Pergi ke kandungan

Anjing pengutip Labrador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pengutip Labrador
pandangan sisi seekor anjing kuning di padang berumput, menghadap ke kiri
Jantan dewasa
Nama lainAnjing Labrador
Nama ringkasLab
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat Jantan 29–36 kg (65–80 lb)
Betina 25–32 kg (55–70 lb)
Tinggi Jantan 56–57 cm (22–22.5 in)
Betina 54–56 cm (21.5–22 in)
Bulu Lapis bulu ganda pendek, padat, dan kalis cuaca
Warna Hitam, coklat, atau kuning (berbeza-beza antara kuning pudar dengan merah rubah)
Jangka hayat 13.1 tahun[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip Labrador,[a] atau hanya labrador, ialah satu baka gundog pengutip British. Ia dikembangkan di United Kingdom daripada anjing air St. John's yang diimport dari Koloni Newfoundland (kini provinsi di Kanada) dan dinamai sempena rantau Labrador di koloni itu. Ia merupakan antara baka yang paling banyak dibela di beberapa buah negara, khususnya di dunia Eropah.

Anjing Labrador adalah ramah, bertenaga, dan suka bermain.[2] Ia dibiakbakakan sebagai anjing sukan dan anjing pemburu tetapi dibela secara meluas sebagai anjing teman. Ia juga boleh dilatih sebagai anjing pandu atau anjing pembantu atau untuk kerja penyelamatan atau terapi.[3]

Pada tahun 1830-an, Earl Home Ke-10 dan anak-anak saudara beliau, Duke Buccleuch Ke-5 dan Lord John Scott,[4] mengimport leluhur bagi baka ini dari Newfoundland ke Eropah untuk kegunaan sebagai gundog. Seorang penyokong awal bagi anjing nelayan Newfoundland ini ialah Earl Malmesbury Ke-2, yang membiakbakakan anjing ini kerana kepakarannya dalam pemburuan unggas air.[4]

Semasa tahun 1880-an, Earl Malmesbury Ke-3, Duke Buccleuch Ke-6, dan Earl Home Ke-12 berkolaborasi untuk mengembangkan dan mengasaskan baka anjing pengutip Labrador. Dua ekor anjing jantan, Buccleuch Avon dan Buccleuch Ned, yang diberikan oleh Malmesbury kepada Buccleuch, dikawankan dengan anjing betina yang membawa darah daripada yang pada asalnya diimport oleh Duke Ke-5 dan Earl Home Ke-10. Anak-anak anjing ini merupakan leluhur bagi semua anjing Labrador moden.[5]

Buccleuch Avon, lahir pada 1885

Baka labrador bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke tahun 1830-an, semasa anjing air St. John's yang dibiakbakakan oleh peneroka Eropah di Newfoundland mula diperkenalkan ke Britain daripada kapal yang berdangan antara Kanada dengan Poole di Dorset. Ini kemudian dibiakbakakan dengan anjing pemburu British untuk menghasilkan yang dikenali sebagai anjing pengutip Labrador. Penaung awalnya termasuk Earl Malmesbury, Duke Buccleuch, Earl Home, dan Sir John Scott. Para penulis awal telah mengelirukan labrador dengan anjing Newfoundland yang jauh lebih besar dan anjing kecil Newfoundland, dengan Charles St. John yang malah merujuk anjing kecil Newfoundland sebagai anjing Newfoundland. Kolonel Peter Hawker memerihalkan labrador pertama sebagai anjing yang tidak lebih besar daripada anjing penuding Inggeris, lebih kerap berwarna hitam daripada berwarna lain, dengan kepala dan hidung panjang, dada dalam, kaki halus, dan lapis bulu pendek dan licin, dan tidak mengangkat ekornya setinggi yang dilakukan oleh anjing Newfoundland.[6] Hawker membezakan anjing Newfoundland daripada kedua-dua "labrador betul" dan baka St. John's bagi anjing-anjing ini[6][7] dalam edisi kelima buku beliau Instructions to Young Sportsmen, yang diterbitkan pada tahun 1846.[7]

Menjelang tahun 1870, nama Labrador Retriever ("anjing pengutip Labrador") telah menjadi lazim di England.[8] Labrador hati (yang kini biasanya dipanggil coklat) muncul pada lewat tahun 1800-an dengan anak anjing berwarna hati yang didokumenkan di kenel-kenel Buccleuch pada tahun 1892;[9] Labrador kuning pertama yang direkodkan lahir pada tahun 1899 (Ben of Hyde, kenel-kenel Mejar C.J. Radclyffe).[10] Baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1903.[11] Pendaftaran pertama American Kennel Club (AKC) adalah pada tahun 1917.[12]

Kepalanya lebar dengan stop jelas.
Hitam
Coklat

Terdapat kepelbagaian besar sesama labrador. Ciri-ciri berikut adalah tipikal bagi susur galur baka ini yang dibiakbakakan untuk pertunjukan pengakuran (bangku) di Amerika Syarikat dan berdasarkan piawaian American Kennel Club.[2] Perbezaan ketara antara piawaian United Kingdom dengan piawaian Amerika Syarikat dicatatkan.

