Karabu baluik
Karabu baluik | |
---|---|
Nama alternatif | Kerabu belut |
Jenis sajian | Utama |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Sumatera Barat Kelantan |
Bahan utama | Belut |
sunting · sunting di Wikidata |
Karabu baluik ialah hidangan tradisional masyarakat Payakumbuh di Sumatera Barat, Indonesia. Hidangannya berupa daging belut yang dipanggang atau dibakar dan diberikan bumbu serta santan. Bumbunya terdiri daripada bawang merah, garam dan limau nipis. Kebanyakkannya di rumah makan Padang, masakan ini jarang ditemui kerana tidak banyak orang membuat karabu baluik dan biasanya terdapat baluik goreng atau baluik balado.[1]
Penyediaan
[sunting | sunting sumber]Karabu ini mempunyai rasa yang sedap. Ia kerana ikan belut akan dibakar atau dipanggang dengan arang atau kayu yang berjarak sedikit yang dimana menyerupai teknik penyalaian. Dengan menggunakan kaedah ini, belut akan tetap empuk dan matang sehingga ke bahagian dalam dan tidak menjadi hangus di luarnya. Daging belut yang sudah menjalani kaedah itu tadi, kemudiannya akan dicampurkan dengan santan pekat yang telah dibumbui cili, bawah merah, garam serta limau nipis. Sebelum dimasak, lendir di belut akan dihilangkan dan akan dibakar.[1][2]
Populariti
[sunting | sunting sumber]Di Sumatera Barat, karabu baluik ialah salah satu sajian yang mulai semakin susah dicari. Di rumah makan Padang, karabu baluik hampir kebanyakan tidak pernah disajikan atau muncul. Kebanyakan baluik goreng dan baluik balado paling banyak dihidangkan kepada pelanggan.[3][1] Di rumah-rumah pada acara makan basamo, karabu baluik juga jarang hadir dalam acara tersebut.[3]
Karabu baluik juga dapat ditemukan di Malaysia Timur tepatnya di negeri Kelantan Darul Naim kerana ia dibawa oleh para perantau Sumatera Barat yang tinggal secara tetap atau tidak. Ia dikenali sebagai nama "kerabu belut" dan menjadi makanan yang terkenal di Kelantan sehingga kini.[3]
Galeri
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Resep: Karabu Baluik nan Lamak Bana". detikfood (dalam bahasa Indonesia). Detik.com. Dicapai pada 2021-06-10.
- ^ "Kerabu Baluik » Budaya Indonesia". budaya-indonesia.org (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-10.
- ^ a b c "Karabu Baluik Alias Unagi Salad" (dalam bahasa Indonesia). detikfood. Januari 2011. Dicapai pada 17 Ogos 2021.