Pergi ke kandungan

Stesen MRT 16 Sierra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
16 Sierra
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT 16 Sierra, 16 Sierra, Persiaran Sierra Utama, 47110 Puchong, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°57′55.6″N 101°39′17.6″E / 2.965444°N 101.654889°E / 2.965444; 101.654889Koordinat: 2°57′55.6″N 101°39′17.6″E / 2.965444°N 101.654889°E / 2.965444; 101.654889
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY38 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 18 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Lokasi
Map

Stesen MRT 16 Sierra ialah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Puchong, Selangor, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Putra Permai dan Stesen MRT Cyberjaya Utara serta mempunyai kod stesen iaitu PY38.[1] Seperti kebanyakkan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Nama stesen "16 Sierra" pertama kali diumumkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" pada 15 September 2016.[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT 16 Sierra ialah S33.[2][3] Stesen MRT 16 Sierra serta Stesen MRT Cyberjaya Utara dikategorikan sebagai Pakej S209. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Acre Works Sdn Bhd pada 12 Oktober 2017, dengan jumlah sebanyak RM137.9 juta.[4][5]

Stesen MRT 16 Sierra akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[6] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[7] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[6][8][9]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Sierra Utama, Puchong, Selangor. Stesen MRT 16 Sierra akan menghubungkan penduduk sekitar kejiranan 16 Sierra, dan Taman D'Alpinia. Terletak berhampiran stesen adalah Kawasan Perindustrian Meranti Utama dan IOI Galeria. Tenggara stesen adalah Lebuhraya Maju (E20) dan Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya (Jalan Persekutuan 29). Stesen ini terletak di hujung selatan kawasan perbandaran 16 Sierra.[10][11]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Cyberjaya Utara)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Putra Permai)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT 16 Sierra tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Park and Ride).[1] Stesen MRT 16 Sierra juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik, walau bagaimanapun tiada perkhidmatan tersebut ditawarkan buat masa ini. [11]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Gambar luar
Ikon gambar Permandangan udara pembinaan dan kerja-kerja bagi Stesen MRT 16 Sierra pada Mac 2021, MRT Corp

Mengikut rancangan pelan tapak stesen, Stesen MRT 16 Sierra mempunyai dua pintu masuk dan keluar.[12]

Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Timur stesen Persiaran Sierra 2
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Bangunan Uniliti Stesen MRT 16 Sierra
B Barat stesen Persiaran Sierra Utama Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Tangga
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, 16 Sierra
Kunci      Ditangguhkan
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
  4. ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  5. ^ "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  6. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  7. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  8. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  9. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  10. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  11. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT 16 Sierra – MRT Corp". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  12. ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.