  • Saiz: Labrador ialah baka sederhana besar. Ia patut sama panjang dari kelasa ke pangkal ekor dengan panjang dari lantai ke paras kelasa. Piawaian AKC menyertakan berat unggul untuk jantan 25–36 kg (55–80 lb) dan untuk betina 25–32 kg (55–70 lb).[2] Garis panduan untuk ketinggian berbeza-beza antara AKC, yang memberikan 55–62 sentimeter (21.5–24.5 in) untuk jantan dan 55–60 sentimeter (21.5–23.5 in) untuk betina,[2] The Kennel Club yang menasihatkan bahawa jantan patut setinggi 56–57 sentimeter (22–22.5 in) dengan betina yang setinggi 55–56 sentimeter (21.5–22 in),[13] dengan FCI yang memetik julat 56–57 sentimeter (22–22.5 in) untuk jantan dengan betina yang unggul dalam lingkungan 54–56 sentimeter (21.5–22 in).[14]
  • Lapis bulu: Lapis bulu anjing pengutip Labrador patut pendek dan padat, tetapi tidak mirip dawai. Lapis bulunya kalis air, oleh itu, anjing ini tidak menjadi sejuk apabila memasuki air pada musim sejuk. Ini bermakna bahawa anjing ini secara semula jadi mempunyai lapis bulu sedikit kering dan berminyak. Warna yang boleh diterima merupakan hitam, kuning, dan coklat.[15]
  • Kepala: Kepalanya patut lebar dengan kening sedikit jelas. Matanya patut baik dan ekspresif. Warna mata betul merupakan perang dan hazel. Pengalas di sekeliling mata patut berwarna hitam. Telinganya patut tergantung dekat-dekat dengan kepala dan terletak lebih tinggi sedikit daripada paras mata.
  • Rahang: Rahangnya patut kuat dan berkuasa. Muncungnya patut sederhana panjang dan tidak terlalu menirus. Rahangnya patut tergantung sedikit dan melengkung dengan anggun ke arah belakang.
  • Tubuh: Tubuhnya patut mempunyai binaan berkuasa dan berotot.

Ekornya dan lapis bulunya ditetapkan sebagai "ciri distingtif [atau pembeza]" bagi labrador oleh The Kennel Club dan AKC.[2][13] AKC menambahkan bahawa "perangai sebenar anjing pengutip Labrador ialah ciri penanda baka ini sama seperti ekor 'berang-berang' [padanya]."[2]

Tiga ekor anjing pengutip Labrador: Kuning, hitam, dan coklat
Ketiga-tiga keragaman warna, dari hadapan ke belakang: Kuning, hitam, dan coklat

Labrador didaftarkan dalam tiga warna: Hitam padu, kuning (apa-apa cahaya warna daripada putih krim hingga merah rubah), dan coklat (perang sederhana hingga gelap; pada asalnya dipanggil "hati").[16]

Anak anjing daripada semua warna dapat lahir dalam perinduk sama. Warna lapis bulu ditentukan terutamanya oleh tiga gen, yang dipanggil MC1R, Agouti, dan CBD103. Jika seekor anjing membawa alel jenis liar pada ketiga-tiga lokus, anjing itu akan mempunyai lapis bulu kuning. Jika seekor anjing mengalami mutasi kehilangan fungsi pada MC1R, ia juga akan mempunyai lapis bulu kuning, tanpa mengira genotip pada dua lokus lain. Anjing yang membawa alel jenis liar untuk MC1R dan Agouti, bersama-sama dengan alel hitam CBD103, akan mempunyai lapis bulu hitam.[17][b]

Menurut sebuah kajian tahun 2011, 13 ekor daripada 245 ekor labrador yang dikaji adalah heterozigot untuk mutasi M264V yang bertanggungjawab atas topeng melanisme dan satu seekor adalah homozigot. Dalam baka ini, trait ini tidak dapat ditentukan hanya dengan penampilan.[18]

Tempat-tempat paling umum dengan pempigmenan yang terlihat merupakan hidung, bibir, gusi, dan pinggir mata.

