Rosa Luxemburg
Rosa Luxemburg | |
---|---|
Kelahiran | Rozalia Luksenburg 5 Mac 1871 |
Meninggal dunia | 15 Januari 1919 | (umur 47)
Sebab kematian | Hukuman mati |
Warganegara | Polish |
Kerakyatan | German |
Pusat pendidikan | Universiti Zurich (Dr. jur., 1897) |
Pekerjaan | Ahli ekonomi Ahli falsafah Ahli revolusi |
Parti politik |
|
Pasangan | Gustav Lübeck |
Rakan kongsi domestik | Leo Jogiches Kostja Zetkin |
Rosa Luxemburg (5 Mac 1870 atau 1871 – 15 Januari 1919; bahasa Poland: Róża Luksemburg) ialah seorang ahli teori politik Marxisme, ahli falsafah sosialisme, dan revolusioner Jerman. Dilahirkan di Poland, beliau merupakan ahli teori untuk Parti Demokratik Sosial Kerajaan Poland[1] yang kemudian terlibat dalam Parti Demokrasi Sosial Jerman, diikuti oleh Parti Demokrasi Sosial Bebas Jerman.
Luxemburg memulakan sebuah akhbar, Die Rote Fahn, dan merupakan pengasas bersama untuk Liga Spartacus (bahasa Jerman: Spartakusbund), sebuah kumpulan revolusioner yang kemudian menjadi Parti Komunis Jerman.[1] Suatu pemberontakan meletus di Berlin pada Januari 1919 berikutan propaganda Luxemburg, percubaan itu ditewas oleh saki-baki tentera pemerintahan beraja serta tentera awam bebas yang bersama-sama digelarkan Freikorps. Luxemburg dan beratus-ratus orang yang lain ditangkap, diseksa, dan kemudian dibunuh. Kematian beliau bersama Karl Liebknecht terutamanya menjadi suatu titik penting dalam dorongan pengikut sosialisme demokrasi dan arxisme memperjuangkan fahaman mereka.[2]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Rosa Luxemburg lahir pada 5 Mac 1871 di Zamość,[3][4] Vistula Land. Beliau merupakan anak bongsu kepada sebuah keluarga berbangsa Yahudi. Ayahnya, Eliasz Luxemburg, merupakan seorang pedagang balak yang banyak menyemai minat mengenai ide-ide liberalisme, manakala ibunya, Line Löwenstein, merupakan seorang suri rumah yang beragama dan banyak membaca di rumah.[5] Keluarganya berpindah ke Warsaw pada tahun 1873.[6]
Semasa Perang Dunia Pertama
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 1914, beliau bersama Karl Liebknecht, Clara Zetkin dan Franz Mehring membentuk kumpulan Die Internationale. Kelompok ini menyuarakan sokongan Parti DEmokrasi Sosial terhadap kegiatan peperangan Empayar Jerman dalam perang dunia ini dengan perutusan risalah-risalah anti-perang. Kelompok ini kemudiannya mengambil nama Spartakusbund ("Liga Spartacus") pada Januari 1916 sempena memperingati keengganan hamba tersebut tunduk pada arahan Republik Rom untuk berperang demi mereka.
Pembentukan Parti Komunis dan Spartakusaufstand
[sunting | sunting sumber]Luxemburg dibebaskan dari tahanan di Breslau pada 8 November 1918. One day later, Karl Liebknecht, who had also been freed from prison, proclaimed the "Free Socialist Republic" (Freie Sozialistische Republik) in Berlin.[7] Mereka menubuhkan semula Liga Spartacus serta mewujudkan akhbar Die Rote Fahne ("Bendera Merah") di mana akhbar tersebut menuntut agar pengampunan diberikan kepada semua tahanan politik serta pemansuhan hukuman mati.[8]
Karl dan Rosa melibatkan diri dalam suatu persidangan yang diadakan bersama Spartakusbund, puak sosialis bebas dan Komunis Antarabangsa Jerman dari 29 hingga 31 Disember 1918. Perjumpaan ini membawa kepada pembentukan Parti Komunis Jerman pada tahun baru 1919 dengan Liebknecht and Luxemburg sebagai ketua parti.
Pemikiran
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Leszek Kołakowski ([1981], 2008), Main Currents of Marxism, Vol. 2: The Golden Age, W. W. Norton & Company, Ch III: "Rosa Luxemburg and the Revolutionary Left"
- ^ Gedenken an Rosa Luxemburg und Karl Liebknecht – ein Traditionselement des deutschen Linksextremismus (PDF). BfV-Themenreihe. Cologne: Federal Office for the Protection of the Constitution. 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 December 2017.
- ^ "Glossary of People: L". www.marxists.org. Dicapai pada 22 February 2018.
- ^ "Matrikeledition". www.matrikel.uzh.ch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-06. Dicapai pada 22 February 2018.
- ^ Merrick, Beverly G. (1998). "Rosa Luxemburg: A Socialist With a Human Face". Center for Digital Discourse and Culture at Virginia Tech University. Dicapai pada 18 May 2015.
- ^ J.P. Nettl, Rosa Luxemburg, Oxford University Press, 1969, pp. 54-55.
- ^ von Hellfeld, Matthias (16 November 2009). "Long Live the Republic - 9 November 1918". Deutsche Welle. Dicapai pada 30 November 2014.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMerrick2
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rosa Luxemburg. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Rosa Luxemburg |
- Arkib Internet Rosa Luxemburg di Marxists.org, sebuah perpustakaan bebas untuk karyanya yang terpenting.
- Biografi (Kajian mengenai Rosa Luxemburg ) oleh Tony Cliff, 1959, juga di Marxists.org.
- Rencana-rencana Perpustakaan Komunis Pendukung Kebebasan Rosa Luxemburg
- Laman web rasmi Yayasan Rosa Luxemburg Diarkibkan 2005-10-28 di Wayback Machine
- Rosa Luxemburg: Leninism or Marxism?
- Rosa Luxemburg: Peneraju idea kiri radikal - dari laman Parti Sosialis Malaysia
- Rosa Luxemburg di Findagrave.com