Sybil Kathigasu
Sybil Kathigasu | |
---|---|
Kelahiran | Sybil Medan Daly 3 Mac 1899 |
Meninggal dunia | 12 Jun 1948 Lanark, Scotland | (umur 49)
Sebab kematian | Spektersemia Akut |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan St.Michael's, Ipoh, Perak |
Anak-anak | William Pillay (anak angkat)Olga KathigasuDawn Kathigasu |
Keluarga | Elaine Daly (cucu saudara) |
Sybil Medan Daly lebih dikenali sebagai Sybil Kathigasu (3 September 1899 - 12 Jun 1948) merupakan pejuang Tanah Melayu yang menyelamatkan ramai nyawa khususnya beratus-ratus kaum Cina semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Masyarakat Cina di Malaysia menganggap beliau seorang yang berhati mulia. Jalan utama di Ipoh meletakkan nama beliau. Kerajaan British juga memberi Pingat King George di atas jasanya.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan sebagai Sybil Medan Daly pada 3 September 1899 di Medan, Sumatera, Indonesia kepada Joseph Daly, seorang peladang berketurunan Ireland-Serani/Eurasian, dan Beatrice Matilda Daly nee Martin, seorang bidan berketurunan Perancis-Serani/Eurasian. Nama tengah beliau sempena mengingati bandar kelahiran beliau, Medan. Beliau membesar di Tanah Melayu. Beliau mendapat latihan sebagai jururawat dan bidan di Singapura pada usia 21 tahun. Beliau berkahwin dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu, seorang doktor berketurunan India Malaysia dari suku bangsa Tamil Ceylon (pada masa kini suku Tamil Sri Lanka) pada 7 Januari 1919 di Gereja St John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Mereka mengendalikan sebuah klinik di Brewster Road (sekarang Jalan Sultan Idris Shah), Ipoh, Perak selama 15 tahun. Beliau boleh bertutur bahasa Kantonis dengan baik. Beliau juga seorang Katolik dan vegetarian.[1]
Apabila Tanah Melayu dijajah oleh Jepun pada tahun 1942, mereka bersembunyi dan berpindah ke Pekan Papan, Perak , kira-kira 20 km di barat bandar Ipoh. Bandar ini ramai penduduk Cina yang bekerja sebagai pelombong dan peniaga.
Tentera Jepun memburu penduduk Cina dan membunuh mereka lanjutan sejarah panjang di China. Mereka dikerah membina jambatan dan Landasan Keretapi Maut di sempadan Thailand-Myanmar. Tentera MPAJA memberi tentangan hebat terhadap kemaraan tentera di Jepun di Sungai Siput, Tanjung Malim, Slim River, Papan, Pusing, Gopeng dan lain-lain lokasi.
Sybil dan suaminya mula memberikan bantuan perubatan dan maklumat kepada gerakan bawah tanah melalui rumah kedai dispensari Kathigasu di Pekan Papan, Perak. Mereka membuka semula klinik rahsia dan ramai membawa pesakit , tentera MPAJA yang cedera ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu terdapat 6000 pejuang gerila MPAJA menentang tentera Jepun.Ketika itu, Sekolah St Michael menjadi ibu pejabat polis tentera Jepun. Ramai pemimpin Cina telah dipancung tanpa bicara.
