Vietnam
Koordinat: 16°10′N 107°50′E / 16.167°N 107.833°E
Vietnam (Tulisan Jawi: ۏيتنام; Vietnam: Việt Nam melafazkan [vîət nāːm] ( dengar)), secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Vietnam: Cộng hòa xã hội chủ nghĩa Việt Nam ()), merupakan negara yang paling di timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Dengan kira-kira 94.6 juta penduduk setakat 2016[kemas kini], ia merupakan negara ke-14 paling ramai penduduk di dunia, dan negara Asia yang ke-9 teramai. Vietnam bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, Kemboja di barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina, Malaysia dan Indonesia di seberang Laut China Selatan di timur dan tenggara.[b] Ibu negaranya ialah Hanoi semenjak bersatunya kembali Vietnam Utara dan Selatan pada 1976, sedangkan Bandaraya Ho Chi Minh bandar yang paling ramai penduduknya.
Republik Sosialis Vietnam ريڤوبليك سوسياليس ۏيتنام Cộng hòa Xã hội chủ nghĩa Việt Nam (Vietnam) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Độc lập – Tự do – Hạnh phúc "Kemerdekaan – Kebebasan – Kebahagiaan" | |||||
Lagu kebangsaan: Tiến Quân Ca ("Perarakan Tentera") | |||||
Ibu negara | Hanoi 21°2′N 105°51′E / 21.033°N 105.850°E | ||||
Bandar terbesar | Bandaraya Ho Chi Minh | ||||
Bahasa rasmi dan kebangsaan | Vietnam | ||||
Kumpulan etnik | |||||
Agama |
| ||||
Kerajaan | Republik sosialis satu parti Marxis-Leninis | ||||
Tô Lâm | |||||
• Presiden | Lương Cường | ||||
Phạm Minh Chính | |||||
Trần Thanh Mẫn | |||||
Badan perundangan | Dewan Undangan Negara | ||||
Kemerdekaan dari Perancis | |||||
• Kemerdekaan dari Perancis | 2 September 1945 | ||||
21 Julai 1954 | |||||
2 Julai 1976[3] | |||||
• Diterima masuk PBB | 20 September 1977 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 331,230.8[4] km2 (127,888.9 bt2) (66) | ||||
6.4[5] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 94,569,072[6] (14) | ||||
276.03/km2 (714.9/sq mi) (46) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $697.752 billion[7] (35) | ||||
$7,378[7] (128) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $234.688 billion[7] (47) | ||||
$2,481[7] (129) | |||||
Gini (2014) | 37.6[8] sederhana | ||||
HDI (2015) | ▲ 0.683[9] sederhana · 115 | ||||
Mata wang | đồng (₫) ( VND ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +84 | ||||
Kod ISO 3166 | VN | ||||
DPT internet | .vn |
Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukan Kemaharajaan China selama lebih satu alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun 939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Đằng. Mekarlah dinasti demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke dalam Asia Tenggara hinggalah Semenanjung Indochina Peninsula dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19.
Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis dalam Perang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 Presiden Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baru Republik Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaitu Vietnam Utara (secara rasmi Republik Demokratik Vietnam), dan Vietnam Selatan (secara rasmi Republik Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara pada tahun 1975.
Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahan Komunis tetapi masih miskin dan mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.[11] Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11 ekonomi utama.[12] Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).
Etimologi
suntingNama Việt Nam (sebutan bahasa Vietnam: [viə̀t naːm]) adalah variasi dari Nam Việt ("Việt Selatan"), nama yang dapat ditelusuri kembali kepada Dinasti Triệu pada abad ke-2 ke-SM.[13] Perkataan Việt berasal daripada singkatan bagi Bách Việt, sekumpulan kaum-kaum yang tinggal di selatan China dan Vietnam.[14] Rupa nama "Vietnam" (越南 ) pertama kali tercatat pada abad ke-16 oleh puisi ramalan Sấm Trạng Trình. Nama ini juga telah ditemui pada 12 buah stele (prasasti) yang terukir pada abad ke-16 dan ke-17, termasuk satu di Pagoda Bao Lam di Haiphong bertarikh 1558.
Pada 1802, Nguyễn Phúc Ánh menubuhkan Dinasti Nguyễn, dan pada tahun kedua, beliau memohon perkenan Maharaja Jiaqing di Qing (China) untuk mengurniakan felaran 'Raja Nam Viet' kepada beliau, namun Urus Setia Tertinggi kerajaan Qing dinasti menegaskan bahawa nama Nam Viet termasuklah kawasan-kawasan dalam wilayah Guangxi dan Guangdong di China.
