Bilal bin Rabah
Bilal بِلَال ٱبْن رَبَاح | |
---|---|
Lahir | 5 Mac 580M |
Tempat kelahiran | Mekah, Hijaz |
Terkenal kerana | Antara sahabat terkenal Nabi Muhammad dan pelaung azan pertama Islam[1][2] |
Jawatan | Setiausaha Perbendaharaan Negeri Islam Madinah |
Gelaran | Sayid Al-Muazzin (Sayyid al-Muʾaḏḏin) |
Meninggal dunia | 2 Mac 640 | (umur 57) AD
Bapa | Rabah |
Ibu | Hamamah |
Isteri |
|
Agama | Islam |
Bilal bin Rabah (Arab: بِلَال ٱبْن رَبَاح , Bilāl ibn Rabāḥ , 580–640M) ialah seorang sahabat nabi dan muazin pertama dalam Islam, dipilih oleh Nabi Muhammad.[4][5][6] Beliau dilahirkan di Habsyah pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44SH. Bilal dibesarkan di Habsyah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal menjadi antara orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau meninggal pada usia 63 pada tahun 640M, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 20 Hijrah.
Kelahiran dan awal hidup
[sunting | sunting sumber]Bilal bin Rabah dilahirkan di Habsyah, di Hijaz pada tahun 580.[7] Ayah beliau bernama Rabah dan ialah hamba Arab dari bani Jumah manakala ibu beliau bernama Hamamah dari Habsyah. Dengan dilahirkan sebagai hamba, beliau terpaksa bekerja untuk tuan beliau, Umaiyah bin Khalaf. Dengan kerja kerasnya, Bilal diiktiraf sebagai hamba yang bagus dan diberi tanggungjawab memegang kunci kepada berhala Arab. Namun, sifat perkauman dan peraturan adat Arab menghalan beliau daripada mendapat jawatan yang tinggi.[7]
Penampilan Bilal
[sunting | sunting sumber]Dalam buku Bilal ibn Rabah oleh Muhammad Abdul Rauf, beliau menyatakan Bilal "mempunyai ketinggian yang segak dan menawan, berkulit perang gelap dengan mata yang berkilauan, hidung yang halus dan kulit yang berseri. Beliau dikurniakan dengan suara yang garau, merdu dan bergema. Beliau mempunyai janggut yang halus pada kedua-dua pipinya. Beliau turut dianugerahkan dengan kebijaksaan, bermaruah dan bernilai diri."[8] Dalam buku The Life of Muhammad oleh Willian Muir, Bilal "tinggi, gelap, dengan ciri-ciri orang Afrika dan rambut tebal."[9]Muir juga menyatakan bahawa ahli pembesar Quraisy benci Bilal dan memanggil beliau "Ibnu Saudah" (anak perempuan hitam).[9]
Pengislaman
[sunting | sunting sumber]Ketika Nabi Muhammad mula berdakwah, ahli pembesar Quraisy merancang apa yang patut dibuat dengan Baginda. Bilal yang ketika itu mengikut tuan beliau, Umaiyah, terdengar tentang Muhammad dan ajarannya tentang Tuhan yang Esa. Beliau terpesona dengan Islam dan menjadi antara sembilan orang yang pertama masuk Islam.[10][11][12]
Penyeksaan Bilal
[sunting | sunting sumber]Apabila Umaiyah dapat tahu, dia mula menyeksa Bilal.[7] Selepas didesaki Abu Jahal, Umaiyah mengikat Bilal dan mengheret beliau keliling Mekah sementara kanak-kanak mengejeknya.[13] Bilal tetap enggan mengecam Islam dan terus-menerus mengucap "Ahadun Ahad" (Tuhan yang Esa).[13] Marah dengannya, Umaiyah menyebat dan dipukul beliau sambil diikat atas tanah pasir yang panas. Kemudian, sebuah batu besar diasakkan atas dadanya.[7] Khabar tentang beliau sampai ke telinga sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang kemudian memberitahu Baginda. Baginda kemudian menghantar Abu Bakar berunding untuk membeli Bilal, kemudian bebaskannya dengan membeli beliau dengan 12 ukiah emas atau 40 dirham.[7][14][15][16][17]
Perbendaharaan
[sunting | sunting sumber]Bilal mendapat jawatan dalam kota Madinah sebagai penjaga baitul mal.[18] Semasa beliau menjawat, Bilal telah agihkan dana kepada janda, anak yatim, petualang dan orang susah.[18][19]
Jasa dan Perjuangannya
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai muazzin yang pertama di dunia oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap muazzin atau BILAL
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Slavery in Islam." BBC News. BBC, 2009. Web. 2013.
