Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man | |
---|---|
توان إبراهيم بن توان من | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kubang Kerian | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Ahmad Baihaki Atiqullah |
Majoriti | 40,847 (PRU-15) 19,369 (PRU-14) |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang | |
Menyandang jawatan 6 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Chiong Yoke Kong |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Cheka | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Lee Ah Wong |
Majoriti | 1,223 (PRU-15) |
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Mansor Othman |
Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Ahmad Masrizal Muhammad |
Pesuruhjaya PAS Pahang | |
Dalam jawatan 2004–2015 | |
Didahului oleh | Idris Omar |
Digantikan oleh | Rosli Abdul Jabar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Jengka | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Zainal Hassan |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Ibrahim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tuan Ibharim bin Tuan Man 27 Ogos 1960 Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Sri Norrul Ain Md Hashim |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Tuan Ibrahim Tuan Man (lahir sebagai Tuan Ibharim bin Tuan Man, pada 27 Ogos 1960) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka dan Ahli Parlimen Kubang Kerian. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang portfolio sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia.
Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Tenaga Malaysia digabungkan dalam satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia.
Kehidupan awal
Dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang kepada ibu bapa perantau berketurunan Melayu Kelantan yang menetap di kawasan tersebut. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995. Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam[2]. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak[3].Di samping itu juga,beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Pusat Pungatan Zakat Pahang dan menjadi sering muncul sebagai ahli Panel bagi Forum Perdan Ehwal Islam.
Penglibatan politik
Penyertaan PAS dan pilihan raya
Pada 1999, beliau mula menyertai pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam pilihan raya yang sama, beliau juga gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada pilihan raya umum 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menang dengan majoriti yang besar, yakni dengan 19,369 undian lalu menewaskan calon UMNO dan PAN.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Peringkat | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,338 | Dato' Haji Zainal Hassan (BN-UMNO) | 5,019 | 319 |
2004 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,532 |
Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) | 7,246 | 1,714 |
2004 | PRU Parlimen | P086 Maran | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 8,483 | Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) | 15,725 | 7,242 |
2008 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 6,858 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 7,454 | 596 |
2013 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 9,150 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 10,453 | 1,303 |
2018 | PRU Parlimen | P024 Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 35,620 | Dato' Sri Muhammad Abd Ghani (BN-UMNO) | 16,251 | 19,369 |
Dato' Dr Abdul Halim Yusof (PH-Amanah) | 11,557 |
Parlimen
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man | PN (PAS) | 55,654 | Nurul Amal Mohd Fauzi | BN (UMNO) | 14,807 | 40,487 |
Wan Ahmad Kamil | PH (AMANAH) | 10,236 | ||||||
Mohd Rizal Razali | GTA (PEJUANG) | 687 | ||||||
2018 | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 35,620 | Muhammad Abdul Ghani | BN (UMNO) | 16,521 | 19,369 | |
Abd Halim Yusof | PH (AMANAH) | 11,557 | ||||||
2004 | Maran | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 8,483 | Ismail Abd Muttalib | BN (UMNO) | 15,725 | 7,242 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 9,150 | Wan Salman Wan Ismail | BN (UMNO) | 10,453 | 1,303 |
2008 | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 6,858 | Wan Salman Wan Ismail | BN (UMNO) | 7,454 | 596 | |
2004 | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 5,532 | Abdul Rahman Ibrahim | BN (UMNO) | 7,246 | 1,714 | |
1999 | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | 5,338 | Zainal Hassan | BN (UMNO) | 5,019 | 319 |
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Pahang
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2020)
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1998)
- Kelantan :
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) – Dato' (2022)[4]
Penglibatan di peringkat Antarabangsa
- Mewakili Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan kenyataan negara dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya bagi memartabatkan bahasa kebangsaan pada persidangan COP ke 26 yang berlangsung di Glasgow.
- Mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.
- Mengetuai delegasi KASA ke Mesyuarat High Level Segment of the Meetings of the Conferences of the Parties to the Basel, Rotterdam and Stockholm Conventions di Stockholm, Sweden. Melalui mesyuarat ini, beberapa perbincangan telah diadakan bagi menangani krisis pencemaran persekitaran bumi menerusi pelaksanaan penuh Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm serta isu pengurusan kitaran hayat untuk bahan kimia dan sisa buangan. Melalui persidangan ini juga, Malaysia turut menyokong pembiayaan mampan serta pengagihan sumber yang adil dalam kalangan negara anggota termasuk penggunaan teknologi baharu yang lebih inovatif.
- Menandatangani/ memeterai Memorandum Persefahaman Malaysia dan UK berkaitan Perubahan Iklim bersama Tuan Yang Terutama Lord Zac Goldsmith, Menteri Alam Sekitar United Kingdom di Foreign, Commonwealth and Development Office, London pada 7 Jun 2022.
- Menerima sesi kunjungan hormat daripada rakan sejawat dari luar negara seperti TYT Tuan Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Singapura, TYT Sameh Hassan Shoukry, Menteri Luar Negeri, Mesir, TYT Naseer Ahamed Menteri Alam Sekitar, Sri Lanka. Selain dari itu, beliau juga menerima kunjungan hormat dari Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia seperti TYT Lee Chi Beom, Duta Republik Korea ke Malaysia, PYT Dr. Petra Ponevacs-Pana, Duta Besar Hungary ke Malaysia, TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Mesir ke Malaysia, TYT Hermono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan TYT Brian D. McFeeters Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini membincangkan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara dalam bidang pengurusan alam sekitar, agenda perubahan iklim dan pengurusan air.
- Pengerusi Mesyuarat 23rd Meeting of The Sub- Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution pada 5 Julai 2022. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil negara Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan juga ASEAN Secretariat.
Bibliografi
- Tuan Ibrahim Tuan Man (2012). Senyumlah. Subang Jaya: VI Venture.
- Tuan Ibrahim Tuan Man (2013). Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda. Subang Jaya: VI Venture.
- Tuan Ibrahim Tuan Man (2014). Senyumlah 3: Alkisah Pedoman untuk anakku. Subang Jaya: VI Venture.
- Tuan Ibrahim Tuan Man (2015). Senyumlah 4: Erti Kehidupan. Subang Jaya: VI Venture.
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaSPRM
- ^ Anne Muhammad Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana Malaysiakini
- ^ Tuan Ibrahim, dari ulama dihormati ke Kabinet Sinar Harian
- ^ "Sultanah Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran". Sinar Harian. 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
Pautan luar
- Laman media sosial
- Laman siniar dan penstriman
- Saluran YouTube Tuan Ibrahim Tuan Man
{{#switch:||Kategori=
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Recana dengan pengenalan WorldCat-LCCN
- Kelahiran 1960
- Orang hidup
- Sarjana Islam Muslim abad ke-21
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Orang dari Pahang
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Keluarga Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15