Antara 1804 dan 1813, nama Vietnam digunakan secara resmi oleh Maharaja Gia Long. Ia kembali pada awal abad ke-20 menerusi karya Sejarah Kehilangan Vietnam oleh Phan Bội Châu, dan kemudian oleh Parti Nasionalis Vietnam.[15] Negara ini biasanya dipanggil Annam hingga Mei 1945, apabila kedua-dua pihak maharaja di Huế dan pemerintah Viet Minh di Hanoi menerima pakai Việt Nam .[16]
Sejarah
suntingSejarah bertulis Vietnam bermula seawal abad ke-3 SM apabila ditubuhkannya negeri-negeri Âu Lạc dan Nanyue (Nam Việt dalam bahasa Vietnam); Nanyue menakluki Âu Lạc pada 179 SM).[17] Di Vietnam prasejarah letaknya antara tamadun dan masyarakat terawal dunia, oleh itu di sinilah bertempatnya antara manusia terawal yang mengamalkan pertanian.[18][19] Lembah Sungai Merah membentuk sebuah unit geografi dan ekonomi semula jadi yang dikepung oleh gunung-ganang dan hutan belantara di utara dan barat, lautan di timur dan Delta Sungai Merah di selatan. Menurut mitos, negeri pertama Vietnam ditubuhkan pada 2879 SM,[20][21][22] tetapi kajian arkeologi mengusulkan perkembangan ke arah pemerintahan penghulu pada kebudayaan Đông Sơn pada akhir Zaman Gangsa.
Keistimewaan geografi Vietnam menjadikannya sukar diserang, oleh itu Vietnam di bawah raja-raja Hùng begitu kekal lama sebagai negara merdeka yang lengkap. Sungguhpun demikian, pernah sekali Vietnam jatuh ke tangan sebuah kuasa asing malah sukar melepaskan diri selama 1,100 tahun daripada cengkaman dinasti Cina berturut-turut, iaitu Han, Wu Timur, Jin, Liu Song, Qi Selatan, Liang, Sui, Tang, dan Han Selatan; menyebabkan lenturnya warisan budaya, bahasa, dan jati diri bangsa. Ada kala-kalanya dalam 1,100 tahun ini, Vietnam diperintah secara bebas di bawah wangsa Triệu, Trưng Bersaudari, Lý Awal, Khúc dan Dương Đình Nghệ—namun semua kejayaan masing-masing sementara sahaja.
Sewaktu Cina mendominasi Vietnam Utara, adanya tamadun-tamadun yang mekar di wilayah-wilayah yang kini Vietnam tengah dan selatan, khususnya Funan dan Cham, tetapi pengasas dan pemerintah masing-masing bukanlah orang asli Vietnam. Mulai abad ke-10, orang Vietnam yang maju dari nusa teras Delta Sungai Merah mula menakluki tamadun-tamadun tersebut.
Ketika kedaulatan negara dipulihkan oleh Ngô Quyền (Raja Vietnam, 939–944), sealaf yang berikutnya dimajukan oleh dinasti berturut-turut, mulai wangsa Ngô, Đinh, Lê Awal, Lý, Trần, Hồ, Trần Akhir, Lê Akhir, Mạc, Trịnh, Nguyễn, Tây Sơn dan sekali lagi Nguyễn. Ada kala-kalanya sewaktu pemerintahan maharaja inilah Vietnam terjejas dan terpecah-belah oleh perang saudara serta menyaksikan campur tangan oleh wangsa-wangsa Song, Yuan Mongol, Cham, Ming, Siam, Manchu dan Perancis.
Empayar Ming menawan lembah Sungai Merah buat seketika sebelum orang pribumi Vietnam merampas kembali, kemudian Perancis menjinakkan Vietnam sebagai wilayah naungan selama hampir seabad, diikuti pendudukan sementara oleh Empayar Jepun. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan pemerintahan beraja selepas Perang Dunia Kedua, maka Vietnam diisytiharkan sebagai republik. Vietnam selepas merdeka terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara pimpinan komunis Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan yang kapitalis dan sekutu rapat Amerika Syarikat sempena Perang Dingin. Pada 1960-an meletusnya perang saudara antara kedua-dua Vietnam, berkesudahan dengan kemenangan pihak Utara dan bersatunya semula negara di bawah pemerintahan Parti Komunis.
Politik
suntingRepublik Sosialis Vietnam, bersama-sama dengan China, Cuba, dan Laos, adalah salah satu daripada empat buah negara sosialis satu parti yang mendukung komunisme secara rasmi. Perlembagaan negara semasa iaitu Perlembagaan 2013 menegaskan peranan pusat Parti Komunis Vietnam dalam semua organ politik dan masyarakat. Setiausaha Agung Parti Komunis melakukan banyak fungsi utama pentadbiran dalam mengawal organisasi nasional parti. Presiden menjalankan tugas-tugas eksekutif dan pelantikan negeri, serta menggubal dasar. Hanya organisasi politik yang menjadi sekutu atau sokongan Parti Komunis dibenarkan untuk menyertai pilihan raya di Vietnam. Ini termasuk Barisan Tanah Air Vietnam dan parti-parti pekerja dan kesatuan sekerja. Walaupun negara masih komited mendukung sosialisme sebagai fahaman asasnya, namun dasar ekonominya makin hari makin kapitalis,[23] malah majalah The Economist memerikan kepimpinan Vietnam sebagai "komunis yang kapitalis".[24]
Perundangan
suntingDewan Undangan Negara Vietnam adalah badan perundangan negara yang ekadewan, terdiri daripada 498 ahli[25] dan terbuka untuk semua pihak. Diketuai oleh Pengerusi, ia mengungguli kedua-dua cabang eksekutif dan kehakiman, dengan semua kerajaan menteri dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negara.
