Pergi ke kandungan

Georg Wilhelm Friedrich Hegel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Georg Wilhelm Friedrich Hegel
Kelahiran27 Ogos 1770
Meninggal dunia14 November 1831(1831-11-14) (umur 61)
SekolahPengasas Hegelianisme
Institusi
Kepentingan utama
Logik, falsafah sejarah, estetika, Agama, metafizik, epistemologi, falsafah politik
Idea cemerlang
Idealisme mutlak, dialektik
Tandatangan
Tempat lahir Georg Wilhelm Friedrich Hegel di Stuttgart, sekarang ini terdapat Muzium Hegel

Georg Wilhelm Friedrich Hegel (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡeɔɐ̯k ˈvɪlhɛlm ˈfʁiːdʁɪç ˈheːɡəl], 27 Ogos 1770 – 14 November 1831) merupakan seorang ahli falsafah Jerman, salah seorang pencipta Idealisme Jerman.

Falsafah Hegel menjadi pengaruh banyak pemikir dan penulis dengan pendapat yang tersendiri.[1] Karl Barth menyatakan beliau sebagai "[setanding atau setaraf Thomas] Aquinas dalam kalangan orang Protestan"[2] manakala Maurice Merleau-Ponty pula menulis bahawa that "kesemua ide-ide falsafah terhebat dari kurun yang lepas—falsafah-falsafah Marx dan Nietzsche, fenomenologi, eksistensialisme Jerman dan psikoanalisis—dimulakan daripada Hegel."[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Hegel dilahirkan di Stuttgart pada 27 Ogos 1770. Keluarga Hegel adalah sebuah keluarga kelas menengah yang mapan di Stuttgart. Ayahnya merupakan seorang pegawai negeri dalam administrasi pemerintahan di Württemberg. Hegel adalah seorang anak yang sakit-sakitan dan hampir meninggal dunia kerana cacar sebelum mencapai usia enam tahun. Hubungannya dengan kakak perempuannya, Christiane, sangat erat dan tetap akrab sepanjang hidupnya.

Pada masa kecilnya, beliau lahap membaca bahan kesusasteraan, surat khabar, karangan falsafah dan tulisan-tulisan tentang berbagai topik lainnya atas galakan ibunya yang progresif dan aktif mengasuh perkembangan intelektual anak-anaknya.

Kerjaya di universiti

[sunting | sunting sumber]

Georg berpindah ke Heidelberg tidak lama selepas beliau mendapat tawaran suatu jawatan di suatu universiti di kawasan tersebut pada tahun 1816. Di sinilah beliau menerbitkan Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften im Grundrisse pada tahun berikutnya sebagai ringkasan untuk para pelajar syarahan falsafahnya.

Pada 1818, beliau menerima tawaran menduduki Kerusi Falsafah Universiti Berlin. Beliau dilantik sebagai Rektor Universiti Berlin beberapa lama kemudian pada Oktober 1829, namun jawatan tersebut agak singkat sehingga tamat pada September 1830.

Falsafah ajaran

[sunting | sunting sumber]

Kebebasan

[sunting | sunting sumber]

Yang dimaksud dengan civil society menurut Hegel adalah masyarakat pasca revolusi Perancis. Saat itu Hegel berada pada sebuah masyarakat yang sedang mengalami perubahan fundamental dalam revolusi industri yang secara masif menciptakan kelas menengah baru. Civil Society juga merupakan masyarakat di mana orang-orang didalamnya memiliki hak untuk memilih hidup apa yang mereka suka dan memenuhi keinginan mereka sesuai kemampuan mereka. Negara tidak memiliki hak untuk memaksakan jenis kehidupan tertentu kepada anggota masyarakat sivil seperti yang terjadi dalam masyarakat feudal.

Negara dan hak individu

[sunting | sunting sumber]

Menurut Hegel, negara merupakan jiwa bersifat absolut yang kekuasaannya melampaui hak-hak individu itu sendiri. Menurut Hegel, negara termasuk suatu proses dalam perkembangan ide mutlak yang ditandai adanya perkembangan dialektis tesis-antitesisnya, antitesis kemudian melahirkan sintesis. Jika dibandingkan dengan fahaman Rousseau dan Locke, mahupun dalam kalangan Marxis yang melihat negara sebagai alat kekuasaan, Hegel justeru berpendapat bahawa negara itu bukan alat melainkan tujuan negara itu sendiri. Menurut logika Hegel, rakyat harus mengabdikan diri kepada negara demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat negara itu sendiri.

