1827
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1827. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1827 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1827 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari - Mac
[sunting | sunting sumber]- 20 Februari - Amerika Selatan: Pertempuran Ituzaingo atau Passo do Rosário - Seangkatan tentera Empayar Brazil bertempur dengan askar-askar Argentina-Uruguay.
- 28 Februari - Perkhidmatan Kereta Api Baltimore & Ohio diperbadankan dan menjadi perkhidmatan kereta api Amerika Syarikat yang pertama untuk menawarkan pengangkutan komersil bagi kedua-dua penumpang dan angkutan.
- 4 Mac - Persatuan Sigma Fi ditubuhkan di kampus Kolej Union di Schenectady, New York.
- 7 Mac - Tentera marin Brazil belayar ke hulu Sungai Rio Negro (Argentina) dan menyerang pangkalan sementara tentera laut di Carmen de Patagones, Argentina. Mereka ditewaskan oleh penduduk-penduduk tempatan.
- 7 Mac - Pemelarian Shrigley: Ellen Turner, seorang waris perempuan yang kaya di Cheshire, England di dilarikan oleh Edward Gibbon Wakefield, bakal ahli politik di New Zealand kolonial.
- 16 Mac - Jurnal Freedom, akhbar pertama yang dimiliki dan diterbitkan oleh seorang Amerika-Afrika di Amerika Syarikat diasaskan di Bandaraya New York oleh John Russwurm.
April - Jun
[sunting | sunting sumber]- April - Algeria Turki Uthmaniyyah: Husain Dei melempang Decalina, konsul Perancis, yang akhirnya mengakibatkan perang dan pemerintahan Perancis di Algeria.
- 7-8 April - Pertempuran Monte Santiago: Pertempuran tentera laut antara skuadron Tentera Laut Empayar Brazil dengan armada Argentina. Kemenangan Brazil yang utama.
- 10 April - United Kingdom: George Canning mewarisi Lord Liverpool sebagai Perdana British.
- 24 April - Pertempuran Phaleron semasa Perang Kemerdekaan Greece.
- 21 Mei - Parti Demokratik Maryland diasaskan oleh para penyokong Andrew Jackson di Baltimore, dengan mesyuarat pertamanya diadakan di Atheneum Baltimore.
Julai - September
[sunting | sunting sumber]- 6 Julai - Perang Kemerdekaan Greece: Perjanjian London antara Perancis, Britain, dan Rusia untuk memaksa Turki supaya bersetuju dengan sebuah perjanjian gencatan senjata dengan Greece.
- 14 Julai - Kemaharajaan Hawaii: Kawasan uskup Honolulu diasaskan.
- 31 Ogos - United Kingdom: Frederick John Robinson, Viscount Goderich Ke-1, menjadi Perdana Menteri United Kingdom selepas kematian George Canning.
Oktober - Disember
[sunting | sunting sumber]- 1 Oktober - Perang Rusia-Parsi, 1826-1828: Angkatan tentera Rusia di bawah Ivan Paskevich menggempur Yerevan, dan mengakhiri satu milenium penguasaan Muslim di Armenia Timur.
- 20 Oktober - Perang Kemerdekaan Greece: Pertempuran Navarino. Angkatan-angkatan tentera laut British, Perancis, dan Rusia memusnahkan armada Turki-Mesir di Greece.
Tarikh tidak diketahui
[sunting | sunting sumber]- Laos: Raja Anouvong dari Vientiane mengisytiharkan perang ke atas Siam dan berjaya menyerang Nakhon Ratchasima. Tentera Siam kemudian menyerang Vientiane dan hampir memusnahkan seluruh kota.
- Finland: Kebakaran Agung Turku.
- John Walker dari England mereka mancis Lucifer.
- Mesir: Penubuhan Pusat Pengajian Perubatan Universiti Cairo sebagai pusat pengajian perubatan yang pertama di Afrika dan Timur Tengah.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Januari - Jun
[sunting | sunting sumber]- 8 Mac - Wilhelm Bleek, ahli bahasa Jerman (maut 1875)
- 5 April - Joseph Lister, pakar pembedahan Inggeris (maut 1912)
- 11 Mei - Jean-Baptiste Carpeaux, pengarca dan pelukis Perancis (maut 1875)
- 19 Mei - Paul-Armand Challemel-Lacour, negarawan Perancis (maut 1896)
- 12 Jun - Johanna Spyri, penulis Switzerland (maut 1901)
Julai - Disember
[sunting | sunting sumber]- 13 Julai - Hugh O'Brien, Datuk Bandar Boston (maut 1895)
- 17 Julai - Sir Frederick Augustus Abel, ahli kimia British (maut 1902)
- 26 November - Ellen G. White, ketua keagamaan Amerika Syarikat (maut 1915)
Tarikh tepat tidak diketahui
[sunting | sunting sumber]- George M. Harding, arkitek
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 19 Februari - Armand Augustin Louis de Caulaincourt, jeneral dan diplomat Perancis (lahir 1773)
- 5 Mac - Pierre-Simon Laplace, ahli matematik Perancis (lahir 1749)
- 5 Mac - Alessandro Volta, ahli fizik Itali (lahir 1745)
- 26 Mac - Ludwig van Beethoven, penggubah Jerman (lahir 1770)
- 27 Mei - Melesina Trench, penulis dan sosialit yang berasal dari Ireland (lahir 1768)
Julai - Disember
[sunting | sunting sumber]- 8 Ogos - George Canning, Perdana Menteri United Kingdom (lahir 1770)
- 12 Ogos - William Blake, pemuisi dan pelukis Inggeris (lahir 1757)
Tarikh tepat tidak diketahui
[sunting | sunting sumber]- Muttusvami Dikshitar, penggubah India
- José Fernando de Abascal, wazurai Peru dari Sepanyol