Pergi ke kandungan

Rub al-hizb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rub al-hizb

Rub al-hizb (Arab: ربع الحزب ialah sebuah lambang Islam, yang digariskan sebagai dua segi empat sama yang bertindih. Lambang ini terdapat pada beberapa jata dan bendera. Dalam bahasa Arab, rub bermaksud "satu perempat, suku", sementara hizb pula mempunyai makna "kumpulan". Pada mulanya lambang ini digunakan dalam al-Quran yang dibahagikan kepada 60 Hizb (60 kumpulan yang panjangnya agak sama); lambang ini menunjukkan setiap suku Hizb, sementara setiap Hizb melambangkan setengah juz'. Tujuan utama sistem pembahagian ini ialah untuk memudahkan pembacaan al-Quran.

Lambang ini digunakan sebagai penanda penghujung surah dalam Seni khat Islam. Ia diperikan dengan dua segi empat sama bertindih seperti glyph Unikod ۞ di U+06DE.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]
Pelan lantai pembangunan aras 43 Menara 1 Menara Berkembar Petronas membayangkan lambang rub al-hizb.[1]

Keratan rentas Menara Berkembar Petronas berlandaskan rub al-hizb, akan tetapi juga terdapat sektor bulatan (digariskan dengan warna merah pada imej di sebelah kanan) bagi menambah ruang lantai tuntas.

Rub al-hizb juga dapat kelihatan pada (juga lihat galeri di bawah):

Bintang Baitulmaqdis

[sunting | sunting sumber]
Bintang Baitulmaqdis asas
Bintang pada Makam Humayun, di Delhi, India, disiapkan pada tahun 1572.

Bintang Baitulmaqdis (bahasa Arab نجمه القدس, najmat al-Quds) ialah pengubahsuaian lambang Islam, rub al-hizb, yang secara rasminya dikaitkan dengan Baitulmaqdis.

Reka bentuk bintang lapan penjuru diilhamkan daripada pelan lantai Kubah Al-Sakhrah yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 685 M dan juga lambang standard rub al-hizb.

  1. ^ "Galal Abada, "2004 On Site Review Report: Petronas Office Towers, Kuala Lumpur, Malaysia"" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-10-01. Dicapai pada 2013-08-07.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]