Susur galur pertunjukan dan susur galur padang

[sunting | sunting sumber]
Penampilan kepala dan muncung: padang (kiri) dan pertunjukan (kanan), yang menunjukkan muncung lebih pendek, kepala berpenampilan lebih padu, dan stop "jelas" pada anjing pertunjukan

Sebagai hasil daripada pembiakbakaan khusus, terdapat perbezaan ketara antara susur galur baka padang dan ujian dengan susur galur baka pertunjukan bagi labrador. Di Amerika Syarikat, susur galur baka padang kadang-kadang dirujuk secara silap sebagai susur galur "Amerika" dan susur galur baka pertunjukan sebagai "Inggeris", sebenarnya, kedua-dua jenis padang dan jenis pertunjukan dibiakbakakan di kedua-dua negara dan semua anjing pengutip Labrador diturunkan daripada susur galur British.[19]

Mengutip buruan yang ditembak, seekor merpati hutan

Anjing pengutip Labrador telah terbukti mempunyai kadar kejayaan tinggi dalam menjadi anjing pandu. Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 menguji kesesuaian empat baka berlainan (anjing pengutip Labrador, anjing pengutip keemasan, kacukan anjing pengutip Labrador/anjing pengutip keemasan, dan anjing gembala Jerman) sebagai anjing pandu. Dalam uji kaji ini, anjing gembala Jerman mempunyai peluang paling tinggi untuk tidak menyelesaikannya. Anjing pengutip Labrador dan kacukan anjing pengutip Labrador/anjing pengutip keemasan mempunyai kadar kejayaan paling tinggi. Walau bagaimanapun, anjing gembala Jerman dan anjing pengutip keemasan mempunyai kadar kejayaan lebih tinggi selepas menjalani latihan lebih lama daripada latihan diwajibkan untuk anjing pengutip Labrador.[20][21]

Anjing pengutip Labrador ialah gundog yang dibiakbakakan untuk mengutip di darat dan di dalam air.[22] Sebagai anjing yang dibiakbakakan secara khas untuk pengutipan di dalam air, labrador telah mengembangkan pelbagai trait untuk pekerjaan ini. Untuk pengutipan, anjing pengutipan Labrador mempunyai mulut lembut, trait yang membolehkannya membawa buruan dan unggas air tanpa merosakkannya.[23] Untuk renangan pula, labrador dibantu oleh kaki renang penuh, ekor mirip berang-berang, dan lapis bulu kalis air.[24]

Kecerdasan tinggi, inisiatif, dan hala tuju diri pada labrador dalam peranan kerja dicontohi oleh anjing seperti Endal, yang dilatih untuk, jika perlu, meletakkan manusianya yang menggunakan kerusi roda dalam kedudukan pemulihan, menyelimutinya, dan mengaktifkan telefon kecemasan.[25] Sebilangan labrador juga telah diajar untuk membantu pemiliknya dengan mengeluarkan wang dan kad kredit daripada ATM dengan latihan terdahulu.[26]

Baka ini digunakan dalam penyelamatan air/penyelamatan nyawa. Ini berterusan dalam peranan itu kini, bersama-sama dengan anjing Leonberg, anjing Newfoundland, dan anjing pengutip keemasan; ia digunakan di Sekolah Anjing Penyelamat Itali.[27]

Dalam peperangan

[sunting | sunting sumber]

Labrador telah digunakan sebagai anjing perang. Semasa Perang Vietnam, ia digunakan sebagai anjing peninjau untuk menjejaki tentera terkorban atau tercedera atau kedudukan musuh.[28]:278

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip Labrador mempunyai kecenderungan terhadap hepatitis kronik.[29] Sebuah kajian United Kingdom mendapati nisbah kemungkinan 4.14.[30] Sesetengah kajian melaporkan kecenderungan untuk anjing pengutip Labrador betina.[29] Sebab untuk kecenderungan ini tidak diketahui. Idea yang dicadangkan termasuk bahawa ini keadaan keturunan[31] atau keadaan persekitaran.[32] Anjing pengutip Labrador juga menunjukkan kecenderungan terhadap penyakit hati hempedu lain, termasuk: hepatitis reaktif, hiperplasia nodul, dan penyakit pundi hempedu.[30]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa purata jangka hayat baka ini ialah 13.1 tahun.[1] Sebuah kajian bersama oleh Royal Veterinary College dan Universiti Sydney berkesimpulan bahawa anjing pengutip Labrador berwarna coklat mempunyai purata jangka hayat lebih pendek berbanding dengan warna lain anjing pengutip Labrador (sebanyak kira-kira 10%) dan lebih berkemungkinan untuk menghidap sesetengah masalah kesihatan.[33] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[34] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 25% daripada jumlah anjing pengutip Labrador mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih rendah daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[35]

