Sabak Bernam
Sabak Bernam | |
---|---|
Daerah Sabak Bernam | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | سابق برنم |
• Cina | 沙白安南县 |
• Tamil | சபாக் பெர்ணம் |
Lokasi Sabak Bernam di Malaysia | |
Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°EKoordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pusat | Sabak |
Kawasan kerajaan tempatan | Majlis Daerah Sabak Bernam |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Nasir Mamat[1] |
• Wakil Sultan | Baharin Mat Akhir[2] |
Keluasan | |
• Jumlah | 997.1 km2 (385.0 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 107,057 |
• Kepadatan | 110/km2 (280/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 45xxx |
Kod panggilan | +6-03 |
Nombor pendaftaran kenderaan | B |
Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa, Banjar dan Kampar.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni "sahabat berenam". [4]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit serta aktiviti perikanan. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan. Sekitar 1970-an, terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini. Ekonomi di daerah ini juga disumbang oleh sektor perniagaan dan peruncitan. Sekitar tahun 2020, terdapat 17 hotel yang beroperasi, 348 restoran dan 76 kedai runcit di sekitar daerah.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Pihak berkuasa tempatan
[sunting | sunting sumber]Daerah Sabak Bernam dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
Pecahan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah ini dibahagikan kepada lima mukim dan 11 pekan.
Politik
[sunting | sunting sumber]Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
[sunting | sunting sumber]Kawasan di dalam daerah Sabak Bernam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam.
Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Sabak Bernam
- YB Tuan Kalam Salan
- Ahli Parlimen Sungai Besar
- YB Datuk Muslimin Yahaya
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Sabak
- YB Datuk Rizam Ismail
- ADN Sabak
- YB Tuan Sallehen Mukhyi
- ADN Sungai Panjang
- YB Tuan Mohd Razali Saari
- ADN Sekinchan
- YB Dato' Ng Suee Lim
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sabak Bernam ialah seramai 107,057 orang dengan kepadatan penduduk 107 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 76.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]
Jumlah penduduk lelaki 4.2 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 109. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 78,721 |
Cina | 19,824 | |
India | 3,987 | |
Lain-lain | 252 | |
Bukan warganegara | N/A | 4,273 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 76 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 24 peratus, yang terbesar merupakan penganut Buddha sekitar 17.4 peratus diikuti Hindu sebanyak 3.7 peratus, Kristian sebanyak 0.6 peratus dan selebihnya (1.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.4 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]
Infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Daerah Sabak Bernam merupakan sebuah bandar yang membangun dan mempunyai infrastruktur yang terjaga. Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 64 institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, enam balai polis dan tiga balai bomba di sekitar daerah.[5]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Perutusan Pegawai Daerah". www2.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Pejabat Orang Besar Daerah". www2.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Profil Daerah". www2.selangor.gov.my.
- ^ https://www.selangor.gov.my/sabakbernam.php/pages/view/51
- ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/