Bundesrat (Jerman)
Koordinat: 52°30′33″N 13°22′53″E / 52.50917°N 13.38139°E
Jerman |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perlembagaan
Parlimen
Kehakiman
Eksekutif
Bahagian
Pilihan raya
Dasar Luar Negara
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Bundesrat (Melayu: Majlis Persekutuan) ialah organ penggubal perlembagaan dalam Republik Persekutuan Jerman. Melalui majlis ini, negeri-negeri Jerman menjalankan hak dan suara mereka bagi meluluskan undang-undang, mengawasi pentadbiran peringkat persekutuan dan juga memutuskan satu-satu isu membabitkan Kesatuan Eropah (EU). Setiap negeri diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri di dalamnya. Oleh yang demikian, kepentingan-kepentingan negeri dalam pembentukan kehendak politik seluruh negara diambilkira. Institusi inilah yang memperkasakan konsep persekutuan di Jerman yang diterap di dalam perlembagaan negara itu melalui Klausa Abadi[1] yang tidak boleh dipinda atau dimansuh.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Perlembagaan Jerman telah menyatakan dengan jelas tugas Majlis Persekutuan ini dalam perkataan seperti berikut: "Melalui Bundesrat bertindaklah setiap negeri-negeri dalam penggubalan undang-undang dan pentadbiran persekutuan dan juga hal ehwal berkaitan Kesatuan Eropah."[2]
Oleh yang demikian, majlis ini bukanlah dewan perundangan kedua di samping Bundestag seperti yang diamalkan oleh sistem parlimen dwidewan bahkan merupakan institusi negara yang mempunyai haknya tersendiri, bagi memberi negeri-negeri suara di peringkat persekutuan. Mereka sendiri berbincang di Bundesrat dan bertindak sama terhadap isu-isu berbangkit seperti yang dinamakan sebelum ini dan setiap bentuk tindakan yang boleh diambil telah dijelas dan dibatasi perlembagaan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Artikel 79 Perenggan 3 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman.
- ^ Artikel 50 ibid