Anjing pengutip Labrador agak terdedah kepada displasia pinggul dan displasia siku,[36] terutamanya pada anjing lebih besar.[37] Penyakit mata mungkin termasuk atrofi retina progresif, katarak, distrofi kornea[36] dan displasia retina.[38] Ia dapat mengalami rebah cetusan senaman, yang menyebabkan hipertermia, kelemahan, rebah, dan kekeliruan selepas senaman singkat,[39] atau kegemukan, yang dalam sesetengah kes mungkin sebahagiannya disebabkan oleh ketiadaan sebahagian atau semua gen proopiomelanokortin.[40][41]

Anjing pengutip Labrador ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat degenerasi rod-kon progresif. Suatu mutasi resesif autosom pada gen PRCD bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[42]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Labrador ialah anjing yang luar biasa popular. Setakat tahun 2006, ia dianggap secara meluas sebagai baka paling popular di dunia[perlu rujukan] dan ia merupakan anjing paling popular dari segi pemilikan di Kanada, di New Zealand,[43] dan di United Kingdom.[44] Pada tahun 2006, di United Kingdom dan di Amerika Syarikat, terdapat lebih dua kali lebih banyak labrador berdaftar berbanding dengan baka paling popular seterusnya.[45][46] Jika perbandingan terbatas kepada baka anjing dengan saiz serupa, maka terdapat kira-kira 3–5 kali lebih banyak labrador yang didaftarkan di kedua-dua negara berbanding dengan baka paling popular seterusnya, anjing gembala Jerman dan anjing pengutip keemasan.[45][46]

Ia merupakan baka anjing pembantu paling popular di Amerika Syarikat, di Australia, dan di banyak negara lain,[47] serta digunakan secara meluas oleh pihak polis dan badan rasmi lain untuk pengesanan dan kebolehan kerjanya. Hampir-hampir 60%–70% daripada semua anjing pandu di Amerika Syarikat merupakan labrador.[perlu rujukan]

Pada tahun 2022, anjing pengutip Labrador ialah baka kedua paling popular di Amerika Syarikat.[48] Pada tahun 2020, labrador ialah baka anjing berdaftar paling popular di New Zealand.[49]

Tujuh daripada tiga belas ekor "gundog cemerlang" yang dilantik dalam tempoh 2000–2005 oleh Australian National Kennel Council dalam 'dewan kemasyhuran'-nya merupakan labrador.[50]

Anjing pengutip Labrador terkenal

[sunting | sunting sumber]
Endal yang memakai Pingat Emas PDSA-nya

Anjing pengutip Labrador terkenal dalam pelbagai kategori termasuk:

Anjing pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Endal, seekor anjing khidmat[51] di Britain. Antara penghormatan lain, "anjing paling berpingat di dunia" (termasuk "Dog of the Millennium" dan Pingat Emas PDSA untuk Keberanian dan Bakti Haiwan kepada Tugas), anjing pertama yang menaiki Mata London dan anjing pertama yang diketahui mengerjakan kad ATM 'chip and pin'. Menjelang kematian Endal pada Mac 2009, ia dan pemiliknya/pengendalinya Allen Parton telah difilemkan sebanyak hampir 350 kali oleh kru dari beberapa buah negara dan sebuah sebuah filem setahun dalam kehidupan Endal dalam pembikinan.
  • Sully, berkhidmat dengan bekas Presiden Amerika Syarikat George H. W. Bush semasa enam bulan terakhir kehidupannya; terkenal kerana peranan beliau semasa pengebumian presiden. Suatu bentuk penyakit Parkinson melumpuhkan bekas presiden itu ke atas kerusi roda atau skuter bermotor dalam tahun-tahun terakhir kehidupan beliau. Antara perkhidmatan yang dapat dilaksanakan oleh Sully untuk Bush merupakan pengutipan barang terjatuh, pembukaan dan penutupan pintu, penolakan butang kecemasan, dan penyokongan beliau semasa berdiri.[52]

Anjing polis, ketenteraan, penyelamatan, dan penghidu

[sunting | sunting sumber]

