Pergi ke kandungan

Stesen MRT Sri Damansara Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sri Damansara Barat
Permandangan bangunan stesen dari Persiaran Industri.
LokasiStesen MRT Sri Damansara Barat, Jalan Kuala Selangor, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°11′52″N 101°36′30″E / 3.197876024565782°N 101.60840162641121°E / 3.197876024565782; 101.60840162641121Koordinat: 3°11′52″N 101°36′30″E / 3.197876024565782°N 101.60840162641121°E / 3.197876024565782; 101.60840162641121
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T106
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAkan datang
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY06 
Sejarah
Dibuka16 Jun 2022; 2 tahun yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaSri Damansara West, Damansara West
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Damansara Damai
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Sri Damansara Sentral
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Sri Damansara Barat ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bertingkat, di Bandar Sri Damansara, Selangor yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Damansara Damai dan Stesen MRT Sri Damansara Sentral serta mempunyai kod stesen iaitu PY06.[1] Seperti kebanyakkan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Aras legar Stesen MRT Sri Damansara Barat
Eskalator menuju ke platform di aras legar stesen.

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Sri Damanasara West akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Kemudian, nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada, iaitu Sri Damansara Barat. Stesen MRT Sri Damansara Barat terletak sektor utara landasan kereta api bertingkat Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S06.[2]

Stesen MRT Sri Damansara Barat adalah dibawah kontrak S201. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform dan pintu stesen bagi kontrak S201 telah dianugerahkan kepada syarikat Sunway Construction Sdn Bhd, pada tahun 2017 dengan jumlah sebanyak RM213.3 juta. Kontrak S201 juga merangkumi pembinaan struktur stesen MRT Damansara Damai dan Sri Damansara Sentral (nama pembinaan: Sri Damansara East).[4][5] Manakala, pembinaan jambatan landasan kereta api bertingkat, pula dibina di bawah kontrak V201 iaitu bermula di Stesen Sungai Buloh hingga Persiaran Dagang dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat sama, Sunway Construction pada tahun 2016.[4][5]

Stesen MRT Sri Damansara Barat telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya pada 16 Jun 2022, bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 1 bermula di stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen MRT Kampung Batu.[6][7][8] Namun sebaliknya mengikut perancangan asal, stesen ini dan stesen di bawah Fasa 1 sepatutnya dibuka pada November 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang masih melanda di negara Malaysia.[9][10]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Sri Damansara Barat menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Damansara Damai dan Sri Damansara Sentral. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY06. Stesen ini beroperasi pada jam 6.00 pagi (MST) setiap hari hingga 11:35 malam pada hari Isnin–Jumaat dan lebih awal 30 minit, 11:05 malam pada hari minggu dan cuti am. Kekerapan tren tiba di stesen ialah setiap 8–12 minit pada hari Isnin–Jumaat dan setiap 8 minit pada hari minggu dan cuti am.[11]

Stesen ini terletak di Jalan Kuala Selangor (Jalan Persekutuan FT54), di Bandar Sri Damansara, zon utara Petaling Jaya, dalam negeri Selangor, Malaysia. Stesen MRT Sri Damansara Barat akan menghubungkan penduduk sekitar di Bandar Sri Damansara utara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo. Mercu tanda berhampiran dengan stesen MRT Sri Damansara Barat ialah 8trium @ Damansara, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2, Petronas Bandar Sri Damansara, Shell Persiaran Industri, Pangsapuri Sri Cempaka, Pangsapuri Sri Menanti, Sekolah Sri Bestari, Menara Biomed, Menara Sri Damansara, Menara Damansara Condo, Sri Damansara Driving Range, dan Surau Al-Azhar Pangsapuri Sri Cempaka.[12][13]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
Aras platform pulau di Stesen MRT Sri Damansara Barat
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Sri Damansara Sentral)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Damansara Damai)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2][12]

Infrastruktur stesen

[sunting | sunting sumber]
Kawasan meletakkan kenderaan berbayar stesen MRT Sri Damansara Barat