Eksekutif
suntingPresiden Vietnam merupakan ketua negara yang terpilih sementera panglima tertinggi tentera yang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pertahanan dan Keselamatan Agung memegang jawatan kedua tertinggi di Vietnam. Perdana Menteri Vietnam merupakan ketua kerajaan yang memimpin sebuah jemaah menteri yang terdiri dari lima orang timbalan perdana menteri dan 26 orang ketua kementerian dan suruhanjaya.
Kehakiman
suntingMahkamah Rakyat Agung Vietnam yang diketuai oleh seorang Ketua Hakim merupakan mahkamah rayuan tertinggi negara, namun ia juga bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negara Vietnam. Di bawah Mahkamah Rakyat Agung terdapat mahkamah-mahkamah wilayah dan banyak mahkamah tempatan. Mahkamah tentera mempunyai bidang kuasa khas dalam hal-hal keselamatan negara. Vietnam mengekalkan hukuman mati bagi banyak kesalahan; setakat Februari 2014, ada sekitar 700 orang banduan yang menunggu hukuman mati di Vietnam.[26]
Hubungan luar
suntingSepanjang sejarahnya, hubungan luar utama Vietnam adalah bersama jiran terbesar dan bekas penjajah, China. Prinsip-prinsip kedaulatan Vietnam dan desakannya ke atas kemerdekaan budaya telah diterapkan dalam berbilang dokumen selama berabad-abad, seperti puisi patriotik abad ke-11, Nam quốc sơn hà (Gunung sungai negara selatan), dan perisytiharan kemerdekaan Bình Ngô đại cáo pada 1428. Walaupun China dan Vietnam sekarang damai, namun masih berlaku pertikaian wilayah yang berat antara kedua-dua pihak di Laut Cina Selatan.[27]
Kini, penyata misi rasmi dasar luar Vietnam ialah: "Konsisten melaksanakan dasar luar negara mengenai kemerdekaan, keamanan, kerjasama dan pembangunan; dasar luar mengenai keterbukaan dan kepelbagaian dan kemultilateralan hubungan antarabangsa. Proaktif dan aktif melibatkan diri dalam integrasi ekonomi antarabangsa sambil mengembangkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang lain." Tambahan pula Vietnam menganggap dirinya sebagai "sahabat dan rakan yang boleh diharap oleh semua negara dalam masyarakat antarabangsa, aktif melibatkan diri dalam proses-proses kerjasama antarabangsa dan serantau."[28]
Vietnam mengambil langkah-langkah penting untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan negara-negara penting, bermula dengan New Zealand yang membuka kedutaan di Hanoi pada 1995, sementara Vietnam menubuhkan kedutaan di Wellington pada 2003. Pakistan membuka semula kedutaan di Hanoi pada Oktober 2000, dan Vietnam membalas budi dengan membuka kedutaan Islamabad di Disember 2005 serta biro perdagangan di Karachi pada November 2005. Hubungan Amerika Syarikat–Vietnam meningkat pada Ogos 1995 apabila kedua-dua bangsa menaiktaraf Pejabat Perhubungan masing-masing yang dibuka pada Januari 1995 kepada status kedutaan. Sejajar dengan bertambah eratnya hubungan ini, AS membuka konsulat am di Bandaraya Ho Chi Minh sementara Vietnam membuka konsulat di San Francisco.
Menjelang Disember 2007, Vietnam menjalin hubungan diplomatik dengan 172 buah negara, termasuk AS yang menormalkan hubungan pada 1995.[29][30] Vietnam menjadi ahli dalam 63 buah pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, ASEAN, NAM, Francophonie dan WTO. Ia juga menjalin hubungan dengan lebih 650 buah pertubuhan bukan kerajaan.[31]
Tentera
suntingAngkatan Bersenjata Rakyat Vietnam terdiri daripada Tentera Rakyat Vietnam, Keselamatan Awam Rakyat Vietnam dan Angkatan Pertahanan Awam Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam adalah nama rasmi bagi bala tentera aktif Vietnam, terdiri daripada Tentera Darat Rakyat Vietnam, Tentera Laut Rakyat Vietnam, Tentera Udara Rakyat Vietnam, Angkatan Pertahanan Sempadan Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam mempunyai tenaga kerja aktif sekitar 450,000 orang, tetapi jumlah kekuatannya, termasuk angkatan paramilitari, mungkin setinggi 5,000,000 orang.[32] Pada 2011, perbelanjaan ketenteraan Vietnam berjumlah kira-kira AS$2.48 bilion, bersamaan dengan sekitar 2.5% dari KDNK tahun 2010.[33]
Pembahagian pentadbiran
suntingVietnam terbahagi kepada 58 wilayah (bahasa Vietnam: tỉnh, dari bahasa Cina 省, shěng).[34] Juga ada lima kawasan perbandaran (thành phố trực thuộc trung ương) yang ditadbir sama taraf dengan wilayah.
Delta Sungai Merah
|
Timur Laut
|
Barat Laut
|
Pantai Tengah Utara
|
Tanah Tinggi Tengah
|
Pantai Tengah Selatan
|
Tenggara
|
Delta Mekong
|
Setiap wilayah terbahagi kepada perbandaran wilayah (thành phố trực thuộc tỉnh), perpekanan (thị xã) dan daerah (huyện), kemudian terbahagi lagi kepada pekan (thị trấn) atau komun (xã). Perbandaran yang terkawal pusat terbahagi kepada jajahan (quận) dan daerah, dan terbahagi lagi kepada zon (phường).