Anjing peliharaan

[sunting | sunting sumber]
  • Anjing pengutip Labrador milik bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Buddy dan Seamus.[65]
  • Anjing pengutip Labrador milik Presiden Rusia Vladimir Putin, "Konni".[66]
  • Marley, "Anjing Paling Teruk di Dunia", yang ditampilkan dalam buku autobiografi karya wartawan John Grogan Marley & Me, yang diadaptasi menjadi sebuah filem drama komedi tahun 2008 dengan nama sama.
  • Anjing pengutip Labrador milik penyanyi Kanada Celine Dion, Charlie dan Bear. Charlie dan Bear ditampilkan dalam banyak majalah dengan penyanyi itu dan keluarga beliau, lalu menjadi anjing peliharaan selebriti atas nama sendiri.[67]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ لابرادور; bahasa Inggeris: Labrador retriever
  2. ^ "Penghasilan pigmen kuning melawan hitam pada anjing dikawal oleh tiga gen: MC1R, Agouti, dan CBD103. Anjing yang membawa alel jenis liar untuk ketiga-tiga gen mempunyai lapis bulu kuning yang terhasil daripada antagonisme Agouti bagi pengisyaratan MC1R di dalam melanosit (great dane kuning, atas). Anjing yang membawa mutasi kehilangan fungsi pada MC1R mempunyai lapis bulu kuning tanpa mengira genotipnya pada Agouti atau CBD103 (anjing pengutip Labrador kuning, tengah). Anjing yang membawa alel jenis liar untuk MC1R dan Agouti bersama-sama dengan alel hitam dominan bagi CBD103 (KB) mempunyai lapis bulu hitam yang terhasil daripada interaksi antara defensin β dengan MC1R (anjing pengutip berbulu keriting hitam, bawah." — Candille, Kaelin, et al. (2007)[17]
  1. ^ a b McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan). Jadual Tambahan 3
  2. ^ a b c d e f "Labrador Retriever Breed Standard" [Piawaian Baka Anjing Pengutip Labrador] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 31 Mac 1994. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 4 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ a b Rencana ditulis oleh The Field, 30 Mei 1896, 'Labrador Dogs' (dalam bahasa Inggeris), oleh John S Kerss
  5. ^ The Labrador Retriever Club (1995). "The Labrador Dog" [Anjing Labrador]. Dalam Ziessow, Bernard W. (penyunting). The Official Book of the Labrador Retriever [Buku Rasmi Anjing Pengutip Labrador] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 24–25. ISBN 9780793801886. OCLC 33031626.
  6. ^ a b Drury, William D. (1903). "Ch.XXX - The Labrador" [Bab XXX - Labrador]. British Dogs: Their Points, Selection, and Show Preparation [Anjing British: Kelebihan, Pemilihan, dan Penyiapan Pertunjukannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: L. Upcott Gill. m/s. 356–358. OCLC 16734268.
  7. ^ a b Hawker, Peter (1846). "Dogs". Instructions to Young Sportsmen in all that relates to Guns and Shooting [Arahan untuk Ahli Sukan Muda dalam semua yang berkaitan dengan senapang dan penembakan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Longman, Hurst, Rees, Orme, Brown, and Green. m/s. 245.
  8. ^ "Labrador Retriever" [Anjing Pengutip Labrador]. vcahospitals.com (dalam bahasa Inggeris). Mars Inc. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  9. ^ "Best labrador colour: does coat make a difference?" [Warna labrador terbaik: adakah lapis bulu membuat perbezaan?]. thefield.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Future Publishing Limited Quay House. 19 April 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  10. ^ Warwick, Helen (1986). "5". The New Complete Labrador Retriever [Anjing Pengutip Labrador Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 89. ISBN 9780876052303. OCLC 12840006.
  11. ^ Ziessow, Bernard. "The Labrador Retriever: Origin and Purpose of the Breed" [Anjing Pengutip Labrador: Asal Usul dan Tujuan Baka] (PDF). pslra.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  12. ^ "Labrador Retriever Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Pengutip Labrador]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  13. ^ a b Retriever (Labrador) Breed Standard (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 31 Oktober 2011 di Wayback Machine. The Kennel Club.
  14. ^ "FCI-Standard N° 122 LABRADOR RETRIEVER" [Piawaian FCI No. 122 Anjing Pengutip Labrador] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 30 September 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  15. ^ "Get to Know the Labrador Retriever" (dalam bahasa Inggeris), 'American Kennel Club', Dicapai pada 9 Mac 2024.
