Daerah Kecil Roban
Daerah Kecil Roban داءيره كچيل روبن | |
---|---|
Koordinat: 1°53′30″N 111°17′30″E / 1.89167°N 111.29167°EKoordinat: 1°53′30″N 111°17′30″E / 1.89167°N 111.29167°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kecil Roban |
Keluasan | |
• Jumlah | 327.8 km2 (126.6 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 6,914 |
• Kepadatan | 21/km2 (55/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Daerah Kecil Roban ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[2] Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Iban.[3] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Roban. Daerah Kecil Roban mempunyai keluasan lebih/kurang 327.8 kilometer persegi (32,780.0 he).[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum Daerah Kecil Roban terletak di bawah pentadbiran Daerah Kabong, ia terletak di bawah Daerah Saratok. Pada ketika itu, ia memiliki keluasan sebanyak 373.14 kilometer persegi (37,314.0 he).[5]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Kecil Roban ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Roban. Ia ditadbirkan oleh seorang pegawai tadbir; pemenang jawatan terkini ialah Michael Meling.[6] Dari segi politik, Roban terletak di kawasan DUN Kabong yang dibawah parlimen Saratok. Ia juga merupakan daerah mengundi dalam DUN tersebut. ADUN Kabong yang terkini ialah Mohd Chee Kadir.[6][7]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Roban ialah seramai 6,914 orang.[3] Kebanyakannya penduduk di Daerah Kecil Roban beretnik Iban, dengan jumlah 5,633 orang, kemudian diikuti dengan etnik Cina (676 orang), Melayu (469 orang), Bidayuh (40 orang), Bumiputera Lain (24 orang), etnik lain-lain (15 orang), India (9 orang) dan paling sedikit ialah etnik Melanau, enam orang.[3]
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 6,872 | Melayu | 469 |
2 | Iban | 5,633 | ||
3 | Bidayuh | 40 | ||
4 | Melanau | 6 | ||
5 | Bumiputera Lain | 24 | ||
6 | Cina | 676 | ||
7 | India | 9 | ||
8 | Lain-lain | 15 | ||
9 | Bukan warganegara | 42 | Tiada data | 42 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ a b c d "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
- ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
- ^ a b news (15 Jun 2021). "Pastikan telefon dapat dihubungi untuk vaksinasi di aplikasi MySejahtera". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-16. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 2 Januari 2020.