Geografi dan iklim
suntingVietnam terbentang kira-kira 331,688 km² (128,066 batu persegi) keluasannya (tidak termasuk pulau-pulau Hoang Sa dan Truong Sa). Perimeter negara di sepanjang sempadan antarabanganya ialah 4,639 km (2,883 batu). Topografinya terdiri daripada bukit-bukau dan gunung-ganang yang padat dengan hutan, manakala tanah rata meliputi tidak lebih 20% seluruh kawasan negara. 40% kawasan Vietnam diduduki gunung, 40% diduduki bukit yang lebih kecil dan 42% ditumbuhi hutan hujan tropika. Bahagian utara negara banyak terdiri daripada tanah tinggi dan Delta Sungai Merah. Phan Xi Păng yang terletak di wilayah Lào Cai, ialah gunung tertinggi di Vietnam pada ketinggian 3,143 m (10,312 kaki). Bahagian selatan pula terdiri daripada tanah pamah pantai, puncak-puncak Banjaran Annamite, hutan yang berleluasa, dan tanah yang kurang subur. Tanah tinggi yang terdiri daripada lima bidang penara agak rata bertanah basalt ini, meliputi 16% daripada seluruh tanah suai tani dan 22% daripada tanah hutannya.
Delta Sungai Merah (atau Sông Hồng ), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.
Vietnam Utara mempunyai iklim subtropika manakala wilayah Tengah dan Selatan mempunyai iklim tropikaVietnam mengalami iklim monsun tropika, dengan kelembapan purata 84% sepanjang tahun. Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.
Ekonomi
suntingPada 2012, KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion dengan KDNK per kapita nominal sebanyak $1,527.[7] Menurut ramalan Goldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357.[35] Menurut ramalan 2008 oleh PricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar.[36] Pada 2012, HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway, Singapura dan Portugal menjelang 2050.[37]
Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskan padi. Juga terdapat industri perlombongan bauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkan aluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk oleh Parti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.
Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripada sekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhan blok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.
Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[38] Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.[39]
Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d).[40] Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.[41]
Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina.[42] Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi.[43] Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.[7]
Pengangkutan
suntingKebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.
Vietnam mengendalikan 21 buah lapangan udara awam utama, termasuklah tiga gerbang antarabangsa utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang di Da Nang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh. Tan Son Nhat ialah lapangan terbang terbesar di negara, mengurus 75% trafik penumpang antarabangsa.
Vietnam Airlines merupakan syarikat penerbangan milik negara. Juga terdapat beberapa buah syarikat penerbangan swasta, termasuk Air Mekong, Jetstar Pacific Airlines, VASCO dan VietJet Air.
Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.
Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.[44] Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.
Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah Reunification Express yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke Thái Nguyên, dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.
Pada 2009, Vietnam dan Jepun memeterai urus janji untuk membina sistem kereta api kelajuan tinggi dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km[45] melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan Thu Thiem di Bandaraya Ho Chi Minh.[46] Dengan berbekalkan teknologi Shinkansen dari Jepun,[47] landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju 360 kilometer (220 bt) sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke Vinh, Nha Trang dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara Lào Cai dan Lạng Sơn. Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk Cam Ranh, Da Nang, Hai Phong, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Gai, Qui Nhơn, Vũng Tàu, Cua Lo dan Nha Trang. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih 17,700 kilometer (11,000 bt) jalan air yang boleh dilalui oleh feri, baj dan teksi air.[48][49]
Selain daripada itu, Delta Mekong dan Delta Sungai Merah penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di Laut China Selatan, Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai Kepulauan Spratly yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.[50]
Demografi
suntingSetakat 2016[kemas kini], populasi Vietnam berada pada sekitar 94.6 juta orang, jauh meningkat dari banci 1979 yang menunjukkan jumlah penduduk Vietnam yang disatukan semula pada 52.7 juta.[51]
Etnik
suntingMenurut banci 2009, suku etnik dominan Viet atau Kinh adalah hampir 73.6 juta orang, atau 85.8% jumlah penduduk. Penduduk Kinh banyak tertumpu di kawasan-kawasan delta lanar dan dataran tepi laut negara. Sebagai masyarakat etnik yang rata-rata homogen, suku Kinh memiliki pengaruh politik dan ekonomi yang besar ke atas negara. Namun begitu, di Vietnam juga tinggalnya 54 buah suku etnik minoriti, antaranya Hmong, Dao, Tay, Thai, dan Nùng. Banyak lagi suku minoriti seperti Muong, yang bersaudara rapat dengan Kinh – tinggal di tanah tinggi yang meliputi dua pertiga wilayah Vietnam. Sebelum Perang Vietnam, populasi Tanah Tinggi Tengah hampir semua dibolot oleh orang Degar (termasuk lebih 40 suku puak); tetapi kerajaan Vietnam Selatan pimpinan Ngô Đình Diệm melaksanakan program untuk memindahkan suku Kinh ke kawasan orang asli.[52] Suku Hoa (etnik Cina)[53] dan Khmer Krom pula tertumpu di tanah pamah. Ekoran ketegangan hubungan China dengan Vietnam pada 1978 dan 1979, kira-kira 450,000 orang Hoa keluar dari Vietnam.[54] Templat:Largest cities of Vietnam
Bahasa
suntingBahasa rasmi kebangsaan Vietnam tidak lain tidak bukan bahasa Vietnam (Tiếng Việt), sebuah bahasa rumpun Mon–Khmer yang dituturkan oleh majoriti penduduk. Pada awal sejarahnya, Vietnam menulis dalam tulisan Cina. Pada abad ke-13, Vietnam mencipta aksara sendiri yang dipanggil Chữ nôm, disesuaikan dari aksara Cina untuk menulis bahasa sendiri. Kisah epik rakyat Truyện Kiều ("Hikayat Kieu", dahulunya Đoạn trường tân thanh ) oleh Nguyễn Du ditulis dalam Chữ nôm. Quốc ngữ, iaitu abjad rumi bagi bahasa Vietnam lisan, dicipta pada abad ke-17 oleh ahli Jesuit Alexandre de Rhodes dan ramai lagi mubaligh Katolik.[55] Quốc ngữ disambut hebat dan membolehkan rakyat jelata Vietnam celik huruf sewaktu zaman penjajahan Perancis.[55]
Etnik minoriti Vietnam tidak kurang juga bahasanya. Antaranya bahasa Tày, Mường, Cham, Khmer, Cina, Nùng, dan H'Mông. Suku Montagnard di Tanah Tinggi Tengah juga bertutur pelbagai bahasa.[56] Juga terciptanya beberapa buah bahasa isyarat di kawasan bandar.