  16. ^ "Breed colours" [Warna baka]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2015. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  17. ^ a b Candille, Sophie I.; Kaelin, Christopher B.; Cattanach, Bruce M.; Yu, Bin; Thompson, Darren A.; Nix, Matthew A.; Kerns, Julie A.; Schmutz, Sheila M.; Millhauser, Glenn L.; Barsh, Gregory S. (30 November 2007). "A β-Defensin Mutation Causes Black Coat Color in Domestic Dogs" [Mutasi β-Defensin Menyebabkan Warna Lapis Bulu Hitam pada Anjing Bela Jinak]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 318 (5855): 1418–1423. Bibcode:2007Sci...318.1418C. doi:10.1126/science.1147880. ISSN 0036-8075. JSTOR 20051700. PMC 2906624. PMID 17947548. S2CID 41123507.
  18. ^ Conant, E. K.; Juras, R.; Cothran, E. G. (24 Februari 2011). "Incidence of the mask phenotype M264V mutation in Labrador Retrievers" [Insiden mutasi fenotip topeng M264V pada anjing pengutip Labrador]. Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 91 (3): e98–e99. doi:10.1016/j.rvsc.2011.02.002. ISSN 1532-2661. PMID 21353269. S2CID 9293427.
  19. ^ American Kennel Club, The Labrador Retriever Club, Inc. "American vs. English" [Amerika lwn. Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2017. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  20. ^ Serpell, James Andrew, penyunting (21 September 1995). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521415293. OCLC 32272650.
  21. ^ Ennik, Irma; Liinamo, Anna-Elisa; Leighton, Eldin; van Arendonk, Johan A. M. (16 September 2006). "Suitability for field service in 4 breeds of guide dogs" [Kesesuaian untuk khidmat lapangan pada 4 baka anjing pandu]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 1 (2): 67–74. doi:10.1016/j.jveb.2006.06.004. ISSN 1878-7517. S2CID 144956093.
  22. ^ "Why the Labrador Is the World's Most Popular Bird Dog" [Sebabnya Labrador Ialah Anjing Burung Paling Popular di Dunia]. GunDogMag (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  23. ^ "Your guide to the Labrador Retriever" [Panduan anda untuk anjing pengutip Labrador]. gundog journal (dalam bahasa Inggeris). 26 Februari 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  24. ^ "8 Things To Know About Labrador Retrievers" [8 Perkara untuk Diketahui tentang Anjing Pengutip Labrador]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  25. ^ Blystone, Richard; Mallary Gelb (10 Ogos 2000). "Assistance dogs are trained as partners for the disabled" [Anjing bantuan dilatih sebagai pasangan untuk orang kurang upaya] (dalam bahasa Inggeris). CNN.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2013.
  26. ^ "thought this was Bark-lays bank" [sangka ini bank Bark-lays] (dalam bahasa Inggeris). Metro. 28 Februari 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  27. ^ Manetti, Francesco (23 Ogos 2010). "Italian school teaches dogs to become lifeguards" [Sekolah Itali ajar anjing jadi penyelamat nyawa]. Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  28. ^ Burnam, John C. (1 Julai 2008). A Soldier's Best Friend: Scout Dogs and Their Handlers in the Vietnam War [Sahabat Baik Askar: Anjing Pengakap dan Pengendalinya dalam Perang Vietnam] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Union Square. ISBN 9781402754470. OCLC 179788933.
  29. ^ a b Bexfield, Nicholas H. (4 Januari 2017). "Canine Idiopathic Chronic Hepatitis" [Hepatitis Kronik Idiopati Anjing]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 47 (3): 645–663. doi:10.1016/j.cvsm.2016.11.012. ISSN 1878-1306. PMID 28063746. S2CID 21281818.
  30. ^ a b Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check |s2cid= value (bantuan).
  31. ^ Hoffmann, G.; van den Ingh, Ted S. G. A. M.; Bode, P.; Rothuizen, J. (Julai 2006). "Copper-Associated Chronic Hepatitis in Labrador Retrievers" [Hepatitis Kronik Berkaitan dengan Tembaga pada Anjing Pengutip Labrador]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 20 (4): 856–861. doi:10.1111/j.1939-1676.2006.tb01798.x. ISSN 1939-1676. PMID 16955809. S2CID 24133626.
  32. ^ Johnston, Andrea N.; Center, Sharon A.; McDonough, Sean P.; Wakshlag, Joseph J.; Warner, Karen L. (1 Februari 2013). "Hepatic copper concentrations in Labrador Retrievers with and without chronic hepatitis: 72 cases (1980–2010)" [Kepekatan tembaga hati pada anjing pengutip Labrador dengan hepatitis kronik atau tanpanya: 72 kes (1980–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (3): 372–380. doi:10.2460/javma.242.3.372. ISSN 1943-569X. PMID 23327181. S2CID 23565118.
  33. ^ "Chocolate Labradors have a shorter lifespan than rest of the breed" [Labrador coklat mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding dengan selebih baka]. VetCompassTM and the University of Sydney Study (dalam bahasa Inggeris). Royal Veterinary College. 22 Oktober 2018.
  34. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  35. ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