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Sri Damansara Barat dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Terdapat 400 petak meletakkan kenderaan dibina di atas tanah. Walaupun begitu, mengikut perancangan asal, stesen MRT Sri Damansara Barat sepatutnya mempunyai 600 buah petak kawasan meletakkan kenderaan, 400 petak di tenggara stesen dan sisanya lagi 200 petak di barat daya stesen, dipisahkan oleh sebatang jalan raya, Jalan Persiaran Cempaka. Namun, cadangan untuk membina 200 petak lagi di barat daya stesen telah ditangguhkan oleh Kerajaan Malaysia.[2]

Stesen MRT Sri Damansara Barat dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara di pintu A.[12][13]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Aras legar ke aras tanah melalui Pintu A
Jambatan pejalan kaki dari aras legar ke Pintu B, merentasi Jalan Kuala Selangor
Bangunan struktur pintu B stesen
Pintu Destinasi Gambar
A Jalan Cempaka SD 12/5 Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk bas, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Hab Bas MRT Sri Damansara Barat (T106), 8trium @ Damansara, Menara Biomed, Petronas Bandar Sri Damansara, Amanah Ikhtiar Malaysia
B Persiaran Industri Akses OKU Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Perindustrian KIP, Taman Perindustrian Togo, Shell Persiaran Industri
C Susur Jalan Cempaka SD 12/5 Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, Pangsapuri Sri Cempaka, Pangsapuri Sri Meranti, Jalan Kuala Selangor, Persiaran Cempaka
Kunci      Ditangguhkan

Stesen MRT Sri Damansara Barat mempunyai tiga pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, dan C.[2] Hanya dua pintu sahaja yang dibina dan beroperasi iaitu Pintu A, dan B. Lokasi pintu stesen MRT Sri Damansara Barat terletak di aras jalan stesen, di Jalan Cemapaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara. Pintu A menempatkan perhentian/hab bas pengantara MRT. Laluan bas yang berkhidmat di pintu A ialah T106, yang dikendalikan oleh Rapid KL, menuju ke Bandar Sri Damansara.[14][8] Pintu B pula terletak di Persiaran Industri di Taman Perindustrian KIP. Manakala, pintu C stesen merupakan hentian untuk teksi dan perkhidmatan e-panggilan di susur Jalan Cemoaka SD 12/5. Namun ,pintu C ditangguhkan pembinaannya oleh Kerajaan Malaysia.[2] Hampir kesemua pintu stesen adalah mesra pengguna OKU.[12][13]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]
Laluan Koridor Pengendali Terminal[14] Perhentian[8][15] Kekerapan Ruj.
T106  T106 Koridor Jalan Ipoh Rapid KL MRT Sri Damansara Barat Pintu A Bandar Sri Damansara 17 buah 30 minit [8][16]
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c d e f MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  3. ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  4. ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  5. ^ a b "Suncon bags RM661m new jobs". The Malaysia Reserve (dalam bahasa Inggeris). 3 April 2017. Dicapai pada 29 November 2022.
  6. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Muhamad, Hasimi. "Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan". Astro Awani. Dicapai pada 16 Jun 2022.
  8. ^ a b c d Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Dicapai pada 29 November 2022.
  9. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  10. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  11. ^ "Rapid KL – MRT Putrajaya Line" [Rapid KL – MRT Laluan Putrajaya]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia. Dicapai pada 29 November 2022.
  12. ^ a b c d "Maklumat mengenai Stesen MRT Sri Damansara Barat". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.
  13. ^ a b c "Sri Damansara Barat MRT station, MRT station built to serve the suburb of Bandar Sri Damansara" [Stesen MRT Sri Damansara Barat, stesen MRT menyediakan perkhidmatan di subbandar Bandar Sri Damansara di Selangor]. klia2.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2022.
  14. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  15. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  16. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T103 (MRT Damansara Damai – Sutera Damansara)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.