Pergi ke kandungan

Romanos I Lekapenos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Romanos I Lekapenos
Maharaja Empayar Byzantine
Miliaresion dari 931–944, menunjukkan kepala Romanos pada salib di muka syiling dan senarai nama Romanos serta maharaja bersamanya, Constantine VII, Stephen Lekapenos dan Constantine Lekapenos, di belakang syiling
Pemerintahan920–944 (maharaja kanan)
Nama penuhRomanos I Lekapenos
Keputeraansekitar 870
Tempat keputeraanLacape
Mangkat15 Jun 948
DimakamkanMyrelaion
PendahuluConstantine VII (di bawah pemerintahan rejen)
PenggantiConstantine VII
PasanganTheodora
Kerabat dirajaDinasti Macedonia
AyahandaTheophylaktos Abstartos

Romanos I Lekapenos (bahasa Yunani: Ρωμανός Α΄ Λακαπήνος, Rōmanos I Lakapēnos; Bahasa Armenia: [Ռոմանոս Ա Լակապենոս, Romanos I Lakapenos] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) (sekitar 870 – 15 Jun 948) ialah Maharaja Byzantine yang memerintah dari tahun 920 hingga 16 Disember 944.

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Romanos Lekapenos dilahirkan di Lakape (Laqabin) yang terletak di antara Melitene dengan Samosata, dan namanya adalah bersempena nama tempat ini.. Baginda ialah anak seorang petani Armenia[1][2][3] yang bernama Theophylact. Semasa bertugas sebagai seorang askar, Theophylact telah menyelamatkan Maharaja Basil I daripada musuh dalam sebuah pertempuran di Tephrike lantas dianugerahkan kedudukan dalam Pengawal Diraja.[4] Walaupun Romanos tidak mendapat sebarang pendidikan yang bagus (yang mengakibatkan baginda dilayan dengan buruk oleh menantu lelakinya Konstantinos VII), baginda menaiki pangkat dalam tentera semasa pemerintahan Maharaja Leo VI yang Arif. Dalam tahun 911, beliau ialah jeneral tema laut Samos dan kemudiannya berkhidmat sebagai laksamana kapal perangnya (droungarios tou ploimou). Sebagai laksamana, baginda sepatutnya turut serta dalam operasi Byzantine menentang Bulgaria di Danube pada tahun 917, tetapi tidak mampu mengendalikan misinya. Akibat kekalahan besar Byzantine dalam Pertempuran Acheloos pada tahun 917 menentang Bulgaria, Romanos berlayar ke Constantinople, di mana beliau menewaskan kerejenan Maharani Zoe Karvounopsina dan Leo Phokas yang telah dimansuhkan.

  1. ^ http://isthmia.osu.edu/teg/hist60702/6.htm
  2. ^ John H. Rosser (2011). Historical Dictionary of Byzantium. Scarecrow Press. m/s. 56. ISBN 978-0-8108-7567-8. External link in |title= (bantuan)
  3. ^ Hélène Ahrweiler, Angeliki E. Laiou (1998). Studies on the Internal Diaspora of the Byzantine Empire. Dumbarton Oaks. m/s. 66. ISBN 978-0-88402-247-3. External link in |title= (bantuan)
  4. ^ Runcimam, p. 63