Negara integralistik

[sunting | sunting sumber]

Dalam konsep negara integralistik, negara adalah kesatuan masyarakat yang tersusun secara integral. Masyarakat merupakan kesatuan atau gabungan organik yang tidak terpisah dan bergerak bersama ke dalam satu tujuan tunggal yang hakiki. Dalam proses penemuan tujuan hakiki ini, pemimpin berperanan sebagai kepala atau ketua yang akan mendorong pergerakan dari unsur-unsur organis lainnya, sehingga terciptanya suatu keselarasan atau kesegerakan antara kepimpinan tersebut dengan rakyat.[4]

Pendekatan berfalsafah

[sunting | sunting sumber]

Hegel dikenali umum sebagai filsuf yang menggunakan dialektika sebagai metode atau cara berfalsafah. Dialektika menurut beliau adalah dua hal yang ditentangkan lalu didamaikan dalam tiga langkah iaitu:

  • Tesis (pengiyaan)- berupa konsep pengertian yang empiris inderawi. Pengertian yang terkandung di dalamnya berasal dari kata-kata sehari-hari, spontan, bukan reflektif sehingga terkesan abstrak, umum, statis dan konseptual. Pengertian tersebut diterangkan secara radikal agar dalam proses pemikirannya kehilangan ketegasan dan mencair.
  • Antitesis (pengingkaran) - menyanggah erti konsep pengertian pertama (pengiyaan) sehingga muncul konsep pengertian kedua yang kosong, formal serta tidak tentu dan tak terbatas. Menurut Hegel, dalam konsep kedua, sesungguhnya tersimpan pengertian dari konsep yang pertama. Konsep pemikiran kedua ini juga diterangkan secara radikal agar kehilangan ketegasan dan mencair.
  • Sintesis (penyatuan aspek yang bercanggah kontradiksi) - motor dialektika (jalan menuju kebenaran) maka kontradiksi harus mampu membuat konsep yang bertahan dan saling menilai. Kesatuan kontradiksi menjadi alat untuk melengkapi dua konsep pengertian yang saling berlawanan agar tercipta konsep baru yang lebih ideal.

Karya utama

[sunting | sunting sumber]

Hegel menerbitkan sebanyak empat karya sepanjang hidupnya:

  1. Phänomenologie des Geistes ("Fenomenologi Semangat", 1807) - his account of the evolution of consciousness from sense-perception to absolute knowledge, published in 1807.
  2. Wissenschaft der Logik ("Sains Logika") - teras logika dan metafizik falsafah beliau, dalam tiga jilid (masing-masing pada 1812, 1813 dan 1816, jilid pertama dikemaskini pada 1831).
  3. Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften im Grundrisse ("Ensiklopedia Sains Falsafah") - ringkasan keseluruhan soistem falsafah beliau, asalnya diterbitkan pada 1816, dikemaskini pada 1827 dan 1830.
  4. Grundlinien der Philosophie des Rechts ("Unsur-Unsur Falsafah Hukum", 1820) - mengenai falsafah politik beliau.
  1. ^ Kaufmann, Walter (1959). "The Hegel Myth and Its Method". From Shakespeare to Existentialism: Studies in Poetry, Religion, and Philosophy. Boston: Beacon Press. m/s. 88–119. One of the few things on which the analysts, pragmatists, and existentialists agree with the dialectical theologians is that Hegel is to be repudiated: their attitude toward Kant, Aristotle, Plato, and the other great philosophers is not at all unanimous even within each movement; but opposition to Hegel is part of the platform of all four, and of the Marxists, too.
  2. ^ Barth, Karl (1959). Protestant Thought from Rousseau to Ritschl: Being the Translation Of Eleven Chapters of Die Protestantische Theologie im 19. Jahrhundert. Harper. m/s. 268. Why did Hegel not become for the Protestant world something similar to what Thomas Aquinas was for Roman Catholicism?
  3. ^ Maurice Merleau-Ponty (diterjemahkan ke b. Inggeris oleh Herbert L. dan Patricia Allen Dreyfus), Sense and Nonsense, Northwestern University Press, 1964, m/s. 63.
  4. ^ http://rumahfilsafat.com/2009/08/16/hegel-dan-dialektika/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource

{{#switch:||Kategori=