Bahasa Perancis merupakan tinggalan zaman penjajah yang dijadikan bahasa kedua oleh ramai orang Vietnam yang berpendidikan tinggi, khususnya di kalangan generasi lama dan mereka yang menerima pendidikan di bekas negara Vietnam Selatan yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dalam pentadbiran, pendidikan dan perdagangan. Vietnam masih menganggotai pertubuhan Francophonie, malah pendidikan telah membangkitkan semula serba sedikit minat terhadap bahasa Perancis.[57][58] Bahasa Rusia dikenali di kalangan sesetengah rakyat yang keluarganya rapat dengan blok Soviet sewaktu Perang Dingin. Ekoran bertambah eratnya Vietnam dengan negara barat, bahasa Inggeris kian diminati sebagai bahasa kedua, malah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah.[59] Bahasa Jepun dan Korea turut dipelajari.
Agama
suntingMenurut analisis Pew Research Center, pada 2010 sekitar 45.3% rakyat Vietnam memeluk agama pribumi, 16.4% agama Buddha, 8.2% Kristian, 0.4% lain-lain, dan 29.6% lagi tiada agama.[60]
Menurut laporan Pejabat Statistik Am Vietnam untuk 1 April 2009, 6.8 juta (atau 7.9% daripada jumlah penduduk) menganut agama Buddha, 5.7 juta (6.6%) Katolik, 1.4 juta (1.7%) penganut Hòa Hảo, 0.8 juta (0.9%) penganut Caodai, dan 0.7 juta (0.9%) lagi Protestan. Kesemuanya, 15,651,467 rakyat Vietnam (18.2%) berdaftar dalam agama secara rasmi.[61] Menurut bancian 2009, majoriti besar orang Vietnam mengamalkan suatu bentuk pemujaan tuhan. Menurut laporan 2007, 81% orang Vietnam tidak percaya akan tuhan.[62]
Wujudnya beberapa agama minoriti di Vietnam. Terdapat ramai penganut agama Caodai, sebuah agama pribumi yang dibina mencontohi Gereja Katolik. Agama Islam rata-rata dianuti oleh suku minoriti Cham, tetapi juga terdapat sedikit umat Islam etnik Kinh di kawasan barat daya. Jumlah umat Islam di Vietnam kira-kira 70,000 orang.[63]
Kerajaan Vietnam menyangkal dakwaan bahawa ia melarang kebebasan beragama, dengan menegaskan bahawa semua warganegara bebas memilih kepercayaan dan semua agama sama-rata di bawah undang-undang.[64] Namun begitu, hanya pertubuhan agama yang diluluskan kerajaan dibernarkan; contohnya, Unified Buddhist Church of Vietnam yang ditubuhkan di Vietnam Selatan diharamkan untuk memberi laluan kepada lembaga yang diluluskan oleh kerajaan.[65]
Pendidikan
suntingVietnam mempunyai rangkaian sekolah dan institut pengajian tinggi milik negara yang menyeluruh, di samping institusi pendidikan swasta dan separa swasta yang kian berkembang. Pendidikan di Vietnam terbahagi kepada lima kategori, iaitu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, dan universiti. Sejumlah besar sekolah awam telah dibina di serata negara untuk meningkatkan kadar celik huruf negara yang berada pada 90.3% pada 2008.[66]
Kebanyakan universiti terunggul di Vietnam bertapak di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh. Menghadapi masalah besar, sistem pendidikan Vietnam menjalani program pembaharuan holistik yang dilancarkan oleh kerajaan. Pendidikan tidak percuma, oleh itu sesetengah keluarga miskin sukar membiayai pendidikan anak tanpa bantuan awam mahupun swasta. Namun begitu, kemasukan sekolah adalah antara yang tertinggi di dunia.[67][68]
Sejak 1995, kemasukan dalam institusi pengajian tinggi mencapai 2 juta orang pada 2012. Menjelang 2014, terdapat 419 buah IPT.[69]
Kesihatan
suntingPada 2009, jangka hayat seluruh negara Vietnam berada pada 76 tahun bagi wanita dan 72 tahun bagi lelaki,[70] manakala kadar mortaliti bayi adalah 12 per 1,000 kelahiran hidup.[71] Menjelang 2009, 85% populasi dapat mencapai sumber air yang dipertingkat.[70] Namun, malnutrisi masih umum di wilayah-wilayah desa.[72]
Budaya
suntingKebudayaan Vietnam berkembang selama berabad-abad semenjak budaya kuno Đông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan berasal dari Cina yang menerapkan unsur-unsur Konfusianisme dan Taoisme pada sistem politik dan falsafah tradisional. Struktur masyarakat Vietnam berkisarkan làng (kampung leluhur); semua orang Vietnam menyambut ulang tahun nenek moyang sepunya pada 10 hari bulan tiga takwim lunar.[73] Juga ternyata pengaruh budaya kaum pendatang seperti Cina Selatan padahal agama Buddha amat bersangkut-paut dengan budaya rakyat. Akhir-akhir ini juga terdapat pengaruh budaya Barat, khususnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.
