Pergi ke kandungan

Lari habis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barry Bonds, pemegang rekod home run tertinggi dalam Major League Baseball.

Dalam sukan besbol, home run (bahasa Melayu: lari habis[1]) atau dipendekkan kepada HR, ialah terma yang digambarkan apabila pemukul (batter) memukul bola dan berlari menyentuh kesemua tapak (base) tanpa berlaku error yang dilakukan oleh pasukan bertahan. Cara biasa untuk pemukul menghasilkan home run adalah dengan memukul bola jauh sehingga luar tembok atau pagar padang. Jika bola menuju ke sisi pagar outfield, ia tidak dikira sebagai home run tetapi sebaliknya sebagai "foul ball". Cara lain bagi menghasilkan home run ialah dengan "inside-the-park home run". Sekiranya pemukul berjaya memijak keempat-empat tapak selepas dia dapat memukul bola dan bola tersebut masih di atas padang, dia dikira sebagai home run. Ia masih dikira sebagai inside-the-park selagi tiada error yang dilakukan oleh pasukan bertahan.

Pada awal permainan Major League Baseball, home run tidak dikira kepada bola yang sudah melepasi pagar sekiranya larian kemenangan (winning run) dapat diperoleh sebelum pemukul berjaya memijak plat untuk skorkan mata. Oleh sebab itu, walk-off home run tidak menjadi kebiasaan pada masa itu dan para pemain juga sering terlepas menghasilkan home run. Contohnya, Babe Ruth tidak dikreditkan dengan walk-off home runnya yang membawa kepada jumlah karier home run beliau sebanyak 715.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Besbol