- ^ Riz̤vī, Sayyid Sa'eed Ak̲h̲tar. Slavery: From Islamic & Christian Perspectives. Richmond, British Columbia: Vancouver Islamic Educational Foundation, 1988. Print. ISBN 0-920675-07-7 Pg. 35-36
- ^ الإصابة في تمييز الصحابة، لابن حجر العسقلاني، ترجمة هالة بنت عوف الزهرية، موقع صحابة رسولنا Diarkibkan 2018-07-15 di Wayback Machine
- ^ Ludwig W. Adamec (2009), Historical Dictionary of Islam, p.68. Scarecrow Press. ISBN 0810861615.
- ^ Robinson, David. Muslim Societies in African History. Cambridge, UK: Cambridge University Press, 2004. Print.
- ^ Levtzion, Nehemia, and Randall Lee Pouwels. The History of Islam in Africa. South Africa: Ohio UP, 2000. Print.
- ^ a b c d e Janeh, Sabarr. Learning from the Life of Prophet Muhammad (SAW): Peace and Blessing of God Be upon Him. Milton Keynes: AuthorHouse, 2010. Print. ISBN 1467899666 Pgs. 235-238
- ^ Abdul-Rauf, Muhammad. Bilāl Ibn Rabāh: A Leading Companion of The Prophet Muhammad (SAW). Indianapolis, Indiana: American Trust Publications, 1977. Print. ISBN 0892590084 Pg.5
- ^ a b Muir, Sir William. The Life of Mohammad From Original Sources. Edinburgh: J. Grant, 1923. Print. ISBN 0404563066 Pg. 59
- ^ Stacey, A. (2011) "Bilal Ibn Rabah (Part 1 of 2): From Slavery to Freedom". The Religion of Islam.
- ^ Gamal, A. (2019, 26 Mac) "How did Bilal (ra) become Muslim?" Islamiqate.com.
- ^ Islamic Finder (t.t.) "Short Biography of Bilal Ibn Rabah (R.A.)" IslamicFinder.org.
- ^ a b Sodiq, Yushau. Insider's Guide to Islam. Bloomington, Indiana: Trafford, 2011. Print. ISBN 1466924160 Pg. 23
- ^ Janeh, Sabarr. Learning from the Life of Prophet Muhammad (SAW): Peace and Blessing of God Be upon Him. Milton Keynes: AuthorHouse, 2010. Print. ISBN 1467899666 Pgs. 235-238
- ^ Templat:Cite EI2
- ^ Ibn Hisham, Sirah, V. 1, p. 339-340
- ^ Ibn Sa’d, Tabaqat, V. 3, p. 232
- ^ a b Charbonneau, Joshua (Mateen). The Suffering of the Ahl-ul-bayt and Their Followers (Shi'a) throughout History. Washington, D.C.: J. M. Charbonneau, 2012. Print.
- ^ Razwy, Ali A. A Restatement of the History of Islam & Muslims 570 to 661 CE. Stanmore, Middlesex, U.K.: World Federation of K S I Muslim Communities Islamic Centre, 1997. Print. Pg. 553