Pergi ke kandungan

Sim Chee Keong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Steven Sim)
Steven Sim
沈志强
Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Pulau Pinang
Menyandang jawatan
22 September 2024
TimbalanRamkarpal Singh
Didahului olehChow Kon Yeow
Menteri Sumber Manusia Malaysia
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah (2022-2024)
Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Abdul Rahman Mohamad
Didahului oleh V. Sivakumar
Timbalan Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
10 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Berkhidmat with
Ahmad Maslan
Timbalan I
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Yamani Hafez Musa
Digantikan oleh Lim Hui Ying
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Menyandang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Chong Eng
Majoriti57,685 (PRU-15)
52,877 (PRU-14)
43,063 (PRU-13)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Didahului oleh Saravanan Murugan
Digantikan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Maklumat peribadi
Lahir
Sim Chee Keong

(1982-05-13) 13 Mei 1982 (umur 42)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Parti politik DAP
PasanganZhen Ru Yin @ Chan Jo Rin[1]
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Laman webstevensim.wordpress.com

YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Cina ringkas: 沈志强; Cina tradisional: 沈志強; pinyin: Shěn Zhìqiáng; Pe̍h-ōe-jī: Sím Chì-kiông; dilahirkan pada 13 Mei 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Di peringkat parti beliau ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022.

Pada Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), salah satu kerajaan tempatan terbesar di Malaysia.

Beliau sering menulis untuk majalah Penang Monthly (sebelumnya dikenali sebagai Penang Economic Monthly) serta menyumbang rencana pendapat ke portal berita dalam talian utama Malaysia seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Beliau telah menulis 4 buku, termasuk kritikan sosio-politik kontemporari terhadap karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa pada tahun 2021.

Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva.[2] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam yang berpusat di Pulau Pinang.

Beliau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, dan Mandarin.[3]

Pendidikan dan Kerjaya Politik Awal

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan awal Sim bermula di SK Stowell dan Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM). Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam Sains Komputer daripada Universiti Malaya pada tahun 2004. Beliau kemudian menyambung Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Mampan di Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development di Universiti Sunway dan berjaya menamatkan pengajian tersebut pada tahun 2020.

Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional selama tiga tahun sebelum menyertai kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.[4] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam terkemuka yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia.

Sim sebelumnya adalah Setiausaha Eksekutif di Network of Social Democracy in Asia, sebuah landasan serantau bagi parti politik, cendekiawan, dan NGO yang berpegang kepada ideologi demokrasi sosial.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Sim juga merupakan penulis empat buah buku.

The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics (2012); Being Malaysia (2018); antologi puisi Melayu, Dalam Salju Ada Bunga (2018); dan kritikan sosio-politik kontemporari mengenai karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa (2021).

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: P045 Bukit Mertajam, Pulau Pinang[2][3][4][5][6][7][8]
Tahun Kawasan Pilihanraya Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P045 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sim Chee Keong (DAP) 55,877 80.29% Gui Guat Lye (MCA) 12,814 18.41% 69,590 43,063 88.10%
2018 Sim Chee Keong (DAP) 63,784 85.40% Gui Guat Lye (MCA) 10,907 14.60% 75,977 52,877 85.37%
2022 Sim Chee Keong (DAP) 71,722 77.33% Steven Koh Tien Yew (PAS) 14,037 15.14% 93,695 57,685 77.5%
Tan Yang Pang (MCA) 6,986 7.53%
  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2013.
  5. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]