Budaya Vietnam tradisional tertumpu pada kemanusiaan (nhân nghĩa) dan keharmonian (hòa); nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan amat diberi penekanan. Antara lambang-lambang kebudayaan Vietnam yang diangkat tinggi ialah haiwan mitos seperti Lạc Long Quân, "Bapa Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai naga keramat, dan Âu Cơ, "Ibu Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai burung lạc keramat. Juga diangkat gambaran-gambaran kura-kura dan kuda.[74]
Kini, budaya hidup Vietnam amat dipengaruhi oleh program budaya dan media kawalan kerajaan. Selama puluhan tahun ditangkisnya pengaruh budaya luar khususnya dari barat. Akan tetapi sejak 1990-an, Vietnam kian terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah dan Amerika.[75]
Salah sejenis pakaian tradisional Vietnam yang terlaris ialah "Áo Dài " yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta. Áo dài berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di Vietnam. Áo Dài dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan, kecuali untuk peristiwa kebudayaan tradisional penting yang tertentu di mana ada lelaki yang memakainya.
Masakan Vietnam kurang berminyak dan banyak bersayur. Hidangan-hidangan utama banyak berdasarkan nasi, kicap, dan sos ikan. Rasa-rasa makanan ini biasanya manis (gula), pedas (lada serrano), masam (limau), nuoc mam (sos ikan), dan diperisakan lagi oleh beraneka pudina dan selasih.
Muzik Vietnam menampakkan sedikit perbezaan antara tiga rantau: Bắc (Utara), Trung (Tengah), dan Nam (Selatan). Muzik klasik Utara adalah yang tertua di Vietnam dan lebih bersifat formal. Muzik klasik Vietnam boleh dikatakan berasal daripada serangan Mongol, apabila orang Vietnam menawan sekumpulan opera China. Muzik klasik Tengah menunjukkan pengaruh budaya Champa dengan melodinya yang melankolik. Muzik selatan pula menghasilkan sifat laissez-faire yang bertenaga.
Bola sepak ialah sukan paling popular di Vietnam. Selain itu, badminton, tenis, ping pong, dan catur juga tidak kurang popular di kalangan rakyat. Bola tampar, khususnya yang bola tampar wanita, turut disaksikan ramai orang Vietnam. Masyarakat ekspatriat Vietnam membentuk sebahagian penting dalam kehidupan kebudayaan Vietnam dengan memperkenalkan sukan, filem, muzik dan kegiatan kebudayaan Barat yang lain kepada negara. Vietnam juga merumahkan sebuah industri perfileman yang kecil.
Di kalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam, perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting. Meskipun mengalami pembaratan, kebanyakan adat lama dalam perkahwinan Vietnam masih dirai oleh orang Vietnam di dalam dan luar negeri, dengan sering menggabungkan unsur timur dan barat.
Pelancongan
suntingBilangan pengunjung ke Vietnam untuk tujuan pelancongan dan percutian naik mendadak sepanjang sepulu tahun dahulu. Lebih kurang 3.56 juta tetamu luar melawat Vietnam pada tahun 2006, iaitu peningkatan sebanyak 3.7% daripada tahun 2005. Negara ini sedang melaburkan modal kepada kawasan pantai yang sudahun popular kerana pantai dan pelancongan botnya. Kakitangan hotel dan pemandu pelancong di kawasan-kawasan ini cukup fasih berbahasa Inggeris.