Pasangan itu ditangkap oleh tentera Jepun dan diseksa apabila kegiatan mereka membantu gerila anti Jepun terbongkar. Jepun tidak mengesyakkinya kerana dia bukan berbangsa Cina dan tentulah tidak boleh berbahasa Cina. Sybil tidak membocorkan nama-nama gerila MPAJA. Kukunya dicabut dan jarumm ditusuk di bawah kukunya. Kaki melecur kerana besi panas, dipukul dengan batang buluh dan siksaan rawatan air.Tulang belakangnya rosak, tulang patah dan rahang patah. Beliau disoal siasat kerana membantu gerila anti Jepun dan menyimpan radio. Siaran radio diperolehi menerusi gelombang pendek dengan kod 'Josephine' . Radio itu digunakan untuk mendapatkan maklumat dan rahsia semasa daripada Radio BBC. Kemudian disumbat ke Penjara Batu Gajah pada 1943 setelah Kempetai Jepun memberi maklumat tentang peranan beliau. Beliau terselamat dari perang dan Perang Dunia Kedua berakhir pada Ogos 1945. Selepas tiga minggu, Kapten David dari tentera British yang datang semula ke Tanah Melayu telah menemui semula beliau di Penjara Batu Gajah. Sybil dibebaskan dan dibawa semula ke Papan dan dihantar segera ke England dengan kapal terbang untuk menerima rawatan lanjut.[2]
Beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun pada 4 Jun 1948 di Hospital Lanark, Scotland, Britain akibat septisemia disebabkan oleh luka lama pada rahang, akibat sepakan but Yoshimura, penyeksa beliau . Glasgow City Medical Center telah melakukan bedah siasat terhadap mayat beliau dan mendapati organ-organ dalamannya rosak teruk. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Lanark. Kemudian pada tahun 1949, jenazah beliau dibawa kembali ke Ipoh dan disemadikan di tanah perkuburan Roman Katolik bersebelahan Gereja St. Michael yang bertentangan dengan Main Convent of the Holy Infant Jesus (sekarang SMK Convent) di Brewster Road (sekarang Jalan Sultan Idris Shah), Ipoh.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau mempunyai 4 orang anak dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu: 1. William Pillay (25 Oktober 1918)- anak angkat 2. Michael Kathigasu (26 Ogos 1919)- meninggal dunia setelah hanya 19 jam dilahirkan 3. Olga Kathigasu (26 Februari 1921) 4. Dawn Kathigasu (21 September 1936)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Sebelum meninggal dunia, beliau telah menerima Pingat King George IV di Istana Buckingham pada Jun 1948 kerana jasa-jasanya. Setakat ini tidak ada wanita di Malaysia yang memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan sepertinya.
Hari ini, rumah kedai di 74, Jalan Utama, Papan, berfungsi sebagai Rumah Peringatan Sybil berhampiran Rumah Raja Bilah.
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Kisah kehidupannya telah diabadikan dalam siri drama 'Suatu Ketika: Sybil ... Apa Dosaku?' berdasarkan memoir, No Dram Of Mercy yang diterbitkan pada 1954. Sybil adalah wanita Tanah Melayu yang pertama dianugerahkan Pingat George, satu pengiktirafan keberanian orang awam dalam menghadapi tindakan musuh, oleh King George VI England.[3] Drama dokumentari 10 siri ini ditayang melalui Astro Citra pada Mei 2010. Watak Sybil dibawakan oleh pelakon/ model Ella Talley/ Elaine Daly, cucu Sybil Karthigasu sendiri. Drama ini diarahkan oleh Bernard Chauly dan menerima anugerah pada 2010.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sybil Kathigasu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-12. Dicapai pada 2012-07-12.
- ^ http://www.lestariheritage.net/perak/webpages/papan01.html Diarkibkan 2011-08-04 di Wayback Machine Sybil Kathigasu's Clinic: 74 Main Road, Old Papan]
- ^ "100 memorable Malaysian women - Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-08. Dicapai pada 2011-09-20.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sybil Kathigasu’s 117th birthday - Google Doodle
- Sybil Kathigasu, No Dram of Mercy with an introdcution by Sir Richard Winstedt, London: Neville Spearman. 1954.
- Sybil Kathigasu, No Dram of Mercy, preface by Cheah Boon Kheng, Singapore: Oxford University Press, 1983.
- Sybil Kathigasu, No Dram of Merch, The Story of a Woman's Courage during the Japanese Occupation of Malaya, Kuala Lumpur: Promentheus Enterprise, 2006.
- Ho Thean Fook, God of the Earth, Ipoh: Perak Academy. December, 2000.
- Ho Thean Fook, Tainted Glory, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000.
- Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis, Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development, Perak Academy, 2005.
- Abdur-Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasution, Raja Bilah and the Mandailings of Perak (1875-1911), Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS), 2003.
{{#switch:||Kategori=