Daerah Pantu
Pantu ڤنتو | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sri Aman |
Pusat pentadbiran | Pantu |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Sri Aman |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Langgong Wasam |
Keluasan | |
• Jumlah | 763.35 km2 (294.73 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 11,516 |
• Kepadatan | 15/km2 (39/batu persegi) |
Poskod | 94xxx, 95xxx |
Pantu merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Pantu. Antara pekan lain yang terdapat di daerah ini ialah Lachau dan Sungai Tenggang.
Pantu merupakan sebuah daerah yang baru saja dibentuk di Sarawak pada tahun 2021. Sebelum ini, daerah Pantu merupakan sebuah daerah kecil dalam daerah Sri Aman.[1]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama Pantu dikatakan berasal daripada sejenis rumbia atau nipah tempatan bernama "pantu", yang tumbuh dengan banyaknya di daerah kecil ini.[2][3] Pokok pantu mempunyai duri dan umbut yang boleh dimakan.
Nama saintifik pokok pantu ialah Eugeissona insignis.[4][5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pantu pada mulanya merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Sri Aman. Pada 8 Oktober 2021, kerajaan telah meluluskan rancangan penubuhan daerah Pantu.[6] Pada 12 Disember, pembentukan daerah Pantu telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg.[7]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Pantu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pantu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Sri Aman. Di bawah pentadbiran daerah ini, terdapat 132 kampung yang terdiri daripada 126 rumah panjang dan enam petempatan Cina. Setiap rumah panjang dan petempatan tersebut diketuai seorang ketua kaum. Tujuh orang penghulu juga dilantik dari kalangan orang Iban dan Cina bagi mentadbir kawasan masing-masing.[8]
Politik
[sunting | sunting sumber]Daerah Pantu diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Balai Ringin (N30) dan Bukit Begunan (N31) yang terletak di kawasan Parlimen Sri Aman (P202).
Demografi
[sunting | sunting sumber]Sebahagian besar penduduk di sini merupakan kaum Iban. Kaum Iban Balau tinggal di daerah kecil ini. Jadual ini menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Pantu, Malaysia, 2010.[9]
Bil. | Etnik | Jumlah | Peratusan (%) |
---|---|---|---|
1 | Iban | 8,958 | 85.76 |
2 | Cina | 812 | 7.77 |
3 | Bukan Warganegara | 283 | 2.71 |
4 | Melayu | 199 | 1.91 |
5 | Bumiputera Lain | 74 | 0.71 |
6 | Bidayuh | 57 | 0.55 |
7 | Lain-Lain | 36 | 0.34 |
8 | Melanau | 18 | 0.17 |
9 | India | 9 | 0.09 |
JUMLAH | 10,446 | 100 |
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pertanian
[sunting | sunting sumber]Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama daerah kecil ini. Antara tanaman yang diusahakan ialah lada, kelapa sawit, padi, dan buah-buahan seperti rambutan dan nangka madu. Contoh projek pertanian yang dijalankan adalah seperti Projek Tanaman Buah-Buahan di Rapak dan Projek Pembangunan Tanah (Kelapa Sawit) SALCRA dan Syarikat Swasta di Jaong.[10]
Penternakan
[sunting | sunting sumber]Antara haiwan yang diternak di sini ialah ayam dan ikan. Terdapat juga projek penternakan yang dijalankan di sini seperti Projek Ternakan Ayam Telur Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Pantu 2001 dan Projek Ternakan Ikan Rh. Randi di Lachau.[10]
Perlombongan
[sunting | sunting sumber]Industri perlombongan turut dijalankan di sini contohnya lombong arang batu di Selantik.[10]
Kemudahan awam
[sunting | sunting sumber]Keselamatan
[sunting | sunting sumber]- Balai Polis Pantu
- Pondok Polis Krangas Gayau
- Pondok Polis Sg. Tenggang
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]- Klinik Kesihatan Pantu
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) di Pantu setakat ini. Namun begitu, terdapat tujuh buah sekolah rendah dan sebuah tadika di sini.[10] Antaranya ialah:
Tarikan
[sunting | sunting sumber]Pantu terkenal dengan Pesta Pantu atau Pesta Ikan Tapah yang diadakan setiap tahun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Gedong antara lima daerah baharu di Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2021.
- ^ Sarawakiana (29 April 2014). "Mengenali Daerah Kecil Pantu". Dicapai pada 29 September 2016.[pautan mati kekal]
- ^ Borneopost (19 Mei 2015). "Bazaar comes alive with Pantu Festival 2015". Dicapai pada 29 September 2016.
- ^ Melania Tesio (16 Mac 2014). "Palm Hearts: Overlooked Healthy Vegetables". Dicapai pada 30 September 2016.
- ^ Palmpedia. "Eugeissona insignis". Dicapai pada 30 September 2016.
- ^ "PROFIL DAERAH PANTU - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
- ^ Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Gedong antara lima daerah baharu di Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2021.
- ^ "SENARAI KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM DAERAH PANTU - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCensus
- ^ a b c d Portal Rasmi Bahagian Sri Aman. "PEJABAT DAERAH KECIL PANTU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 29 September 2016.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.