua (1953-1960)

sunting
 
Pesawat "generasi ke-2" North American F-100 Super Sabre. Ia ialah pesawat pertama A.S yang melepasi kelajuan bunyi semasa penerbangan.
 
Pesawat pejuang F-105 Thunderchief
 
Pesawat generasi ke-2 Mikoyan-Gurevich MiG-21 'Fishbed'
 
Pesawat generasi ke-2 Saab 32 Lansen

Pesawat pejuang generasi ke-2 banyak menggunakan teknologi-teknologi baru unuk meningkatkan keupayaan serangan. Penggunaan peluru berpandu seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-7 Sparrow telah diperkenalkan.

Pengkhususan utama semasa era ini adlah pesawat pejuang-pengebom seperti F-105 Thunderchief dan Sukhoi Su-7, dan pesawat pemintas seperti English Electric Lightning dan F-104 Starfighter.

Pesawat ternama :

  Perancis

  India

  Republik Rakyat China

  Sweden

  Kesatuan Soviet

  United Kingdom

  Amerika Syarikat

Generasi Ketiga (1960-1970)

sunting
 
Pesawat generasi ke-3 A.S, F-4 Phantom II
 
Pesawat generasi ke-3 Soviet, MiG-25
 
Pesawat generasi ke-3 China, J-8II
 
Pesawat generasi ke-3 Tentera Udara Diraja Australia Mirage IIIO

Pesawat pejuang generasi ke-3 menandakan kematangan inovasi teknologi yang diperkenalkan pada pesawat generasi pertama. Keupayaan tempur pesawar telah ditingkatkan dengan penggunaan peluru berpandu yang dipertingkatkan, radar, dan sistem avionik yang lain. Paling ketara ialah pengalaman pertempuran dengan menggunakan peluru berpandu dan senjata tembakan automatik terbaru, terutaanya meriam rangkaian yang menggunakan enjin elektrik untuk menjana mekanisma meriam, yang mana membolehkan senjata tunggal berbilang laras seperti meriam Vulcan 20mm) dibawa dan yang mana mempunyai kadar tembakan dan ketepatan yang tinggi.

Pesawat ternama :

  Perancis

  Iran

  Israel

  Republik Rakyat China

  Afrika Selatan

  Sweden

  Kesatuan Soviet

  Amerika Syarikat

Generasi Keempat (1970-1990)

sunting
 
Pesawat F-14 Tomcat
 
Pesawat Mirage 2000


Sebagai reaksi atas peningkatan kos terhadap pesawat pejuang dan kejayaan pesawat F-4 Phantom II, pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) menjadi popular dalam jangka waktu ini. Pesawat pejuang seperti Mikoyan-Gurevich MiG-23 dan Panavia Tornado mempunyai versi di reka khusus untuk melaksanakan pelbagai peranan, walaupun begitu pesawat MRCA sebenar ialah F/A-18 Hornet dan Dassault Mirage 2000.

Tidak seperti pesawat pemintas di era sebelumnya, kebanyakan pesawat penguasaan udara moden direka untuk pertempuran lincah di udara, dengan pengecualian pada pesawat Mikoyan MiG-31 dan Panavia Tornado ADV. Kawalan terbang dengan wayar dan kestabilan santai merupakan perkara biasa dalam pesawat pejuang moden. Perubahan ketara lain ialah menstandardkan komponen dan pengantungan pada penyelengaraan yang lebih mudah mana pesawat pejuang awal memerlukan sehingga 50 jam-bekerja oleh krew sokongan untuk setiap jam penerbangan di udara. Kebanyakan pesawat pejuang moden hanya memerlukan 10 jam-bekerja bagai setiap jam penerbangan di udara, malah terdapat pesawat pejuang yang mana lebih cekap.