  36. ^ a b "Labrador Retriever" [Anjing Pengutip Labrador] (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  37. ^ Newton, C. D.; Nunamaker, D. M. (penyunting) "Textbook of Small Animal Orthopaedics (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 27 September 2007 di Wayback Machine." Diterbitkan oleh International Veterinary Information Service (Riser, Rhodes, dan Newton). hlm. 2.
  38. ^ "Retinal Dysplasia/Oculoskeletal Dysplasia 1" [Displasia Retina/Displasia Okuloskeletal 1]. pawprintgenetics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  39. ^ Taylor, Susan M.; Shmon, Cindy L.; Shelton, Gloria Diane; Patterson, Edward E.; Minor, Katie M.; Mickelson, James R. (1 November 2008). "Exercise-Induced Collapse of Labrador Retrievers: Survey Results and Preliminary Investigation of Heritability" [Rebah Cetusan Senaman Anjing Pengutip Labrador: Hasil Tinjauan dan Penyiasatan Awal Kebolehwarisan]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 44 (6): 295–301. doi:10.5326/0440295. ISSN 1547-3317. PMID 18981194. S2CID 3171493.
  40. ^ Raffan, Eleanor; Dennis, Rowena J.; O'Donovan, Conor J.; Becker, Julia M.; Scott, Robert A.; Smith, Stephen P.; Withers, David J.; Wood, Claire J.; Conci, Elena; Clements, Dylan N.; Summers, Kim M.; German, Alexander J.; Mellersh, Cathryn Suzanne; Arendt, Maja Louise; Iyemere, Valentine P.; Withers, Elaine; Söder, Josefin; Wernersson, Sara; Andersson, Göran; Lindblad-Toh, Kerstin; Yeo, Giles S. H.; O'Rahilly, Stephen (3 Mei 2016). "A Deletion in the Canine POMC Gene Is Associated with Weight and Appetite in Obesity-Prone Labrador Retriever Dogs" [Pemotongan pada Gen POMC Anjing Dikaitkan dengan Berat dan Selera pada Anjing Pengutip Labrador Cenderung Keobesan]. Cell Metabolism (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 23 (5): 893–900. doi:10.1016/j.cmet.2016.04.012. ISSN 1932-7420. PMC 4873617. PMID 27157046. S2CID 206845936.
  41. ^ Freytas-tamura, Kimiko De (5 Julai 2016). "The Lab Results Are In: Genes Might Be to Blame for Retrievers' Obesity" [Keputusan Makmal Sudah Sampai: Gen Mungkin Dipersalahkan atas Obesiti Anjing Pengutip]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  42. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  43. ^ "New Zealand: Leading dog breeds" [New Zealand: Baka anjing memimpin] (dalam bahasa Inggeris). Statistica Research. 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  44. ^ "UK: Top 20 dog breeds by registered number 2021" [UK: 20 baka anjing teratas mengikut bilangan berdaftar 2021] (dalam bahasa Inggeris). Statistica Research. 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  45. ^ a b "Registration statistics for all recognised dog breeds, 2005 and 2006" [Statistik pendaftaran untuk semua baka anjing beriktiraf, 2005 dan 2006]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2009. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  46. ^ a b "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  47. ^ Devantier, Alecia T.; Turkington, Carol A. (2006). Extraordinary Jobs with Animals [Kerja Luar Biasa dengan Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Ferguson Publishing. m/s. 20. ISBN 9781438111704. OCLC 297553314. Labrador retriever: Most popular breed of assistance dog.
  48. ^ "Most Popular Dog Breeds 2022" [Baka Anjing Paling Popular 2022]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  49. ^ Kirkness, Luke. "Figures reveal the dog capital of New Zealand and most popular breeds" [Angka dedah ibu kota anjing New Zealand dan baka paling popular]. New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). The Herald. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  50. ^ "ANKC hall of fame" [Dewan kemasyhuran ANKC]. Australian National Kennel Council (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. 2000–2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  51. ^ "Endal the super dog" [Endal si anjing super] (dalam bahasa Inggeris). Edition.cnn.com. 10 Ogos 2000. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  52. ^ ‘Mission complete’: Sully, Bush’s service dog, stays at the former president’s side for one last journey (dalam bahasa Inggeris). (3 Disember 2018). The Seattle Times. https://www.seattletimes.com/nation-world/mission-complete-sully-bushs-service-dog-stays-at-former-presidents-side-for-one-last-journey/
