Pergi ke kandungan

Tentera Darat Umum Pertama (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Umum Pertama
First General Army
Jepun: 第1総軍 (日本軍)
Dai-ichi Sōgun
Aktif8 April 1945 – 30 November 1945
NegaraEmpayar Jepun
KesetiaanMaharaja Jepun
CawanganTentera Darat Imperial Jepun
JenisTentera Darat Umum
PangkalanTokyo
Nama samaranToho (東方, Timur)
PertempuranTiada (Operasi Downfall)
Command structure of Tentera Darat Umum Pertama Jepun (1945)
Parent unit Markas Besar Imperial
Components

Tentera Darat Umum Pertama (第1総軍 (日本軍), Dai-ichi Sōgun) ialah sebuah tentera darat umum (setaraf kumpulan tentera darat) bagi Tentera Darat Imperial Jepun, ditubuhkan untuk mempertahankan timur dan utara Honshū (termasuk Wilayah Tōkai dan Kantō) semasa peringkat terakhir Perang Pasifik.

Tentera Darat Umum Pertama telah ditubuhkan pada 8 April 1945, dengan pembubaran Markas Pertahanan Am kepada Tentera Darat Umum Pertama dan Kedua. Ia pada dasarnya adalah pengawal tempatan dan garison, yang bertanggungjawab bagi pertahanan awam, pertahanan anti-pesawat, dan untuk mengatur peperangan gerila bagi menentang pencerobohan Pihak Bersekutu ke atas kepulauan halaman Jepun dalam Operasi Downfall (atau Operasi Ketsugō (決号作戦, Ketsugō sakusen) dalam maksud Jepun). Walaupun wilayahnya merangkumi seluruh utara Jepun, misi utamanya adalah untuk memastikan keselamatan Wilayah Kantō yang berpenduduk padat, termasuk Tokyo. Sebahagian besar ketumbukannya terdiri daripada askar-askar simpanan, pelajar kerahan dan pengawal militia tempatan yang tidak terlatih dan kurang bersenjata.

Tentera Darat Umum Pertama kekal aktif selama beberapa bulan selepas penyerahan kalah Jepun untuk mengekalkan ketenteraman awam sehingga ketibaan tentera pendudukan Amerika, dan untuk mengawas demobilisasi akhir dan pembubaran Tentera Imperial Jepun.

Pemerintah tertinggi

[sunting | sunting sumber]
Nama Dari Hingga
1 Fil Marsyal Hajime Sugiyama 7 April 1945 12 September 1945
2 Jeneral Kenji Doihara 14 September 1945 23 September 1945
3 Jeneral Yoshijirō Umezu 23 September 1945 1 Oktober 1945
4 Jeneral Masakazu Kawabe 1 Oktober 1945 30 November 1945

Ketua Staf

[sunting | sunting sumber]
Nama Dari Hingga
1 Leftenan Jeneral Einosuke Sudo 6 April 1945 30 Oktober 1945

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Brooks, Lester (1968). Behind Japan's Surrender: The Secret Struggle That Ended an Empire. New York: McGraw-Hill Book Company.
  • Drea, Edward J. (1998). "Japanese Preparations for the Defense of the Homeland & Intelligence Forecasting for the Invasion of Japan". In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army. University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-1708-0.
  • Frank, Richard B (1999). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. New York: Random House. ISBN 0-679-41424-X.
  • Jowett, Bernard (1999). The Japanese Army 1931–45 (Volume 2, 1942–45). Osprey Publishing. ISBN 1-84176-354-3.
  • Madej, Victor (1981). Japanese Armed Forces Order of Battle, 1937–1945. Game Publishing Company. ASIN: B000L4CYWW.
  • Marston, Daniel (2005). The Pacific War Companion: From Pearl Harbor to Hiroshima. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-882-0.
  • Skates, John Ray (1994). The Invasion of Japan: Alternative to the Bomb Downfall. New York: University of South Carolina Press. ISBN 0-87249-972-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]