Pesawat ternama :

  Perancis

  Republik Rakyat China

  Republik Rakyat China /   Pakistan

  Taiwan:

  Kesatuan Soviet

  United Kingdom /   Jerman /   Itali

  Amerika Syarikat

Generasi Ke 4.5 (1990-2000)

sunting
 
Eurofighter Typhoon (UK, Jerman, Itali, Sepanyol)
 
Sukhoi Su-30MKI 'Flanker' (India)
 
JAS-39 Gripen (Sweden)
 
Dassault Rafale (Perancis)
 
F/A-18E Super Hornet (A.S)

Generasi ke 4.5 ditentukan untuk menandakan jangka waktu singkat disebabkan tiadanya perkembangan teknologi aerodinamik jika dibandingkan dengan kemajuan yang dibawa generasi ke-3 dan ke-4, tetapi pencapaian yang mengagumkan dalam avionik dan elektronik penerbangan yang lain. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan yang telah dicapai dalam teknologi mikrocip dan semi konduktor dalam tahun 1980-an dan 1990-an. Kombinasi ini menjurus pereka untuk mengeluarkan reka bentuk generasi ke-4 yang "dipertingkatkan", dengan kerangka pesawat diasaskan daripada kerangka pesawat sedia ada atau teori reka bentuk yang sama seperti sebelumnya tetapi dengan penggunaan avionik dan radar untuk jangka masa pendek dan maklum balas yang diterima daripada reka bentuk halimunan generasi ke-4, yang mana kemudiannya akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan pesawat generasi ke-5. Contoh pesawat generasi ke 4.5 ialah pesawat F/A-18E/F Super Hornet, yang mana berdasarkan teknologi reka bentuk F/A-18 Hornet di tahun 1970-an. Walaupun secara luarannya, keadaan reka bentuk bentuk pesawat ini lebih kurang sama, pesawat Super Hornet mempunyai sistem avionik termaju seperti kokpit kaca (yang mana masih 90% sama dengan pesawat asal), radar AESA yang lebih stabil, enjin terbaru, penggunaan bahan komposit untuk menurunkan berat, dan perubahan kecil pada bentuk pesawat untuk mengurangkan kesan radar. Contoh lain ialah pesawat F-15E Strike Eagle, versi pesawat serang darat di era Perang Dingin iaitu pesawat F-15 Eagle dengan kerangka pesawat yang diperkukuh dan enjin dipertingkatkan, paparan kokpit kaca, dan sistem pengemudian mengikut permukaan dan sasaran termaju. Daripada pesawat generasi ke 4.5, hanya pesawat Super Hornet, Strike Eagle, dan Rafale yang telah terlibat dalam aksi pertempuran.

Pesawat ternama :

  Perancis

  India

  Jepun /   Amerika Syarikat

  Republik Rakyat China

  Rusia

  Rusia /   India

  Rusia /   Republik Rakyat China

  Sweden

  United Kingdom /   Jerman /   Itali /   Sepanyol

  Amerika Syarikat

Generasi Kelima (2000-Sekarang)

sunting
 
Pesawat X-35, prototaip untuk F-35 Lightning II, pesawat pejuang "generasi ke-5"

Daripada pesawat ini, hanya pesawat F/A-22 Raptor buatan A.S, telah dikeluarkan pada tahun 2004 dan sedang beroperasi.

Dalam perkhidmatan
sunting

  Amerika Syarikat

Dalam pembangunan
sunting

  India

  Rusia

  Rusia /   India Sukhoi/HAL FGFA (versi 2 tempat duduk bagi Sukhoi PAK FA)'[6]

  Amerika Syarikat /   United Kingdom /   Itali /   Belanda /   Kanada /   Turki /   Australia /   Norway /   Denmark

Demonstrasi teknologi
sunting

  Jepun

  Rusia

  Amerika Syarikat

Rujukan

sunting
  1. ^ Andreas Parsch (22 September 2011). "Non-Standard DOD Aircraft Designations".
  2. ^ "Mitchell's Theory". Air & Space Power Course. College of Aerospace Doctrine, Research and Education. 22 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-20. Dicapai pada 2014-07-20.
  3. ^ Stephen Trimble (22 September 2011). "XCLUSIVE: US Air Force combat fleet's true operational costs revealed". Stephen Trimble's The Dew Line. Flight Global.
  4. ^ Pesawat tempur generasi ke-5 Rusia dijangka terbang pada akhir tahun 2008-Ivanov
  5. ^ Rusia akan membina prototaip pesawat pejuang generasi ke-5 secepat mungkin
  6. ^ "Russia to build fifth-generation fighter prototype soon"

Pautan luar

sunting