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ "Dân tộc Kinh" (dalam bahasa Vietnam). Parti Komunis Vietnam. 15 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2016. Dicapai pada 21 November 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Home Office: Country Information and Guidance — Vietnam: Religious minority groups. December 2014. Quoting United Nations' "Press Statement on the visit to the Socialist Republic of Viet Nam by the Special Rapporteur on freedom of religion or belief". Hanoi, Viet Nam 31 July 2014. Vietnamese. Quote, p. 8: "[...] According to the official statistics presented by the Government, the overall number of followers of recognized religions is about 24 million out of a population of almost 90 million. Formally recognized religious communities include 11 million Buddhists, 6.2 million Catholics, 1.4 million Protestants, 4.4 million Cao Dai followers, 1.3 million Hoa Hao Buddhists as well as 75,000 Muslims, 7000 Baha'ís, 1500 Hindus and others. The official number of places of worship comprises 26,387 pagodas, temples, churches and other religious facilities. [...] While the majority of Vietnamese do not belong to one of the officially recognized religious communities, they may nonetheless – occasionally or regularly – practise certain traditional rituals, usually referred to in Viet Nam under the term "belief". Many of those traditional rituals express veneration of ancestors. [...]"
- ^ Robbers, Gerhard (30 Januari 2007). Encyclopedia of world constitutions. Infobase Publishing. m/s. 1021. ISBN 978-0-8160-6078-8. Dicapai pada 1 Julai 2011.
- ^ "TỔNG CỤC THỐNG KÊ". [GSO.GOV.VN]
Diện tích có đến 31/12/2015 theo Quyết định số 455/QĐ-BTNMT ngày 21 tháng 3 năm 2017 của Bộ trưởng Bộ Tài nguyên / Cập nhật lần cuối (gov.vn) 2017-08-14 14:45
English: Area as of 31/12/2015 according to Decision No. 455 / QD-BTNMT dated 21 March 2017 of the Minister of Natural Resources and Environment / Last updated (gov.vn) 2017-08-14 14:45. - ^ "Vietnam – Geography". Index Mundi. 12 July 2011. Retrieved 19 December 2011.
- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ a b c d e f "World Economic Outlook: Vietnam". International Monetary Fund.
- ^ "Gini Index". World Bank. Dicapai pada 14 February 2017.
- ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 23 March 2017.
- ^ "China continues its plot in the East Sea". Vietnamnet News. 10 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-16. Dicapai pada 16 February 2013.
- ^ "Vietnam's new-look economy". BBC News. 18 October 2004. Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ Weisenthal, Joe (22 February 2011). "3G Countries". Business Insider. Dicapai pada 6 August 2011.
- ^ Woods 2002
- ^ Yue-Hashimoto 1972
- ^ Tonnesson & Antlov 1996
- ^ Tonnesson & Antlov 1996
- ^ Taylor, Keith (1983). The birth of Vietnam. Berkeley: University of California Press. m/s. xvii. ISBN 0520074173.
- ^ "History of Vietnam" Diarkibkan 2020-08-01 di Wayback Machine.
- ^ Hoa Binh Culture
- ^ Ancient time Diarkibkan Julai 23, 2011, di Wayback Machine
- ^ Lê Huyền Thảo Uyên, 2012–13. Welcome to Vietnam. International Student. West Virginia University.
- ^ Handbook of Asian Education: A Cultural Perspective, p. 95
- ^ Johnson, Kay (22 February 2007). "The Spoils of Capitalism". Time. New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada 19 May 2010.
- ^ Johnson, Kay (24 April 2008). "A bit of everything: Vietnam's quest for role models". The Economist. London. Dicapai pada 19 May 2010. "A bit of everything: Vietnam's quest for role models". The Economist. London. 24 April 2008. Dicapai pada 19 May 2010.
- ^ "Government Structure". Embassy of the Socialist Republic of Vietnam in the United States of America. Dicapai pada April 8, 2018.
- ^ "UN urged to act on Vietnam over death penalty". The Washington Post. 12 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-12. Dicapai pada 12 February 2014. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan)Lebih daripada satu|work=
dan|newspaper=
dinyatakan (bantuan) - ^ "Escalating Tensions in the South China Sea". The National Interest. 10 September 2012.
- ^ "Vietnam Foreign Policy". Ministry of Foreign Affairs. Dicapai pada 25 February 2009.
- ^ "List of countries which maintain diplomatic relations with the Socialist Republic of Vietnam". Ministry of Foreign Affairs. December 2007. Dicapai pada 25 February 2009.
- ^ "US-Vietnamese Relations". US Embassy. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2009. Dicapai pada 8 December 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Vietnam and International Organizations". Ministry of Foreign Affairs. Dicapai pada 25 February 2009.
- ^ International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (3 February 2010). The Military Balance 2010. London: Routledge. ISBN 1-85743-557-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)Selenggaraan CS1: Extra text: senarai pengarang (link)
- ^ The SIPRI Military Expenditure Database International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (28 March 2010). The Military Balance 2010. London: Routledge. ISBN 1-85743-557-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)Selenggaraan CS1: Extra text: senarai pengarang (link) . Retrieved 3 May 2012.
- ^ "Country Profile". Ministry of Land, Infrastructure, Transport, and Tourism, Japan (MLIT). February 16, 2015. Dicapai pada April 8, 2018.
- ^ "The Vietnamese Stock Market" (PDF). Financial Women's Association of New York. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-05. Dicapai pada 7 May 2010.
- ^ "Vietnam may be fastest growing emerging economy" (Siaran akhbar). PricewaterhouseCoopers. 12 March 2008. Dicapai pada 20 October 2011.