  53. ^ "Murió Frida, perrita rescatista de la Marina" [Frida, anjing penyelamatan Tentera Laut, mati]. Excélsior (excelsior.com.mx) (dalam bahasa Sepanyol). Mexico. 15 November 2022. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  54. ^ "Police dogs sniff for pirated DVDs" [Anjing polis hidu DVD cetak rompak]. ABC News (abcnews.go.com) (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2006. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  55. ^ Blass, Evan (20 Ogos 2007). "DVD-sniffing dogs awarded medals, returning to NYC" [Anjing penghidu DVD dianugerahi pingat, pulang ke NYC]. Engadget. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  56. ^ Chan, Sewell (28 Ogos 2007). "Fresh off Malaysian triumph, DVD-sniffing dogs tackle New York" [Sejurus selepas kejayaan di Malaysia, anjing penghidu DVD hadap New York]. Cityroom. The New York Times (blog) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  57. ^ Blass, Evan (22 Mac 2007). "DVD pirates put out hits on Lucky and Flo the crime dogs" [Pencetak rompak DVD sasar Lucky dan Flo anjing jenayah]. Engadget (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  58. ^ "Australian dog returns home after a year in the wilderness" [Anjing Australia pulang ke rumah selepas setahun di alam liar]. defence.gov.au, Defence Media Release (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertahanan Australia. 12 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2012. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  59. ^ "Handler never gave up on lost army dog" [Pengendali tidak pernah putus asa pada anjing tentera hilang]. ABC News (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. 12 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2009. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  60. ^ Glagola, Nick (27 Julai 2007). "Jake, the rescue dog: An impressive life" [Jake, anjing penyelamat: Kehidupan menakjubkan]. NPR.org. National Public Radio. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  61. ^ Life saving: Animals' war photos [Menyelamatkan nyawa: Foto perang haiwan] (PDF). london.iwm.org.uk (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Imperial War Museum. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Januari 2009. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  62. ^ "In pictures: Sadie the hero dog gets a medal" [Dalam gambar: Sadie si anjing wira dapat pingat]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 6 Februari 2007. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  63. ^ "Army dog killed in Afghanistan given posthumous medal" [Anjing tentera darat terkorban di Afghanistan diberi pingat pascakematian]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 29 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  64. ^ "British army dog awarded bravery medal for work in Afghanistan" [Anjing tentera darat British dianugerahi pingat keberanian atas tugas di Afghanistan]. The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. 29 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  65. ^ "Friend of Bill" [Sahabat Bill]. People (dalam bahasa Inggeris). 57 (2). 2002.
  66. ^ "Putin's Pooches" [Anjing peliharaan Putin]. russianlife.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  67. ^ "Céline Dion Shared a Rare Photo of Her Three Sons" [Céline Dion Kongsi Foto Jarang Tiga Anaknya] (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2021. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  • Douglas, James (1 November 2003). The Complete Gundog Training Manual [Panduan Pelatihan Gundog Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781904057055. OCLC 54368536.
  • Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 195. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  • Hamilton, Ferelith; Jones, Arthur Frederick (1971). The World Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Dunia tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. m/s. 238–243. ISBN 9780883653029. OCLC 1693894.
  • Hancock, David (17 Julai 2013). Gundogs: Their Past, Their Performance and Their Prospects [Gundog: Masa Lalunya, Prestasinya, dan Prospeknya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847974921. OCLC 834977734.
  • Hudson, David (1995). The Shooting Man's Dog: A Complete Guide to Gundogs [Anjing si Penembak: Panduan Lengkap untuk Gundog] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 28–32. ISBN 9781853105609. OCLC 60236410.
  • Kern, Kerry V. (1 Mac 1995). Labrador Retrievers: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Pengutip Labrador: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 9. ISBN 9780812090185. OCLC 31754692.
  • Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 299–301. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  • "Retriever (Labrador) breed standard" [Piawaian baka Anjing Pengutip (Labrador)]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). United Kingdom: The Kennel Club. Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2024.