Pergi ke kandungan

Mabel Normand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mabel Normand
Kelahiran(1892-11-09)9 November 1892
New Brighton, Staten Island, New York, A.S.
Meninggal duniaFebruari 23, 1930(1930-02-23) (umur 37)
Monrovia, California, A.S.
Sebab kematianBatuk kering
WarganegaraAmerika
Nama lainMabel Normand-Cody, Mabel Fortescue
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1910–1927
PasanganLew Cody (k. 1926)

Mabel Normand (9 November 1892 – 23 Februari 1930) merupakan pelakon, penulis skrip, penerbit dan pengarah filem Amerika Syarikat semasa era filem senyap. Beliau merupakan bintang terkenal dan gandingan Mack Sennett dan filem-filem Keystone Studios[1] dan semasa kemuncak kerjaya beliau pada akhir 1910-an dan awal 1920an, beliau telah memiliki studio dan produksi perfileman beliau sendiri.[2] Dalam filem, beliau telah muncul dalam 12 buah filem berjaya berjaya Charles Chaplin dan 17 buah filem bersama Roscoe "Fatty" Arbuckle.[3]

Pada tahun 1920-an, nama beliau dikaitkan dengan beberapa skandal termasuk pembunuhan William Desmond Taylor pada tahun 1922 dan tembakan kepada Courtland S. Dines pada tahun 1924. Walau bagaimana pun, beliau bukanlah suspek kepada kedua-dua jenayah tersebut. Beliau menghidap batuk kering pada tahun 1923 dan menyebabkan kesihatannya merosot. Beliau meninggal dunia pada tahun 1930 di usia 37 tahun.[4][5]

Rujukan dan bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Basinger, Jeanine (2000). Silent Stars. Wesleyan University Press. ISBN 978-0-8195-6451-1. Dicapai pada July 29, 2010.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Harper Fussell, Betty (1992). Mabel: Hollywood's First I-Don't-Care Girl (ed. Illustrated). Limelight Editions. ISBN 978-0-87910-158-9. Dicapai pada July 29, 2010.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sherman, William Thomas (2006). Mabel Normand: A Source Book to Her Life and Films
  • Normand, Stephen (1974). Films in Review September Issue: Mabel Normand - A Grand Nephew's Memoir
  • Lefler, Timothy Dean (2016). Mabel Normand: The Life and Career of a Hollywood Madcap. ISBN 978-0-7864-7867-5

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Harper Fussell 1992, m/s. 50–52.
  2. ^ Harper Fussell 1992, m/s. 71–73.
  3. ^ Harper Fussell 1992, m/s. 64–70.
  4. ^ cite magazine article Films in Review September 1974 Mabel Normand A grand Nephew's Memoir Normand, Stephen
  5. ^ Ward Mahar, Karen (2006). Women Filmmakers in Early Hollywood. JHU Press. m/s. 131. ISBN 0-8018-8436-5.