- ^ "Vietnam to be listed among top economies by 2050: HSBC". Tuổi Trẻ News. 14 January 2012. Retrieved 18 April 2012. Diarkibkan 16 Januari 2012 di Wayback Machine
- ^ Vuong, Quan-Hoang; Tran, Tri-Dung (2009). "The cultural dimensions of the Vietnamese private entrepreneurship". Icfai Journal of Entrepreneurship Development, Vol. VI, Nos. 3 & 4 (September & December 2009), pp. 54–78. Icfai University Press via SSRN. Retrieved 4 October 2012.
- ^ "Vietnam 2010 growth fastest in three years – Vietnam Banking Finance News". Vietfinancenews.com. 29 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2011. Dicapai pada 6 August 2011.
- ^ "Vietnam". United States Energy Information Administration. 2011. Dicapai pada 6 November 2012.
- ^ Fong-Sam, Yolanda (August 2012) "Vietnam" in 2010 Minerals Yearbook. USGS. Diarkibkan 2 Mac 2013 di Wayback Machine
- ^ Economy of Vietnam Diarkibkan 2010-12-28 di Wayback Machine. CIA World Factbook. Updated 21 September 2012. Retrieved 4 October 2012.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaODI1
- ^ Social and economic situation, 8 months of 2011. General Statistics Office of Vietnam. Retrieved 1 September 2011.
- ^ "High-speed train planned for Vietnam – Business – International Herald Tribune". The New York Times. 6 February 2007. Dicapai pada 9 July 2010.
- ^ "Vietnam to build high-speed rail". The Sydney Morning Herald. 13 November 2009. Dicapai pada 9 July 2010.
- ^ "Vietnam will adopt Japan's bullet-train technology for $56 billion rail link". eTravel Blackboard. 14 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2011. Dicapai pada 9 July 2010.
- ^ Index Mundi. January 2012. Retrieved 25 April 2012.
- ^ "Water taxi in Ca Mau city, Vietnam". TravelBlog. 27 January 2010. Retrieved 25 April 2012.
- ^ "Territorial claims in the Spratly and Paracel Islands". GlobalSecurity.org. 2011. Retrieved 3 February 2013.
- ^ "Vietnam – population". Countrystudies.us. Dicapai pada 11 April 2011.
- ^ "Under South Vietnam Rule" Diarkibkan 6 Oktober 2012 di Wayback Machine. MHRO.org. 2010. Retrieved 21 April 2012.
- ^ World Directory of Minorities and Indigenous Peoples – Vietnam: Chinese (Hoa).UNHCR Refworld. Retrieved 12 February 2013.
- ^ Vietnam (08/08). U.S. Department of State. Retrieved 12 February 2013.
- ^ a b "Vietnamese (tiếng việt / 㗂越)". Omniglot.com. Dicapai pada 18 July 2013.
- ^ "Frequently Asked Questions". Montagnard Foundation. 12 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2013. Dicapai pada 18 Julai 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Annexe au procès-verbal de la séance du 1er octobre 1997" (dalam bahasa French). French Senate. 1 October 1997. Dicapai pada 25 July 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The Role of English in Vietnam's Foreign Language Policy: A Brief History". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2007. Dicapai pada 2012-03-23. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Education in Vietnam, The World Bank
- ^ Pew Research Center: The Global Religious Landscape 2010.
- ^ "The 2009 Vietnam Population and Housing Census: Completed Results". General Statistics Office of Vietnam: Central Population and Housing Census Steering Committee. June 2010. m/s. 281. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2013. Dicapai pada 12 March 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Zuckerman, Phil. "Atheism: Contemporary Rates and Patterns" (PDF), from the Cambridge Companion to Atheism (2007), edited by Michael Martin Diarkibkan 12 Jun 2009 di Wayback Machine. University of Cambridge Press. Retrieved 23 May 2012.
- ^ "History of Islam in Vietnam". Angelfire.com. 30 April 1975. Dicapai pada 28 April 2010.
- ^ "No: 21/2004/PL-UBTVQH11 Ordinance on Beliefs and Religions". Ministry of Justice. 29 June 2004. Dicapai pada 21 September 2011.
- ^ "Vietnam: The Suppression of the Unified Buddhist Church". Human Rights Watch. March 1995. Retrieved 17 December 2011.
- ^ "At a glance: Viet Nam – Statistics". UNICEF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-15. Dicapai pada 7 November 2010.
- ^ "School enrollment, primary (% net)". World Bank. 2012. Dicapai pada 9 July 2013.
- ^ "Progression to secondary school (%)". World Bank. 2012. Dicapai pada 9 July 2013.
- ^ Brown, D. (2014). Viet Nam's Education System: still under Construction. East Asia Forum.
- ^ a b Pocket World in Figures. The Economist. 2009. ISBN 978-1-84668-123-3.
- ^ "Mortality rate, infant (per 1,000 live births)". World Bank. 2008. Dicapai pada 13 September 2010.
- ^ "Tackling child malnutrition in rural Vietnam". Plan Vietnam. 2008. Dicapai pada 9 July 2013.
- ^ "Gio To Hung Vuong 2013". PublicHoliday.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2013. Dicapai pada 12 Februari 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Animism in Vietnam's culture". Vietnam-Holidays.co.uk. Retrieved 1 October 2012.
- ^ "Vietnam's cultural integration seen by researchers". Voice of Vietnam. 7 December 2012. Dicapai pada 24 December 2012.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Vietnam |